MHS : 54

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEMINGGU Erisha cuba menjaga Tengku Hael, tetapi selama hari-hari itu dia cuma boleh berulang alik. Tengku Hael enggan dia bermalam di rumah itu. Tengku Hael mahukan masa bersendiri.

Belakang tubuh suaminya dipandang sayu di sebalik celahan pintu. Perlahan-lahan dia menolak daun pintu.

Lelaki itu jatuh sakit gara-garanya lagi.

Memikirkannya. Merisaukannya.

"Aku boleh buat sendiri, kau baliklah. Dah malam," tutur Tengku Hael, lemah suaranya.

Bunyi gerakan pintu, semestinya Erisha ada di muka pintu.

"Saya esok dah nak gerak pergi Langkawi, awak betul tak nak ikut?" Erisha merapati katil mereka. Kini tak lagi, Tengku Hael sungguh menjauh.

"Demam aku pun belum baik, aku tak nak la bebankan diri." Lelaki itu masih membelakanginya. Mungkin hatinya juga sakit untuk memandang wajah ini.

"Awak rasa terbeban ke bila ikut saya?"

"Kau pun rasa terbeban kan bila kau akan mengandungkan anak aku. Sebab tu terdetik nak gugurkan." Hangat air matanya diseka, dia takkan mampu melupakan perkataan Erisha.

"Awak, saya..."

"Please, keluarlah Risha. Pergi balik. Aku dah minta Pak Rashid ambilkan kau. Kereta kau pun aku dah minta budak office bawa."

Erisha tetap mendekat, menahan perasaan bukan kali pertama baginya. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas katil bersebelahan kaki Tengku Hael.

"Saya takkan buat macam tu, Hael. Saya pun pernah ada anak. Saya takkan mampu buat seperti itu. Saya yang inginkan, saya yang mulakan niat ingin memiliki anak. Jauh sangat untuk saya nak buat perkara tu. Saya terlalu ikutkan perasaan masa tu, saya dah buat salah dengan memaksa awak. Saya nak perbaiki salah saya."

"Cara macam tu? Kau tahu tak aku nak sangat bahagia dengan kau? Sejak kau sebut perkataan keji tu, hidup aku tak menentu." Sukar sekali meninggikan suara. Tengku Hael tak mampu. Erisha pasti akan terkilan walaupun dia puncanya.

Sekali lagi hanya memikirkan perasaan dia. Pernah ke dia fikir perasaan kau ni, Hael?

"Kau dengar sini Risha, aku cuma marah kau sebab kau gunakan cara yang salah untuk kau puaskan rasa hati kau. Aku ni marah boleh selama mana sangat? Tapi, gugur? Tu ke yang kau rasa side kau bila kau cakap macam tu anything will be fine?

No. Aku fikir kau mungkin tak rasa bahagia memiliki zuriat dengan aku sepertimana kau memiliki zuriat dengan Khairi dulu. Aku rasa kebahagiaan tu memang terpalit pada aku, tapi cuma kau rasa aku tak layak memiliki kebahagiaan tu dengan kau."

"Awak please la, saya tak pernah fikir kebahagiaan dengan awak ada kena mengena dengan Khairi. Allahuakbar... Dengarlah saya, awak. Awak sangat layak memiliki kebahagiaan apa-apa sekalipun dengan saya. Tapi jahatnya saya ni. Saya buat awak rasa awak tak layak bila saya lakukan seperti tu dan berniat gugurkan."

Dia berpaling sebelum mendengar habis di depan raut wajah itu.

Cukuplah.

Itu saja yang dia inginkan, cukup Erisha akui itu salahnya. Andaikan seperti ini Erisha menjelaskan kisah duka lalu, akui rasa yang sebenar ketika masa lalu, aku akan berani mempertahankan dia.

Kerana dia adalah takdir yang takkan sesekali aku sanggup lepaskan. Sepertimana aku tak sanggup lepaskan dia dari hati aku setelah bertahun lamanya.

"LIA, betul Hael tak ikut?" Lembut suara bapa saudara Erisha bertanya.

"Tak, Pak Ngah. Dia tak sihat, kan?" Erisha menggeleng sayu. Dalam masa yang sama, dia tetap mengawal perasaannya, enggan dihidu oleh Encik Razlan.

"Baiklah kalau macam tu. Lia tunggu sekejap, Pak Ngah nak call driver van kita."

Erisha sekadar mengangguk. Beberapa pekerja Encik Razlan seakan memberi ruang agar dia bersendiri.

Ya Allah, jasad sahaja di sini. Fikiran, jiwa dan hati masih bertaut pada sang suami.

Cuma seminggu. Tapi, perit. Hari biasa sejak Tengku Hael membencinya, sungguh sukar diberi peluang berbicara mahupun mendekat. Apatah lagi jika berpisah selama seminggu ini.

Hanya seketika, kenangannya tadi sebelum mereka akan berpisah jarak.

Masakannya hanya disantap sedikit.

"Awak tak nak tambah dah?"

"It's okay, kau habiskanlah. Atau kalau ada lagi dekat dapur, kau bungkuskan satu per satu berapa yang boleh, aku akan beri pada pekerja aku."

Terkilan. Sejujurnya itu yang dia rasa. Dia menyediakan buat lelaki itu. Untuk suaminya. Bukan untuk dijadikan santapan insan lain.

Erisha terus membawa langkah ke ruang dapur. Tiada sehama perasaan bersalah kerana menyuruh sebegitu?

Tetapi, dia ikut sahaja. Apa yang mampu dia balas? Menghalang niat yang barangkali suaminya ingin memberi pekerjanya menjamah makanan yang bakal menjadi isi tong sampah bila tiada yang ingin memakannya.

Dia menuju keluar daripada ruang dapur ke meja makan, kelibat suaminya tiada lagi di situ. Kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan di luar.

Erisha melangkah ke pintu utama, tak sempat dia keluar menyarung kasut, kereta Tengku Hael sudah berlalu melepasi halaman.

Plastik berisi makanan yang Tengku Hael minta bungkus dipandang dengan mata yang mulai hangat.

Sampai begini sekalikah suaminya ingin menghukum perasaannya?

Deria pendengarannya menangkap bunyi enjin kereta menjengah halaman semula. Erisha mengesat air matanya. Perlahan-lahan dia berpaling semula.

Mata Erisha semakin mengecil mengintai dari langsir tingkap bersebelahan pintu.

Ketukan di cermin tingkap serentak itu mengejutkan Erisha. Isyarat itu terus disambung dengan langkahnya membuka pintu utama.

Erisha terkebil-kebil memandang suaminya yang menuju ke meja makan.

"Aku minta maaf sebab tak perasan. Aku dah bawak bekal ni." Air mata yang masih tersisa dikesat oleh Tengku Hael sebelum lelaki itu bergerak ke luar.

Tahu tak perasaan yang lebih menyakitkan? Bila seseorang itu tetap menjadi dirinya tapi di samping hati yang terluka.

Dia tak sanggup menghadapi Tengku Hael. Lelaki itu rela hatinya terhiris demi hati ini terjaga. Dia melayani diri ini sepertimana layaknya seorang suami buat isterinya.

Cuma...

Lelaki itu akan meluahkan perasaannya setiap kali diri ini merayu kemaafan. Tanpa cuba menampil maaf, lelaki itu cukup kuat menghadapi dukanya ini.

"Lia... Dah sampai ni. Jom kita," ajak Encik Razlan usai pemandu mereka mematikan enjin.

Suara Encik Razlan menyedarkan Erisha ke alam realiti semula. Namun, masih tak mampu menghapuskan jejak Tengku Hael dari fikirannya.

Jujur, dia tak mampu tekun membantu Encik Razlan.

"Pak Ngah," panggil Erisha seraya meraih tangan lelaki separuh baya itu.

"Ya Lia," sahut Encik Razlan lalu membawa telefonnya ke sisi, biarkan seketika terjeda. Dia ada mendapat panggilan tadi.

"Boleh tak kalau Lia nak pergi ambil angin sekejap?" Erisha meminta izin.

"Wait Lia." Encik Razlan berkerut. Dia terus bersuara kembali di corong telefon lalu segera menamatkan panggilannya

"Are you okay?" soal Encik Razlan, prihatin.

Dia membawa Erisha ke belakang van. Enggan masalah Erisha didengari. Dia yakin Erisha pasti ada yang tak kena.

"Fikiran Lia tak tenang, Lia risaukan Hael. Lia rasa Lia perlukan masa sekejap je untuk tenangkan. Boleh tak, Pak Ngah?"

"Pak Ngah ikut Lia. Ini negeri orang, Lia pun tak kenal sesiapa. Ada baiknya Pak Ngah ikut," jawab Encik Razlan. Nadanya juga kedengaran gusar akan anak saudaranya itu.

"Pak Ngah, Pak Ngah. Sabar. Lia boleh pergi seorang. Lia perlukan masa bersendiri." Dia cuba menenangkan Encik Razlan. Lelaki itu sungguh menggusarkannya.

"Pak Ngah kena ada dengan pekerja Pak Ngah. Kesian diaorang, Pak Ngah pun tak cukup pekerja kan. Kalau Pak Ngah ikut, tak menang tangan diaorang. Lia janji, sekejap je," pujuk Erisha demi menyakinkan Encik Razlan. Satu-satunya insan seperti bapa baginya.

"Uncle Rajee." Encik Razlan menoleh ke arah pemandu van sewanya.

"Ya Encik."

"Boleh Uncle Rajee bawa anak saudara saya? Ikut saja ke mana dia nak pergi, saya bayar upah hujung minggu ni."

Anggukan dari pemandu itu, resahnya reda. Setidaknya keselamatan Erisha terjamin.

"Lia, guna duit ni. Nanti berhentilah makan dulu sebelum Lia nak pergi mana-mana, Pak Ngah baru ingat pukul 9 nanti baru Pak Ngah belikan makanan." Raut wajah Encik Razlan terpancar rasa bersalah.

"Lia guna. Pak Ngah janganlah pandang Lia macam tu, Lia okey. Lia cuma makin rindu suami Lia." Dia ketawa sayu.

"Ada depan Pak Ngah si dak Hael tu, tahulah nasib dia buat putri Pak Ngah ni risau."

"Isy Pak Ngah, bukan salah suami Lia. Dah dia jatuh sakit."

"Pak Ngah gurau je."

Erisha hanya senyum nipis. Dia angguk. Dia faham. Dia saja membalas sekadar bersuara.

Kakinya diatur menaiki van itu semula. Bukan niatnya menyusahkan. Dia mahu hatinya tenang. Seketika pun memadai.

Telefonnya dipegang dari tadi.

Tiada getaran.

Tiada sebarang bunyi.

Saya dah sampai sini, awak. 7.35 a.m

Hanya ada mesejnya tanpa dibalas.

Dia menitiskan air mata yang tak tertahan sedari tadi. Terlalu sibukkah dia? Demamnya masih belum beransur baik, gagah jua bergerak ke tempat kerja. Dia baik-baik saja ke sekarang?

Atau... Dia tak peduli langsung akan diri ini?

Tanpa rasa malu, Erisha menekan butang memanggil nombor Tengku Hael.

Sekali.
Dua kali.
Tiga kali.

Tak berjawab.

"Kau rasa aku patut ikut?"

"Selepas kau dah buat hati aku terlalu sakit?"

"Kau pergilah. Aku izinkan. Kalau ada yang ganggu kau macam dulu, pastikan dia lebih kuat dari aku. Sebab aku yang kuat ni pun lemah lalui rasa hati yang kecewa disebabkan kau."

Deringan telefon membuatkan Erisha tersentak. Perkataan Tengku Hael yang terngiang-ngiang tadi, kian sayup pada kedengarannya.

Sebaris nama Tengku Hael menjengah di skrin telefon. Lantas dia menjawab. Ucapan salam yang didahului, Erisha memanjat syukur. Suara milik sang suami.

"Kau dah sampai?"

"Dah awak." Sungguh dia menantikan suara itu. Detik ini, dia dihurung sebak.

"Kau tengah buat kerja ke?"

"Tak."

"Kau tengok saja?"

"Saya tengah tunggu awak. Saya tak tahu la nak pergi mana sekarang, saya minta masa sekejap. Saya tak tenang selagi awak tak jawab mesej saya," jawab Erisha jujur meluahkan rasa yang menguji hatinya.

"Aku ada kerja sikit tadi."

"Banyak ke kerja awak lagi?"

"Banyak."

"Saya rasa saya nak balik. Saya..." Jeda.

"Perlu ke kau nak balik sebab aku?" Suaranya terlebih dahulu menyoal. Dia tahu perkataan Erisha yang seterusnya.

"Saya tak pernah tenang, Hael. Saya boleh terima sepertimana awak suruh saya buat macam tak ada apa jadi untuk dapat layanan awak yang baik, tapi saya ni ada perasaan, saya faham perasaan awak yang kecewa disebabkan saya. Awak layan saya dengan baik sebab awak tak mampu abaikan saya.”

"Kau nak sangat ke aku layan kau sepertimana aku rasakan sekarang? Kau sanggup lalui sedangkan bagi aku, cara aku bila kau ungkit hal ni, bila kau ucap maaf, teruk sangat. Kau pun akan sakit hati. Kenapa suka hal yang menyakitkan hati? Tak cukup ke kau sakitkan hati orang? Nak seksa hati aku supaya aku boleh sakitkan hati kau? Lepas tu aku yang akan rasa bersalah? Kau tahu aku akan sanggup ketepikan rasa sakit hati aku bila rasa bersalah. Kau buat aku makin marahkan kau supaya aku yang bersalah! Tak cukup lagi hancurkan perasaan aku, Syalia Erisha Binti Muhammad Riffyaz?" Hatinya berkecamuk, hancur seluruhnya.

Tanpa diduga ketika itu. Bunyi tayar bergesel mengakhiri tangisan Erisha saat mendengarkan suaminya.

Pin!!!

Bunyi hon bergema sebelum dentuman kuat kedengaran di corong telefon Tengku Hael.

"Syalia Erisha!" Itu suara terakhir yang Erisha dengar lagi.

Seperti 10 tahun lalu sebelum hubungan mereka berakhir.

______________________
Writer Comment : Aiyok Hael, marah agi, kan bini dah nak melayang. Sabau je le untuk next bab yee.

Semoga cinta kita kekal abadi, sesampainya akhir nanti. Selamanya~

Yg pasal hael nak tahu erisha dgn Khairi tu tggu je ea. Otw dah bab tu ya🥺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro