MHS : 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TENGKU Hael menyarungkan sutnya pada tubuh sebelum melangkah keluar daripada perut keretanya. Buat seketika, telefonnya berbunyi memanggil untuk dijawab. Dia lantas mencapai telefonnya di dashboard.

Butang hijau ditekan. Dalam sibuk mengenakan sutnya, dia tidak sempat melihat pemanggil. Tapi, dia pasti itu Alissa.

"Assalamualaikum awak. Saya dah sampai, awak ada di mana?"

"Waalaikumussalam. Dah sampai tapi I nak jalan seorang diri, you pergilah dulu ke butik. I akan menyusul." Tengku Hael akhirnya mengatakan jujur. Sesal berbohong selama ini masih terkesan di hati.

Ya, dia tidak mahu berjalan bersama, cukuplah selama ini dia terpaksa melukai Alissa dengan kebohongan supaya tidak berjalan bersama.

Dia tahu, dia tidak seharusnya membuat seperti ini. Tapi, dia benar-benar telah membuat keputusan. Dia sungguh akan mengakhirkan segala-galanya hari ini. Meski dia tahu, dia bakal menerima amarah orang di sekeliling, dia akan akur. Dia tidak mahu terus berbohong. Lebih tepat, dia tidak mahu lagi terus melukai hati Alissa.

Dia menyusun langkah ke arah butik pengantin. Fikirannya yang bercelaru cukuplah hanya dia yang tahu dan hanya dia yang melaluinya.

"Hael," panggil Alissa daripada sebuah restoran bersebelahan butik pengantin. Terbang jauh fikirannya yang mengusutkan saat mendengarkan namanya dipanggil oleh satu suara. Alissa.

Tengku Hael melepaskan pegangannya di pintu masuk butik sebaik mendengar sebaris namanya dipanggil.

Kedudukan Alissa dipandang. Seketika dia menunggu butir kata daripada Alissa.

"Saya belum sempat makan lagi sebelum datang ke sini. Kalau... awak ada masa lapang, boleh teman... saya makan? Bukan sekadar teman, saya belanja awak sekali, boleh?" Bergetar suaranya kerana gementar. Dia tidak pernah berhasil membuatkan Tengku Hael mengungkap 'ya'.

Alangkah bahagianya jika dia dapat meraih tempat di hati Tengku Hael seperti Erisha ketika dulu. Pasti Tengku Hael akan sentiasa melakar senyuman setiap kali melihat wajahnya.

Di saat ini apa yang dilihatnya hanya wajah yang bengis tanpa senyuman yang tercalit di bibir lelaki itu. Tiada sebesar hama terpancar kegembiraan pada raut wajahnya. Alissa menelan kecewa.

Tetapi, langkah Tengku Hael yang melepasinya dan menuju ke restoran yang dimasukinya tadi kembali menujah bahagia dalam hati.

"Terima kasih untuk majlis pertunangan semalam," ucap Alissa memecahkan keheningan di antara mereka. Dia tetap menunduk meski bersuara.

Seperti selalu, tiada respon daripada Tengku Hael. Jauh hati. Itu yang dirasakannya setiap kali cuba berbual dengan Tengku Hael. Layanan lelaki itu yang dingin seakan dia yang mendesak Tengku Hael untuk meneruskan hubungan ini.

Sungguh dia inginkan Tengku Hael menerimanya dengan tulus. Bukan kerana terpaksa. Dia tidak ingin kata-kata Rawda menjadi kenyataan. Rawda bukan lawannya. Rawda juga bukan halangannya.

"Rawda semalam datang, lama saya tak jumpa dia. Cantik dia sekarang." Alissa bersuara lagi. Kali ini dia cuba untuk mengurangkan tekanan dirinya agar Rawda tidak menjadi satu halangan buatnya bagi mengejar cinta Tengku Hael.

"Dia selalu ada." Ringkas Tengku Hael menjawab perbahasan Alissa. Matanya melirik jam di pergelangan tangan, Alissa masih bersantap.

"Dia selalu balik ke rumah mama? Sebab dia kan tak ada pertalian darah dengan awak, jadi tak manis pula duduk serumah selalu."

Tengku Hael meletakkan sudu semula di tepi pinggan. Soalan itu menjentik rasa sebal.

"Itu rumah dia, tak bermakna dia anak angkat, dia tak berhak tinggal atau datang rumah mama. Adik beradik I tak kiralah kandung atau angkat, mereka adik I. If kita jadi kahwin, mereka adik you, bukan orang asing seperti you.

Ada status lain atau mempunyai kekurangan, mereka adalah adik-adik I sampai mati. Seperti itu juga you kalau you terima adik-adik I dan bergelar isteri I." Tengku Hael menegaskannya dengan keras. Hilang angin baiknya mendengarkan butir kata Alissa.

Tidak tahukah gadis itu kata-katanya itu boleh mempengaruhi keputusan memutuskan tanpa teragak-agak?

Riak wajah sesal terlihat pada sepasang matanya. Dia tahu Alissa tidak mampu menjelaskan andai benar dia sesal dengan kata-katanya.

Lantaran itu Tengku Hael cepat beristighfar. Dia tidak seharusnya berfikiran ingin terus memutuskan tanpa memikirkan perasaan Alissa.

"I keluar dulu," pamit Tengku Hael bersama perasaan tidak menentu. Sebaliknya, hatinya diserbu kesal dengan kata-kata yang terlintas di fikiran.

Bunyi panggilan yang masuk menghentikan langkah Tengku Hael. Sebaris nama Azi tertera pada panggilan masuk.

"Ya Ngah?"

Membulat mata Tengku Hael mendengarkan kata-kata Azi. Khabar itu membuatkan dia lantas berpaling.

"Awak, saya..." Terhenti permintaan yang hendak dituturkannya tatkala matanya menyapa sepasang mata Tengku Hael. Tengku Hael seolah membimbangi sesuatu.

"Kenapa awak?" Alissa mendekat.

"Baiklah kalau macam tu, Along datang sekarang." Perasaan bimbangnya makin bertambah-tambah. Segera dia meletakkan semula telefonnya ke dalam poket.

"Rawda sesak nafas dari semalam. Azi cakap, Rawda baru lepas rawatan dan dinaikkan ke wad."

"Ya Allah! Saya ikut awak ya?"

Tengku Hael mengangguk sahaja. Tiada masa buatnya memikirkan rasa terganggunya tadi. Alissa membuntuti langkah Tengku Hael.

Tengku Hael bergegas dalam langkahnya. Sebaik dia dan Alissa memasuki kereta, keretanya meluncur laju menuju ke hospital.

Kereta dihentikan usai tiba di perkarangan hospital. Elina memalingkan wajahnya memandang sisi wajah Erisha.

"Dah sampai." Elina bersuara apabila melihat Erisha langsung tidak berganjak untuk keluar.

"Erisha," panggil Elina dengan suara yang dikuatkan.

Erisha tersentak. Wajah ibu direnung, reaksinya masih terpinga-pinga.

"Dah sampai," beritahu Elina lagi seraya melemparkan pandangannya ke luar tingkap.

"Ya ibu?"

Elina terngadah. Meski dia marah ianya takkan berhasil, hanya membuang waktunya sahaja kerana dia yakin ada sesuatu yang tidak kena. Erisha muram dan kurang tenang. Ingin sekali dia tahu isi hati Erisha.

"Dah sampai, kan? Kau tak reti nak turun ke?" Naik seoktaf nada suaranya. Dia sengaja meninggikan suara seperti dia peduli.

"Dah sampai? Risha minta maaf ibu, Risha tak perasan."

Erisha cepat mengalas beg tangannya dan menguak pintu. Dia menutup pintu lalu lekas mengatur langkah. Pintu belakang dibuka, dua bakul makanan dikeluarkan secara bergilir.

"Risha balik sendiri, ibu hati-hati pergi tempat kerja. Risha sayang..." Belum sempat dia meluahkan rasa sayangnya terhadap ibu, ibu terus memandu keluar.

Mudah sahaja air matanya mengalir. Bibirnya yang mula bergetar lantas digigit.

"Risha sayang ibu." Sedih suaranya.

Sudah hampir setahun mereka tinggal bersama semula, namun tiada perubahan. Siapa yang sanggup rasa lali jika sewaktu dulu mereka pernah mengecapi bahagia bersama? Tetapi detik ini, hidup seperti hubungan antara mereka hanya orang asing.

Alissa terkedu melihat gerangan yang terlihat di depan matanya ketika ini. Langkah seorang lelaki yang dipujanya telah berlalu bukan satu kerisauan baginya tika ini. Yang dirisaukannya, adakah benar itu... Erisha?

Dengan berani langkahnya diatur ke arah gadis itu. Dia meraih tanpa gementar.

"Erisha?" Gerangan itu memalingkan wajah.

________________
WRITER COMMENT: As apa yang pernah terjadi, pernah jugak terkena seorang kawan ni, dia dgn kita pnya partner. Then after tu, aku yg hidup dalam bayang2 kebaikan yg aku dh bt untuk kawan aku, tak sangka dia boleh bt mcmtu, huhu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro