MHS : 37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TENGKU Hael hanya mengikuti Erisha dari belakang. Pergelangan tangannya terus Erisha lepas saat sepasang mata cantik itu ditambat dekorasi 'picnic date'.

"Pandainya awak pilih. Cantik sangat!" Erisha meluru ke arahnya semula. Wajahnya terpamer ketara girang.

"What? Pandai pilih?" Matanya tertunak garang.

"Awak buat sendiri ke?" Erisha bertambah teruja. Membulat matanya yang sempurna indah itu.

"Mestilah aku buat," jawab Tengku Hael jujur. Dia mengeluarkan telefonnya dari kocek seluar.

Dia membawa langkah ke arah ruang hiasan picnic itu apabila melihat Tengku Hael memegang telefon. Rasa janggal menjalar di dalam hati. Dia baru sahaja teruja.

Tapi cuma selangkah, Tengku Hael bertindak menarik tubuh Erisha dekat padanya.

"Tengok ni." Tengku Hael menekan skrin agar video itu berlangsung. Sebelah tangannya merapatkan bahu Erisha ke dadanya.

"Awak buat sendiri!" Erisha terjerit kecil. Matanya bersinar ketika tertancap pada video di skrin telefon itu. Terlihat jelas Tengku Hael sedang melakukan dekorasi itu.

Tengku Hael curi-curi memandang isterinya yang tersenyum hingga menampakan gigi ratanya.

"Awak nampak comel." Erisha membalas tatapannya itu. Dalam senang hati, dia memuji.

"Kau lagi cantik sekarang ni Risha." Ikhlas Tengku Hael memuji. Dia merenung dalam mata Erisha

"Jom kita makan sambil kau tengok video tu," bisik Tengku Hael.

Erisha mengangguk walaupun hebat debaran di dada. Baru separuh langkah, terkedu Erisha saat tubuhnya terasa terapung diawang-awangan.

Detak jantungnya mula memainkan irama tak normal. Badannya malah terasa kejung tatkala Tengku Hael mencuri nafasnya dengan merenung wajahnya.

"Sampai tak bernafas? Padahal cuma angkat. Risha, Risha... Lepas dah halal baru aku tahu kau punya level nervous." Lelaki itu makin galak membiarkan kedua-dua hujung bibir ternaik.

Malu, segan, tak keruan. Mustahil la tak rasa! Macam baru bercinta, tapi versi halal.

Erisha didaratkan perlahan-lahan di atas tikar berkelah mereka. Hasil menghias sendiri boleh tahan. Matanya lalu disapa sisi raut muka Erisha cemberut.

"Awak asyik ganggu saya, bila giliran saya pulak nak kacau jiwa awak?" luah Erisha sebelum dia hendak bersuara.

"Argh... tu sebabnya mencuka." Nadanya seperti jeda. Dia mengurut dagunya seraya anak mata hitamnya memusat pada muka Erisha.

Dia menyampaikan niat nakal hanya sesaat lalu tangannya lincah menarik Erisha ke depan matanya.

"Ni giliran kau, aku dah tolong buka peluang, sambunglah." Menegak terus tubuh Erisha.

"Sambung apa?" Seakan tak tercapai dek akal yang dimaksudkan Tengku Hael.

Tinggal sejengkal jarak mereka. Dadanya sudah bagai dipalu kompang.

"Dulu kau berani tenung mata aku, sekarang cuba kau tenung mata aku. Tenung selama mana yang kau rasa kau boleh berhasil buat jiwa aku kacau macam kau juga." Keningnya naik. Ingin mencabar Erisha.

"Tak boleh, saya tak pandai." Laju Erisha enggan. Erisha menjauhkan kedudukan mereka.

Tengku Hael tidak membiarkan, tangan Erisha diraih semula. Tetapi bukan dengan menarik Erisha mendekat lagi, namun dia cuma menyentuh tangan Erisha.

"Kau nak malu apa, aku ni kan suami kau sekarang." Tengku Hael menunduk ke tangan Erisha. Tangan Erisha diusap perlahan.

"Tengok sekejap je, lepas tu kalau tak berani... kau tunduk la," ajar Tengku Hael seraya pandangannya berganti tenang ke dalam mata Erisha.

Sungguh memukau paincaindera ciptaan tuhan buat insan di depannya ini.

"Kau pun yang cakap kau nak lamar aku dengan lamaran bahagia. Kau kena la berani macam dulu. Betul tak?" Tergugat hatinya dengan nada bicara mendayu Tengku Hael.

Satu idea mencapai dek akal. Erisha kemam bibir sekejap sebelum dia nekad. Matanya melilau di sepasang mata Tengku Hael. Baru Tengku Hael ingin mengangkat keningnya sebagai isyarat bertanya, terbatal.

"Jangan terkejut." Dengan amaran itu, bibirnya langsung melabuhkan kucupan di pipi Tengku Hael.

Lelaki itu terus terngadah tanpa sebaris kata mampu diungkap. Cuma keningnya tergerak sedikit. Tak percaya malah tidak pernah terlintas Erisha akan melakukan itu.

Merah padam pipinya apabila memandang anak mata Tengku Hael. Dadanya lantas berdebar.

"Apa salahnya awak pulak tak keruan?" Lancar Erisha bersuara. Tangannya ligat mencapai pinggan. Ingin segera makan!

Sebaliknya bagi Tengku Hael yang tersedar saat mendengarkan itu, Tengku Hael serang tanpa permit dan kata.

Mukanya yang masih merah, terasa pecah darah di serata wajah tatkala pipinya dikucup sisi kiri dan kanan.

"Seri satu sama," usul Tengku Hael sebelum Erisha yang memecahkan kata.

Hatinya sedingin salju angkara luka dulu, boleh terubat dengan bahagianya sejak Erisha hadir semula. Dengan kucupan itu tadi, terasa dunia ini milik mereka berdua.

"Bila kau kiss baru je tadi, aku rasa kau makin cantik." Renung Tengku Hael.

Wajah bersih Erisha tanpa riak, bulu matanya yang melentik di kelopak mata tidak terpejam. Dia masih terpempan.

"Hisy dahlah tu terkejut." Kedua-dua belah pipi Erisha dikunci dengan tangannya.

"Awak buat dua kali!"

"Eh? Itu dikira sebagai rezeki kaulah. Aku ni dapat satu je, cuba bagi lagi satu." Tengku Hael sengaja mengusik, tetapi lebih kepada mencuba nasib. Dia merapatkan pipinya tepat pada pandangan mata Erisha.

"Tak boleh!" Sekali lagi, Erisha sama seperti tadi.

"Tak apa, kalau kau tak boleh. Aku boleh." Dagu Erisha, Tengku Hael panggung ke arahnya. Perlahan pipinya menyentuh bibir Erisha.

Sesaat mata Tengku Hael berhadapan mukanya, tangannya naik menekup mulut.

"Aku dah dapat keadilan." Tengku Hael bergerak mencapai senduk di tangan Erisha. Dia biarkan sahaja Erisha terkebil-kebil.

Tengku Hael sengaja senyum sebelum pinggan di depan Erisha diambil. Hidung Erisha sempat dicuit.

"Makan dulu, lepastu sambunglah malu," pesan Tengku Hael masih lagi tak lekang senyuman yang menyerlah di bibir.

Dia memandang Tengku Hael. Lama. Rasa bersalahnya makin menggunung tinggi. Semampu ini Tengku Hael menguatkan hati. Dia membenci dirinya tika ini.

Tengku Hael mendongak kembali bila ingin menghulurkan pinggan, tapi terlihat wajah Erisha beralih ke arah lain.

"Kenapa Risha?" Senyuman Tengku Hael mati. Dia memagut dagu Erisha. Ada airmata yang bergenang di tubir mata si isteri.

"Awak buat saya rasa serba salah, macam mana awak boleh buat semua ni? Dari awak bangun awal pagi pergi butik, buat sendiri picnic date ni, bahkan dari hari selepas kita akad nikah. Awak ikut saya sampai kubur Zahra, awak tenangkan saya, sampai awak sakit. Awak masih ikut saya walaupun awak sakit, awak jaga saya masa saya datang bulan dan saya demam, awak cemburu, awak tunggu saya sampai saya balik kerja. Kenapa awak biarkan hati awak teguh buat semua tu dan sanggup lalui bahagia sekarang?" Perasaan hiba menular di segenap ruang dadanya. Air mata, Erisha sudah tidak dapat membendung lagi.

Jiwa lelakinya terasa rawan mendengarkan Erisha mempertikaikan perasaannya. Tetapi dia tahu Erisha takkan mampu terus menerima bahagia jika rasa di hati belum selesai.

"9 tahun yang lalu, kau seorang yang dah lakukan kesilapan yang sangat memeritkan dalam hubungan kita dan sekarang, kau bukan lagi datang untuk mengulang silap, tapi kau datang sebagai seorang yang ingin menebus kesilapan dulu.

Tika ini bukan lagi 9 tahun yang lalu dan bukan dalam 9 tahun tu lagi, di mana aku harus kecewa kerana ketiadaan kau. Kerana saat ini kau ada. Aku jauh lebih hargai detik ini, berbanding aku perlu lalui perit merindukan kau lagi." Tengku Hael cuba mengawal nadanya. Dari hari mereka sah sebagai suami isteri, dia tak putus mengenangkan hati yang dulu disakiti. Mustahil bila hari-hari dia dan Erisha cuma mengungkit, tidak terkesan. Sangat terkesan.

"Aku tak nak kau pertikaikan bahagia aku sekarang dengan kau, sebab bahagia tu nilai yang aku takkan dapat dari sesiapa melainkan kau.

Kau bawa la luka sebesar mana pun, Risha, aku tak pernah berhenti doa agar Allah jaga cinta aku terhadap kau. Dia juga tahu betapa dalamnya aku ingin cinta ini sentiasa kekal di hati. Selagi Allah jaga cinta aku terhadap kau, bermaknanya kau selama-lamanya cinta mati aku. Tetapi seandainya Dia yang mengambil cinta ini..." ucap Tengku Hael dan waktu ini, Erisha rasakan perasaan hancur seperti dulu di mana Tengku Hael merayunya.

"Seandainya Dia yang..." Sekali lagi Tengku Hael mencuba. Bibirnya terketar-ketar menahan gelora perasaan hiba yang tidak terhingga.

"Mengambil cinta ini." Tengku Hael menggeleng dalam rasa sebak.

Erisha terus meraih Tengku Hael ke dalam pelukannya. Erisha menggenggam erat jemari runcing milik Tengku Hael. Tangan lelaki itu menggigil. Tersiat-siat hatinya dengan kedukaan ini.

"Aku tak sanggup, Risha. Aku cintakan kau, cuma aku minta janganlah terjadi duka lagi dalam hubungan kita. Kau kekasih, kau jodoh yang aku ingin bahagiakan dalam hidup aku, sampai hujung hayat aku." Dengan juraian airmata, Tengku Hael mendesak hati meluah.

"Cinta awak saya yang gagal jaga. Saya dah hancurkan hati awak, hancurkan cinta dan sayang yang saya janji takkan persiakan dulu tapi saya nak awak percayakan saya buat kali ini, takkan terjadi duka lagi antara kita. Saya turut nak bahagiakan awak, bahagiakan kekasih halal saya dan jodoh saya ni," ucap Erisha dari awal bait kata. Penuh perasaan dia menyentuh wajah Tengku Hael, wajah lelaki yang tak langsung dia duga cinta lelaki itu utuh terhadapnya.

Cukuplah aku tahu, dulu mahupun saat ini, cintanya masih tulus. Aku yang membiarkan hatinya tersakiti sebegini. Andai tahu yang sebenar, adakah awak takkan tersakiti macam ni lagi, Hael?

"Dah, jangan nangis," pujuk Tengku Hael sambil mengusap lembut kepala Erisha. Tangan kirinya mengesat air mata menuruni cerun pipi yang mulus itu.

Dia masih kuat untuk memujuk aku. Inikah makna aku menghargai cintanya dengan menyimpan hal sebenar dari pengetahuannya? Erisha berbicara sayu di dalam hati.

"Kau nak aku nyanyi lagu tak?" Dia mengesat air matanya. Erisha menahan tangan Tengku Hael dari terus menyeka.

Andai aku tahu dia akan sesakit ini, sekuat ini, aku sanggup mengungkap kebenaran.

"Nak, tapi air mata awak ni gugur sebab saya. Biar saya yang kesat. Dan... saya tak nak awak sedih macam ni lagi, Hael. Saya ni tak layak miliki air mata awak, saya teruk Hael, sangat teruk."

"Tak Risha, tak, kau tak pernah teruk untuk aku. Walaupun aku tak tahu hakikat sebenar kau pergi, biarpun kau beritahu atau tidak, aku dah tak sanggup lagi dengar. Kau ada sekarang ni, kau ada dengan aku. Itu cukup, sangat cukup."

"Dan sekarang... dah memandangkan aku buat semua ni, buat picnic date sepertimana yang kau mahukan dulu. Semua dah mencukupi, cuma satu saja belum sempurnakan picnic date ni," jeda Tengku Hael perlahan. Tuhan sahaja mengetahui perasaan Erisha, melihat mata lelaki itu makin sembab. Masihkah aku tidak sedar dia terlalu hancur?

"Nyanyi lagu untuk kau," sambung Tengku Hael.

Tangannya menggigil menyeluk beg tangan kecilnya.

"Bagi saya sapu ni dulu kat awak."

"Apa tu?" Erisha cuma senyum nipis. Walaupun ingin dia menghamburkan tangisan yang kuat.

"Saya cantik tak?" Sedaya upaya Erisha mengendali hati yang memang tersangat sebak.

"Kau terlalu cantik, Risha."

"Saya pun nak cantikkan awak. Awak pejam je mata sekejap, okey?"

Tengku Hael menurut tanpa membantah.

Laju air matanya turun saat mata itu terpejam. Meski begitu, jari telunjuknya tetap naik mencalitkan di bawah mata Tengku Hael.

"Kenapa tangan kau sejuk?" Tengku Hael pantas menangkap tangan Erisha. Dia mencelikkan mata.

Dua pasang mata itu bertaut. Saat itu, Tengku Hael mengeluh.

"Jangan nangis dahlah, Risha."

"Awak pun nangis."

"Aku dah berhenti dah nangis, kau tu ada lagi."

"Saya sedih sebab buat awak nangis. Luluh sangat tengok mata awak makin sembab."

"Aku cintakan kau, Risha. Kalau tak, aku takkan mengalirkan air mata. Semua ni pilu bagi aku. Ni apa? Tak perlu nak bagi hilang sembab dengan... apa ni, Risha?" Tengku Hael kemudiannnya tertawa kecil. Ini yang remove dark circle. Dia pun tak pasti yang lebih tepat.

"Ni sesuai la nak bagi sejuk sikit. Mata awak dengan panas lagi. Sembab. Lagi tak sanggup la saya tengok." Masih lagi tersisa tersedu-sedannya.

"Dah tu patutnya letak cool fever tu jugak," usik Tengku Hael sambil memuncung ke dalam beg Erisha.

"Dengar ni dan simpan balik ni," pinta Tengku Hael lalu menutup genggaman tangan Erisha bersama krim di dalam telapak lima jari itu.

Dia menutup tupperware tadi dan mengalihkan pinggan lebih ke tepi. Seketika semua diatur ke tepi dengan rapat, tubuh itu ditarik rapat ke tubuh. Dia mengusap perlahan belakang badan Erisha yang berlapik baju itu.

Dia menarik nafas dalam untuk bersedia.

https://www.youtube.com/watch?v=5ZzLSoj0z18

"Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu." Dalam penuh perasaan Tengku Hael meluahkan lagu itu.

"Kejap, aku rasa tak boleh la lagu ni." Dia meleraikan pelukan. Wajah itu dipandang bagi mengambarkan dia tidak boleh meneruskan.

"Okey je." Bait lirik dan alunan lagu itu baru mahi meresap dan menyentuh dasar hatinya.

"Nyanyi sampai situ je la Risha. Lagu tu macam dahsyat cinta aku pada kau. Memang ya tapi tak nak riak." Langsung tak disangka, Tengku Hael mengeluarkan kenyataan itu.

Dada Tengku Hael ditampar lembut.

Tengku Hael hanya mempamerkan senyuman nakal dan mengucup tangan Erisha yang menampar dadanya.

________________________
Writer Comment : semalam nak update dah tapi siap kul 12 malam bab ni. Target siap petang. Tapi kena keluar beli barang pulak masa petang pas update kat mb semalam.

Maaf ye anda berdua🫠

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro