Bab 6 🥀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hembusan angin menyapa tubuh membuat dirinya terbuai dalam kenikmatan alam. Bibirnya menguntum senyuman yang selama ini kian memudar. Tanpa sedar sepasang mata turut memerhati.

Hanyut dalam asmara.

Namun, hanya seketika apabila seekor langau menganggu detik romantis itu. Tanpa rasa bersalah.

"Ehem! Jangan tenung anak dara orang lama-lama, takut jatuh cinta! Bak kata pepatahlah kan? Dari mata, turun ke hati. Tak gitu abangku, sayang?"

Seusai berkata meletus ketawa Tengku Alyssa diikuti Seri Kantan, penjaganya. Sambil melarikan diri daripada Tengku Asyad yang sedang menyinga.

"Tengku Asyad yang berhati dingin dilamun cinta!" usik Tengku Alyssa lagi.

"Tengku Alyssa! Hentikan! Jika tidak abang beritahu ayahanda dan bonda jangan benarkan puterinya keluar dari istana!" ugutan Tengku Asyad mematikan langkah Tengku Alyssa.

Spontan tubuh kecil itu berpusing bersama mulut melopong. Tidak! Bukan boleh percaya abangnya itu. Apa yang keluar dari mulutnya tidak pernah dia tidak melakukan.

"A... abang..." seru Tengku Alyssa dengan nada lembut.

Tengku Asyad memalingkan wajah. Ini masanya dia membalas dendam. Selama ini dia memberi muka pada adiknya membuli dia. Kini gilirannya. Tengku Asyad mengukir senyuman sinis.

Tengku Alyssa memuncung panjang sambil matanya dikedipkan beberapa kali demi minta simpati.

Melur Melissa hanya diam memerhati gelagat adik-beradik itu. Wajahnya muram kerana rasa rindu membuak-buak pada insan yang dia sayangi yang telah pergi meninggalkan dirinya.

Tengku Asyad menarik tangan adiknya ke suatu sudut. Pandangan garang bertukar redup. Tangan naik mengusap lembut kepala adiknya.

"Apa adik buat di luar istana itu bahaya. Adik tetap seorang perempuan. Lemah yang memerlukan perlindungan daripada seorang lelaki."

Membulat besar anak mata Tengku Alyssa. Bibir diketap, jari-jemarinya diramas kasar. Perbuatan dia sudah ditangkap oleh abangnya.

"Ma... macam, ma... mana abang tahu?" soal Tengku Alyssa dengan nada gugup.

Tengku Asyad tertawa sinis.

"Ini, kan Tengku Asyad," ujar Tengku Asyad dengan nada angkuh.

Tengku Alyssa membuat mimik muka menyampah.

"Haaa... derhaka tau buat macam tu pada abang! Kena hukuman dengan ayahanda nanti baru padan muka."

Sedikit sebanyak kata-kata Tengku Asyad membuatkan Tengku Alyssa gementar.

"Ampun, tuanku beribu ampun. Adinda alpa dengan tingkah serta tutur kata yang kurang sopan kepada kekanda, adinda."

Tengku Alyssa menyatukan kedua belah telapak tangannya dan menunduk sedikit kepalanya.

Tengku Asyad tersenyum senang.

"Bagus! Macam inilah gaya seorang puteri yang sopan santun dan lembut bahasa. Bukan kasar dan langgar protokol istana."

Entah mengapa ucapan Tengku Asyad bagaikan menyindir dirinya. Gigi diketap kuat. Lantas, tangan abangnya dicapai lalu digigit kuat melepaskan geram yang berbuku di hati. Puas!

"Tengku Alyssa!"

Bergema jeritan Tengku Asyad satu ruang istana. Tengku Alyssa ketawa sambil berlari dan akhirnya dia jatuh tersadung menyembah bumi.

Namun, dia tidak merasakan sebarang kesakitan. Dia mengerutkan kening.

'Mengapa rasa seperti aku memeluk bantal peluk?' desisnya di dalam hati.

"Ehem!" deheman suara garau membuatkan dia pantas bangkit dan berdiri tegak.

"Tengku Mika Adiwara!"

"Tengku Alyssa!"

Tengku Alyssa tidak mampu mengangkat kepalanya. Dia malu! Segera dia meminta izin pergi dari situ.

"Tuan puteri ada cedera?" soal suara garau serak-serak basah itu.

Pertanyaan itu membuatkan langkah Tengku Alyssa terhenti. Gadis itu menggeleng kepala dan menunduk sedikit untuk meneruskan langkah.

Dari jauh Tengku Asyad memerhati dengan tidak percaya sikap adiknya. Dia memicit kepala.

'Adik siapa itu?' gumamnya.

Selamba sahaja dia mengendahkan tunangnya. Kesian melihat lelaki itu terkebil-kebil bersama wajah kemerahan. Tengku Asyad laju menyapa.

"Amboi, bukan main ya? Kena kahwin dulu baru boleh peluk. Bila dah halal tak ada orang kisah pun," usik Tengku Asyad.

Tengku Mika Adiwara menggosok tengkuk dan tersimpul malu.

"Ada hajat apa kau kemari?" soal Tengku Asyad kepada sahabatnya itu.

"Ayahanda dan bonda aku suruh melawat keluarga kau. Bising sebab aku terlalu sibuk dengan kerja."

Tengku Asyad mengangguk kepala.

"Betul.  Apa ayahanda dan bonda kau cakap tu memang tepat. Sikit pun tak ada salah. Aku sokong," tutur Tengku Asyad selamba.

Tengku Mika Adiwara memukul perlahan bahu sahabatnya itu. Dalam dia ingin bergurau matanya tertangkap pada figura seseorang. Anak matanya mengecil.

"Tak sangka dalam diam kau berisi eh? Sampai hati kau tak beritahu aku yang kau dah kahwin. Bila kau kahwin? Kenapa aku tak tahu ni?"

Soalan bertubi-tubi itu dipandang kosong oleh Tengku Asyad.

"Apa kau merepek ni? Bila masa pula aku kahwin? Pandai-pandai saja kau ni," sangkal Tengku Asyad.

"Tu. Habis perempuan tu siapa?"

Tengku Asyad memandang arah yang ditunjukkan oleh Tengku Mika Adiwara.

Dia mengeluh perlahan.

"Oh."

Tengku Mika Adiwara menoleh ke arah Tengku Asyad.

Oh? Itu sahaja yang dibalas? Tengku Mika Adiwara membuat muka tidak puas hati.

"Abang jumpa Melur dekat dalam hutan. Dia pengsan abang bawa balik sini. Ada pertanyaan lagi?" sampuk Tengku Alyssa selamba.

"Tengku..." tegur Seri Kantan ( penjaga)  dan Seri Siantan. ( pembantu istana)

Tengku Alyssa membuat muka tak bersalah.

"Kenapa? Saya salah cakap ke?"

Anak mata gadis itu memandang abang dan tunangnya. Dua-dua lelaki itu menggeleng kepala dengan ketawa cuba ditahan.

"Tengok tak ada pun. Sudah, mari kita pergi," ajak Tengku Alyssa kepada Seri Kantan dan Seri Siantan.

Baru ingin mengorak langkah. Tengku Asyad menahan.

"Adik, jangan dilupa kawan abang ini sudah menjadi tunang dan bakal suami adik."

Tengku Asyad mula bicara.

Tengku Alyssa sedikit gelisah. Dia berpusing dan mendekati abangnya.

"Adik masih malu pasal kejadian tadi," bisiknya perlahan pada telinga abangnya itu.

Terus meletus ketawa Tengku Asyad.

"Sejak bila adik ada perasaan malu ni?" sindir Tengku Asyad.

Tangan yang ingin naik memukul bahu abangnya dipegang oleh Tengku Mika Adiwara lembut. Kejung tubuh Tengku Alyssa tatkala itu.

Hanya mata terkelip-kelip memandang putera mahkota itu.

"Bersemutlah! Nak manis macam madu jangan depan aku. Aku masih bujang!" ujar Tengku Asyad dengan nada menyampah.

"Dah tu kahwin la cepat. Atau saing satu pelamin dengan kita orang."

Tengku Mika Adiwara mengenyitkan mata kepada Tengku Asyad bersama sengihan nakal. Dia menarik lembut tangan Tengku Alyssa dan membawa ke suatu tempat.

Seri Kantan dan Seri Siantan tidak mengikuti tuan puteri mereka.

***

Bersambung...

****

948 patah perkataan.

****

Jangan lupa komen dan vote ya 🥰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro