20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Faridah dan mel melangkah naik anak tangga menuju ke bilik haura. Ketiadaan adam memudahkan lagi faridah dan mel menyakitkan hati haura.

Pintu di tolak tanpa sebarang arahan, melihat haura yang sedang melipat baju. Mel beredehem seketika sebelum melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"hai,haura. I dengan anti fikir nak bawa you jalan-jalan. Nak ikut tak?" tegur mel.

Haura mengerut kening. Lain macam, tiba-tiba nak bawa aku pergi jalan-jalan.

"takpalah, saya ada banyak kerja. Tak perlu kot."

"jom lah, orang dah ajak!" degus mel. Haura di tarus di tarik kasar untuk bangun. Faridah juga tolong menarik haura keluar daripada bilik itu.

"apa ni?! nak bawak saya pergi mana ni?!"0 soal haura, cemas.

"datin?! Datin nak buat apa dengan ouan haura!" siti mencelah.

Dia cuba untuk melepaskan tangan faridah daripada menarik haura. Namun dia pula di tolak sehingga jatuh je lantai.

"kau diam ek! Sedar sikit kau tu orang gaji saja dalam rumah ni!" bentak faridah.

Mereka menarik haura menuju ke bilik store yang berada di tingkat bawah. Haura terus di tolak masuk ke dalamnya.

"hei perempuan, kau dengar sini! Kau sebenarnya tak layak pun jadi isteri adam! So better kau mati lagi baiklah!"bentak mel.

"yeah! Betul tu mel, kau bukan menantu pilihan aku. Aku rasa jijik menantukan ornag oku macam kau!" sinis faridah.

"kau duduk sini sampai bila2. Takkan ada siapa tahu kau kat sini! Anti akan rahsiakan pada adam.. Dan biarkan kau mampus dalam ni!" bentak mel lagi.

"and selagi kau jadi isteri adam, selagi tu aku akan terus seksa kau!"

Tersentak haura mendengar hempasan kuat pintu. Terus haura berlari ke arah pintu itu dan mengetuknya.

"datin jangan buat saya macam ni!! Buka pintu ni!!" teriak haura, dengan mengetuk pintu itu.

Faridah hanya tersenyum puas. Membiarkan saja haura menjerit memanggil namanya.

"anti, kalau adam dengar dia jerit macam mana? Mesti kantoi."

"alaa. Kejab lagi senyaplah tu."

"kalau adam jumpa dia? Macam mana? Lepastu.. Nanti adam balik tanya bini dia. Susah kita anti!"

"ish, anti ada. Kamu jangan risau. Tahulah anti nak bagi alasan apa." ujarnya.

"datin.. Kenapa kurung puan haura dalam tu? Kesian dia datin. Tak baik menyeksa orang macam dia. Lagipun.."

"hei, siti! Kau tutup mulut kau kalau kau tak nak aku potong gaji kau. Kau jangan pandai2 bagitau adam ek!" ugut faridah.

Siti tidak membalas apa. Hanya menunduk kepala.

"jom mel, anti belanja mel makan."

"lets go!"

Mereka pun melangkah pergi daripada situ. Siti hanya memandang pintu yang di ketuk oleh haura dari dalam. Mahu di tolong takut tiada kerja pula nanti.

"pa! Kenapa papa asyik tuduh yang adam akan kembali pada zulaikha? Kalau papa doakan yang terbaik untuk adam. Insyaallah adam takkan kembali dekat dia." ujar adam.

"sebab papa nak tengok pengorbanan kamu sebagai seorang suami!" balas anuar.

Adam terdiam.

"papa nak tengok anak papa berkorban untuk cintakan isteri dia! Sayangkan isteri dia! Bukan mengharapkan daripada orang lain. Kalau betul kamu seorang lelaki yang baik, kamu perlu buktikan yang kamu mampu jaga haura! Mampu sayangkan isteri kamu. Bukannya cari pengganti." sambung anuar lagi.

"tapi haura yang tak nak semua tu! Dia sendiri yang benarkan adam rapat dengan zulaikha!"

"dia bagi sebab dia sayang kamu! Dia tak nak hancurkan hati kamu. Tapi apa yang kamu buat adam? Kamu lagi remukkan hati dia. Cuba kamu cakap dengan papa.. Apa tujuan sebenar kamu adam? Elakkan diri dari mel atau hancurkan hati seorang isteri?"

Soalan anuar membuatkan adam tidak mampu untuk menjawab.

"Perempuan tu ikhlas tolong kamu. Dia memang buta tapi tidak buta pada kasih sayang. Kamu yang sempurna ni pun tak boleh nampak apa itu cinta sebenar. Kadang2 papa pelik.. Siapa yang buta sebenarnya. Antara kamu atau dia?"

Adam menunduk kepala. Anuar melangkah ke arah adam. Bahu adam di sentuh.

"tolong.. Jangan ceraikan haura. Dan tolong jangan dekati zulaikha. Haura isteri kamu, kamu akan menyesal kalau kamu tinggalkan haura. Percayalah cakap papa." ujar anuar dengan lembut.

Adam hanya mampu mengangguk kepala.

"baik, pa. Adam janji adam takkan.. Tak.. Takkan ceraikan haura." balas adam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro