MHS : 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lagu dawai kat atas ni - ost air mata di ujung sejadah. Try dgr sambil baca, if boleh dgr sambil baca la huhu.

KUBUR arwah Zahra diziarahinya pagi itu. Sayu menjengah hatinya saat menyentuh batu nisan yang tertera sebaris nama Zahra Qalisha Binti Muhammad Khairi. Sedaya upaya dia mengawal perasaannya.

"Nama anak ibu apa, sayang?" Erisha menguji anaknya.

"Zahra Qalisha Binti Muhammad Khairi. Panggil Zahra." Lancar sebutan nama seperti yang diajarkan oleh Erisha. Erisha membuka dakapan, cepat sahaja anaknya memeluk.

"Kita ziarah Tok Wan esok tau, Zahra kena tidur awal," pesan Erisha seraya menyentuh manja pipi anaknya. Meski masih kecil, anaknya dia cuba didik sebaik yang mungkin. Walaupun dia tahu hanya kasih sayang yang mampu dia beri sebagai jaminan anaknya dibentuk dengan baik.

"Ini batu nisan Tok Wan? Kemudian hari Zahra pun mesti macam ini juga, kan? Tok Wan, tunggu Zahra tau. Nanti..."

Erisha lantas membawa Zahra meninggalkan kawasan perkuburan itu. Entah mengapa hatinya berasa takut dan tidak enak sebaik mendengar anaknya berkata sedemikian. Bahkan, seakan terlintas di dalam hatinya perkara yang tidak diingininya. Walaupun begitu, langkahnya bagai teragak-agak angkara rasa bersalah meninggalkan kubur bapa mertuanya begitu sahaja tanpa membaca yasin seperti niatnya sebelum mendengar kata-kata anaknya.

"Zahra, kenapa Zahra cakap macamtu?" Tanpa sedar, air mata Erisha menitis ke pipi tika itu. Dingin suaranya.

"Cakap apa, ibu?" Zahra tidak faham. Namun, setelah menyedari air mata membasahi wajah ibunya, dia bersuara.

"Ibu..." Dia mendekatkan tubuhnya dengan ibu.

"Ibu takut sayang. Ibu rasa tak sedap hati, seolah ibu akan hilang Zahra selepas Zahra cakap seperti di kubur tadi. Ya Allah, janganlah engkau biarkan takdir anak aku berakhir Ya Allah. Aku hanya punya dia. Zahra, tolonglah jangan tinggalkan ibu. Jangan cakap macam tadi lagi, ibu resah, ibu takut."

Takdir itu tetap berlaku. Erisha menunduk dalam tangisan yang berpanjangan. Lama dia di situ, meski beberapa orang telah beredar sebaik selesai menziarahi. Menerima qada&qadar Allah, terasa berat baginya. Setiap kali dia menyentuh perutnya, mengingatkannya saat mengandungkan Zahra. Detik-detik Zahra membesar.

Masa-masa itu cukup terindah baginya. Tidak akan mampu untuk dia lupakan.

Namun hancur hatinya sebagai seorang ibu tatkala dikhabarkan kematian Zahra. Jasad anaknya, Zahra Qalisha yang berada di dalam pangkuannya hanya jasad yang tidak bernyawa. Senyum dan tawa anaknya tinggal sebagai memori.

Dia berteleku tanpa beralih. Air mata dibiarkan mengalir lesu.

"Ibu tak dapat jadi ibu yang terbaik buat Zahra. Maafkan ibu, sayang." Air matanya sedaya upaya ditahan. Tangisan Erisha semakin mendayu.

Dia memegang bantu nisan anaknya.

"Zahra ingat pakcik yang ibu ceritakan? Sekarang dia dah jadi ayah tiri Zahra." Sedaya upaya dia mengawal perasaannya.

"Tapi..."

Seseorang berdiri di sisi. Erisha panggung kepala. Seraut wajah itu tidak terduga olehnya keberadaan di sini. Debaran hatinya berdegup kencang.

"Dah bacakan yasin?"

Erisha mengangguk pilu.

"Aku bacakan sekejap, kau tunggu aku. Ada hal aku nak bincangkan." Dia turun melabuhkan duduk bersebelahan Erisha. Yasin yang dibawa bersama, perlahan dibuka.

Lafaz basmalah dimulakan lalu disusuli bacaan. Erisha disebelah, mengalirkan air mata. Lelaki itu berada di sini ketika ini?

Sehingga ke bacaan yang terakhir, hanya sisa sebak Erisha yang didengari. Sejak dia tahu kematian arwah Zahra, dia pasti bertembung dengan Erisha dari jauh, tangisan tidak lekang dari si ibu itu. Hati siapa sahaja mampu menerima pemergian insan tercinta.

Tangan Erisha diraih usai Erisha menyiram pusara arwah Zahra. Tikar digulung rapi seraya dia menuntun Erisha untuk pulang.

Perlahan-lahan dia melepaskan pegangan di tangan Erisha apabila Erisha masih hendak melihat kubur anaknya dari jauh. Dia menunggu sebagai tanda hormat.

Tidak lama kemudian Erisha berpaling. Mereka saling berpandangan sebelum salah seorang mula bersuara.

"Macam mana awak boleh tahu saya melawat kubur arwah Zahra?" tanya Erisha sebaik melepasi kawasan perkuburan.

"Aku ikut kau sebab aku nak hal nak bincang sedikit dengan kau." Alasan dia berada di sini, dicipta agar tidak menjadi pengetahuan Erisha.

"Awak nak bincang apa?" Dia baru menyedari perbualan mereka yang dibahasakan oleh Tengku Hael adalah 'kau, aku'.

"Mama nak kau tinggal dengan dia juga. Sebulan dua saja sebelum tinggal rumah aku. Rumah jiran aku dalam proses renovate bulan lepas sehingga dua bulan lagi. Jadi, bila ada renovate boleh tahan bising juga. Disebabkan tu aku tinggal rumah mama sementara renovate tu selesai. Aku faham kau nak tinggal dengan ibu. Jadi, aku datang nak bincang. Aku tak paksa." Tengku Hael menolak setiap patah keluar dari mulutnya biarpun sungguh terasa berat.

"Saya sebenarnya memang tak keberatan kalau saya tak ada komitmen lain. Saya ada kerja dan bila malam saya perlu balik rumah ibu, macam waktu biasa saya balik kerja. Pagi saya selesaikan berniaga. Petang saya masuk kerja pukul 10-6. Waktu dekat rumah puan, saya tak pasti waktu yang mana membolehkan saya ada. Saya tak nak buat ibu curiga dan buat masa ini saya belum bersedia nak beritahu ibu tentang kita."

Tengku Hael tidak hanya mendengar. Wajah Erisha juga direnung dalam. Ingin sekali dia mengesat air mata yang tidak culas menodai muka itu. Dia tidak seharusnya membincangkan masalah ini, di waktu sebegini.

"Jadi, kau tak boleh tinggal dengan aku dekat rumah mama?" Nadanya sedikit berubah. Erisha terus angkat wajah melihat riak wajah suaminya yang turut bertukar ekpresi.

"Tak. Bukan maksud saya macam tu. Saya akan cuba minta part time pagi dekat tempat saya kerja tu," usul Erisha cepat. Enggan suaminya berjauh hati.

"Kau kerja dekat mana?" Mata Erisha dipandang usai menyoal. Dia menanti jawapan.

"Supermarket." Sekali lagi jantungnya berdebar dengan pandangan mata suaminya.

"Aku nak kau berhenti. Aku boleh tanggung kau."

"Tapi, saya..."

"Aku cakap berhenti, maknanya berhenti. Aku tak nak juga mama aku curiga dengan pergerakan kau dan keberadaan kau. Cuma mama je yang bantu kau dalam hubungan ni, jadi gunakan mama sepertimana yang kau mahu asalnya," suruh Tengku Hael pada awalnya dan berakhir dengan sindiran. Wajah Erisha tidak dipandang lagi, dia terus beredar memasuki ke dalam kereta.

"Apa maksud awak, Hael? Hael, Hael." Pertanyaan Erisha hanya dibiarkan. Meski dia mendengar Erisha memanggilnya berkali-kali demi jawapan, dia tetap memboloskan tubuhnya.

Terkilan di sudut hatinya dengan sangkaan Tengku Hael terhadapnya.

Bunyi deruman enjin menampar gegendang telinganya. Kereta Tengku Hael melaju keluar daripada halaman letak kereta di situ lalu membuatkan mata Erisha terpejam dek dibenam bunyi itu.

Guruh sedang menyeru. Bunyi rintik hujan menyembah bumi ketika itu. Pakaiannya mula terasa basah dengan hujan yang menjadi lebat. Erisha tidak bergerak, dia hanya kaku di situ.

Tengku Hael cintakannya? Itu hanya dari mulut Rawda. Tetapi hakikatnya jelas dari bicara tadi. Perasaannya kembali terpukul. Ibu? Wanita itu ternyata tidak benar berbaik dengannya. Tiada bezanya dengan kehidupan dulu. Hanya Zahra sahaja kebahagiaan dalam tahun-tahun lalu gegitu juga andai Zahra masih bernafas di ketika ini.

Zahra. Nama itu makin menekan di fikiran.

Tanpa disedar, langkahnya diatur ke arah kubur anaknya semula. Perasaannya memburuk. Dia seakan terdengar suara Zahra memanggil.

Bajunya lencun dengan air hujan. Tidak langsung dia peduli. Langkahnya makin laju diatur.

"Zahra, mana sayang? Ibu ada sini. Zahra, ibu ada Zahra!" pekik Erisha walaupun suaranya terbatas dengan hujan yang kian lebat.

Tengku Hael turun dari kereta dengan pantas. Dia tak seharusnya meninggalkan Erisha untuk pulang sendiri. Hatinya tidak berhenti-henti berdoa seiring langkahnya agar Erisha tidak apa-apa. Jantungnya bagai direntap saat terlihat Erisha sudah hilang di sebalik kabus hujan di dalam kawasan tanah perkuburan. Erisha tiba-tiba sahaja mengubah langkah ke arah kubur semula.

Bunyi tapak kaki yang bergegas menghampirinya membuatkan Erisha mengalihkan wajah. Dia fikir itu Zahra.

Tengku Hael terus menarik Erisha ke bahagian tanah lapang tanpa pusara. Bahu Erisha dipeluknya rapat. Setiap langkahnya, ekoran matanya tidak berhenti memandang wajah Erisha. Erisha hilang perhintungan bahkan esakannya pecah semula bersama sebaris nama Zahra.

Berkerut-kerut dahi Tengku Hael dilanda seribu pertanyaan.

"Zahra panggil saya, awak. Dia mesti seorang diri. Lepaskan saya, saya nak jumpa Zahra, saya kena teman Zahra." Tersedu-sedan Erisha cuba merungkai pelukan Tengku Hael di tubuhnya.

"Kenapa dengan kau ni? Erisha!" Lengan Erisha ditarik kasar dan dia paksa untuk memandangnya. Dia tidak dengar sepenuhnya. Dia hanya dengar sebaris nama Zahra.

Air mata yang ditahan berjuraian dipipi. Yang dia dengar hanya samar-samar, jeritan Tengku Hael yang cuba menyedarkannya. Tetapi dia mendorong berkali-kali tubuh Tengku Hael, dia mendengar suara anaknya. Zahra memerlukannya.

Erat dia pegang tangan Erisha walau Erisha berkeras Zahra memanggilnya. Benar. Erisha merasakan Zahra memanggil. Dia perlu membawa Erisha meninggalkan tempat ini.

Namun, tidak sempat dia membawa Erisha. Erisha melorot jatuh. Tengku Hael turun, Erisha menggeleng saat Tengku Hael menekap kedua tangannya di kedua belah pipi Erisha.

"Saya dah tak dengarkan Zahra... Zahra!" Erisha merintih hiba. Tersedu-sedan Erisha meneriak namanya.

Tengku Hael sepantasnya menahan tubuh Erisha saat Erisha ingin menuju ke arah kubur Zahra. Terasa basah dadanya dengan air mata Erisha. Dia sapu lembut belakang Erisha. Semampunya dia menenangkan Erisha.

Dadanya yang terasa sesak membuatkannya tergenggam kuat tangan Tengku Hael. Makin teresak-esak Erisha, tidak dapat menahan rasa sedih yang menyelinap di hati. Zahra, hanya Zahra menguasai fikirannya.

Sedih sungguh hatinya melihat renungan mata isterinya di kubur arwah Zahra. Empangan air matanya terus pecah di kala itu. Tengku Hael mendapatkan semula tangan isterinya, tubuh Erisha terpaksa dibawa dengan kasar ke dalam pelukannya semula kerana Erisha bertegas anaknya memanggilnya.

"Zahra dah tak ada, Erisha. Bawa mengucap."

__________________
Writer Comment: Sumpah mmg saya mendalami part ni. Anak kut, pedihnya tu ergh!

How about this chpter, para pembaca? Dua next chapter sweet cikit. Alamak tercakap😂


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro