MHS : 71

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DIA menerima bertubi-tubi mesej daripada Tengku Hael. Tanpa memandang mesej itu, dia menutup skrin telefonnya semula. Memang tak mungkin dia nak layan. Bila orang dah sedih, baru nak pandang?

“Kita ajar sikit ayah tu,” bahas Erisha sambil mengusap perutnya. Dia nak ajar anaknya merajuk juga!

Salah diakah? Tengku Hael yang bersalah. Patutkah lelaki lain menemaninya ketika pemeriksaan kehamilannya? Paling sakit, Tengku Hael mengarahkan Irfan menemaninya.

“Tahulah abang marahkan Risha, tapi ni anak kita. Abang sentiasa nak teman Risha check-up. Semalam walaupun kita gaduh abang tetap cakap nak teman Risha, abang cakap abang bukan teruk. Tapi apa yang jadi tadi?” Sedih suaranya.

Tak selesa! Itu yang membelenggu dirinya sepanjang berada di dalam bilik doktor.

Irfan semudah itu menyatakan diri sebagai adik. Irfan mendengarkan semuanya seolah dia bapa kepada anaknya. Irfan mengajukan soalan, ingin tahu itu ini.

“Irfan cakap dia boleh keluar dengan arahan abang... Abang pulak? Sanggup abang tak pandang chat Risha. Setidaknya pun, pandang lah dan beritahu Risha abang tak nak teman Risha. Risha sendiri pun tak bermasalah, tak sesakit ni. Risha tak sangka abang balas sakit hati abang terhadap Risha dengan hadirkan orang yang buat abang sendiri tergugat.

Kalaupun sebab dia dah biasa gantikan abang untuk deal dengan client, tapi untuk hidup Risha, abang tiada gantinya. Dan... Risha bukan client abang, yang boleh abang minta pada pekerja abang untuk layan Risha. Risha ni... isteri abang.” Sebak Erisha melemparkan pandangan ke luar. Bicaranya di dalam hati itu disambut linangan air mata. Sedihlah. Sampainya hati ayah, sayang.

“Siapa nak makan ke, pergi tandas ke, boleh turun. 20 minit, 2.50 dah boleh naik bas semula,” maklum pemandu bas sambil meneliti jam pada pergelangan tangannya.

Erisha hanya mendengar. Dia enggan turun. Tiada rasa ingin ke tandas mahupun makan. Popcorn Chicken tadi beli pun tak terusik.

“Assalamualaikum abang, boleh tak saya nak jumpa isteri saya?” Terdengar satu suara milik seorang lelaki jauh di depan.

“Isteri? Naik bas ni?” Pemandu bas itu langsung berdiri dari kerusinya.

“Ye. Ada belakang tu. Maaf sangat bang, sekejap je saya jumpa,” pinta suara itu lagi. Kakinya hampir menapak tangga bas itu. Namun dia menanti seketika demi mendapatkan pelepasan pemandu bas. Enggan terus terburu-buru.

“Nama dia apa?”

“Syalia Erisha Binti Muhammad Riffyaz.”

Pemandu bas itu turun ke tempat duduk pemandu lalu meraih kertas senarai semak penumpang.

“Okey. Pujuk isteri baik-baik.” Mendengarkan itu, Erisha mengangkat wajah. Argh! Aku lah isteri tu!

Tika ini, terlihat suaminya menuju ke arahnya.

Ingin sahaja dia bangun dan turun. Kenapa nak bertandang sekarang?

Love,” panggil Tengku Hael seraya mengambil tempat yang kebetulan kosong bersebelahannya.

“Tengok tak chat abang?” Tangan Erisha yang mengenggam telefon, diraih. Telefon Erisha dibuka.

“Abang tu tengok tak chat Risha?” Suaranya terus bersulam tangis yang berlagu lagi. Masa ni la nak lemah pun!

“Abang tak hantar pun sesiapa untuk teman love. Apatah lagi Irfan. Mustahil sangat abang nak buat macam tu.” Tengku Hael langsung menjelaskan itu. Dia menekan ruangan perbualan mereka, Erisha tak buka. Ya Allah, salahnya.

Wajah Erisha kemerahan, masih tersisa jernihnya air mata.

“Abang nak tipu Risha? Siapa yang ada dengan Risha tadi? Dia kan? Siapa yang sibuk dekat bilik mesyuarat, dia ke abang? Abang kan?”

“Baca chat abang ni kejap dulu love,” pinta Tengku Hael seraya jarinya naik mengesat air mata yang sayu berlinang di pipi isterinya.

Erisha serentak menolak tangannya lalu menjauhkan wajahnya.

“Sudahlah abang. Risha tak sihatlah. Risha tak nak abang ganggu. Terlanjur abang dekat sini, Risha nak beritahu yang Risha nak jaga mak buat sementara waktu. Abang duduklah dekat resort tu sampai Risha nanti beranak pun minta je orang lain cover tanggungjawab abang.”

“Ya Allah, apa love cakap ni? Dengar dulu penjelasan abang,” rayu Tengku Hael tatkala Erisha ingin bangun dari kerusinya.

Berkali-kali Erisha menepis bantuan Tengku Hael saatnya ingin menuruni tangga.

“Abang tak ada pun masa Risha naik sendiri tadi. Risha baik je sampai nak turun balik sendiri, jadi jangan nak pegang-pegang Risha.” Erisha hanya bersuara perlahan. Tak mahu menimbulkan rasa malu suaminya apabila penumpang lain terdengar.

Tengku Hael menahan kereta bagi melancarkan Erisha melintas. Namun, Erisha langsung tidak peduli, dia berjalan lalu melintas dari arah jauh.

Love nak makan? Kita makan setiap yang love nak dekat sini, nak? Hari tu kan macam tu masa balik.” Tengku Hael bersuara. Dia ingin memujuk Erisha.

Dia memang salah, biarlah rasa amarahnya semalam dan pagi tadi terkubur dan tidak dipedulikan. Perasaan Erisha lebih penting. Bagaimanakah Irfan boleh sesanggup ini? Dia mengambil peluang bukan miliknya tanpa rasa malu!

Love nak pergi tandas? Tandas oku senang, abang boleh tolong love berdiri.”

“Risha bukan tak boleh urus sendiri yang nak kena diberi layanan. Macam tu jugak la Risha bukan client abang, yang nak diberi layanan. Layanan daripada orang lain lebih sakit!”

Love, abang tak minta langsung Irfan teman love. Love, abang takkan mampu buat macam tu.”

“Macam mana dia boleh datang kalau tak abang yang beritahu? Dia kalau datang dengan niat sendiri, dia cuma boleh jangka Risha checkup hospital swasta dan akan hubungi Risha untuk tanya, tapi ni sebaliknya... dia tahu Risha checkup hospital kerajaan.

Ada pada dia gula-gula yang abang selalu bagi kepada Risha lepas habis checkup. Apa abang nak tipu lagi? Sakit tahu tak hadap apa yang abang balas? Puas tak? Puas buat Risha macam ni? Abang ikut Risha pun sebab abang dah puas bila dapat dengar Risha nak lari dari abang, kan? Sakit hati Risha tahu tak! Abang betul-betul kejam!”

“Abang tak minta langsung Irfan teman love, please percayakan abang love.”

“Dahlah! Cukup! Balik dan berikan Risha ruang, kalau abang ikut Risha, Risha tak nak balik dah dekat abang!” Erisha melepasinya lalu menapak ke bas semula. Tiada arah! Dah bergaduh, semuanya nampak sirna.

“Abang tetap akan ada di sisi love. Sampai love percayakan abang. Abang ikut love,” ungkap Tengku Hael seraya mencapai segera tangan Erisha.

Erisha enggan akur, tangannya direntap dari pegangan Tengku Hael. Tetapi, gagal.

Sehingga dia menaiki bas kembali, Tengku Hael menuntunnya. Sedikit pun dia tak toleh ke arah lelaki itu. Dia hanya membiarkan. Sia-sia sahaja dia melawan, kudrat mereka tak sama.

Dari atas, dia melihat kereta Honda Civic milik Tengku Hael had lajunya hanya seiring bas. Lelaki itu fikir, caranya ini mampu merawat hatinya? Tak! Memang dia tak peduli!

Tanpa sedar, sedari tadi dia memastikan berkali-kali kereta Tengku Hael tidak terlepas pergerakan bas. Sekejap kereta Tengku Hael jauh ke belakang, sekejap selari.

TENGKU Hael bergegas masuk ke dalam terminal bas, dia menuju ke arah tempat penumpang diturunkan. Sebaik sahaja bayang Erisha kelihatan di matanya, kakinya dilajukan.

Love,” jerit Tengku Hael lalu merapati dengan berlari anak.

Pantas beg Erisha bertukar tangan ke tangannya. Sebelah tangannya mengusap tangan Erisha seperti biasa bila mengangkat sesuatu barang yang berat. Sama seperti waktu mereka bercinta dulu. Tetapi, kali ini dia mengusap sendiri mengenakan tangannya.

“Kita makan nak?” Wajah suaminya itu berpeluh. Kalau ye pun janganlah tunjuk sangat!

“Kak Alia dah masak dekat rumah.” Erisha menjawab tanpa nada. Kakinya mengubah langkah.

“Naik dengan abang, lo...” Suaranya tak habis tatkala Erisha mencelah.

“Risha nak naik teksi.”

“Kalau macam tu kita naik sekali. Risha tunggu kejap, abang ubah kereta.” Dia tak mahu memaksa Erisha.

“Risha tunggu abang kejap ye?”

Erisha tak peduli. Beg-begnya Tengku Hael sudah mendaratkan ke dalam perut bonet teksi. Dia ingin terus sampai.

“Ke alamat ni ye pakcik,” beritahu Erisha usai memasuki teksi.

“Okey, boleh bergerak sekarang dah, nak?”

Erisha mengangguk, menerusi cermin pemandu teksi itu memahami.

Tatkala teksi itu hampir bergerak keluar, matanya menyapa kereta milik Tengku Hael yang sedang menunggu ruang kosong mengikuti deretan kereta di hadapannya.

“Pakcik, boleh tak hantar saya berdekatan  kereta tu je? Saya bayar. Saya tak jadi ke situ, saya rasa tu kereta suami saya.” Jarinya menunjukkan ke arah seberang jalan berhadapannya, ruangan tempat letak kenderaan di dalam kawasan terminal.

Pemandu teksi itu hanya memberi respon dengan anggukan. Dia memahami memandangkan penumpangnya itu wanita hamil.

Pemandu teksi itu mengundurkan teksinya lalu memusingkan stereng ke arah kiri. Dia memandu menerus ke ruangan itu.

Pemandu itu hanya menyusup tempat letak kenderaan pada hujung jalan.

“Pakcik bawakan beg.” Pemandu teksi itu turut keluar, dia mendahului Erisha menuju ke arah kereta yang dimaksudkan Erisha.

Sesekali dia berpaling, memastikan Erisha.

Wajah lelaki yang berkerut tak senang di dalam kereta menyinggah pandangannya.

“Isteri anak ke?” Pemandu itu hanya bergerak mulut. Tengku Hael lantas menurunkan tingkap kereta.

“Isteri anak minta pakcik bawa ke kamu.” Usai itu bayang Erisha kelihatan di bahagian ruangan penumpang bersebelahannya.

Resahnya reda. Ya Allah, terima kasih love. Abang fikir love mesti dah tinggal abang.

“Terima kasih ya pakcik,” ucap Tengku Hael langsung mengeluarkan beberapa wang kertas dari dompetnya.

“Pakcik ikhlas. Bagi pada anak kamu nanti. Nak, jaga diri ya. Anak, jaga isteri baik-baik.” Pemandu itu menitipkan pesan kepada Erisha sejurus itu Tengku Hael.

“Ya pakcik, terima kasih pakcik.” Tengku Hael menyalam tangan tua itu.

Tengku Hael membenamkan kembali punggungnya pada kusyen keretanya itu sebelum berpaling ke arah Erisha.

“Abang dah fikir love dah pergi dulu tadi. Sini jem love, banyak kereta nak parking dan drop off orang.” Tengku Hael bernafas tenang. Matanya hanya berpusat pada Erisha.

“Terima kasih datang kepada abang semula.” Kepala Erisha diusap penuh kasih. Pandangannya juga penuh cinta.

“Love okey?” Tangannya mengikut gerak tangan Erisha mengusap perut.

“Tadi macam mana checkup?” Cuba bertanya.

“Doktor jangka boleh lahir awal, make sure kita datang awal sebelum due date jugak.” Erisha sekadar menjawab. Tiada senyuman, tiada nada turun naik gembira seperti selalu.

“Anak ayah nak keluar awal jumpa ibu dan ayah?” Kedengaran suara Tengku Hael dibelenggu riang.

“Dah keluar awal jangan ayah dia nak suruh lelaki lain jagakan pula,” perli Erisha seraya mengemaskan posisi.

“Ayah ada. Selamanya cuma ayah teman ibu, teman anak ayah, jaga ibu, jaga anak ayah,” jawab Tengku Hael tulus membalas sindiran itu.

“Boleh tak ibu dengan penjelasan ayah dulu tentang tadi?”

“Nak sakitkan hati Risha lagi?” Tangan Tengku Hael langsung diketepikan.

“Abang berani bersumpah demi nama Allah, yang abang langsung tak meminta sesiapa menggantikan abang. Abang akui salah abang, abang marah dengan love semalam dan pagi tadi punca love tak boleh percaya apa abang cakap ni, tapi berlandaskan hati, berlandaskan yang betul terjadi, abang tak suruh sesiapa menggantikan abang untuk teman love. Abang terlalu fokus meeting sampai abang tak sedar masa appointment dah terlepas dan abang dah sangat terlambat. Tolonglah maafkan abang, love.” Sedayanya Tengku Hael berusaha menyuarakan kebenaran walau Erisha berpaling ke tingkap.

“Habis tu macam mana dia tahu?”

“Abang call Humairah. Love pastikan dengan dia sendiri, Risha minta dia ceritakan. Demi Allah, abang tak minta Irfan temankan love checkup.” Cara ini saja termampu.

Penjelasan Humairah tak terlalu lama. Dia juga tak mengerti mengapa Irfan berani mereka cerita. Irfan juga pernah bertanya kepadanya di manakah hospital yang sering Erisha rujuk bagi pemeriksaan kandungan.

“Perkataan Irfan tadi sebaliknya, Risha tahu abang rasa dia sukakan Risha tapi takkanlah dengan cara macam ni dia nak tipu Risha? Abang tahu tak semua ni takkan jadi macam creepy macam ni kalau abang ada yang ada dengan Risha tadi!”

“Abang patut tersedar tadi love. Abang terlalu...”

“Sebab abang punya tak sedar, orang lain yang ada dengan Risha. Abang cakap abang tak sedar masa dan abang tersangat lambat... Terlambat bukan jadi kudis di hati Risha sebab abang datanglah sekalipun Risha dah tak ada dekat situ. Tapi jadi kudis di hati Risha bila orang lain yang menjadi abang. Mengetahui hal selayaknya abang dengar. Hal selayaknya abang biasa tanya.

Baik. Risha dah tahu hakikat yang abang tak bersalah yang tu, tapi disebabkan abang terlalu pentingkan sesuatu yang lain, masa abang terlalu pentingkan tu dah menjadi peluang untuk orang lain tadi. Dan ianya dah buat Risha rasa kecewa dengan abang. Bahkan sedih apabila Risha kena terima masa dengan penerima peluang tu tadi.”

Lambat menitipkan pengajaran.

Terjadi sesuatu tak terduga seperti 10 tahun lalu, dia menjadi mangsa hilangnya maruah.

Terjadi sesuatu tidak terduga, Irfan mengambil peluang menemaninya.

Tidakkah 'lambat' memberi kesal akhirnya di hati?

Andai dulu Tengku Hael tidak lambat untuk datang kepadanya, pasti dia takkan meninggalkan Tengku Hael dan Tengku Hael mesti ada untuk melindunginya.

Andai Tengku Hael tidak mementingkan kerjanya juga seperti dulu, mereka pasti tak bertengkar seperti ini.

Kesannya, mereka berdua menerima rasa duka.

Argh! Sakitnya kisah cinta!

_______________
WRITER COMMENT : Betul sangat, lambat memang boleh jadi punca kita boleh hilang sesuatu yang sedia milik kita atau apa yang bakal jadi milik kita. Takdir yang sepatutnya jadi milik kita pun boleh jadi milik orang lain.

Side lain: Kadang je jadi milik kita juga, tu pun disebabkan orang lain lambat. Dan kadang disebabkan memang khusus untuk kita saja.

Pendek kata, macam takdak rezeki kita, tu rezeki dia (bila kita lambat sesuatu) aaaa gituuu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro