MHS : 36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MASA berlalu memulihkan hati lelaki itu? Erisha kembali menunduk sayu. Dia cukup mengenali Tengku Hael. Tengku Hael tega menerima duka selagi rasa cinta.

Bertahun-tahun dia melalui hidup derita dengan insan yang bertegas ingin bertanggungjawab. Insan itu mempertahankan diri setelah melakukan perbuatan keji itu dengan nama cinta, namun hakikatnya cuma dendam angkara cinta tak berbalas.

"Abang bersalah, Risha. Abang bersedia bertanggungjawab. Abang terlalu mengikut rasa hati. Abang kecewa melihat Risha yang abang suka, mengagumi lelaki lain."

Dia tak pernah memberi harapan. Kenapa masih ada saja yang tak senang akan kehidupannya. Malah keluarganya juga hancur, hidupnya turut hancur.

'Cinta' itu sungguh meracun hati. Walhal setelah Khairi memilikinya tiada secebis rasa cinta yang dipupuk oleh lelaki itu di dalam hatinya. Dia akui dia sedar Khairi memperlakukannya tidak menentu gara-gara rasa bersalah, tapi berbaloikah rasa bersalah itu selama 9 tahun?

Dia yang mangsa. Mengapa dia harus hidup sengsara, jika benar cinta, setidaknya rasa bersalah itu dibuktikan dengan rasa bahagia.

Suara dering telefon berbunyi menggamit deria pendengaran. Dia bergerak langkah ke ruang tamu. Ingatan sesaat tadi itu berlalu.

Biasanya telefon rumah itu tidak berbunyi. Enggan berfikir panjang, dia lantas mengangkat gagang telefon itu.

"Assalamualaikum Risha." Suara itu menyapa gegendang telinganya melalui corong telefon membuatkan senyuman lebar meniti di bibir. Tengku Hael rupanya.

"Waalaikumussalam, ya awak." Erisha mengerling jam di dinding ruang meja makan.

Sesudah subuh, Tengku Hael pamit keluar. Tanpa memaklumkan tujuan. Hendak mengikut, tetapi kantuk menahan tuan.

"Kau nak roti canai?" Tengku Hael menanggalkan helmetnya lalu meraup rambutnya. Dalam masa yang sama, anak matanya memusat ke arah gerai makanan tepi jalan itu.

"Awak ada dekat mana?" Soalan dibalas soalan oleh Erisha.

Sukar sekali hendak menabur prihatin andai si isteri begini. Erisha sentiasa dengan rasa ingin tahunya terlebih dahulu.

"Dekat dalam hati kau." Selamba Tengku Hael menyahut persoalan Erisha.

Erisha membisu tanpa balas. Tersenyum Tengku Hael meneka ekpresi muka Erisha saat ini.

"Diam pulak?"

"Janganlah buat saya tak keruan, awak." Hendak sahaja dia melepaskan tawa. Erisha terlalu serius dulu, marah sahaja yang tahu. Bila diusik, lemah ketegasannya.

"Dah tu, bukannya salah aku. Aku tanya tadi, kau jawab lain, aku pun jawablah lain." Rambutnya dikemaskan melalui cermin sisi motor.

"Tapi tak ada ke dalam hati saya juga?" duga Erisha. Suka benar hati Tengku Hael tika ini. Erisha masih sama.

"Ada, Risha." Jawapan itu menghadirkan senyuman sendiri. Erisha sering menanyakan sebegitu. Inginkan kepastian padahal tahu sahaja isi hati masing-masing. Tapi begitulah cara mereka bahagiakan antara mereka.

"Saya pun ada dalam hati awak," ucap suara itu. Mendayu indah mengulit rasa sukacita.

Senyum yang sedia tersumbing di bibir, Tengku Hael sembunyikan. Hanya menahan senyuman di belakang tangannya.

"Roti canai ni nak ke tidak?" Dia menekan nada gara-gara tidak mahu jelas terbawa perasaan. Padahal senyuman tak lekang dari bibir.

"Dua je la beli untuk saya. Untuk awak, kalau awak nak makan roti tu beli satu je sebab saya tengah masak makanan kegemaran awak, awak kena habiskan." Sempat Erisha mengingatkannya.

"Kau minta belikan dua tak apa pulak?" uji Tengku Hael sengaja berpura-pura tidak puas hati.

"Lama dah tak makan." Jika berdepan saat ini, semestinya Erisha pamer sengih.

Sungguh, hatinya disulami lapang. Dunianya terasa ria. Tidak lagi kosong.

"Tu kalau kau dah selesai masak, letak dalam tupperware. Kita berkelah kat luar," pesan Tengku Hael seraya turun dari motor itu.

"Last minute baru awak bagitahu?"

Dia sudah agak. Tengku Hael menahan kata mendengarkan itu, dia meneruskan langkah ke arah gerai itu. Dia menjauhkan telefon itu. Salah seorang antara barangkali tukang bungkus roti, memandangnya sebagai isyarat ingin menerima pesanan.

"Roti canai tiga, bungkus." Tengku Hael memberi pesanan itu.

"Sekurang-kurangnya bukan balik baru aku beritahu, kan?" sambung Tengku Hael lalu berganjak langkah, memberi ruang kepada pelanggan lain.

Sebelum Erisha melawan, ada baiknya dia bersuara.

"Kalau tak nak, tak apa. Makan je kat rumah." Tengku Hael terlebih dahulu memintas. Telefon masih melekap di telingannya.

"Nak la. Tapi boleh ke saya usung tikar, jauh ke tempat nak berkelah?"

"Tak perlu fikir tu. Yang lain semua dah ada. Kau je yang aku kena bawa."

"Okey awak. Awak balik hati-hati tau... Roti canai paling penting." Meleret Erisha sebelum mengakhiri dengan muslihatnya.

Belum sempat Tengku Hael membalas, kedengaran bunyi beep menandakan panggilan ditamatkan. Serta merta Erisha memutuskan talian. Rahangnya hampir jatuh. Erisha memang licik mengenakan hatinya.

Dalam hati, mengharap pesanannya segera disediakan. Dia akan menghuru-harakan hati Erisha juga.

Senyuman Erisha perlahan-lahan pudar saat terpandangkan bingkai gambar di atas meja bersebelahan telefon itu. Dia merenung sepi gambar itu.

Telefonnya yang berada di dalam poket seluar, dikeluarkan. Nombor awal milik Elina ditekan. Hanya ikon mesej dia tekan. Selama ini, Elina tak pernah menjawab panggilan telefonnya, hanya mesej dia menerima balas. Itupun jikalau ibunya itu rasa parafrasa itu penting.

Risha
Assalamualaikum ibu.
Ibu, bila ibu balik?

Erisha menarik nafas, mengumpul rasa berani.

Risha
Ada hal yang Risha nak cakapkan pada ibu.
Kalau ibu balik harini, ibu tunggu Risha malam ni boleh?
Balik saja Risha beritahu ibu.

Tidak semudah itu untuknya menerima balas dalam sesaat. Dia menyimpan harap dan menyusun tapak ke dapur semula.

Dalam rasa rawan, dia memulakan masakannya. Banyak masalah yang bertandang di fikiran. Kenang toksik di tempat kerja memang berat. Jika tidak kerana memikirkan faedah persaraan nanti, dia boleh sahaja bergantung pada hasil berniaga.

Seketika, dia mengangkat penutup kuali. Dia membiarkan wap makanan itu terbebas ke udara. Aroma kuah spaghetti memenuhi ruangan dapur. Perutnya berkeroncong.

Lebih baik dia segera memotong buah sebagai pencuci mulut. Dia sudah menyediakan dari tadi, cuma perlu mematikan api dapur sahaja.

"Ouh... spaghetti," tegur satu suara serentak terasa ada tangan melingkar di pinggangnya.

Erisha paling sipih, memastikan. Tengku Hael.

"Tak apa ke?" tanya Erisha, sempat menyedari tadi kedengaran bunyi enjin motor. Tetapi, terlalu fokus memasak.

"Apa pula tanya macam tu, aku suka semua masakan kau. Semuanya kegemaran aku sebetul-betulnya." Berbanding aroma itu dengan haruman Erisha saat ini, Erisha jauh memenangi. Dagu sudah direhatkan di atas bahu kanan Erisha.

Leher Erisha rasa panas dihembus nafas Tengku Hael. Dia kaku tanpa menghalang, hanya tangan bergerak memotong beberapa buah di atas papan kayu tembusu.

"Saya ada tanya Cik Su, dia cakap awak selalu makan spaghetti." Tengku Hael angguk di bahu Erisha. Dia mengamati suara itu dengan senyuman.

"Sebab tu saya masak."

Cara Erisha memotong dengan lincah itu amat menambatkan hatinya. Tampak ciri-ciri tukang masak dalam diri Erisha membuatkan anak matanya tidak langsung mengubah ke arah lain. Tetapi tidak hairanlah, Erisha berniaga makanan.

"Kuah spaghetti ni macam segera juga, tapi ni saya buat sendiri kuahnya, nanti saya bagi awak resipi ni. Boleh awak buat bila-bila teringin nanti." Tengku Hael berkerut.

"Kau tak boleh buatkan ke macam ni 'bila-bila teringin nanti' tu?"

"Cuma manalah tahu masa tu saya kerja."

"Aku akan tunggu kau macam mana pun."

Erisha kalih lagi. Dia mengangguk mendengarkan itu.

Mata Erisha kembali menumpukan pada pisau yang masih berada di tangan untuk memotong buah, curi-curi dilihatnya. Bebola mata Erisha sungguh memukau pandangan matanya. Dalam erti kata lain, dia terpesona melihat sepasang anak mata hitam itu.

Usai Erisha memotong, hujung jarinya yang mengenggam satu beg kertas dihalakan di depan Erisha.

Perlahan-lahan Tengku Hael meleraikan pelukan lalu tubuh Erisha dipusing menghadapnya.

"Aku ambil baju ni kat butik resort tadi." Tengku Hael mengeluarkan plastik dari dalam beg kertas itu.

Sebaris nama butik itu terpampang. Erisha terkesima. Dulu, butik itu masih dalam proses pengalihan baju dan belum dirasmikan pembukaan. Seringkali lalu, dia teruja menanti hari pembukaan. Namun, peristiwa perit untuk mengakhiri segala-galanya rasa.

"Lama dah baju ni tak ada pembelinya sebab aku tak jadi ambil, Miss Yara cakap mungkin nilai baju tu bermakna bagi sepatutnya membuatkan pelanggan lain tidak berminat. Dah 9 tahun, ada di pameran depan butik."

Matanya dipejamkan seketika. Tengku Hael mengambil nafas.

"Sekarang baju ni dah ada pemilik yang selayaknya dari mula." Empangan mata Tengku Hael penuh. Pilu hatinya mengutarakan itu.

Dari pandangannya yang kabur, dia melihat mata Erisha juga berkaca-kaca.

"Kau pakailah, kemudian kita boleh pergi dating," ujar Tengku Hael menyambung lagi patah kata. Jarinya yang hendak naik mengesat air mata yang tumpah, Erisha terlebih dahulu menyentuh wajahnya.

"Selama ni awak cuma ingatkan saya?" Bergetar suara Erisha.

Tengku Hael mengangguk lara.

Pupil matanya berkaca-kaca mengerdip lembut, jatuh menitis merentasi lekuk pipi. Terus tubuh Tengku Hael dirangkul erat.

"Kenapa awak biar hidup awak selama 9 tahun ni merindui saya? Awak ada pilihan untuk bahagia, Hael."

"Kau pilihan bahagia aku, selama-lamanya cuma kau. Tak pernah termampu untuk aku memiliki bahagia selain kau. Aku tak seikhlas yang kau anggap untuk aku rasa melihat kau bahagia sudah cukup buat aku. Tak. Seharusnya aku yang ada disamping kau, dan bukan dia. Aku takkan cintakan kau sedalam ini kalau akhirnya aku perlu melupakan kau."

"Sekarang saya milik awak, Hael." Erisha melepaskan pelukan. Tangan Tengku Hael dikucup lama.

"Ingin sekali aku tahu hari-hari kau dan perasaan kau tanpa aku. Tapi aku tahu hakikatnya cukup menyakitkan. Biarlah cuma kau tahu sakitnya hari-hari aku tanpa kau. Aku tak perlu lagi sakit untuk tahu bahagia kau yang aku sendiri dah saksikan."

Rawan hati Erisha mendengarkannya. Raut muka itu penuh kepedihan ditikam masa lalu mereka.

"Maafkan saya, Hael." Tangisan Erisha menyakinkannya Erisha benar-benar memaksudkannya.

"Aku nak kau tahu, walaupun aku terpaksa menyerah, tetapi perasaan cinta ini akan tetap selalu ada dan terus mengharapkan kau," kata Tengku Hael perlahan seraya merenung wajah itu.

"Jika kau rasa bersalah, perlakukan aku sebahagia yang mungkin kerana tidak kira derita dan kecewa, hati aku tetap mencintai kau. Aku harap... janganlah sia-siakan lagi hati aku."

Sebak Erisha lalu segera mengangguk.

"Saya akan bahagiakan awak, Hael. Sesuai janji indah kita dulu."

Saya benci pada kenyataan bahawa saya yang meninggalkan awak. Meninggalkan cinta yang hebat. Yang masih mampu kekal buat saya hingga saat ini. Hati Erisha membisik sedih.

"Aku inginkan bahagia tu." Tengku Hael membalas pelukan Erisha. Erat. Sebegitu erat cinta yang dimiliki buat Erisha.

Saya takkan sia-siakan cinta awak lagi, Hael. Cinta yang saya juga berhak miliki.

TEPAT lampu merah, Tengku Hael berhenti. Matanya tertumpu pada Erisha melalui cermin sisi. Keningnya bertaut sedari tadi Erisha tidak memegangnya. Dia menggerakkan cermin itu mencari keberadaan tangan Erisha.

"Walau dekat sekalipun, kau tetap kena peluk aku. Bahaya." Tengku Hael memaut tangan Erisha, dibawa ke pinggangnya.

Tengku Hael cuma menahan motornya dengan sebelah tangan. Kanan tangannya meraih jemari Erisha ke dalam genggaman.

"Kau malu ke hurm?"

"Malu sikit." Erisha menemukan hampir rapat antara ibu jarinya dengan jari telunjuknya.

Tengku Hael tawa kecil. Helmet itu tidak menampakkan riak wajahnya. Tanpa disedari sesiapa, bahagia dia tersenyum sendiri.

"Macam mana dengan malu tu nak buat aku bahagia?" Kepalanya dipaling ke kiri. Hujung matanya menjamah seraut wajah Erisha. Sungguh jelita.

"Saya tetap boleh bahagiakan awak dengan cara saya sendiri. Tapi sekarang ni awak yang ambil langkah, awak cuba goda saya."

"Goda?" Erisha angguk berkali-kali di bahunya.

"Tengok macam sekarang, kau yang buat aku tertarik dengan gelagat kau."

Dia menepuk paha Erisha, jarinya menunjuk ke arah cermin sisi. Dia menaikkan visor helmet. Erisha yang menanti, dia terus mengenyitkan mata.

Muka terlopong Erisha tembus di melalui cermin sisi itu. Sejurus itu kedengaran jelas Tengku Hael tertawa senang hati.

Erisha mengetap bibir menahan geram. Tengku Hael terasa genggaman di bajunya kuat. Sungguh, hatinya melebihi perasaan gembira.

Kereta di bahagian jalan depan yang mulai perlahan, menggamit perhatian Tengku Hael untuk bersedia. Tangan Erisha yang digenggam, dialih ke pinggangnya. Serentak itu, lampu isyarat bertukar hijau.

Tengku Hael memasuki lorong menuju ke bukit usai perjalanan mereka melepasi jarak yang tidak jauh dari lampu isyarat tadi.

"Kita nak berkelah di sini ke?" soal Erisha agak teruja.

Belum merapatkan motor ke ruang parking, Erisha laju turun. Tengku Hael menggeleng. Mujur, dia pantas memegang tangan Erisha.

"Macam mana awak boleh tahu tempat ni? Tahu tak? Saya nak sangat datang sini. Tapi sibuk sangat." Bertalu-talu suara Erisha dalam bertanya dan meluah. Hinggakan helmet bergerak-gerak. Comel benar isterinya itu.

"Mari sini dulu buka helmet tu," panggil Tengku Hael.

Jari telunjuk Tengku Hael bergerak memanggil Erisha maju mendekatinya semula. Dia membiarkan mata Erisha melilau seraya dia menanggalkan helmet di kepala Erisha.

Tengku Hael membetulkan tudung bawal Erisha yang berlapik gara-gara deruan angin. Sehelai scarf berwarna merah yang terikat di handle motor, dileraikan.

Dahi Erisha berkerut ingin tahu tujuan.

"Aku buat picnic date macam yang kau nak sebelum ni," ungkap Tengku Hael lalu scarf berwarna merah itu dibawa ke belakang tudung Erisha. Dia memberi isyarat mata agar Erisha memusingkan tubuh.

Dia mengikat reben pada sanggul Erisha. Beg yang disandang, dikeluarkan isinya. Erisha menekup mulutnya, matanya yang bulat itu meluahkan rasa terharu.

"Kau kan suka fesyen beret." Erisha menunduk lalu mengepit topi itu sedikit senget di tudung Erisha.

Tangan Tengku Hael digoyangkan girang. Bahagia rasanya.

Tengku Hael seperti dapat menduga gelora di hati Erisha. Tangan Erisha yang ingin melekat di pinggangnya lagi, ditahan.

"Hey, sabar dulu. Ini baru fesyen. Kejap lagi, kau akan lagi suka." Mata Erisha ditatap dalam menyakinkan.

_______________
WRITER COMMENT : Yeayyyyyyy dah update! Sorry tau, memang nak update hari2 tapi sebelum ni sampai bab 29 kut siap type dah, tu yang boleh update hari2, ni kite tggu idea lg ha, dgn bru balik dri kampung, bertepu la sekejap. Tapi jangan risau, tetap update hari2, tak update dlm sehari, kite akan update kat mb DyannRose jdi follow je update situ jugak. Sini mmg comfirm update ha.

Thankyou for support, hope dh rs enjoy dgn this chapter.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro