MHS : 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MATANYA meliar melihat para tetamu yang masih menjamu selera. Ada yang sepertinya sedang menanti pengantin untuk bergambar. Hujung bajunya dipegang, dia hanya berbaju kurung biasa. Hanya Tengku Hael sahaja berpakaian pengantin. Tetapi, Tengku Hael telah pergi meninggalkannya dengan majlis ini sendiri.

Dia diserbu segan apabila nama yang tertera pada sepanduk kenduri kahwin yang ada di depan lorong masuk tertera sebaris nama Alissa dan bukan dirinya. Alissa lari meninggalkan majlis ini demi dia yang tidak tahu malu merayu.

"Hidup seseorang mampu bahagia, Humairah. Tapi saya juga yang akhirkan demi kepentingan diri saya." Lemah suara Erisha menuturkannya. Dia melihat pakaian yang tersarung di tubuh, hanya pakaiannya ketika hadir ke majlis ini. Inikah kemahuannya?

Tubuhnya yang dipeluk menambah kepiluan di lubuk hati.

"Saya dah pernah rampas kebahagiaan kawan saya sendiri. Dan sekarang masih sama. Pernikahan yang selesai cuma ada saya, Hael terus tinggalkan majlis."

"Cuma PakNgah je ada dengan saya, Humairah," lirih suara Erisha menahan tangis bersama pandangannya ke arah Encik Razlan di luar khemah. Lelaki itu terpaksa membatalkan urusannya demi dia yang menyusahkan. Maafkan Lia, Pak Ngah

Dia sedih akan keputusan yang dipilihnya. Demi kepentingan diri, dia telah merampas kebahagiaan satu-satunya kawannya sejak kecil.

"Allah tetap ada dengan awak, Risha. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya yakin Allah takkan biarkan awak kembali kepada insan yang awak cintai andai insan itu bukan jodoh awak di saat awak bukan lagi isteri kepada mana-mana lelaki.

Saya tahu ini ujian terbesar bagi awak, Risha. Tapi, Allah hadirkan ujian ini untuk awak usaha cari hikmah di sebaliknya dan untuk awak sedar yang Dia sentiasa menyayangi awak. Usah tangis lagi Risha," pujuk Humairah bersama nasihat buat Erisha.

Dia akui, sedih hatinya mendengarkan luahan Erisha. Dia benar-benar tidak sangka ujian ini dilalui Erisha. Sungguh dia tidak tahu ternyata Erisha merupakan bekas tunang kepada majikannya.

Bahkan saat ini dia tidak langsung menduga, perkahwinan majikannya bersama Cik Alissa, sekelip mata menjadi perkahwinan majikannya dan Erisha.

Benarlah, perancangan Maha Esa benar-benar tidak dapat diduga oleh setiap hambanya.

Air mata Erisha berlinang saat menerima mesej daripada ibu. Luluh hatinya untuk memberitahu kebenaran kepada ibu. Jika ibu tahu, dia pasti membenci dirinya. Benci kerana memalukannya.

"Kenapa ni, Risha?" tanya Humairah saat riak muka Erisha makin sayu.

Erisha mengangkat wajahnya dalam rasa hiba.

"Ibu saya." Menyebut sahaja panggilan ibu untuk sebaris nama Elina, sudah membuatkan hatinya pilu. Bagaimana dia hendak berdepan dengan kebenaran ini saat menemui ibu? Saat ini sahaja dia dah rasa mahu meluahkan kebenaran.

"Ibu awak masih belum tahu?" Humairah bertanya sabar. Dia tak mahu Erisha tersinggung. Sudahlah Erisha dianggap oleh pihak Cik Alissa berada di majlis ini sebagai tetamu yang tidak diundang.

Erisha menggeleng perlahan. Humairah hanya mengeluh perlahan. Jika seluruh keluarga Erisha tahu, pasti semuanya bertandang di sini, tetapi cuma bapa saudara Erisha sahaja yang ada di sini.

Berat pandangan Humairah ketika terlihat nama 'ibu' tertera di panggilan skrin telefon Erisha. Dia turut ditujah simpati, perlahan tangannya mengenggam tangan untuk memberi kekuatan kepada gadis itu.

"Jawablah, cakap dengan ibu awak baik-baik dulu. Nanti awak dah balik, jumpa dia dan barulah awak beritahu apa yang dah jadi. Dia ibu awak, mesti dia faham." Humairah cuba memberi kata semangat.

Dia baru mengenali Erisha, banyak perbualan mereka di dalam telefon. Tetapi cuma sekadar mengenai majlis, borak kosong hanya beberapa. Namun cukup saat ini dia menemani gadis ini, terasa seperti perkenalan mereka sudah jauh.

Erisha mengangguk lalu membawa langkahnya jauh. Dia mengumpul segenap kekuatan yang ada demi berdepan suara dengan si ibu. Andai Humairah mengenali dirinya, mesti gadis itu lebih mengetahui ibu bukan seperti yang disangka.

Hubungan mereka anak beranak pernah dianggap tidak wujud dulu, jika sesuatu sebegini berlaku, semestinya ibu takkan menerimanya lagi.

"Alissa nak Risha teman dia sampai majlis berakhir." Hujung kata sudah kedengaran sebak yang dikawalnya. Andai ibu tahu kebenarannya, ibu akan meninggalkanku, ibu akan malu dengan memiliki anak seperti aku.

"Baliklah Risha. Ibu tak mahu Risha ada kaitan lagi dengan orang-orang masa lalu Risha. Ibu tahu Risha bukan sedih kerana gembira kawan Risha berkahwin, tapi berduka kerana bekas kekasih Risha kahwin."

"Risha gembira kerana Alissa, ibu. Ibu janganlah risau. Perasaan Risha terhadap Hael, dah lama tiada."

"Ibu dengar suara Risha lain. Risha menangis? Kenapa Risha menangis kalau bukan kerana dia? Sekarang ibu mahu Risha balik. Ibu tak mahu Risha menangis mengenai sesuatu hal yang dah berlalu. Ikut cakap ibu atau ibu jemput Risha sekarang." Elina mencapai kunci keretanya di atas meja.

"Ibu... Risha tak lama dekat sini. Habis saja majlis, Risha beransur pulang. Risha takkan buat ibu risau." Erisha terus menamatkan panggilan. Dia terduduk di pondok itu. Pondok itu tidak jauh daripada khemah tetamu tapi cukup terselindung di sebalik pokok-pokok.

Hatinya mula menangis. Wajahnya yang merah itu kian merah di mata tanpa air mata tangisan.

Andai dia tidak menyelitkan kekesalannya. Alissa pasti masih di sini. Majlis ini akan menjadi hari paling terbahagia buat Alissa dan Tengku Hael.

Seharusnya dirinya menerima cemuhan dan merasa segan. Bukan selayaknya dirinya di posisi Alissa. Majlis ini bukan untuknya. Sungguh banyak hati yang terluka kerana dia. Terutamanya hati Tengku Afina.

Sepasang mata seorang ibu yang terluka. Dia sedari itu dan hatinya benar-benar hancur. Mengapa dia sanggup berbuat sedemikian sedangkan dia juga pernah menjadi seorang ibu?

"Maafkan Risha, puan. Maafkan Risha." Erisha merintih sendiri dalam tangisan yang sudah mengalir dengan air mata. Tiada lagi tangisan yang mampu di tahan hanya dalam hati.

Tengku Afina menyorot pandangan ke arah Erisha. Tetamu yang hadir terutamanya tetamu belah perempuan, semuanya kembali ke teratak masing-masing sebaik mendengar Erisha yang menggantikan Alissa dan punca Alissa lari. Mereka melontarkan cemuhan terhadap Erisha hingga tidak renggang dari mulut.

Mereka sekeluarga turut menuju ke inap desa yang ditempah untuk menjalankan majlis nikah kecil bagi pihak mereka belah lelaki. Berlamaan di rumah pihak Alissa tiada gunanya. Alissa juga meninggalkan mereka tanpa memikirkan pihak keluarganya.

Dia mendengar luahan hati Alissa yang goyah kerana kehadiran Erisha beberapa hari lalu, tapi dia tetap merasakan Alissa pergi meninggalkan majlis ini demi menyatukan hubungan yang terpisah. Keputusan Alissa bukan kerana ingin memalukan kedua-dua pihak seperti yang jiran-jiran Alissa cuba serkap jarang tanpa tahu hujung pangkal cerita.

Dia menolak kerusi rodanya dengan bantuan roda di sisi. Namun, tindakannya terhenti apabila mendengar Erisha menyebutkan 'puan' yang Erisha sering bahasakannya. Bukan itu sahaja, dia mendengar lanjutannya bersama lafaz maaf.

"Dia minta maaf sebab dia tahu dia salah." Satu suara mencelah menjengah pendengaran Tengku Afina. Tengku Afina mengalihkan wajah.

Tengku Afina memaling semula. Lingkaran tangan di bahunya membuatkan dia tahu anaknya itu ingin bermanja dengannya seperti selalu.

"Apa yang Azi akan lakukan jika berada di tempat mama?" Tengku Afina ingin tahu pendapat anaknya. Dia buntu.

Benarkah dia terima keadaan ini? Dia ingin memujuk Erisha kerana dia juga memaksa Erisha dalam perkahwinan ini. Tetapi, perbuatan Erisha meninggalkan anaknya tika dulu sudah cukup melukakan hatinya sebagai seorang ibu.

"Mama runsing dengan keadaan sekarang. Mama rasa bersalah minta Along terima Lia. Lia dah lukakan hati Along," luah Tengku Afina bersama hati yang resah. Resah memikirkan masa depan anaknya. Masa depan anaknya, dia telah tentukan. Dia memaksa anaknya.

Memikirkan kebahagiaan yang tidak pasti kunjungannya. Memikirkan kepedihan yang akan dilalui kedua-duanya... dia benar-benar kesal! Apakah yang merasuk fikirannya sehingga memaksa anaknya menerima perkahwinan yang tidak mungkin dijengah bahagia?

"Kita menyebelahi kedua-duanya mama. Setelah lafaznya akad, Kak Lia dah jadi sebahagian daripada keluarga kita. Apapun yang terjadi pada masa lalu, kita sama-sama cuba memperbaikinya, Inn Sha Allah bahagia akan hadir. Along dan Kak Lia akan bahagia." Azi memujuk mamanya. Dia tahu Tengku Afina ditujah rasa kesal, tetapi semua sudahpun berlaku.

Rawda hanya melihat dan mendengar tanpa menyuarakan halangan seperti selalunya. Azi memaklumkan tadi, ternyata apa yang diinginkannya berjalan dengan mudah tanpa perlu campur tangan terlalu dalam. Lagipun Erisha lebih berhak.

Senyuman menyentuh hujung bibir. Langkahnya diatur ke arah Erisha.

"Hye," tegur Rawda sebaik di sisi Erisha. Wajah Erisha yang terkedu dengan tegurannya dipandang dengan senyuman yang sama. Tangannya bertindak menarik kerusi di sebelah Erisha.

"I ingat you betul-betul maksudkan yang you takkan ganggu tunang kawan baik you?" Mata Rawda menggambarkan penuh sindiran. Perubahan pada ekspresi Erisha meletuskan tawanya. Dia cuma saja menguji.

Kawan baik? Baiklah sangat! Alissa itu berpura-pura sahaja jadi baik, ambil alih posisi bekas percintaan kawan sendiri bukankah dikategorikan sebagai kawan tikam kawan? 

"Saya tak..." Erisha terjeda, keliru apabila Rawda seakan menertawakannya lalu menggeleng.

"I gurau je. I suka you jadi kak ipar I." Rawda meraih lembut tangan Erisha. Lalu dia menarik Erisha ke dalam pelukan.

Bayang Encik Razlan, yang dikatakan merupakan ayah saudara Erisha kelihatan di ruangan mata. Pasti hendak membawa Erisha pulang.

"Abang I ada kat atas, pergilah kejap jumpa sebelum you balik." Pelukan dileraikan.

Erisha pandang ke tingkat atas inap desa itu. Dia langsung tidak punya kekuatan lagi. Lelaki itu meninggalkannya setelah terlafaznya akad dan saat pembatalan wuduk.

Cincin yang tersarung di jari ini juga milik Alissa asalnya. Kakinya diatur ke dalam ruang masuk inap desa itu.

Semuanya teratur dan indah hiasan untuk pengantin baru. Namun, dia hanya pengantin ganti yang cuma merampas hak yang sebenar layak di kedudukannya saat ini.

Pintu bilik yang cuma satu di tingkat atas itu dipandang sayu. Langkah akhirnya usai menjejak anak tangga itu terhenti tepat di depan pintu bilik. Terbuka sedikit pintu bilik itu menampakkan satu figura di dalam.

Cadar katil yang dihiasi dengan bunga-bunga ros, ditarik kasar oleh Tengku Hael sekaligus bersama cawan yang berisi lilin. Barangkali lilin itu belum dipasangkan. Lantai mula dipenuhi dengan bunga-bunga ros dan cawan berkaca itu berderai di atas lantai.

Tengku Hael tidak mempedulikan serpihan kaca dan bunga ros yang bertaburan. Yang dirasakannya ketika ini hanya kebencian terhadap insan yang menjadi isterinya. Dia seorang wanita yang tidak tahu menghargai seseorang yang mencintai dirinya.

Mengapa hubungan mereka bertaut kembali? Sebagai suami isteri? Layakkah mereka bersatu dalam hubungan yang halal? Tidakkah Erisha akan mengulangi kesilapan yang sama?

Kecewa masih belum habis angkara dia. Mengapa Erisha hadir menghancurkan peluang kebahagiaan yang ingin dia cuba?

Dia cuba? Benar kata Din, dalam matanya hanya ada Erisha. Tak pernah langsung dia cuba membuka hati buat Alissa. Erisha, Erisha. Hanya Erisha. Tetapi, sakitnya hati yang mencinta.

Terkilan masih tersisa menusuk jiwa. Terkenang kisah yang menghadirkan lara. Rasa yang benar dirasa, ditenggelamkan. Rasa itu tidak layak untuk menjengah.

"Seperti kau yang tak layak untuk aku cintai. Aku terlalu bodoh mencintai kau tanpa henti. Sedangkan kau langsung tak layak memiliki cinta aku. Kau kecapi bahagia dan aku sebaliknya. Aku kecewa seorang diri, mencintai kau dengan sepenuh hati sehingga hati aku tak sanggup lupakan kau, lupakan setiap kenangan yang kita ada. Aku puas nafikan cinta aku untuk kau, bencikan cinta ini, tapi jawapan Allah, hanya kau Risha.

Aku berdepan dengan kau saat kau melahirkan anak kau, saat itu akan lebih membahagiakan andai itu takdir kita. Aku sentiasa memikirkan kita akan bahagia satu hari nanti, sampai aku lupa kebahagiaan tu tak ada untuk kita.

Mulut aku sentiasa menyebut nama kau, Risha. Nama kau tak pernah berhenti aku sebut dalam doa aku, meski kita dah berpisah. Dengan sebaris nama kau aku pinta agar hati kau menerima aku, ada dengan aku, mencintai aku, kerana harapan aku yang tinggi, cinta aku yang terlalu untuk kau, Allah hadirkan kecewa dalam hati aku.

Apa yang aku terima bila hanya kau yang aku mampu sayang dan cinta? Aku cuma terima kekecewaan dan hati aku hancur selumat-lumatnya oleh kau. Mendoakan kebahagiaan kau paling sakit bagi aku, Risha, kebahagiaan kau bersama orang lain, insan lain."

Erisha teresak-esak di sebalik kamar luar. Dia mendengarkan semua itu dengan jelas.

"Maafkan saya, awak. Semua yang terjadi adalah silap saya. Saya enggan insan yang mencintai saya, terlalu mencintai saya seperti awak, menanggung kekhilafan orang lain. Saya tahu dalamnya cinta awak, saya tahu segala usaha awak, tapi sekejapnya saya dapat terima dan hargai cinta awak.

Saya enggan mempergunakan status awak sebagai suami untuk menjadi bapa seandainya wujud khilaf orang lain di dalam rahim saya. Apakah nilainya cinta saya andai saya mempergunakan awak? Jika awak terima, saya tak sanggup awak terima tanggungjawab yang tak seharusnya awak tanggung. Saya takut sangat awak tahu kebenaran tu. Saya lebih sanggup mengakhiri daripada melalui detik-detik dalamnya kebencian dan kekecewaan awak terhadap saya."

______________
Writer Comment : Tidakku tangisi, perpisahan ini...

Isy dah siap bab ni, macam mana? Okey tak? Jangan risaulah, susah tau hael nak sakitkan hati Erisha sangat-sangat. Dia sayang kut kat erisha, tapi hael kecewa kan. Siapa boleh halang?

Btw, kita ada novel kat wattpad ni yang lain juga. Macam isteri teristimewa. Cita isteri teristimewa ni kisah cinta manis tapi ada masam dan geli, tapi boleh go. Tryyyy la bacaaa jugak ye.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro