M I A - 06

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Affan yang baru sahaja selesai menunaikan solat asar itu kembali ke meja kerjanya . Mujurlah di ruangan bilik kerja dia ada menyediakan sebuah bilik khas untuk guru . Jadi dia menjadikan bilik kecil itu sebagai bilik solat untuknya .

Songkok hitam masih di kepala . Mengeleng kepala dia melihat Mia tertidur di atas meja kerja dia . Dengkuran halus dari gadis itu kedengaran . Affan tersenyum kecil . Comel je dia tengok Mia tertidur dalam keadaan macam tu .

Lebaran kertas tugasan yang diberikan kepada Mia diambil . Hampir melopong mulut dia melihat jawapan diberikan oleh Mia .

Berikan tiga contoh dan huraian mengenai Zaman Mesir Purba . ( 5 markah )

Zaman jahiliah seorang Mia Bella .
Cikgu sila tulis jawapan sendiri .

Kesemua jawapan yang ditulis oleh Mia meleset dari jangkaan dia . Bukan dia tidak nampak wajah Mia yang tersengih-sengih tadi . Tapi Affan malas mahu melayan .

Dia asyik menyemak buku latihan pelajar tingkatan 5 . Affan mengerut pangkal hidung dia . Lebaran kertas itu dihempas kuat di atas meja . Terjaga Mia dari lenanya .

" Oii hantu galah ! " latah Mia sambil tangan menampar kuat lengan kanan guru lelaki itu .

Mia membulatkan mata dia . Affan mengangkat kening , nak tertawa tapi tak sampai hati pula . Mia menguap besar .

" Hmm ... dah pukul berapa ni ? " soal dia sambil mengosok mata .

Seronok betul tidur dalam bilik disiplin . Ada penghawa dingin . Sejuk je . Mia jadi tak nak balik pula . Nak terus tidur dalam bilik itu .

" 5.15 petang ... " kata Affan dalam nada serius .

Mia sudah membulat mata . Lekas beg sekolah hitam merah miliknya disangkut ke bahu . " Aku balik dulu cikgu ... " pamit dia tergesa-gesa .

" Tunggu dulu ! " halang Affan tegas .

" Awak jawab apa dalam ni ? Kenapa jawapan berbeza dari soalan ?! " soal dia tegas . Memandang Mia yang sudah tergaru kepala di hadapan dia .

" Alah ... aku tak suka sejarah . Apa kata cikgu carikan , esok saya salin je eh ? " dia tersengih lebar .

Berharap Affan menerima cadangan dia . Tapi sangkaan dia meleset jauh sekali .

" Esok . Kelas saya . Bentangkan esei tentang Zaman Mesir Purba . 30 markah ... lengkap ! " tutur Affan putus .

Mia ternganga . Dia mendengus tak puas hati .

" Tak adil lah ! Cikgu lah bentang ! Kenapa saya pulak ! " bentak Mia tak puas hati .

Affan menjungkit bahu . Kebetulan pula pada waktu itu Pengetua Jalil melalui aras disiplin . Berkerut dahi dia melihat Mia dan cikgu Affan masih belum pulang lagi . Kawasan sekolah sunyi kerana kelas tambahan dibatalkan untuk pelajar menengah atas dan pt3 .

" Kenapa ni ? Affan ? Tak balik lagi ke ? " celah pengetua Jalil tiba-tiba . Orang tua tu dah terpacak di hadapan bilik ketua disiplin itu .

Affan segera menunduk hormat . Mia pula mencebik .

" Ish ! Aku blah dulu ... " Mia memakai kasutnya . Wajah dia cemberut saja .

Affan sudah ketap gigi . Nak halang , ada pengetua Jalil . Nanti apa kata orang tua tu pula nanti . Pengetua Jalil memandang Mia .

" Lepas ni pergi mana ? " soal pengetua Jalil yang kelihatan sangat ambil berat tentang Mia .

Mia mencebik bibir . " Tak payah sibuk hal aku . Urus hal kau je ... " sinis Mia .

Pengetua Jalil mengeluh . Menatap pemergian Mia yang sememangnya susah untuk diajak berbual . Cucu dia seorang itu- sudah berubah semenjak peristiwa bertahun lalu . Jalil sendiri kesal dengan tindakan anak kedua dia , Rashid .

" Pengetua okay ? " .

Pertanyaan dari Affan menyentakkan Jalil . Dia segera mengangguk . Bahu Affan ditepuk perlahan , kemudian dia berlalu pergi . Mahu meronda sekolah .

Affan jadi penasaran . Ingin tahu mengenai hubungan antara pengetua Jalil dan Mia . Mereka seakan mengenali satu sama lain . Tapi raut wajah Mia cukup mengambarkan dia benci mahu menatap wajah pengetua Jalil .

《 ¤ 》

" Kat sini kau rupanya ... " Mia menepuk bahu Alfred yang mengelamun itu .

Tempat biasa mereka melepak jika hati mereka galau atau dilanda masalah . Hanya Mia dan Alfred sahaja mengetahui tempat itu . Kerana mereka berdua sangat rapat .

" Nah ... " satu kotak air milo dihulurkan kepada Alfred . Sempat dia singgah di sebuah kedai runcit sewaktu pulang dari sekolah tadi .

Alfred menyambut perlahan . Dia membuang pandangan ke bawah sana . Memerhati kenderaan bergerak dan orang lalu lalang dari tingkat atas sebuah bangunan . Mereka duduk melunjur kaki di atas bangunan itu .

Mia menyedut minuman dia sambil merasai deruan angin kencang dari atas tembok mereka duduki itu . Mia sempat menukar pakaian dia tadi . Mujurlah dia membawa pakaian lebih ke dalam beg .

Alfred memandang Mia yang asyik tersenyum itu . Dia tahu , disebalik senyuman Mia terselit beribu kedukaan untuk dia .

" Kau ... kau tak rindu mama kau ke ? " soal Alfred perlahan .

Senyuman di wajah Mia perlahan pudar . Satu keluhan terlahie dari bibir Mia . Alfred menanti penuh sabar jawapan dari Mia .

" Rindu ... " jawab Mia sayu .

Sebak mengenangkan arwah mama dia . Isabelle Abdullah . Wanita berdarah England yang telah mengahwini bapa dia dan menjadi mualaf . Rela dibuang keluarga dan hidup bersama bapa dia . Membina keluarga kecil di Malaysia .

" Papa kau ? " .

Senyuman Mia mati . Wajah sendu dia terus berubah tegang . Alfred berubah wajah . Dia tahu dia tersilap bertanya . Tapi sudah terlajak kata . Nak diundur tidak sempat dah .

" Perlu ke aku rindu lelaki yang dah buang aku ? Dia bukan bapak aku lagi . Aku tak ada bapak . Aku dah yatim piatu sejak hari tu lagi ... " ujar Mia dalam nada tegas .

Rasa sedih cuba ditutup . Alfred menarik kepala Mia ke dada dia . Dia tahu Mia ingin menangis . Nada suara gadis itu sudah lain . Kedengaran sendu .

" Kubur arwah mama pun dia tak bagi aku pijak . Jijik sangat ke aku ni ... sampaikan di akhir hayat mama pun dia tak bagi aku jumpa mama Fred . Aku ... aku ... " suara Mia bertukar tangisan .

Alfred tersenyum kelat . Kemeja putih dia terasa basah dengan airmata Mia . Dia mengosok perlahan belakang Mia dari belakang .

" Aku nak sangat tengok mama ... tapi papa halang aku . Aku ... aku hanya mampu tengok mama disebalik cermin je waktu ... aku tahu mama nak sangat-sangat jumpa aku . Tapi orang tua tu kejam ! Dia sanggup kurung aku dalam reban ayam kat rumah opah aku ! Sebab tak nak aku hadir pengebumian mama ! Dia kejam Fred ! Aku benci dia ! " luah Mia kuat .

" Shh ... Mia ... " tepi dahi Mia dikucup oleh Alfred . Hal yang selalu dia buat apabila Mia dalam kesedihan .

" Ma ... mama mati bukan sebab aku ... ma ... mama mati sebab nak selamatkan aku Fred ... mama ... mama sanggup mati demi aku ... " airmata Mia tumpah lagi .

Masih dia teringat kejadian itu . Di mana , tubuh arwah mama dia melayang jauh akibat dilanggar sebuah lori kerana ingin menyelamatkan Mia yang ketika itu bermain di jalan . Tubuh kecil Mia sempat ditolak ke tepi tetapi Isabelle tidak sempat menyelamatkan dirinya .

" Aku tak salah ... bukan salah aku ... " mengongoi Mia menangis di dada Alfred . Meluah segala rasa terpendam .

Alfred menepuk belakang Mia . Dia mengukir senyuman nipis . Mia masih dikira beruntung kerana masih mengetahui ibu bapa dia . Tapi dia ? Alfred menarik nafas dalam-dalam .

Dia harus kuat . Demi Mia dan yang lain .

" Aku sayangkan Mia ... " bisik dia lembut .

Mia mengangguk sama .

" Aku sayangkan jugak ... " balas Mia dalam esakan dia .

" Sampai mati kau adik aku Mia ... "

" Sampai mati kau abang aku Alfred ... " .

《 ¤ 》

Nadine menghulur tangan menyambut balik kata sepakat antara dia dan lelaki bermata biru di hadapan dia itu . Nadine seketika mengerut dahi apabila terpandang mata biru itu . Macam pernah dia lihat , tapi Nadine lupa .

" Nadine ? " . Dia tersentak . Segera dia mengukir senyuman dan membalas genggaman tangan lelaki bermata biru itu . Lelaki itu senyum nipis .

" Thanks again Mr Haiser ... " ucap Nadine .

Lelaki bernama Haiser Ramson itu mengangguk kepala . Kot ditubuh tegap dia dibetulkan . Nadine bangun sambil membetulkan baju dia . Dia turut gembira kerana berjaya menagih kepercayaan klien dia dari luar negara itu .

Dia berjaya mendapatkan tender projek dari Ramson Group . Sebuah syarikat yang cukup gah di negara England yang telah menempah nama di carta kedua terkaya di dunia . Nadine cukup bangga dengan kejayaan dia .

Di dalam bilik itu , hanya ada Nadine , Haiser dan pembantunya . Nadine yang asyik mengemas barangan miliknya tersentak apabila terasa getaran telefon dia di dalam poket seluar .

Segera dia mengeluarkan iPhone 8+ miliknya . Berkerut dahi dia melihat nama yang naik . Jarang Alfred menghubungi dia kerana anak itu cukup terkenal dengan sikap dingin dia .

" Assalam- " tidak sempat Nadine memberi salam , suara di sebelah sana terlebih dahulu memotong .

" What ?! Mia macam mana ? Dia okay tak ? Fred okay tak ? Ya Allah ... macam mana boleh ... " Nadine menekup mulut tidak percaya .

Mengeletar seluruh badan dia mendengar perkhabaran itu . Tidak semena-menanya airmata dia jatuh ke pipi . Nadine mencengkam kuat tangan kiri dia sendiri . Tindakan dia apabila dilanda kerisauan yang amat .

Haiser sudah mengerut dahi . Dia cukup faham kata-kata Nadine . Sudah lebih lima tahun dia menetap di Malaysia . Tidak hairanlah jika dia fasih berbahasa melayu .

Tetapi satu mama yang meniti di bibir Nadine membuatkan Haiser rasa ingin tahu .

" Ya Allah sayang ... tunggu mom datang ! " dia terus memutuskan panggilan .

Tangan dia masih mengigil . Nadine cepat-cepat berzikir perlahan . Menenangkan hati dia yang lara . Nadine meraup wajah dia .

" You did not okay right ? " celah Haiser . Nada suara lelaki itu kedengaran dingin . Cukup dingin .

Nadine tersentak . Baru tersedar ada orang lain di dalam bilik itu selain dia . Nadine menyapu airmata di pipi . Dia tersenyum nipis .

" I send you there ... " putus Haiser dan menarik lengan Nadine secara paksa .

Dia tidak rasa Nadine boleh memandu dalam keadaan dia bercelaru macam tu . Nadine sempat mengapai beg tangan dia . Haiser sempat menitip pesanan pada pembantu dia untuk membereskan barangan dia dan Nadine di dalam bilik itu .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro