MHS : 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

“PAK Ngah akan beri ruang untuk Risha beritahu kepada ibu. Pak Ngah tak mahu Lia berahsia terlalu lama, nanti bila ibu tahu daripada mulut orang lain, bertambah rumit Lia kena tanggung. Dengan ibu terkilan dengan Lia, Lia sendiri tahu berapa lama Lia cuba untuk dapatkan hati ibu semula,” pesan Encik Razlan demi menghindarkan Erisha daripada melukakan hati Elina lagi. Erisha memberitahunya, Elina tidak mahu Erisha mewujudkan rasa lagi buat Hael. Andai Elina tahu pasti hancur sekali lagi hubungan mereka.

Dia masih ingat kegembiraan Erisha saat menceritakan kepadanya tentang hubungannya dengan ibunya sudah menjadi baik. Encik Razlan enggan hubungan dua insan itu menjadi renggang semula. Erisha lebih tahu, bertahun dia berusaha untuk Elina menerimanya.

“Lia akan beritahu ibu bila tiba masa yang sesuai.” Erisha bersuara perlahan. Siapa sahaja mampu bergembira walaupun hari ini hari bahagia buat semua pengantin. Tetapi bukan dia.

“Pak Ngah faham dengan keputusan Lia. Lia masuklah kemudian berehat,” suruh Encik Razlan sambil mengusap belakang kepala anak saudaranya itu. Lantaran itu, dia berpaling. Tiada apa hendak dibahaskan lagi. Mustahil hatinya tidak terkilan dengan apa yang telah terjadi.

“Pak Ngah tak marahkan Lia, kan?” tanya Erisha sebelum Encik Razlan memboloskan tubuh ke dalam kereta.

Encik Razlan hanya memandang. Sebarang kata tidak diungkap.

“Lia...” Erisha ingin merapati Encik Razlan, tetapi Encik Razlan bersuara.

“Pak Ngah tak marahkan Lia. Cuma Pak Ngah nak Lia tahu Pak Ngah sentiasa mahukan yang terbaik bagi Lia, tapi apa yang sudah jadi hari ini ialah sejarah yang melukakan lagi buat Lia. Memang Lia salah. Tapi pernah tak Lia fikir tentang diri Lia sebelum Lia nak utamakan orang lain?

Ibu mertua Lia cuma mahu hubungan Lia dan Hael bersatu semula sedangkan yang akan menanggung ketegangan andai tak sehaluan, bukan dia. Dan kalau tentang wang ringgit yang mereka keluarkan untuk majlis jika mereka hendak kita bertanggungjawab, Pak Ngah boleh bayar. Lia tak bebankan Pak Ngah, demi masa depan Lia, Pak Ngah sanggup berikan berapa wang pun yang mereka mahu. Tapi kenapa pilihan Lia tetap untuk menjadi isteri kepada lelaki yang pernah Lia lakukan kesilapan? Hati lelaki lebih keras daripada hati perempuan, Lia.

Silap langkah, lelaki tu boleh jadi agresif, panas baran terhadap Lia seperti Khairi.” Akhirnya Encik Razlan meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya. Berkali-kali dia cuba menerima hakikat bahawa Erisha menjadi isteri kepada lelaki angkuh bernama Tengku Hael tadi.

Sayu Erisha menunduk wajah lalu dia mendongak perlahan. Pandangannya dibuang ke arah lain, hanyut air matanya ke pipi.

“Lia dah jadi isteri Hael, Lia kena banyak bersabar dalam mendapatkan hati dia semula. Pak Ngah sentiasa doakan kebahagiaan buat Lia. Sebesar manapun Pak Ngah rasa terkilan, lebih terkilannya hati seorang ibu. Tewasnya seorang wanita bila adanya anak, Lia juga tahu itu.

Meski tidak akan tiba saat itu mahupun tiba, Pak Ngah cuma mahukan dia cintakan Lia, sayangkan Lia. Pak Ngah enggan Lia pilih untuk mengandungkan anak lelaki yang tak cintakan Lia. Pak Ngah tak mahu Lia cuba lagi, Lia lebih berhak bahagia dengan insan sewajarnya.” Kata akhir Pak Ngah penuh dengan rasa kecewa. Sekilas pandang tidak Erisha terima lagi. Terhenti sekali lagi langkah Erisha ketika ingin merapati Encik Razlan bila Encik Razlan terus masuk ke dalam kereta. Rawan hatinya saat dia mengundur langkah memaksa hati memahami.

“Aku tak ada sesiapa yang menyebelahi aku, Ya Allah... Hanya engkau satu-satunya.” Tenggelam timbul suaranya meluahkan rasa hatinya kepada maha berkuasa. Hanya tuhan sahaja yang dia ada.

Cincin yang dia inginkan daripada Tengku Hael untuk disarungkan ke jarinya, hanya keinginan yang akan ditunaikan oleh masa lalu, iaitu cuma kenangan. Hiba rasa hatinya saat Tengku Hael menyimpan cincin pernikahan milik Alissa ke dalam poket di depannya. Bahkan ketika dia hendak mengucup tangan Tengku Hael, Tengku Hael terus bangun dan beredar.

Seorang jurugambar menunjukkan kepadanya satu gambar. Katanya cuma itu sahaja yang dia sempat mengambil gambar. Erisha akui, sekeping gambar itu sahaja sudah mampu membuatkan hatinya rasa bahagia pada hari bersejarah buatnya itu. 

Dia menapak masuk ke dalam halaman rumah bersama fikiran yang masih menerawang. Dia dinikahi hanya dengan akad. Tak pernah dia dapat merasa cincin disarungkan ke jarinya oleh seorang suami.

Tanpa sedar air matanya jatuh lagi. Dia dibenci. Mengapa hatinya berharap perasaan Tengku Hael tetap seperti dulu terhadapnya?

Dia mengesat air mata sebelum memegang tombol pintu. Matikan rasa seketika, memendam dan menyembunyikan perasaan. Itulah isi hatinya selama sisa hidupnya.

Pintu rumah dibuka dengan perlahan lalu memboloskan tubuh. Kelibat ibu tidak kelihatan. Barangkali ibu sudah tidur. Erisha naik dalam keadaan gelap. Sesampainya dia di tingkat atas, bilik ibu yang ditujunya.

Tombol pintu bilik ibu, dibuka. Terlihat sekujur tubuh ibu berbaring. Ibu sudah tidur. Perlahan-lahan dia menutup semula pintu agar tidak menghadirkan sebarang bunyi. Enggan lena ibunya terjaga.

Erisha melorot tubuhnya di dinding bersebelahan pintu bilik ibu. Dia duduk sementara ibu masih tidur. Sayu dia menyentuh muka pintu bilik ibu. Sejak dia kecil, dia cuma dapat menyentuh pintu bilik ibu. Tidurnya ada kalanya hanya beralaskan lantai dan berselimutkan rawan. Tetapi, hubungannya kini dengan ibu telah baik.

“Risha takut hilang ibu, hilang jernihnya hubungan kita setelah bertahun Risha nantikan. Sekali lagi Risha lakukan kesilapan... satu kesilapan yang tak mungkin ibu boleh maafkan. Risha tahu ibu inginkan kebahagiaan buat Risha, tapi Risha bodoh, kebahagiaan yang Risha pilih adalah bersama lelaki yang sudah matikan cintanya untuk Risha.” Perasaannya itu terluah dalam nada perlahan dan sayu. Andai Elina belum tidur, dia sudah pastinya tidak kuat untuk bersuara. Dia enggan menghadapi semula detik-detik hilangnya perhatian daripada ibu terhadapnya.

Elina terdengar bunyi tangisan di muka pintu biliknya dari bahagian luar. Namun baru sahaja dia ingin berdiri, satu tali melalui wajahnya lantaran dibawa ke lehernya.

Erisha tercengang tika mendengar suara ibu berteriak di dalam bilik. Sepantasnya Erisha berdiri. Tombol pintu dipulas. Tetapi, tombol pintu dikunci. Padahal tadi dia sendiri membuka pintu dan memastikan keberadaan ibu.

"Ibu tak apa-apa?" Bunyi sedikit esakkan keluar dari mulut Erisha. Tidak semena-mena dia rasa bimbang yang dahsyat.

Erisha memulas berkali-kali tombol pintu. Masih sama.

“Aku tak apa-apa Risha. Cuma terjatuh saja,” jawab Elina dalam kepayahan. Lehernya hampir dicekik tapi dia memohon dengan kata-kata usai itu.

"Macam mana pintu ini boleh terkunci ibu? Ibu dengar ke apa Risha cakap?" Jatuh air matanya di muka pintu. Dia mula teresak-esak. Takut dengan kenyataan yang bakal dihadapi. Perubahan Elina membahaskan diri telah menyebabkan hatinya mula disentuh duka. Tangannya masih lekat di tombol pintu. Dia cuba berulang kali membukanya.

“Aku tak dengar apa-apa. Aku terjatuh masa lepas kunci pintu. Aku tak sangka kau dekat luar. Aku dah bangun, kau tak perlu risau. Tidurlah Risha.” Sedaya upaya Elina mengawal suaranya walaupun berjuraian air mata menuruni ke pipi.

Demi keselamatan Erisha, dia harus bersikap dingin agar tidak ketahuan hubungan baik semula dengan Erisha.

"Ibu, buka pintu sekejap. Risha janji, sekejap je. Risha janji lepas tengok ibu okey, Risha tak ganggu." Erisha mengendurkan nadanya, memujuk.

Sikit sekalipun dia tidak terkilan dengan nada dan butir bicara Elina. Dia tahu sebab disebaliknya Elina berkata sedemikian. Elina pasti terlepas kerana sudah kebiasaan digunakan bahasa diri itu.

“Risha risaukan ibu, please ibu. Risha nak tengok ibu,” pujuk Erisha sudahpun menangis. Dia berharap Elina membukanya segera.

Harapan Erisha meleset saat bunyi balingan barang ke pintu menyapa gegendang telinga. Bahunya terhinjut kerana terkejut. Dia menahan air mata dari tumpah lagi. Dia tidak putus asa, dia mengumpul kekuatan mengetuk sekali lagi pintu bilik Elina dengan perlahan.

“Ibu, keluarlah... sekejap je bu.” Erisha tidak berputus asa. Dia kepingin memeluk ibu.

Tubuh Elina melorot jatuh. Air mata penyesalan mengalir di pipi. Merah matanya sehingga memejamkan mata sahaja telah membuatkan air matanya mengalir.

Cengkaman makin kuat di setiap hujung rambut Elina. Sedaya upaya Elina menahan suaranya daripada mengerang. Dia merapatkan kedua-dua tangannya dan merayu kepada lelaki itu melepaskan cengkaman di rambutnya.

Orang itu enggan keinginannya terus terganggu. Elina dilepaskan dengan kasar. Tubuhnya jatuh menyembah lantai. Urat sekitar rambutnya timbul saat rambutnya dicengkam, sejurus itu ditarik separuh berdiri.

“Pergi suruh anak kau duduk diam-dia dalam bilik dia, jangan sampai anak kau yang ada dekat tempat kau sekarang. Pergi!” bisik lelaki licik itu bersama nada penuh amarah. Elina lekas mengangguk. Mana mungkin dia rela anaknya ditawan seperti ini.

Sekali lagi badannya didorong. Merah mata Elina menahan sakit. Dia berpaut di sofa sebelum membangun.

Elina menggagahkan langkahnya demi Erisha. Dia menyusun langkah ke arah pintu. Lemah keadaannya cuba semampu daya membuka pintu demi menghentikan Erisha.

Dia sudah jauh melarikan diri, akan tetapi mereka berjaya menjejaki keberadaannya.

Saat Elina menguak pintu, raut wajah Erisha menjamah matanya dengan pandangan yang sarat kerisauan. Perasaan sedih mula mengelus-elus jiwanya.

Hati Elina ingin menerpa memeluk anaknya tetapi kerana memikirkan anaknya pasti akan melalui penderitaan jika bersamanya.

Tanpa Elina sedar, titisan air mata berlinang. Kesayuan wajah perubat rindu itu menggamit pedih di hati. Dia ingin Erisha tahu kesengsaraannya.

Hampir dia teresak apabila Erisha terlebih dahulu memeluknya seperti yang diinginkannya saat ini.

“Ibu...” Erisha terlebih dahulu memeluk tubuhnya. Dia tidak peduli dengan larangan ibu lagi. Saat itu, dia benar-benar cuma mahu memeluk ibunya.

Elina menahan sebak. Benteng yang dibina di lubuk hati angkara tidak sanggup menerima hakikat sebenar, punca dirinya memperlakukan Erisha dengan buruk.

Erisha terus menariknya masuk ke dalam biliknya semula. Elina ketakutan.

“Siapa benarkan kau masuk bilik aku!” Elina menghentikannya segera. Dia memekik dengan nada yang tidak senang. Sementara itu air matanya terus mengalir. Melihat lelaki yang menyiksanya itu hampir dikesan oleh sepasang mata anaknya, dia mengorbankan kekuatannya menarik Erisha ke luar.

Terjatuh Erisha apabila tubuhnya ditarik dengan begitu kuat. Berkerut dahi Erisha menahan kesakitan yang menjalar di tubuhnya dek ditarik dan terdorong jatuh ke atas lantai berjubin itu. Bunyi desahan sakit menampar ruang pendengaran Erisha. Wajah Elina dipandang resah. Dia lekas berdiri.

Kaki Erisha yang ingin melangkah menghampiri terhenti apabila Elina meneriak.

"Keluar! Selangkah lagi kau melangkah, aku takkan wujud lagi dalam hidup kau!" Amaran Elina berteriak.

Air mata Erisha terus tumpah.

“Apa maksud ibu? Kenapa ibu berubah sedangkan semalam kita cukup bahagia? Apa niat ibu berbaik dengan Risha semula? Jelaskan yang sebenar ibu, Risha keliru. Risha tak faham." Secara tidak sedar, Erisha sudah meninggikan suara pada Elina. Tak pernah terlintas di akalnya untuk berbuat sedemikian. Dia rasa seperti ibunya sengaja mempermainkan perasaan bahagianya.

“Cukup! Aku suruh keluar! Keluarlah Syalia Erisha!" tengking Elina. Kelelahan ibu jelas di matanya. Bertakung berat air mata di empangan matanya. Dia tidak mahu perkara yang berlaku ketika ini terbongkar.

Titisan darah yang menitis di atas lantai membuatkan Erisha menahan pilu.

“Tangan ibu...” Erisha teresak-esak di depan Elina.

Elina enggan mempedulikan. Elina akur dengan dugaan yang diterimanya. Air mata yang berlinangan dibiar mengalir lesu sementara dia beredar memasuki ke dalam bilik semula. Air matanya semakin berderai-derai membasahi pipi mulusnya tatkala lelaki itu mulai menghampiri.

"Kau ingat ya perempuan, selagi kau tak beritahu dekat mana keberadaan Riffyaz pada aku dalam dua hari lagi, anak kau jadi penggantinya." Lelaki itu menunduk lantas memberi amaran pada Elina.

Lelaki itu mengukir senyuman sinis dan kemudian rakus bibirnya bermain di wajah Elina.

Elina tidak berani mengelak. Dia hanya terpaksa membiarkan sahaja.

Dia ingin menjerit meminta tolong tetapi teringatkan ugutan si penjahat, dia rela mendiamkan diri.

'Maafkan ibu, Risha.' Hatinya merintih pilu. Matanya dipejam. Berintik-rintik air matanya jatuh seperti hujan.

"Kalau abang sentiasa ada di sisi Lin dan Risha, pasti kehidupan Lin dan Risha takkan jadi macam ni," luah Elina sebak.

_______________
Writer Comment: Kesian sebenarnya dalam masa yang sama. Korang jangan lupa baca sambil dengar lagu untukmu akan bertahan, ceh saje amik feel. Btw, sorry lambert update🫡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro