MHS : 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BUAT PENGETAHUAN PEMBACA, BAB INI ADALAH BAB YANG DIAMBIL DARI PAGE PROLOG, SO YANG ADA DI PROLOG DIALIHKAN KE HUJUNG BAB 12 INI, PADA SIAPA YANG DAH VOTE, JANGAN TEKAN VOTE AGI, HILANG VOTE NNTI😭😭

"MA... maaf saya tersilap orang."
Berakhir pucat lesi di wajah Alissa apabila sosok itu bukan Erisha. Melorot jatuh tubuhnya saat orang itu berlalu.

Jantungnya hampir luruh. Dia langsung tidak memikirkan tentang Erisha. Namun mengapa wajah itu menyapa ruang mata dan menggugat ketenangannya saat ini?

Kepalanya diserang rasa sakit. Dia tidak tahu angkaranya. Fikir tidak, teringat juga tidak. Dia benar-benar berharap ini bukan petunjuk Erisha akan hadir semula dalam hidup Tengku Hael. Tengku Hael miliknya, bukan milik Erisha lagi.

Seorang pengawal keselamatan yang menegur tadi terus mengangkat bakul makanannya. Gara-gara pengawal keselamatan itu terus mengangkat barangnya sebelum dia mengungkap permintaan tolong, dia terpaksa mengejar langkah pengawal keselamatan itu bagi memberitahu tempat yang dituju.

Hospital itu mewah. Terasa rendah dirinya kerana makanan yang disediakan hanya makanan biasa-biasa sahaja.

"Di mana Cik?" Pengawal itu menghentikan langkah apabila Erisha terhenti.

Erisha tersentak. Dia cepat memberitahu hala tuju melalui sekeping kertas yang tertera nama bersama tingkat. Pengawal itu mengangguk barangkali memaksudkan tahu.

Jauh. Jika dia seorang diri sahaja yang membawa makanan itu pasti lelah. Sebaik sahaja sampai, Erisha mengeluarkan satu bungkus nasi.

"Saya sedekah," jelas Erisha ringkas sebelum pengawal itu bertanya.

Wajahnya kelihatan jelas basah dengan peluh. Erisha ditujah rasa kasihan hanya nasi sahaja dia berikan. Tidak berbaloi dengan bantuannya.

"Ini pun saya sedekah, buat belanja makan petang." Bibir Erisha melakar senyum sebelum cepat berlalu meninggalkannya. Erisha tidak lupa ucapan terima kasih saat langkahnya melepasi pengawal itu.

Kata pengawal itu, mereka tidak dibenarkan masuk sehingga ke ruang tempat kerja doktor dan staf perubatan. Jadi terpaksa dia yang menjengah ke dalam kawasan ruang yang dimaksudkan.

Sentuhan di bahu menghentikan mata Erisha meliar mencari seseorang yang dapat diajukan pertanyaan. Erisha menoleh melihat orang yang menyentuh bahunya.

"Saya Qaseh," sapa gadis berbaju doktor itu.

Erisha senyum senang, tidak perlu susah-susah bertanya. Dia pula tertinggal telefon di dalam kereta ibu. Jika tidak, sudah boleh hubungi tanpa mengajukan soal. Tapi saat ini lebih mudah disapa oleh pembeli secara terus.

"Saya Erisha dan ini nasi-nasi tempahan daripada Cik Qaseh." Erisha sengaja menggunakan panggilan 'cik'.

Saat itu tubuh terus dipeluk erat. Alangkah gembira suaranya saat itu. Erisha senang membalas pelukan itu.

"Janganlah panggil Qaseh, cik. Panggil Qaseh, adik. Qaseh kan adik akak." Erisha menayang sengih. Qaseh merupakan adik angkatnya. Selama ini mereka hanya berbual di laman perbualan internet sahaja. Sungguh, gembira rasa hatinya dapat bertentangan mata dengan Qaseh.

"Ini semua makanan yang Qaseh order?" Qaseh mendapatkan bakul-bakul berisi makanan yang diangkat oleh Erisha.

"Ya adik akak. Alhamdulillah dapat jugak jumpa si doktor ni, kejap je dah jadi doktor. Dulu mulut tu asyik cakap nak berhenti belajar, tapi sekarang jadi doktor dah," sakat Erisha melepaskan rindu. Qaseh memeluknya erat. Dia juga rindu dengan kakak angkatnya itu.

Qaseh memanggil beberapa jururawat membawa makanan-makanan itu ke dalam biliknya. Dia menahan tangan Erisha dari membantu sebaliknya dia menarik Erisha mengikutinya ke ruang luar hospital.

Taman mini hospital ditujunya.

"Qaseh ada dekat sini pun atas sokongan akak, akak banyak beri semangat dekat Qaseh. Arwah Zahra pun selalu cakap dia nak belajar dan kerja dalam bidang macam Qaseh juga bila dah besar, Qaseh semangat teruskan pembelajaran perubatan salah satu sebab bagi merealisasikan impian arwah Zahra dan buat kak happy," luah Qaseh secara jujur. Matanya berkaca saat menuturkan kata di depan Erisha. Dia hilang daya saat Erisha berubah riak.

"Kak janganlah sedih, makin kak sedih, makin sedih Qaseh sebab buatkan akak ingatkan arwah," pujuk Qaseh cuba menenangkan Erisha.

"Kak selalu ingat Zahra. Qaseh janganlah serba salah." Erisha mengesat air mata seketika memandang wajah Qaseh dengan senyuman pahit.

Qaseh memeluk erat Erisha. Sama-sama mengalirkan air mata. Dia tidak sangka pemergian Zahra sekelip mata sahaja. Dia tidak dapat membantu Erisha, itu sahaja cukup membuatkan dirinya dihurung duka.

Qaseh bagai seorang kawan yang menemaninya dan mendengar luahan hatinya setelah perginya dia. Dia tahu Qaseh turut bersedih akan pemergian Zahra.

Erisha meleraikan pelukan, wajah Qaseh yang basah dengan air mata dikesat.

"Janganlah nangis. Qaseh dah banyak support jualan kak. Kak banyak terhutang budi dengan Qaseh. Jangan disebabkan Qaseh tidak mampu bantu kak dulu, Qaseh memaksa diri Qaseh menempuh sesuatu yang Qaseh tak inginkan."

"Qaseh suka bidang ni kak, Qaseh rasa dekat dengan Zahra." Qaseh menunduk sayu. Suaranya yang diiringi sebak, cukup membuatkan Erisha dihurungi pilu.

"Terima kasih Qaseh, sebab Qaseh menghargai arwah Zahra. Terima kasih juga sebab Qaseh sayangkan Zahra. Kak rasa kak seorang ibu yang paling teruk buat Zahra, kalau kak gugurkan kandungan dulu, Zahra takkan lalui kematian sia-sia."

"Kak, janganlah cakap macam ini kak." Teresak-esak mereka dalam dakapan. Qaseh berduka untuk memujuk Erisha, lara hatinya mendengar luahan Erisha.

"Risha..." Nama itu meniti di bibirnya. Mulut Tengku Hael seakan digam, seluruh badannya terasa lemah, hatinya bagai tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya sekarang ini.

Tangisan yang kian reda membuatkan Qaseh mengeluarkan telefonnya. Sempat dia mengambil gambar wajah Erisha.

"Hey!" Terjerit Erisha apabila Qaseh menunjukkan gambarnya.

"Buruklah Qaseh, sampainya hati."

"Nanti Qaseh send, buat profile picture, mesti ramai cair." Sekali lagi dia mengusik Erisha. Tergelak melihat Erisha mengesat air matanya dalam rasa geram.

Matanya kembali fokus pada telefon membuatkan Erisha mendekat. Membuat pembayaran rupanya.

"Okey dah, bayaran Qaseh dah selesai transfer. Qaseh beli tau kak." Erisha mengangguk sebaik memastikan bayaran yang dipindahkan ke akaunnya. Seketika dia kagum dengan bidang kerjaya Qaseh. Andai dia belajar sebaiknya dulu, pasti kehidupannya hari ini tidak bergantung kepada hidup orang lain.

"Kak tumpang rumah sewa Qaseh duduk sekarang boleh tak hujung minggu ini? Kak ingat nak suprisekan Pak Ngah kak, kan dia baru nak buka restoran depan rumah Qaseh isnin nanti." Erisha mencuba nasib. Meski dia tahu Qaseh pasti bersetuju, tetapi dia sedikit segan.

"Okey boleh, mestilah boleh! But pengerasnya, kak kena belanja Qaseh..."

"Qaseh kena belanja kak dulu, dah buat kak nangis." Erisha cepat memulangkan buah keras. Dia tahu Qaseh mahu mengenakannya.

Saat mereka bergurau senda, mata Erisha menangkap satu susuk tubuh berdiri tidak jauh dari mereka. Orang itu memiliki raut wajah seseorang yang jelas dikenalinya, serentak dia terhenti ketawa.

"Kenapa kak?" Qaseh jadi hairan, lekas dia menegur. Erisha memandang Qaseh semula.

"Kak nampak..." Erisha terjeda apabila orang itu tiada.

"Kak nampak apa siang-siang ini?" Qaseh turut melihat ke arah yang sama tetapi matanya mencari.

Erisha menggeleng. Barangkali dia tersalah pandang. Ramai sahaja lalu di situ.

"Kak ingatkan kenalan kak tadi. Qaseh pun cuak ni kenapa?" Dia mengembalikan konsentrasi pada Qaseh semula. Tetapi apabila riak wajah Qaseh terlihat cuak, Erisha tergelak sekejap.

"Kenapa cuak semacam je ni?" Wajah Qaseh dibelek.

"Jatuh risau Qaseh, kak ni saja!" Bahu Erisha ditampar. Makin galak ketawanya.

"Qaseh, Qaseh." Erisha masih dengan ketawanya, dia menggeleng kepala. Boleh pula Qaseh rasa seram sedangkan pasti dia sudah menghadap banyak kematian pesakit dan ternampak makhluk halus di tempat ini.

"Jomlah, kak nak balik dah." Erisha lantas berdiri.

"Hati-hati balik kak. Ini kad pendua apartment Qaseh, bila-bila pun boleh datang. Duduk dengan Qaseh pun boleh," ujar Qaseh tulus bersama senyuman. Tangan Erisha diraih lalu dia meletakkan kad pendua apartment miliknya di tapak tangan Erisha.

Erisha ditujah segan. Erisha lekas memberikan semula.

"Kak datang nanti Qaseh ada, kan? Qaseh sambut kak la, segan kak ada kad pendua Qaseh itu rumah Qaseh bukan rumah kak." Nada suara Erisha jelas diserbu segan. Qaseh ukir senyum. Tahulah dia Erisha benar-benar merasakan perasaan itu.

"Rumah Qaseh, rumah kak juga. Qaseh dah anggap kak macam kak kandung Qaseh. Dah, ambil semula letak dalam beg. Sekarang balik hati-hati, shuh shuh." Qaseh menarik tangan Erisha ke hadapannya lalu dia meletakkan tangannya di bahu Erisha dan menolak tubuh Erisha seiring langkahnya.

"Halau kak ea!" Qaseh tersengih. Senyuman turut menggayuti di bibir Erisha. Lama dia tidak merasakan gembira meluangkan waktu bersama seseorang seperti tika ini, dahulu hanya dia dan arwah Zahra tetapi bertemankan derita.

Andai Zahra masih ada, dia pasti dapat memberi kebahagiaan yang belum pernah dilalui oleh Zahra melalui kemampuan yang dia ada ketika ini.

Kakinya disusun ke arah lif. Butang lif lantaran ditekan. Lif yang tiba, mengaturkan langkah masuk.

Lif terhenti di tingkat dua, Erisha hanya mengundurkan langkah ke belakang memberi ruang katil sakit diusung masuk bersama beberapa orang jururawat dan seorang lelaki yang barangkali wakil pesakit.

Dia berundur juga tidak membantu memberi ruang malah dia mula dihimpit membuatkannya tidak selesa. Nombor lif ditekan oleh seorang jururawat lebih daripada 3, terus hilang nombor yang ditekannya untuk ke tingkat bawah.

Erisha terngadah. Tidak sedarkah ada dia?

"Nurse, saya..." Malangnya, baru hendak bersuara, tubuhnya yang kurus itu makin dihimpit oleh seorang lelaki berbadan tegap membuatkan tidak selesa.

"Encik, encik dah himpit saya." Erisha menegaskannya.

"Maaf, saya tak nampak," tukas lelaki itu menunduk sedikit sebagai pemohonan maaf. Kelu lidah Erisha untuk membalas setelah mendengarkan itu.

Sangkaannya tidak meleset, siapa yang dia nampak itu tadi benar-benar Hael. Pandangannya juga beralih pada susuk tubuh yang terbaring di atas katil.

"Rawda," duga Erisha terdetik di hatinya.

Bunyi 'ting' menandakan mereka tiba di tingkat 3, menyedarkan Erisha. Dua orang jururawat itu mengusung keluar katil sakit Rawda.

Erisha melangkah keluar membuntuti Azi. Dia ingin menegur Azi. Namun, baru sahaja dia ingin mengeluarkan suaranya, satu tangan yang merentap tangannya menghentikan tindakannya ingin menegur.

Tangannya ditarik sekaligus tubuhnya berpaling menghadap satu batang tubuh.

Erisha memanggungkan kepala bersama kerutan di dahinya, sakit kerana tidak semena-mena tangannya direntap.

Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaannya bila disapa seraut wajah yang sungguh dirinduinya saat ini. Dia menarik Erisha ke arah tangga.

"Hael, awak..." Jeda kata-katanya seketika apabila lelaki itu melepaskan tangannya dan mengundurkan langkah. Erisha terkedu.

"Tolong jangan tegur sesiapa pun dalam keluarga aku. Aku tak mahu keluarga aku mahupun aku ada kaitan lagi dengan kau." Pesanan itu dititipkan tanpa memandang raut wajah Erisha. Empangan mata Erisha penuh dengan air mata setelah mendengarkan patah kata itu.

Tengku Hael tidak betah berlamaan di sini lagi. Kakinya segera dia atur meninggalkan ruang tangga. Tengku Hael pagut pemegang pintu.

Erisha meletakkan matanya ke dasar wajah Tengku Hael. Sungguh dia rindukan Tengku Hael.

"Awak masih ingat saya?" Erisha menolak kata biarpun rasa berdebar berkurung di dada.

Bibirnya hanya mampu terluah beberapa kata.

Rindu yang diusung menjadi lara saat suara itu menjengah pendengarannya. Tika itu, linangan air mata melatari situasi. Dia tidak kuat menghadapi situasi ini. Kerana sayang terhadap
Erisha, dirinya menjadi lemah. Lemah hati dan perasaan saat hati ditakhluk semula rasa rindu.

"Tak, yang ingatnya aku terhadap kau cuma angkara derita yang kau hadirkan dalam hidup aku." Terasa air hangat mengalir jatuh membasahi, pipinya. Tengku Hael terus meninggalkan ruang itu.

Erisha terduduk di anak tangga usai Tengku Hael terus berlalu tanpa menunggu kata daripadanya. Air mata penyesalan mengalir ke pipi. Merah matanya sehingga dia mampu memejamkan mata sahaja dan membiarkan air matanya mengalir.

______________
WRITER COMMENT: SABAR JE LA YE MEMBACA. SAYA SUKA BUAT-BUAT PART TERSAKITI.

Maaf sebab lambat update, harini saya terbangun lewat. Terima kasih pd yang membaca❤️If nak saya update lagi satu bab harini, boleh komen, banyak komen japgi saya update lagi ha.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro