Bab 7 🥀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Melur Melissa perlahan mengorak langkah menuju ke arah Tengku Asyad yang sedang berbual bersama Qody. Dia menggaru dahi.

Dalam sedang bersembang hal semasa bersama Tengku Asyad, Qody tersedar kehadiran Melur yang tidak jauh dari mereka.

"Tengku, Melur datang," bisik Qody perlahan.

Tengku Asyad yang bertubuh sedikit berisi namun mempunyai ketinggian yang tinggi itu menoleh ke belakang. Dia mempamerkan wajah kosong yang tiada senyuman.

Melur menunduk bila tenungan Tengku Asyad tepat menikam anak matanya. Melur cuba menyusun ayat. Agar keluarga kerabat itu memahami dan tidak tersinggung hati.

Dia perlu balik ke rumahnya, Melur juga resah jika lama-lama di sini.  Ibu dan Mawar pasti sangat risau dan tertunggu kepulangannya. Air mata yang ingin mengalir diseka laju.

"Sa... saya nak balik ke rumah saya," ujar Melur gugup.

Dia tidak mampu memandang wajah lelaki di hadapanya itu. Jantungnya berdebar laju, nafasnya tidak teratur bila perasaan tidak enak ini bertandang.

'Tenanglah duhai jantung,' bisiknya dalam hati.

Tengku Asyad yang sudah mendekatinya membuatkan dia menggengam kuat sisi bajunya. Dia sangat takut.

"Arahan dari pemaisuri kau ingkar? Berani betul. Belum pernah aku jumpa rakyat macam kau ni."

Qody yang melihat tingkah Tengku Asyad yang sengaja menambahkan ketakutan kepada gadis itu segera menegur.

Tengku Asyad mendengus kasar.

Melihat pandangan membunuh dari putera mahkota itu, Qody membuat riak muka bersahaja bersama sengihan.

"Ikut saya," arah Tengku Asyad kepada Melur.

Melur yang awalnya ragu-ragu akhirnya mengikuti langkah Tengku Asyad selepas melihat anggukkan dari Qody.

***

Tengku Mika melepaskan tangan tunangnya.

"Macam mana Asyad boleh bertemu Melur dalam hutan? Lihat pada pemakaian Melur dia bukan asal dari sini," tebak Tengku Mika sambil berfikir.

Tengku Alyssa tersenyum.

Lelaki ini memang bijak dan peka. Walaupun, kadang-kadang sesuatu yang tidak berkaitan dengan dia. Seorang yang mengambil perihatian tak kira siapa orang itu.

"Kenapa? Kalau bukan asal dari sini tak boleh berpakaian macam tu ke? Kalau saya di tempat Melur, awak pandang saya?"

Tengku Alyssa cuba menduga tunangnya itu. Melihat senyuman di bibir Tengku Mika dia menanti dengan perasaan berdebar.

Tengku Mika datang mendekat dan memaut ke dua lengan Tengku Alyssa. Mata bundar itu ditatap dalam.

"Jika hati ini sudah bertemu sama pemilik pasangannya. Tak kira asal dari mana orang itu tetap dia memilih untuk mencintai meskipun nyawa terpisah dari jasad."

Tengku Alyssa tersentuh dengan kata-kata daripada tunangnya. Namun, dia pura-pura tidak menunjukkan rasa kagumnya itu.

"Adakah awak lelaki yang suka mengucapkan kata-kata manis pada wanita?"

Mendengar akan hal itu raut wajah Tengku Mika berubah. Dia salah cakap ke? Benar khabar dia dengar selama ini. Puteri seorang ini susah hendak ditebak hatinya.

Jika orang yang tidak mengenalinya dengan sedalam-dalamnya pasti mengatakan gadis ini sombong. Apa dia suka pada adik pada kawannya itu?

Sikap jujur dan selambanya. Namun, mempunyai hati yang sangat baik dan manja. Sikapnya itu tidak dia pamerkan pada semua orang. Hanya orang tertentu sahaja dapat melihat sisi Tengku Alyssa yang satu itu.

Tengku Mika membunyikan isyarat dengan bersiul.

Dari jauh kelihatan seekor burung yang sangat besar sedang terbang menuju ke arah mereka. Burung bersayap besar itu merendahkan badannya memberi tuannya duduk di atas bersama sang puteri.

Tangan dihulur pada Tengku Alyssa. Namun, gadis itu berkerut dahi.

"Kita nak ke mana?" soal Tengku Alyssa hairan.

Rajawali memandang tuan puteri dan kemudian tuannya.

"Jalan-jalan melihat penduduk bumi kita."

"Mengapa tidak menggunakan jalan mudah? Seperti kami biasa lakukan?" tanya Tengku Alyssa tanpa jemu.

Tengku Mika Adiwara tersenyum.

"Kerana saya tidak mahu awak keletihan. Menggunakan cara itu banyak menggunakan tenaga," jelas Tengku Mika lembut.

Tengku Alyssa mengangguk dan terdiam. Kemudian tangannya menyambut huluran tunangnya itu.

"Tahniah, awak lulus dengan ujian saya berikan," tutur Tengku Alyssa dengan senyuman manis.

Rajawali terus mengepakkan sayapnya apabila Putera dan Puteri telah naik. Mereka berdua dibawa terbang tinggi di dada langit dan kemudian turun perlahan terbang rendah menyelusuri lautan.

Tengku Alyssa tersenyum suka. Inilah keindahan alam yang lama dia tidak lakukan. Dia juga tidak takut kerana Tengku Mika menjaganya dari belakang.

Tanpa mereka sedar pihak musuh melihat dan mengikuti dalam diam. Anak panah diambil lalu dilepaskan pada Tengku Mika dan Tengku Alyssa.

***

Pemaisuri Saharah merasa tidak sedap hati. Perkara itu dikhabarkan kepada suaminya. Raja Akthar mengatakan itu cuma mainan perasaan tidak apa perlu dirisaukan.

Pemaisuri Saharah diam memikirkan sesuatu. Siapakah di antara mereka di dalam bahaya? Dia mendoakan anak-anak dan kerajaan mereka baik-baik sahaja.

Tengku Asyad membawa Melur menaiki kuda. Memasuki ke dalam hutan dan berjalan-jalan mengikut arus sungai.

"Jika kau ingin datang ke dunia kami, ikutlah denai sungai ini. Di hadapan akan ada satu sempandan yang menemukan dan memisahkan."

Entah mengapa ringan sahaja mulutnya memberitahu jalan rahsia mereka kepada orang luar seperti Melur.

Melur hanya diam memerhati. Kadang-kala dia mengangguk mengerti. Sepanjang perjalanan rama-rama ikut mengiringinya. Begitu juga awan bagaikan memayungnya dari terik mentari.

Melur merasa sangat tenang dan aman. Dia juga merasa bahagia. Namun, cuma sebentar apabila wajahnya bertukar muram.

Selepas ini, dia akan kembali ke dunia dia yang penuh mencabar. Melur mengukir senyuman. Dia tetap bersyukur walaupun dapat merasa kebahagiaan walaupun hanya sekejap. Itu sudah memandai.

"Kita sudah sampai sempandan. Ingat bila awak sudah kembali ke sana, ingatan awak di sini turut akan lenyap," tutur Qody perlahan.

Perlahan Melur diturunkan dari kuda diikuti Tengku Asyad dan Qody.

Tengku Asyad  merenung dalam wajah gadis di depannya itu. Dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Pin sanggul daripada pemberian adiknya diberikan kepada Melur.

"Hadiah daripada adinda beta."

Tengku Asyad menghulurkan pin sanggul itu.

Melur teragak-agak ingin mengambil. Perlahan tangannya ingin mencapai. Namun, belum sempat dia ingin mengambil, Tengku Asyad pantas mengikat rambut Melur dan menusukkan pin sanggul itu. Tubuh Melur lantas diraih masuk ke dalam pelukkan.

Hati lelaki itu bagaikan sakit untuk melepaskan. Tidak tahu mengapa Tengku Asyad mengikut naluri hati dia itu. Cuma seketika bila dia tersedar dia melepaskan perlahan.

"Pergilah, nanti kau lambat sampai rumah."

Sejurus berkata Tengku Asyad berpaling mendekati kudanya. Qody yang mendapat isyarat kecemasan Tengku Alysaa segera bersuara.

"Tengku, Tengku Alysaa dalam keadaan bahaya," maklum Qody dengan nada cemas.

Melur yang mendengar terus menoleh.

"Tengku Alysaa..."

Riak muka Tengku Asyad berubah tegang.

"Mari kita pergi!"

Dalam sekelip mata dua orang lelaki itu hilang daripada pandangannya. Melur yang risau akan keadaan Tengku Alysaa spontan tangan naik menyentuh sesuatu. Kemudian tubuhnya turut hilang.

***

Bersambung.

***

1030 patah perkataan

***

Maaf jalan ceritanya yang merepek dan mengaban. 🥴🥴🥴

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro