19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari sudahpun berganti malam, Haura sudahpun terlelap. Cuma adam yang masih berjaga. Dia mengalihkan pandangan ke arah haura.

"nyenyak pulak perempuan ni tidur? Bila tidur nampak jugalah ayu sikit. Ini tidak, bila berjaga mengalahkan mak cik. Sikit2 nak marah." sindir adam.

Adam melangkah turun daripada katil, dia menuju ke arah haura. Adam melutut ke lantai, ingin memandang haura dengan lebih dekat.

"cantik juga haura ni kan? Comel aje." puji adam.

Tangan adam membelai lembut wajah isterinya.

"Tapi kuat membebel, geram aku!" adam terus memicit hidung haura, geram pula rasanya bila teringat tentang pergaduhan mereka pagi tadi.

Haura membuka kelopak matanya, terus adam menutup mulutnya. Terjaga sudah!
Adam mendiamkan diri, buat2 seperti tiada apa2 yang berlaku.

"apasal rasa pedih dekat hidung aku ni? Adam? Awak cubit ek?" tegur haura.

Adam mengerut kening. Macam mana dia tahu? Atau main teka aje?

"Awak jangan ingat saya tak tau awak dekat mana. Awak kat sebelah saya je kan? Awak ingat.. Awak diam macam tu saya tak tau dekat mana?" ujar haura.

Ternganga adam.

"kau ni bela saka ek?"

"mana ada!"

"meremang bulu roma aku duduk dekat dengan kau ni! Buta tapi pelik!" ejek adam, dia kembali bangun berjalan ke katil.

Haura hanya ketawa.

"awak kan pakai minyak wangi. Sebab tu saya dapat teka. Inilah kelebihan orang macam saya.. Pakar dalam bab menghidu."

"hek eleh.. Berlagak!"


Hari pun berganti pagi, adam sudah bersiap ingin ke tempat kerja. Dia membetulkan tali lehernya yang longgar. Haura melangkah keluar daripada bilik air, menuju kearah adam.

"awak nak pergi dah ke?"soal haura.

"haah. Tolong ambilkan beg aku jab." pinta adam.

"dekat mana?"

"ish, dekat belakang kau je. Itu pun tak nampak ke?" sindir adam.

Haura terus menampar lengan adam, sebelum mengambil beg yang berada di belakangnya. Dia hanya terdengar gelakan daripada adam.

"kau duduk je dalam bilik ni. Jangan pandai2 nak keluar. If, kau nak tahu selok belok rumah ni. Panggil aje siti, suruh dia pimpin kau." ujar adam, memberi nasihat.

Haura mengangguk kepala.

"okaylah, aku pergi dulu.bye." adam pun melangkah ingin keluar daripada bilik. Baru saja Setapak kaki melangkah keluar, haura sudah menghulur tangan ingin bersalam.

Adam memandang haura, lama. Teragak agak dia menyambut huluran tangan haura itu.

"Hati-hati memandu." ucap haura setelah mengangkat kembali kepalanya dan melepaskan tangan adam.

Nak kiss ke tak ek? Soal hati adam. Namun dia sendiri yang menggeleng.

No! Jangan buat hal! Kau tak cintakan dia adam! . So jangan. bisik hatinya lagi.

"okaylah. Aku pergi dulu."ucap adam, lalu melangkah pergi. Haura hanya melambai tangan.

Adam baru saja tiba di syarikatnya. Baru saja ingin melangkah masuk, tiba2 ada orang memeluknya daripada belakang. Terus adam menolaknya dengan kasar sehingga berundur ke belakang. Tergamam adam melihat wanita itu adalah zulaikha.

"zulaikha? Apa awak buat dekat sini?" soal adam.

"Saja. Rindu dengan bekas tunang saya." balas zulaikha.

"saya ada banyak kerja. Tak boleh nak layan awak."

"takpa, saya boleh tunggu waktu lunch awak. Takkan awak tak rindu saya? Kita dah lama tak jumpa kan? Saya pun rindu awak. Kenangan masa awak suap saya makan dekat restaurant..."

"no! I can't. Saya nak bawa haura keluar jalan2 kejab lagi. Lagipun kita dah takda apa2 kan?" ujar adam. Mencelah percakapan zulaikha tadi.

"awak? Nak bawa haura jalan-jalan? Ish, awak tak malu ke bawa orang buta pergi jalan-jalan? Daripada awak bawak orang OKU macam dia. Baik awak bawak saya?"

"tak boleh." ringkas saja adam membalasnya. Terus adam melangkah ingin masuk ke dalam syarikatnya, namun tangan adam di tarik.

"awak.. Saya penat tunggu awak daripada pagi tadi!" rungut zulaikha.

"apa ni, zulaikha! Lepaslah.. Orang tengok!" adam cuba untuk menepis.

"amboi, seronok main tarik2 tangan." anuar mencelah.

Terus zulaikha melepaskan adam. Adam membetulkan bajunya yang berkedut. Tertunduk adam melihat wajah anuar yang kelihatan marah.

"zulaikha.. Pak cik rasa kamu balik semalam, bukan? Kenapa masih ada dekat sini? Cuba nak ngorat adam ke?" soal anuar.

Zulaikha menggeleng kepala.

"adam? Dah ada isteri pun masih nak bergelut dengan orang yang tinggalkan kamu?"

"ta.. Tak, pa. Sebenarnya.."

Baru sahaja adam ingin menjelaskan, anuar sudah melangkah kaki masuk ke dalam syarikat.

"pa!" adam mengejar langkah ayahnya,meninggalkan zulaikha berseorangan.

"pa, jangan salah faham! Dia yang pegang adam, adam takda niat pun nak buat semua tu!" ujar adam.

Langkah anuar terhenti. Dia menoleh ke belakang memandang anaknya.

"kalau dia tak pegang pun. Kamu still nak kan dia juga kan?" anuar bersuara.

Terdiam adam dibuatnya. Anuar mengeluh kecil, dan menggeleng kepala. Langkah kembali di sambung menuju ke pejabatnya. Adam masih tercegat di situ.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro