Bab 2 🥀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Melur mengetuk kepalanya berulang kali. Macam mana dia boleh terlena? Entah apa nasib dia nanti kena marah dengan ibu dan Mawar.

Jari jemarinya diramas kasar. Tangannya terasa begitu sejuk dan tubuhnya sedikit menggigil. Sebaik kakinya tiba di halaman rumah. Dari jauh dia melihat Mawar sedang menunggu di luar rumah.

Pandangan matanya bertaut dengan Mawar. Melur mengeluh seketika apabila melihat kebencian yang jelas pada mata Kakaknya itu.

Mawar Medina yang baru sahaja berura-ura ingin keluar rumah terbantut langkahnya apabila matanya terpandang susuk tubuh yang dia kenali. Riak mukanya terus berubah lebih benci daripada sebelum ini.

'Siap kau perempuan, memang aku kerjakan kau cukup-cukup hari ini!' desis hati Mawar Medina.

Mawar segera mendekati ke arah Melur. Tanpa kata tangannya laju naik menampar pipi Melur. Melur tergamam.

"Bodoh! Pasal kau. Aku kena marah dengan ibu. Kau memang tak guna! Aku benci la tengok muka kau ni. Eh, perempuan kau memang sengaja sakitkan hati aku, kan?"

Mawar berterusan menampar pipi Melur tanpa simpati. Tidak cukup dengan itu rambut Melur dicengkam kuat dan ditarik sekuat hatinya. Dadanya berombak ganas. Bagaikan dirasuk Mawar tidak berhenti menyeksa Melur.

Tanpa dia sedar perbuatannya itu dilihat oleh penduduk kampung. Rata-rata tidak berani masuk campur urusan keluarga itu. Mereka jatuh kasihan pada Melur.

Dari jauh dia melihat gadis itu diperlakukan dengan begitu kejam. Hatinya sakit melihat penderitaan gadis itu. Dia mahu membantu Melur namun ada sesuatu yang menghalangnya.

Melur terundur sedikit ke belakang apabila menerima pukulan demi pukulan. Tangannya naik menyentuh kesan tamparan. Dia menggosok perlahan kesakitan yang tak terkata itu.

Namun, dia tetap beriak tenang seperti tidak terasa apa yang dilakukan Melur terhadap dirinya. Dia perlukan sedikit masa untuk bertahan.

Dia berlagak kuat dan tenang. Meskipun, jiwanya terluka. Tatkala bibirnya ingin mengukir senyuman dia berdesis kesakitan.

Dia tersenyum sinis melihat darah pada jarinya apabila disentuh pada bibirnya. Melur merenung Mawar dengan pandangan penuh makna.

Manakala, Mawar memandang Melur dengan pandangan membunuh. Panas hatinya tatkala melihat gadis itu masih tersenyum padanya.

"Ikutkan hati aku. Peduli apa kau pulang ke rumah ke tak. Tetapi, harta kepunyaannya keluarga aku kau harus pulangkan! Kau nak berambus ke mati terpulang. Lagi aku suka."

Mawar berkata seraya menepuk kasar pipi Melur. Berlalu meninggalkan Melur. Namun, dia memusingkan tubuh dia semula.

"Kau pergi masak sekarang. Aku dengan ibu dah kebulur menunggu kau! Dasar sampah!"

Melur menggengam kuat kain baju yang dipakainya. Entah mengapa dia membiarkan orang terus menghina dirinya. Dia melakukan demikian kerana terhutang budi.

Hutang itu membawanya ke dalam rumah ini. Memberi dia pelindungan dan pelajaran walaupun cuma sementara. Dia juga dapat merasai sedikit kebahagiaan yang selama ini telah hilang.

Sunyi.

***

Melur berdiri lama di dapur.

"Apa aku nak masak ni?" gumam Melur sambil mengaru kepala.

Peti sejuk dibuka perlahan mencari barang-barang mentah untuk dimasak tetapi kosong.

Melur melepaskan keluhan perlahan.

Dia memusingkan tubuh dan bergerak ke meja makan. Alangkah, terkejutnya apabila melihat beberapa jenis bahan masakan sudah berada di hadapan mata. Bibirnya tersenyum.

Tanpa Melur sedari, ada seseorang sedang memerhatikannya.

***

Di suatu tempat...

Qody menggeleng kepala
melihat perbuatan lelaki di hadapan dia itu.

"Haih, tuanku. Tersenyum seorang diri ke? Patik melihat  dah macam seperti kerang busuk lagak, tuanku."

Qody senang hati dapat mengenakan anak kerabat itu.

Pemuda itu tersentak. Kejung tubuhnya mendengar usikkan dari orang kanannya itu. Wajahnya berubah kemerahan. Dia malu pembantunya nampak apa yang dia lakukan. Segera dia berdehem.

Melihat muka tuan puteranya kemerahan dan malu-malu. Qody tergelak kecil. Tengku Asyad menjeling Qody.

Tengku Asyad merupakan seorang putera yang tampan dan memukau. Kulit cerah berkening sedikit tebal dan kemas. Hidung yang mancung serta ulas bibir yang merah merekah. Berbadan tegap dan sedikit tinggi. Anak mata berwarna hitam pekat itu tersenyum manis kepada Qody.

"Saya harap mereka dapat menghulurkan bantuan dengan cepat pada gadis itu. Pastikan gadis itu tersenyum dan gembira."

"Baik tuanku. Patik akan pastikan semuanya ikut kehendak tuanku," ujar Qody seraya tersenyum.

Tengku Asyad memandang Qody.

"Saya tahu apa yang awak fikiran, Qody."

Putera itu langsung tersenyum dan melepaskan nafas berat.

"Jika dia mahu sudah lama dia meninggalkan rumah itu. Akan tetapi pasti ada sesuatu yang menghalangnya dirinya. Dia juga bukan lemah seperti apa yang kita lihat. Namun, itu semua dari pilihannya sendiri."

Qody diam mendengar. Kening dia berkerut.

"Pilihannya? Halang? Tetapi, apa yang patik siasat ibunya dan kakaknya bukan darah dagingnya. Ini pasti berkait amanah atau terhutang budi dengan arwah."

Tengku Asyad tersenyum dan mengangguk perlahan.

"Dia memilih setia daripada lari daripada penderitaan. Kerana penderitaan itu sentiasa mengejar atau mengajar kita."

Qody senyum.

"Dan itulah membuatkan seorang putera tergila-gila akan seorang gadis biasa."

***

Bersambung...

763 patah perkataan

***

Hye! Jika ada ayat-ayat yang jarang didengari boleh rujuk PPRM. 😘

Jangan lupa tekan bintang kecil di bawah ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro