MHS : 72

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"TAMBAH lagi, Risha," pelawa Kak Alia sambil menambah lauk.

"Lama Risha tak makan masakan kak." Dia tak menyangkal, dahulu Kak Alia sering memasak makanan ketika mereka tinggal bersama. Ada kalanya dia hanya dapat curi-curi makan saja. Hanya di depan Khairi dia dibenarkan menjamu masakan Kak Alia.

"Maafkan kak, dulu kak selalu melarang Risha makan apa yang kak masak. Kak terlalu ikutkan perasaan masatu terhadap Risha. Risha makan ye, nak makan apa-apa lagi yang Risha mengidam, Risha beritahu aje ke kak," luah Kak Alia, suram suaranya.

Erisha dipandang. Erisha tidak diterima dengan baik oleh keluarga inikah sebelum ini? Mengapa ada saja perkataan menimbulkan kemusykilan sejak tempoh hari?

Enggan Kak Alia terus diulit rasa bersalah, Erisha bersuara.

"Risha... teringin... nak makan rendang." Suaranya meleret, mencari keinginannya singgah. Mujur terus tahu! Tetapi, kemudiannya kepalanya digaru. Bulan bukan puasa, bukan raya, boleh pula mengidam rendang.

Pertanyaannya yang berlegar di kepala hilang bila Erisha berpaling padanya dan tersenyum malu. Erisha mungkin tak sedar lakaran senyuman itu terlihat pada pandangan matanya.

"Tak apa, akak keluar cari bahan. Kita buat makan pagi esok?"

Erisha laju saja mengangguk.

"Eh, akak nak pergi sekarang ke?"

"Ye, nanti petang santan habis. Risha tambah lagi tau, Hael pun," pesan Kak Alia usai menjawab pertanyaan Erisha. Mungkin terkejut bila dia berniat terus pergi. Memang biasanya petang dah habis. Laku keras! Ramai orang kampung berniaga.

Erisha ingin saja ikut, namun laju betul langkah Kak Alia melulu ke luar melalui pintu dapur itu.

"Love tak beritahu abang pun yang love mengidam rendang. Abang boleh masakkan. Nak tak kalau..."

"Kak Alia nak masakkan, kan?" Erisha menyuap nasi semula ke dalam mulut.

"Abang boleh masakkan untuk love," sambung Tengku Hael walaupun bicaranya dicelah.

"Ni bukan rumah kita. Masa dekat rumah tak pulak abang tanya Risha macam akak Alia tanya Risha. Risha mengidam banyak dah. Risha tahulah dah nak bersalin mana abang nak peduli, kan? Waktu awal je abang layan Risha."

"Love, tak langsung macam tu. Abang penuhi semua permintaan love, masa love tak minta pun abang sendiri buat untuk love." Tengku Hael mengubah kedudukannya menghadap Erisha.

Hujung matanya menyedari Tengku Hael langsung tak mengusik nasi. Tahulah memujuk, tapi belum makan lagi dia pun. Bukannya dia tak tahu, Tengku Hael mengajaknya makan ketika tiba di terminal tadi, kerana lelaki itu pastinya lapar.

"Nanti je la abang masak untuk Risha. Risha nak rasa air tangan Kak Alia." Masih tak lepas pandangannya pada pinggan Tengku Hael.

"Sini abang tengok ada pantai, nak tak kalau kita berkelah dekat situ macam dulu? Abang pergi beli cooker electric tu, lepastu abang masak. Risha mesti dah lama tak makan oden yang abang buat, kan? Abang buatkan tu."

Ekoran matanya bersambung pula dengan gula-gula yang terlihat jelas di dalam poket Tengku Hael. Argh! Dia sengaja kan bawa gula-gula tu? Dia tahu kan salah satu aku kecewa sebab gula-gula tu Irfan tahu! Dia sengaja nak aku ingat salah dia! Bencinya!

"Saya datang sini nak jaga mak, awak ingat saya datang nak cuti-cuti Malaysia ke dengan awak?" Erisha berdiri dari kerusinya. Nada suaranya naik seoktaf, entah hilang ke mana rasa gusarnya terhadap lelaki itu. Dia teremosi, gula-gula tu punya pasal!

Terpempan Tengku Hael saat Erisha meninggikan suara terhadapnya.

"Love." Sayu suara Tengku Hael kemudiannya.

"Baliklah, pergi urus kerja awak dekat sana. Lupakan saya dekat sini. Nanti saya dah nak bersalin, jangan risau, saya akan beritahu awak, itu pun kalau awak jawab call saya la," halau Erisha, dia luah sepuas hatinya sebelum dia menapak ke tingkat atas rumah kayu itu.

"Assalamualaikum." Suara memberi salam membatalkan niat Tengku Hael menyaingi langkah Erisha.

"Baru sampai Hael?"

"Ya." Terlihat Erisha melepasi tingkat atas.

"Abang bertembung dengan Kak Alia, katanya Hael dan Erisha dah sampai. Kebetulan abang baru balik dari kandang tadi, dapat tahu pulak Erisha dan Hael dah sampai, tu abang singgah belikan kuih donat ni. Risha suka makan waktu petang masa tinggal dengan abang," ujar Khairi seraya mencapai pinggan untuk dihidangkan.

Wajah Tengku Hael berubah bengang. Perlu ke petik dia tinggal dengan kau? Aku ni belum selesai satu masalah lagi tau, kau pula menempah masalah.

"Abang ada beli biskut kosong jugak, Risha selalu makan biskut sebagai pengganti jajan. Sekejap abang sediakan, Hael bawa makanan ni ke dia." Ibarat pecah gegendang telinga Tengku Hael mendengarkannya.

Lepas satu, satu lagi datang. Dah kemaruk sangat dengan bini orang ke jantan ni? Sama naik betul dengan Irfan!

"Maaflah, waktu dia duduk dengan saya. Dia tak suka dah donat. Jadi berpihak kepada saya lagi bila dia sekarang mengandung, doktor elakkan dari berlebihan pengambilan gula. Biskut tu abang simpan juga, Erisha lebih suka biskut lain sekarang. Apa yang dia tak suka dan dia dah tak nak, lebih baik dielakkan betul tak?" Tangan Tengku Hael naik menepuk sedikit bahu Khairi.

Kalau kau tak faham falsafah sindiran aku ni, penumbuk aku betul-betul singgah depan muka kau. Aku ni fikir aku jijak rumah orang, kalau tak, kau dah menyembah bumi.

Dia tak ingin mendengar suara Khairi. Sekali lagi bahu Khairi ditepuk keras.

"Orang mengandung cepat emosi. Tadi pun dia kata dia tak boleh duduk bawah, ada bau menggelikan. Bau macam ada yang terlekat kotoran haiwan kuat sondol tu, yang fresh dari hutan tu. Kandang abang mesti dekat dengan hutan, mana tahu abang terpijak. Saya pun ada terbau, ada terlekat dekat kasut abang rasanya. Dari kandang, kan?

Tadi tak bau pun sebelum abang balik. Ni abang dah balik, ada pulak bau tu. Cuba abang check, sebab risau nanti terkenan perangai haiwan tu." Tengku Hael membawa tangan ke belakang leher. Sedaya mungkin menahan sabar.

"Saya gurau je perangai tu, bang." Dengan berani Tengku Hael mengungkap setiap patah katanya. Dalam bait halus itu, dia menarik semula seolah berolok-olok.

"Saya tegur pun sebab pernah bau kotoran tu banyak kali masa lawat kawasan yang kena reject. Pekerja saya pun ada yang terkena bau tu dan terkenan. Itu sebab saya faham sangat dah bau tu. Check ya, bang. Saya naik dulu tengok Risha."

Lancang. Khairi terdiam tanpa kata.

TENGKU Hael merehatkan seketika kepalanya di bahu katil. Erisha solat sendiri tadi, dia masuk sahaja Erisha hanya melirik sekejap dan memulai solat tanpa mengajaknya.

Bilik itu sunyi sepi. Dia mengalihkan sedikit tubuhnya ke arah Erisha berpaling. Tangannya dilunjurkan lalu kepalanya melabuh.

Erisha tampak jelita mengenakan ikatan sanggul. Biasanya Erisha melepaskan rambutnya. Di sini tiada penghawa dingin seperti di rumah, mungkin agak panas jika melepaskan rambut ikalnya.

"Love dah tidur?" tanya Tengku Hael berintonasi perlahan. Serak.

"Hurm." Erisha hanya berdehem halus.

"Love nak abang kipaskan love?"

"Saya tak panas."

"Bahasakan lah abang 'abang' love dan love 'Risha'," pinta Tengku Hael, sedih menyulam saat mendengarkan lagi Erisha membahasakan diri tanpa itu.

Tiada patah kata dijawab.

"Abang rindu..." Tengku Hael terjeda. Tekaknya diserang mual. Tanpa menghabis kata, dengan laju Tengku Hael berdiri.

Kakinya menuju keluar.

Erisha perlahan-lahan bangun dari pembaringan. Bergegar lantai kayu rumah itu tatkala Tengku Hael bingkas bangun.

Erisha dengar sesuatu terluak di depan bilik.

Laju Tengku Hael menggeleng sambil menekup mulut, tak mahu muntah yang bersisa itu terlepas. Erisha tiba-tiba sahaja meluru ke depannya.

"Abang kenapa ni?" Erisha terkejut dengan keadaan Tengku Hael, suaminya muntah.

"Sekejap abang bersihkan, Risha masuk dalam, nanti Risha loya." Loya? Hilang loyanya memikirkan Tengku Hael tak semena-mena begini.

Lelaki itu berlari ke arah dapur. Pasti menuju ke singki.

Muntah air? Argh! Suaminya masuk angin, angin gastrik bertandang. Erisha mula diulit perasaan tidak sedap hati. Dia tahu sungguh situasi ini. Malah, tadi Tengku Hael langsung tak menjamah makanan ketika di dapur. Lelaki itu hanya memujuknya saja.

Hampir sahaja dia tergelincir dek muntah itu, mujur satu tangan meraihnya.

Adegan itu jelas disaksikan oleh sepasang mata Tengku Hael. Dah sakit, jadi makin sakit! Terasa pisau membenam hatinya.

Tengku Hael tak membiarkan dengan mudah perbuatan Khairi menyentuh isterinya. Demi membantu Erisha, ya dia melepaskan hal itu, tetapi merobek raganya!

Kain yang diperoleh entah dari mana, dia gantikan sebagai pegangan Khairi menahan tubuh Erisha.

"Hael, abang cuma tolong Risha. Erisha nak tergelincir," jelas Khairi seakan rasa kurang senang akan pandangan tajam Tengku Hael.

"Jadi abang 'cuma tolong' ni juga. Tolong bersihkan," jawab Tengku Hael, menolak suara terasa perit menembus tekaknya. Kenapa semuanya memperlakukannya seolah dia tak punya perasaan? Mendatangkan masalah di dalam hidupnya tanpa rasa gentar!

Dayanya terpaksa dihabiskan dengan meraih Erisha.

Pintu bilik lantaran ditutup. Tubuh Tengku Hael menyembah lantai bilik itu.

"Abang!"

Dia... tak berdaya lagi.

Langit senja bertukar sepertiga pagi, Erisha tak putus menyapu minyak pada perut Tengku Hael. Selang sepuluh minit mesti telapak tangannya menapak.

"Abang dah rasa lega sikit, love. Dahlah tu duduk bawah ni, love baring atas katil tu." Tangan Erisha disentuh, menghentikan Erisha dari merawatnya.

"Risha baring atas katil dengan abang bila abang dah betul-betul okey. Kita baring sama-sama dekat atas." Terpujuk? Ya. Terpujuk sendiri. Keadaan Tengku Hael lebih penting.

"Baik isteri abang ni dan... nurse terbaik abang." Kepala Erisha diusap sayang.

"Abang nak nasi lagi tak?" Kerana dialah Tengku Hael tidak menelan sebutir pun nasi. Dia tak seharusnya membiarkan Tengku Hael terus dililit rasa bersalah.

"Abang dah kenyang. Makan sikit pun dah okey." Masih lemah suara suaminya. Mata Tengku Hael juga makin kuyu.

Tangannya jatuh melemah. Bahkan, hembusan nafasnya juga semakin lama semakin singkat.

Erisha direntap gusar.

"Abang!"

Mata Tengku Hael terbuka luas. Terkejut mendengar jeritan kebimbangan itu.

"Kenapa love?"

"Abang ni kan, buat risau Risha! Nak tidur ke?"

"Hurm yelah, kenapa? Risha nak abang habiskan makanan tu dulu?" Lembut nadanya menenangkan Erisha.

"Tidurlah. Cuma tidur tu jangan macam orang nak mati, terkejut Risha. Tangan abang tu jatuh melemah, nafas naik dan turun terus, risaulah Risha." Erisha menitip pesan senada dengan suaminya. Cemas betul tadi!

"Mata abang berat sangat rasa, love pun ada sebelah, jadi lega nak tidur. Love tidurlah jugak, teman abang." Tangannya diluaskan, memberi ruang Erisha tidur berbantalkan dada dan lengannya seperti selalu.

"Risha nak keluar sekejap tengok mak. Akak Alia cakap masa ni selalu mak terjaga, abang tidurlah dulu sementara tu. Risha minta excuse sekejap ye 'Ngan, Da.'" Lengan dan dada Tengku Hael diurut lembut.

Tengku Hael terketawa sambil matanya sedia terpejam. Isterinya comel, lengan dan dadanya disingkatkan sebutannya.

Tengku Hael mencelikkan sedikit matanya sebelum Erisha bangun. Amarah Erisha tadi siang sampai wajahnya pun Erisha tak nak pandang. Ingatan akan amarah itu masih ada di carta pertama fikirannya.

"Boleh tak kalau abang nak ada je dekat sisi love?"

"Memang abang ada di sisi Risha sekarang."

"Pasal apa yang abang lupa." Tengku Hael berterus terang walaupun dia tahu Erisha berpura-pura seakan tenang.

Erisha hanya diam. Dia tahu itu tanda Erisha memberi dia ruang meneruskan.

"Abang tahu salah abang. Sebabkan abang lambatlah abang buat love semarah tadi, sekecewa tadi. Tapi janganlah halau abang, janganlah tak izin abang ada dengan love, tak kisahlah bersalin ke belum. Abang nak tetap ada hak untuk bersama dengan love."

"'Hak' abang sentiasa ada, tapi 'hak' abang maksudkan sepatutnya abang guna tadi, masa abang sepatutnya ada dengan Risha. Tadi Risha check up bukan dengan abang, dan tanpa abang. Biasanya abang ada dengan Risha, tapi tak ada. Risha sedih tanpa abang dekat situ. Sumpah sedih sangat. Risha mungkin melebih, tapi Risha jadi melebih sebab Risha dah biasa ada abang. Risha sedihlah tanpa abang, faham tak?" Nadanya akhirnya kian sedih.

Cukup buat Tengku Hael faham tatkala Erisha sudah meluahkan perasaannya.

Tengku Hael menguatkan tubuhnya, dia menggesa tubuh bangun dari pembaringan. Tubuh kecil itu dibawa rapat ke dadanya. Teresak-esak Erisha melepaskan tangis. Sampai hati ayah kan, sayang?

"Maafkan abang, love. Maafkan abang," ucap Tengku Hael libu. Air matanya mula tumpah.

"Abang minta maaf atas salah abang. Sekarang pun kesian love kena luah perasaan love dengan lembut suara love sebab abang sakit. Tapi esok bila abang dah sihat... love luahlah, love marahlah abang. Abang terima, maaflah abang tak sihat sikit ni buat perasaan Risha tertahan."

Erisha menggeleng dalam tangisan. Dia takkan memarahi Tengku Hael lagi. Cukuplah sampai sini. Perasaannya amarahnya sudah terkubur dalam.

Jika bukan angkara sakit yang menyinggah Tengku Hael, dia tetap akan memaafkan. Takkan semudah itu Tengku Hael hendak menyampaikan arahan seperti yang diceritakan Irfan. Walau dia tahu hakikatnya, dia tetap terbawa perasaan bercampur rasa Tengku Hael terlupa dan mencetuskan keadaan dia perlu ditemani Irfan. Irfan pula lagaknya seperti Tengku Hael dan meniru cara Tengku Hael menenangkan dengan gula-gula. Makin teragutlah perasaan!

_________________
WRITER COMMENT : Akhirnya part ni mengikut jugak sikit plot 😭susah tau huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro