Bab 4 🥀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana dan pemandangan yang menghijau itu sebolehnya dia tidak mahu terlepas pandang.

Dia mahu menyimpan kenangan terindah ini. Bagi dirinya memori ini akan dia kenang sampai bila-bila. Ibarat hutan ini turut memberi dia semangat untuk meneruskan kehidupannya.

Sayup-sayup bunyian yang datang dari haiwan dan saling bertingkah dengan deruan dari alam. Suasana itu sangat mengasyikkan umpama satu melodi indah.

Melur mengulum senyum. Seketika dia merasa tenang dan bahagia. Kelip-kelip datang berterbangan di udara. Mengikuti gerak langkahnya bagaikan peneman setia.

Bunga-bunga yang malu memunculkan diri kini kembang mekar. Tidak ketinggalan rama-rama turut menghingap pada bunga-bunga yang berada di situ.

"Cantiknya..." gumam Melur.

Jika awal tadi dia begitu takut apabila masuk ke dalam hutan. Merayu-rayu dia pada ibunya tidak mahu. Apabila melihat kemarahan Puan Anita dia terpaksa.

Hati yang rawan dan sedih terubat dengan keindahan terbentang luas. Kini, dia tidak merasa takut lagi. Kayu-kayu juga sudah banyak dia kutip.

Peluh yang merinik pada dahi dan badan terasa lencun. Deru nafasnya berombak. Berlumba-lumba mencuri nafas.

Menyusun langkah menuju ke rumah terasa begitu jauh. Biasalah, apabila perutnya berkeroncong minta di isi. Dek kerana dia tidak sempat menjamah sebarang makanan.

***

Tupai saling berpandangan dengan rakan-rakannya. Melihat seorang gadis yang rupanya sudah tidak terurus.

Langkahnya kian perlahan. Nafas kian memberat. Tubuhnya terasa ringan dan keawangan dan akhirnya semuanya gelap.

Derapan kaki laju mendekati si gadis yang terbaring lemah keseorangan di dalam hutan.

"Cik! Cik!"

Suara garau itu memanggil si gadis yang tidak sedarkan diri. Ditepuk-tepuk lembut pipi gadis itu berulang kali. Tiada balasan.

Akhirnya, pemuda itu membawa Melur pulang ke tempatnya. Kayu-kayu yang diambil Melur dibiarkan sahaja bergolek di atas tanah.

"Tuan muda! Gadis manakah tuan muda culik ini?" soal Qody risau.

Tengku Asyad menjeling sekilas.

"Bidadari dari langit," ujar lelaki itu selamba.

Qody terpempan.

'Biar betul anak raja ni?' desis Qody.

Terkedek-kedek Qody mengejar langkah tuan putera yang mendukung seorang gadis.

Berkerut dahi seorang budak perempuan yang melihat apa yang dilakukan oleh abangnya bersama pembantu lelaki itu.

"Abang..."

Langkah Tengku Asyad mati. Riak wajahnya berubah dan manik-manik peluh mula merembes keluar.

Gadis itu mendekat. Abangnya mengundur. Cuak.

"Siapa abang bawa pulang tu? Teman wanita? Tak akan pula isterikan?" sindir si tubuh kecil itu.

Tajam anak mata Tengku Asyad memandang adik perempuannya. Dia berdicit. Bibirnya diketap geram. Terus tubuh yang didukung itu diberi pada Qody.

'Fuuh! Boleh tahan berat juga budak ni. Mahu patah tulang belakang aku dukung dia,' gumam Tengku Asyad.

Qody terkebil-kebil memandang putera Mahkota itu.

Seketika lelaki itu merenung wajah gadis yang masih tidak sedarkan diri itu. Rambut yang terjuntai diselitkan pada belakang telinga wanita itu.

Tanpa dia sedar bibirnya menguntum senyuman. Padahal dia seorang putera yang dingin dan susah untuk orang lain melihat senyumannya.

Qody dan Alyssa membulat mata melihat tingkah Tengku Asyad. Alyssa menggosok berkali-kali matanya begitu juga Qody.

"Letakkannya di dalam kamar tetamu. Saya perlu 'tutup' mulut budak kecil itu."

Tengku Asyad menjuihkan bibir pada adiknya Alyssa yang sedang bercekak pinggang.

"You follow me," arah Tengku Asyad.

Tangan kecil itu diraih dan dibawa ke kamar tidur abangnya sambil menutup mulut gadis itu. Alyssa diduduk di birai katil.

Bagaikan makan buah yang masam, begitulah wajah Alyssa. Tidak ketinggalan anak mata bagaikan ingin membunuh lelaki kacak di hadapannya itu.

"Eeiii! Geramnya adik. Suka-suka abang seret adik, eh? Ingat adik ni anak patung ke?"

Alyssa mula memuntahkan amarah. Yang pasti Tengku Asyad terlebih dahulu menyumbat kapas dalam telinganya.

Melihat perbuatan abangnya itu gunung lava di dalam hati kian memuncak. Pantas tangan menumbuk muka abangnya namun dengan mudah Tengku Asyad mengelak.

Tengku Asyad tersenyum sinis.

Alyssa menghembuskan nafas kasar. Dalam beberapa saat dia mula tersenyum. Tengku Asyad mula curiga.

"A...  adik..."

Sekelip mata tubuh abangnya terlentang di atas lantai.

Alyssa ketawa mengekek.

"Padan muka! Siapa perempuan tu?" soal Tengku Alyssa dengan mata yang terbeliak.

Tengku Asyad membetulkan pembaringan dan membawa tangan kiri mengalas kepala.

"Abang jumpa dekat dalam hutan," balas Tengku Asyad selamba.

"Apa? Hutan! Biar betul?  Kenapa dia pengsan? Abang yang buat ke? Abang jangan macam-macam adik mengadu dengan bonda nanti," marah Tengku Alyssa.

Tengku Asyad menggeleng kepala.

"Dah la tuduh abang ikut sedap mulut dari abang sampai. Lepas tu, soalan macam peluru bertubi-tubi. Cuba cakap satu-satu."

Tengku Asyad mengeluh perlahan dengan tingkah Tengku Alyssa. Dia memicit pelipis.

"Kalau tanya satu-satu alamatnya kirim salam. Abang tak akan jawab soalan adik," ujar Tengku Alyssa dengan nada bosan.

"Abang dah cakap. Jumpa dalam hutan, budak perempuan tu dah pengsan. Tak percaya pergi tanya Qody. Sudah pergi tidur, keluar dari bilik abang sekarang."

Tengku Asyad bangun dan menarik adiknya keluar dari biliknya. Kemudian dia menutup pintu dan menghempaskan tubuhnya di atas katil.

Tengku Alyssa akur dan berlalu ke bilik tidurnya. Semasa dia berjalan dia melalui bilik tetamu. Kemudian dia masuk dan memerhati wajah gadis itu. Dia tersenyum.

Melur Melissa.

***

Bersambung...

****

800 patah perkataan

****

Maaf cerita semakin merepek ☹️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro