M I A - 05

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi yang suram buat seisi rumah banglo itu . Nadine mengukir senyuman nipis apabila dia terasa suasana pagi itu tidak seperti selalu yang riuh rendah dengan kenakalan lima remaja itu . Malah sebaliknya terjadi . Masing-masing mengunci mulut .

Mia apatah lagi . Gadis itu hanya memandang kosong hidangan yang disediakan oleh Mak Oti . Alfred saja yang kelihatan biasa seolah-olah tidak terkesan dengan kejadian semalam . Dia nampak rileks melahap tiga kepingan sandwich dan susu coklat .

" Mom tak pergi kerja ke ? " soal Alfred tiba-tiba . Menyentakkan Nadine yang mengelamun jauh .

Alfred tahu , yang mereka berempat berdiam diri kerana kesan dari sebuah kisah silam mereka semalam . Alfred mengeleng kepala kesal melihat tingkah keempat adiknya itu . Apatah lagi dia yang paling tua .

Hanya berbeza bulan dengan Tiger dan Rain . Melihat wajah mendung Nadine membuatkan Alfred dengan sengaja menghempas kuat gelas kaca itu ke atas meja .

" FRED ! " .

Nadine mengurut dada . Yang lain memandang si abang terpinga-pinga . Tersedar dari lamunan masing-masing .

" Aku tahu korang asyik fikir pasal semalam , tapi tolonglah lupakan benda tu sekejap ... " ujar Alfred tanpa nada .

" Kau tak faham Fred . Perit bila tahu mak aku mati sebab lelaki tak guna tu " kata Tiger dalam nada penuh dendam .

Alfred menarik senyuman sinis . Kepala digeleng perlahan .

" Mak kau mati je ... kau kisah apa ? " soal dia penuh sinis .

Membuat Tiger di sebelah dia merengkuh kolar baju milik Alfred . Dia terasa bengang dengan kata-kata lelaki itu . Nadine sudah menjerit kecil .

" Tu mak aku bodoh ! Memang aku kisah ! Kau tak faham perasaan aku ni ! " tengking Tiger kuat .

Alfred menolak badan Tiger membuatkan Tiger terduduk kembali di atas kerusi . Alfred membetulkan baju sekolahnya . Beg sekolah diambil dengan wajah kosong .

" Memang aku tak faham ... sebab benda bodoh tu korang boleh abaikan mom sampai macam ni sekali ! " .

" Kau jangan mak kurang ajar Fred ! " Rain turut bengang dengan kata-kata Alfred .

Rahang dia mengeras . Alfred tertawa sinis .

" Kurang ajar ? Ahahaha ... " dia tertawa sendiri .

Lebih kepada memerli dirinya sendiri . Alfred mengapai kunci motor miliknya . Dipandang wajah Nadine yang menatap dia hiba .

" Sebab aku tak ada mak ayah macam korang ... " sinis dia berkata sebelum dia memakai helmet . Berlalu pergi membawa hati .

Nadine terduduk . Ini yang dia takutkan . Walaupun Alfred cuba tutup kesedihan dalam diri dia , tapi mata dia menunjukkan dia cukup tersiksa . Nadine meraup wajah .

" Semua salah korang ! Kau tahukan Fred tak ada mak ayah macam kita . At least kita tahu , kita ni masih ada mak ... masih boleh cari waris lagi ... tapi dia ... " Linda melepaskan keluhan lemah .

" Dah lah aku blah dulu . Jom Mia ... "

Setelah menyalami Nadine dan memohon maaf mereka sama-sama berangkat ke sekolah . Meninggalkan Tiger dan Rain yang menyesali kesalahan mereka .

Nadine mengusap bahu dua remaja itu . Nadine tersenyum nipis . Dia tahu ini bukan salah Tiger mahupun Rain sekalipun . Mereka terbawa-bawa emosi .

" Dah lambat ni . Nanti kena denda pula . Jom mom hantar korang ke sekolah " ujar Nadine lembut .

" Fred ... " perlahan saja Tiger menyebut nama itu .

Orang yang selama ini banyak mengajar mereka . Menjadi hero untuk mereka . Malah Alfred sanggup mengadai nyawa demi mereka .

" Takpe . Nanti korang sama-sama minta maaf dengan dia . Mom yakin Fred tak marahkan korang " .

Tiger dan Rain mengangguk . Tetapi dia tahu tidak mudah untuk menagih kemaafan dari Alfred . Kerana jiwa lelaki itu cukup keras dan kosong .

《 ¤ 》

Mia mengetap gigi rapat . Namun dia tiada daya mahu melawan . Kesalahan memang ditunding seratus peratus padanya . Mia mengenggam kuat buku lima di sisi badan dia . Dia dapat rasakan atmosfera dalam bilik disiplin itu cukup tegang .

" Masih tak nak mengaku lagi ? " Affan memandang tajam gadis remaja yang berdiri di hadapan dia .

Kemudian , mata dia jatuh pada dua pelajar perempuan yang basah kuyup . Lebam dan berdarah di wajah . Affan menghempas kuat buku disiplin di atas meja . Menyentakkan dua gadis itu .

" Mia Bella . Kesalahan awak bukan sikit ... tapi banyak ! Pukul , buli ... kesalahan paling besar ... awak sabotaj cikgu-cikgu kat sini sebab turunkan markah peperiksaan awak ?! What the hell is this ?! " suara Affan melantun tinggi .

Mia menayangkan wajah kosong dia .

" Sekarang ni ... awak dituduh sebab kesalahan pukul dan buli dua pelajar perempuan dekat tandas guru ?! Siram dengan air jamban ... are you insane Mia Bella ?! " .

Affan bercekak pinggang . Ini pertama kali dia menandingi kes disiplin seperti ini . Lebih teruk dari sekolah lama dia . Malah ini kes seorang pelajar perempuan .

" Dah habis ? " Mia menjungkit kening tinggi . Mencabar guru itu .

Affan menahan rasa bengang dia . Jika dia naik tangan , salah etika dia sebagai seorang guru . Tetapi melihat kelakuan Mia , dia dapat rasakan Mia memang berani menentang dia .

" Aku buat sikit je tu . Kalau boleh ... " Mia menapak ke hadapan . Berdiri ditengah dua gadis itu .

Bergetar bahu mereka kerana takut akan Mia . Silap mereka kerana mengenakan Mia . Mereka ingatkan yang masuk ke tandas guru adalah guru yang dibenci mereka . Niat ingin mendajal orang lain , tapi alih-alih mereka pula terkena .

" Aku nak bunuh je korang ni ... " bisik Mia perlahan . Cukup membuatkan dua gadis itu merasa ngeri dengan ancaman Mia .

" Kau nak suruh aku buat apa ? " .

Mia menjauhkan diri . Kembali berdiri di tempatnya tadi . Affan melepaskan keluhan . Tali leher dirungkai kasar . Dia memberi isyarat kepada dua pelajar tadi supaya beredar .

Bergegas dua pelajar itu berlari keluar dari bilik disiplin itu . Bagi mereka cikgu Affan tidak seram . Boleh cuci mata kerana guru itu kacak . Ada gaya . Tetapi mengenangkan Mia , mereka rasa lebih baik mereka ambi peluang itu untuk melarikan diri .

Affan menampung badan dengan kedua tangan diletakkan di atas meja . Jelas urat-urat dia mengeras kerana dia mengulung lengan baju paras siku .

" Kau jangan nak suruh aku lari satu padang , lepastu cuci tandas lelaki setiap aras bangunan menengah atas . Aku bosan ! Halim tak pernah faham perasaan aku . Suka seksa aku ... bau hancing ... erghhh " komen Mia tiba-tiba .

Affan tertawa kecil . Dia kembali duduk di kerusi setelah rasa tenang .

" Hukuman kau mudah je . Tak berat mana pun ... " dia mengambil tiga helai kertas .

Affan menyeringai jahat . Dia memandang Mia lama .

" Duduk ! " arah dia tegas .

Mia tanpa membantah duduk di hadapan guru muda itu . Affan menolak selebaran kertas itu di hadapan Mia . Ternganga mulut Mia melihat soalan itu . Habislah .

" Siapkan sebelum jam 5 petang . Pasti lengkap , tak ada lompong atau ayat sekerat jalan . Aku nak fakta sekali . Ada contoh , ada huraian . Mana nak cari ? Pandai-pandai fikir " putus Affan muktamad .

Hampir pengsan Mia melihat soalan Sejarah di hadapan dia . Bukan 10 soalan malah 50 soalan termasuk esei . Mana dia nak cari jawapan dalam masa tiga jam lagi ?!

Mia rasa ingin menangis .

" Halim lebih baik dari kau ... " gumam dia perlahan .

Terasa rindu pada guru lama dia . Cikgu Halim yang suka memberi denda untuk dia membersihkan tandas lelaki di semua blok sampai licin dan berkilat selepas waktu persekolahan tamat .

Mia menekup muka di atas kerja itu . Affan tersenyum kemenangan . Ini saja cara untuk dia menundukkan gadis itu supaya jinak . Mia hanya nakal , dia tidak sejahat manapun .

" Itu cikgu Halim . Bukan aku . Aku cara aku , dia cara dia . Mulakan ... "

Mia mencebik bibir . Pen dipetik , dia mula fokus menjawab soalan-soalan yang menyeksa otak dia itu . Rasa macam berpinar saja mata melihat ayat panjang lebar di kertas soalan itu .

Nak tak nak , Mia redha . Denda tetap denda .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro