MHS : 55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

RUANG kecemasan berlegar-legar dengan pesakit keluar dan masuk demi mendapatkan rawatan segera. Kritikal dan separuh kritikal terlebih dahulu diberikan rawatan.

"Miss, we will move miss to green zone. But, miss still perlu pakai sebentar bantuan oxygen." Beberapa jururawat bergegas memasangkan gelang triage scale kepada pergelangan tangan para pesakit.

Mujur kecederaannya ringan. Maka dia perlu beralih ke ruang zon hijau tapi masih perlu dipantau dengan oksigen.

Detak jantungnya tidak stabil saat tersedar dari nahas kemalangan tadi. Mustahil tak keruan, dia menyaksikan hampir puluhan kereta yang terlibat sama. Ada yang cedera parah.

Dia? Berbalut tangan, wajah bertampal pun hampir teriak menahan pedih.

"Red zone, please."

"Green zone!"

"Yellow zone!" Gamat.

Tidak silap, tadi ada salah seorang orang awam yang membantunya, menyimpankan telefonnya di dalam kocek seluar.

Telefon yang sudah hancur sebenarnya.

Orang awam itu tidak sengaja saat ingin menuntunnya ke tepi jalan. Hendak marah tiada gunanya juga, terlalu memadai apabila orang awam itu sudi membantu.

Hanya berharap pada pihak kecemasan untuk menghubungi Pak Ngah.

Saat anak matanya melingas ke arah zon merah, hatinya terpukul. Pilu.

Pemandu van Pak Ngah, lelaki india berusia antara angka 50-an itu melalui keadaan kritikal.

"Saya minta maaf..." Rasa kesal dalam hati membuak melihat tubuh pemandu van itu terbaring. Salahnya.

Jika tidak kerana dia inginkan ruang kononnya, pasti tidak akan terjadi sebegini.

Sama seperti hubungan dia dan Tengku Hael. Andai dia tidak menggunakan pil perancang itu, Tengku Hael akan berada di sisinya saat ini.

Dia pencetus masalah.

Lelah menyalahkan diri, gerak kelopak matanya berubah layu. Belum sempat sesaat melelapkan mata, terasa tangannya disentuh.

"Hei Risha..." panggil satu suara cukup dikenalinya. Empunya suara yang dinantikan kehadirannya ke sini. Benarkah dia?

Lemah. Terasa berat ... Sungguh dia rasa tak berdaya untuk sedar.

"Risha, kau okey tak?" Jari jemari seakan diulit kehangatan tangan insan yang menyentuh.

"Aku ada di sini. Ada untuk kau, ada dengan kau," ucapnya. Kian lama suara itu kedengaran tenggelam.

Akhirnya, berbalam.

"Can I know a diagnosis?" Seseorang lantas menegur seorang jururawat di situ.

Dia ada di sini hanya gara-gara permintaan Tengku Hael.

Tanpa membuang masa, jururawat itu menjelaskan keadaan Erisha kepada dua orang lelaki di sisi Erisha ketika itu.

"Aku boleh handle," sela lelaki tadi seraya memandang Tengku Hael.

Tengku Hael langsung berdiri. Dia bergegas menuju ke arah kaunter pendaftaran terlebih dahulu. Apa-apa pun keputusan, mereka perlu mengikuti prosedur hospital.

"Betul-betul menyusahkan." Lelaki itu tadi berdecis. Bayang Tengku Hael kian hilang di sebalik pintu di antara kecemasan dan lobi hospital.

"Bukan cedera teruk sangat."

Keadaan Erisha tak stabil angkara emosi selain kecederaan akibat tusukan dari serpihan kaca. Erisha cuma perlukan masa berehat.

Kejadian kemalangan serba sedikit diselitkan. Mustahil Erisha tak terkesan.

"Encik, saya lupa nak beritahu."

Dia terpaksa mendengar. Menjawab tidak, menggeleng tidak.

"Encik tahu kan Puan Erisha mengandung? Kandungan Puan Erisha syukur baik-baik saja melainkan antibodi Puan Erisha sedikit lemah. Tapi encik tak perlu risau, antibodi agak lemah kerana keadaan emosi Puan Erisha yang kurang stabil dan biasalah mengandung ni. Incase ada apa-apa simptom sakit sangat, segera datang ke hospital semula."

Terkejut bukan kepalang apabila Hafiz mengetahui khabar itu.

"Kau dah dapat apa yang kau nak. Dasarlah perempuan tak tahu malu."

TERASA gerakan di jari Tengku Hael. Lekas dia mencapai suis lampu di meja sisi katil. Dia melihat kelopak mata yang terpejam sejak tadi. Masih sama.

"Risha." Dia cuba memanggil. Berdebar.

Dia yakin Erisha cuma terlalu penat. Dia pernah melalui detik ini dulu. Erisha pernah kemalangan. Walaupun lukanya tidak parah. Tetapi, dia akan lesu dan tak bermaya.

Sampai seharian dia menanti di luar rumah Elina, ibu Erisha, demi khabar Erisha.

"Aku minta maaf sayang, aku sepatutnya ada dengan kau." Hati Tengku Hael berkecamuk.

"If I lose you again, only Allah knows the pain," ucap Tengku Hael penuh sayu. Tangan Erisha dikucup sungguh lama.

"Tuhan saja tahu betapa aku bencikan rasa cinta kau terhadap dia," celah seseorang yang berdiri di muka pintu.

"Tapi... aku siapa nak halang cinta kau yang hebat tu, kan?" Sinis.

"Aku minta maaf sebab aku libatkan kau, Fiz." Tengku Hael langsung tak berganjak. Biarlah apa sekalipun perkataan Hafiz, dia ingin di sisi Erisha.

Andai bukan kerana dia memerlukan bantuan Hafiz, dia takkan sesekali biarkan Hafiz mencemuh.

Hafiz tak betah di situ. Tiada guna bercakap dengan orang yang buta kerana cinta.

Mata Tengku Hael terasa panas. Setitis air matanya mengalir.

"Cinta yang hebat ni punca orang yang menerima cinta tu hampir terlantar." Dia menunduk pilu. Dagunya bergetar teruk.

Kedengaran dari arah meja, bunyi telefon berdering. Sebaris nama kenalan yang disimpan sebagai 'Pak Ngah' terpapar di skrin.

Longlai dia mencapai telefon itu. Dia perlu memberi ruang akan keadaan Erisha. Perlahan-lahan dia meleraikan seketika pegangan erat dari tangan Erisha. Balkoni dituju.

Panggilan dijawab. Dalam beberapa minit berbicara, "Hael akan tunggu di bawah." Tengku Hael melangkah ke arah katil Erisha semula. Tangan halus milik Erisha dikucup sebelum dia menukar haluan langkah.

Dia yang terlihat bergegas menuju ke tingkat bawah villa itu mendapat perhatian Hafiz.

Walaupun villa ini kepunyaan ayahnya, dia sendiri tak terdetik mahu bertahan di sini. Dia masih utuh di sini hanya kerana Tengku Hael.

Kepala Erisha berdenyut kuat. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit di kepala. Dia tersedar, tetapi saat itu yang dia rasa, dia perlu segera meluahkan sesuatu yang begitu perit di tekak.

Dia terpaksa lantas berdiri meninggalkan katil dengan kudrat yang tersisa. Sayangnya, dia tak sempat menjijak lantai tandas, mulutnya meluahkan berlumuran sisa loya di tekak.

"Belum puas menyusahkan Hael?" Sindiran itu akhirnya terlafaz di mulutnya buat Erisha.

Sekian lama dia memendam perasaan dendam ini. Turut lama dia tidak bertemu mata dengan pengkhianat tercinta milik Tengku Hael itu.

"Apa maksud awak?" Hafiz. Bagaimana lelaki itu boleh berada di sini? Ya Allah, dia sendiri ada di mana?

Erisha hanya kaku di tepi almari bilik air itu. Dia diam tak berkutik. Tubuhnya terasa lemah berbanding tadi. Sungguh, dia tak pernah alami begini.

"Hebat cinta suami kaulah. Dia sanggup gunakan perjanjian persahabatan kami semata-mata aku turutkan permintaan dia ke sini untuk kau. Macam aku cakap tadi, untuk kau, kau yang belum puas menyusahkan dia. Susahkan dia, susahkan hati dia, susahkan kewarasan dia demi perempuan hati kaudu macam kau." Sepuas hati dia melontarkan setiap bait katanya.

"Saya tak rasa sekarang masa yang sesuai." Erisha bersuara meski dia tahu, tiada bezanya. Hafiz takkan berundur kata.

"Sama ada kau datang balik atau tidak, kau masih sama Erisha. Kau jenis manusia yang tak menghargai kasih," hina Hafiz satu demi satu. Benarkan telahannya. Hafiz akan bersuara sehingga puas.

Erisha menyentuh perutnya. Sakit. Perlukah Hafiz menyuarakan sebalnya ketika ini? Hael, mana awak?

"Kau ingat aku bodoh macam Hael? Kau buat semua ikut kepuasan hati, sama macam kau dah guna cara tak baik semata-mata demi diri kau. Pil... Jijik aku nak sebut." Erisha dipandang jelek.

"Atau sebenarnya untuk Khairi? Lepas dapat anak, kau tinggalkan Hael lagi. Apa Khairi tu dah tak function as a man? Mandul?"

Erisha mendongak, perit dia cuba. Namun, tuduhan apa yang Hafiz hamburkan? Ya Allah, ujian apakah aku harus lalui tika ini? Dulu Kak Alia. Ya Allah, luluh lubuk hati ini.

"Hafiz, aku tahu kau benci sangat dengan aku. Tapi, tuduhan tak berasas ni langsung tak betul. Aku bukan seteruk tu," nafi Erisha dengan keadaan tak bermaya saat itu. Tiada lagi berbahasa.

"Bukan seteruk tu? Kau Syalia Erisha lah! Selama kau dengan Hael dulu, semua orang tahu la betapa teruknya diri kau. Hael saja fikir kau baik.

Bahasakan diri 'kau aku' inilah diri kau, Syalia Erisha. Masa aku sound kau sebelum beberapa bulan majlis Alissa dan Hael dan masa kau hancurkan majlis tu, saat itu diri kau yang fake. Apa muslihat kau sebenarnya?"

"Kau fikir aku yang salah?" Erisha berpaut pada almari itu. Sedayanya dia cuba berdiri.

"Kau tahu tak apa sebenarnya yang jadi?" Erisha tak tahan lagi.

"Ini muslihat kau?"

"Anggapan kau, kebencian kau, semua tu tak layaklah aku dapat! Bahkan kau tak patut langgar Hael malam tu!" pekik Erisha.

"Apa kau nak cakap ni? Kau maksudkan apa?"

"Kau sendiri tahu kejadian malam tu! Apa-apa terjadi pada aku, pasti Hael akan bawa kau seperti hari ni. Aku rasa, ini akan buat kau tahu aku khianati cinta Tengku Hael kerana apa."

Dia menyedari beg dompetnya di atas meja sebelum dia berusaha ke tandas. Kakinya diseret ke arah meja itu.

Menggigil jari jemarinya gara-gara menahan rasa perit selepas memuntahkan segalanya tadi.

Dia mengeluarkan kertas yang berlipat di celah ruang tersorok di dalam beg dompetnya. Kertas itu tercatat kejadian keramat malam itu.

Huluran disambut oleh Hafiz.

"Allahuakbar."

_____________________
Writer Comment : Haih, Tengku Hael yang dok mendesak tu hang takmau dok habaq, ni yang hafiz tu hang bagitau pulak, adoiiiiiiu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro