Bab 3 🥀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Melur duduk memeluk kedua belah kakinya. Apa yang dia lalui sepanjang hidup membuat dirinya kian rapuh.

Dia menghamburkan segala tangisan yang menusuk sukmanya. Dia juga inginkan kebahagiaan seperti gadis-gadis di luar sana.

Duhai dunia berilah aku merasa erti kasih sayang serta mempunyai ibu dan ayah. Tidak layakkah aku? Sudah lelah aku bertemankan derita.

Sebuah rantai berloket permata nilam berwarna zamrud direnung dalam. Rantai ini yang diserahkan pada adiknya suatu ketika dahulu....

Perlahan dia mengusap lembut loket batu nilam itu. Tanpa sengaja dia telah menyentuh sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. Buah loket itu bersinar terang. Namun...  seketika cuma, apabila cahaya itu lama kelamaan kembali pudar.

❦❦❦

Di suatu tempat...

Di sebuah kota yang terpencil terdiri sebuah kerajaan yang mempunyai sistem negara yang canggih dan moden.

Satu isyarat memasuki di dalam sistem mereka. Pantas pengawal yang menjaga memberi maklumat pada pegawai mereka.

Seorang lelaki segera mendapatkan raja dan menunduk hormat. Dia harus memberi tahu tentang isyarat asing yang mereka terima.

"Ampun, tuanku. Maaf patik menganggu, ada sesuatu yang tuanku perlu lihat."

Sebuah alat yang telah disarung pada pergelangan tangan lelaki itu ditekan. Terpampar kawasan isyarat yang mereka terima. Lelaki itu membesarkan dan menunjukkan di mana datangnya isyarat tersebut.

Seorang gadis dan beberapa orang yang lain memandang pelik. Seketika kemudian mata bundar milik gadis itu membulat besar.

"Ayahanda..." ujar Marwa Madiha sebak.

Lelaki sudah berusia itu berpaling sebentar bersama yang lain.

"Tidak. Kita kena pastikan terlebih dahulu sama ada betul atau tidak itu darinya. Silap-silap loket itu jatuh pada tangan musuh."

Raja Mahmud berkata dengan nada tegas. Tiada siapa dapat mengingkarinya. Marwa Madiha kecewa lantas meninggalkan ruang istana.

Permaisuri Malaika berasa cemas dengan tindakan puterinya itu. Sesekali anak matanya jatuh memandang raut wajah sang suami.

Raja Mahmud mengeluh perlahan.

Dari kejauhan datang seorang pemuda bertubuh sasa dan segak berserta tampang yang tegas. Dengan adab dan sopan si pemuda menunduk hormat.

"Ayahanda... bonda, izinkan saya melihat keadaan Marwa. Saya akan menjaga dan melindungi Marwa. Ayahanda dan bonda tidak perlu risau."

Putera Mahkota Tarmizi berkata dengan penuh adab dan sopan. Raja dan permaisuri tersenyum dan mengangguk kepala.

Tengku Tarmizi diringi oleh pegawal yang lain keluar dari ruang istana.

"Tinggalkan saya sendirian mencari tuan puteri," ujar kerabat di raja itu dengan nada lembut.

"Baik tuanku."

Ruang luar istana yang luas itu dipandang sebelum dia melepaskan nafas lelah. Seketika dia tersenyum apabila merasakan seperti lampu bercahaya di dalam kepalanya.

***

Marwa Madiha menjerit kuat. Dayang-dayangnya pantas menutup telinga.

"Tuanku..." seru penjaganya.

"Jangan ganggu beta," ujar Marwa Madiha nada mendatar.

Pedang dikeluarkan lalu dia berlari dan kemudian melompat di udara. Mata pedang itu dilibas-libas bagaikan ada musuh di depan matanya.

"Di sini rupanya cinta hati kanda."

Belum sempat Tengku Tarmizi habis berkata hujung pedang tepat berada di hadapan wajahnya.

Dayang dan penjaga Marwa Madiha berubah riak sehingga anak mata mereka ingin terkeluar.

Terkejut!

"Tuanku!" jerit mereka serentak.

Marwa Madiha menjulingkan mata. Geram dia dengan pembantu istana dan penjaganya itu. Pedangnya diberi pada lelaki di hadapannya. Sang suami tersenyum kecil.

"Kanda... boleh tak..."

Belum sempat Marwa Madiha menghabiskan ayatnya. Tengku Tarmizi lantas memotong.

"Tak boleh!"

Bagaikan tahu apa yang terlintas pada pemikiran sang isteri. Pantas lelaki itu menghalang.

Berubah riak muka Marwa Madiha. Bibirnya mencemik. Wajah yang selalu dihiasi senyuman kini bertukar muram. Rajuk dia makin bertambah apabila suami dia turut tidak membantu.

***

Melur masuk ke dalam hutan untuk mencari kayu api yang diminta oleh ibunya. Pada awalnya dia merasa hairan namun dia tetap patuhi.

Puan Anita menjemput para tetamu masuk ke dalam rumah. Manakala, Mawar Medina pantas berhiaskan dirinya. Dia tersenyum penuh makna.

"Apa hajat saudara dan saudari bertandang ke rumah saya?" soal Puan Anita dengan nada lembut.

Para tetamu tersenyum dan ketawa kecil.

"Kami datang berhajat..."

Jeda.

"Hajat kami untuk memetik anak perempuan Puan Anita bernama Melur," sambung seorang lelaki yang sedikit berusia.

Diikuti dengan persetujuan dari pihak mereka. Puan Anita mati senyum. Sebaik mungkin dia cuba melemparkan senyuman kepuraaan.

"Melur? Tuan... puan mungkin silap dengar ni. Nama anak perempuan saya Mawar Medina," ujar Puan Anita seraya tertawa kecil.

Pihak lelaki sudah memandang sesama sendiri. Masing-masing berkerut dahi dan berbisik-bisik untuk mendapatkan kepastian.

"Macam inilah... nanti kami maklumkan pada tuan punya badan semula. Boleh kami melihat anak puan?" pinta para tetamu itu.

Puan Anita menganggukkan kepala. Dia tersenyum kekok dan bangkit meminta diri sebentar.

Mawar Medina memandang cermin di hadapannya. Kemudian bibir dia mengukir senyuman sinis.

"Perlahan-lahan segala milik kau... aku akan rampas dan hancurkan. Sedikit demi sedikit aku akan pastikan hidup kau lebih menderita daripada sebelum ini Melur..."

***

Bersambung ..

Jangan lupa tekan bintang kecil di bawah ❤️

760 patah perkataan

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro