M I A - 07

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nadine merempuh laju pintu bilik yang tentera nombor 209 itu . Mujurlah hospital yang menempatkan Mia tidak jauh dari pejabatnya . Hampir luruh jantung dia apabila Alfred menghubungi dia bahawa dia dan Mia ditimpa kemalangan .

Alfred yang tertidur di samping Mia tersentak . Mata digosok perlahan . Nadine meluru ke arah Alfred lalu badan remaja itu dipeluknya erat . Tangisan Nadine kembali terhambur di bahu remaja itu .

" Kamu tak apa-apa sayang ? " soal Nadine risau yang amat .

Haiser berdiri di sebelah dia . Mata lelaki itu tunak merenung wajah seorang gadis yang masih tidak sedarkan diri itu .

" Fred okay mom ... cuma luka sikit dekat siku dengan kepala ... " .

Nadine melihat siku Alfred yang sudah dirawat . Kepala remaja lelaki itu pula ditilik . Dia mengucapkan rasa syukur di hati nya . Mujurlah Alfred hanya tercedera ringan .

" Mia ? " .

" Mia tak apa-apa mom . Dia cuma pengsan sebab terkejut tadi . Ada sebuah kereta laju menuju ke arah kami masa dalam perjalanan pulang . Orang awam cakap pemandu tu mabuk . Mujurlah Alfred sempat selamatkan diri dan tarik Mia sama ... " jelas Alfred tanpa dipinta .

" Alhamdulillah ... kamu buat mom risau tahu tak ... " Nadine memeluk Alfred kembali .

Seketika Nadine teringat seseorang . Pelukan dilepaskan . Alfred memandang saja kelakuan Nadine .

" Adik-adik tahu tak ? " soal Nadine apabila teringat tiga lagi anak angkat dia .

Baru Alfred ingin buka mulut , sekali lagi pintu wad itu dirempuh kasar . Kali ini Linda , Tiger dan Rain turut sama .

" Mia ! " .

Linda menjerit kuat melihat sekujur tubuh Mia yang terbaring di atas katil . Wajah Mia kelihatan sangat pucat . Tiger dan Rain pula bertindak memeluk Alfred . Mereka merasa bersalah kepada Alfred kerana telah menguris hati lelaki itu .

" Maafkan aku Fred ... " ujar mereka berdua serentak .

Hampir mati saja mereka menerima perkhabaran bahawa Alfred dan Mia ditimpa kemalangan . Alfred mengangguk seraya mengusap kasar kepala dua lelaki itu .

" Aku maafkan " ujar Alfred dan membalas pelukan dua lelaki itu . Tiada istilah marah dalam diri Alfred . Rasa marah itu akan terus lenyap apabila melihat Tiger dan Rain yang meminta maafkan pada dia .

Nadine tersenyum terharu melihat pemandangan itu . Ternyata dia berhasil memberi didikan baik pada kelima remaja itu . Nadine mengusap hujung mata dia . Rasa basah je .

" Ehem ! " Haiser sengaja berdehem . Ingin menarik perhatian orang-orang di dalam bilik rawatan itu .

Haiser sendiri keliru . Melalui pandangan dia , Nadine masih kelihatan muda . Tetapi mempunyai lima orang anak berusia remaja .

" Erm ... kenalkan ini Mr Haiser . Klien mom ... " .

Haiser cuba menarik senyuman walaupun dia yakin nampak kaku saja . Mereka berempat mengangguk dan menarik senyum tanda hormat .

" Urghh ... " Mia tersedar dari lena .

Berkerut dahi dia apabila melihat ramai orang di hadapan dia . Mia cuba bangun dan dibantu oleh Linda di sebelah dia . Linda jatuh kasihan melihat keadaan Mia yang nampak lemah .

" Mom ... " panggil Mia perlahan .

Haiser yang melihat wajah Mia terus membulat mata terkejut . Mata biru itu- seakan sama dengan mata seseorang yang dia cari dan rindui selama ini . Berpuluh tahun dia cuba menjejak si dia namun hasilnya tiada .

" Rehat dulu Mia . Kamu lemah lagi ni ... " ucap Nadine lembut . Kepala Mia digosok lembut .

" Fred ... " panggil Mia perlahan .

Alfred segera menapak menghampiri Mia . Lalu Mia merebahkan badan dia ke dalam pelukan Alfred . Mia memejam mata , menghirup aroma dari tubuh Alfred .

" A-aku tak mati lagi kan ... " soal dia perlahan .

Mia masih trauma dengan kejadian tadi . Hampir saja mereka berdua dilanggar oleh sebuah kereta yang tiba-tiba datang dari arah bertentangan .

" Shh- kau selamat dengan aku " Alfred memujuk lembut . Walaupun dalam hati dia terasa ingin menangis sama .

Dia tahu Mia masih trauma . Kejadian itu tidak ubah seperti masa lampau Mia yang dituduh sebagai pembunuh .

Yang lain diam melihat mereka berdua . Nadine tahu , Mia dan Alfred sangat rapat . Susah untuk memisahkan mereka berdua . Yang lain pula bertindak mengunci mulut .

Haiser yang melihat pemandangan itu turut mengingati seseorang . Rantai silver yang tersangkut dileher dia dipegang . Sebentuk cincin kemas tersangkut disitu .

Haiser mengukir senyuman nipis . " I found you sis ... " .

《 ¤ 》

Mia termenung di atas katil . Dia bersendirian pada hari ini kerana yang lain berada di sekolah . Nadine pula tidak boleh cuti menemani dia kerana mempunyai urusan di luar negara bersama bos dia . Nadine merupakan ketua pengurus projek jadi dia perlu turut serta bersama bos dia .

Nak main telefon , Mia dah bosan . Tiada apa-apa yang menarik . Seketika bibir Mia naik mengukir senyuman bahagia . Ada hikmah juga dia terlantar disini . Mia dapat mengelak memberi jawapan esei kepada cikgu Affan .

Mia bersiul-siul senang . Bunyi pintu dibuka membuatkan Mia menoleh ke sana . Berkerut dahi dia melihat lelaki semalam yang bersama Nadine melangkah masuk ke bilik dia .

Dia memerhati pemakaian lelaki itu . Nampak santai mengenakan jaket denim , bersama baju putih nipis di dalam . Berseluar jeans slim fit . Mia mengangguk perlahan . Kacak juga . Mia mula berfikiran nakal .

" Mr Haiser right ? " soal Mia sengaja ingin tunjuk ramah .

Haiser angguk . Dia sengaja tidak masuk ke syarikat dia pada hari ini . Dengan niat , mahu mengorek rahsia bersama gadis itu . Mia Bella ... nama itu cukup membuatkan hati dia tidak tenteram semalam .

" May I sit ? " sopan Haiser meminta kebenaran .

Mia segera angguk . Gila lah dia tak izinkan . Lelaki kacak kot depan dia sekarang ni . Mia boleh angan-angan jap .

Haiser mengucap terima kasih pada gadis itu . Mata biru dia beradu dengan mata biru jernih milik Mia . Ya , selama ini Mia menutup mata asli dia . Tetapi kerana peristiwa semalam , doktor terpaksa membuka kanta lekap dia . Hilang sudah warna hitam anak mata dia .

" Your eyes ... ocean blue ... " tegur Haiser tiba-tiba .

Membuatkan Mia tersentak . Hampir saja tangan dia naik menepuk dahi . Alamak ! Macam mana dia boleh lupa ! Rahsia dia terbongkar di hadapan lelaki asing itu .

" Beautiful ... " puji Haiser ikhlas .

Mia naik menekup pipi . Malu apabila dipuji oleh Haiser . Sudah lah Haiser boleh tahan kacak . Mata biru hijau macam tu membuatkan Mia rasa nak cungkil je . Buat kenangan .

Haiser tertawa kecil . Pertama kali Haiser ketawa selama dia hidup ini . Tawa yang selama ini disimpan rapi olehnya selama berbelas tahun semenjak kehilangan si adik tercinta .

" Erm ... thanks ... you too " balas Mia malu-malu .

Haiser sekali lagi meledak tawa dia . Tanp sengaja tangan dia naik mencubit pipi Mia geram . Mia pula makin merah wajah dia . Gelagat Mia tidak ubah seperti adik dia . Malu macam ni , makin menunjukkan persamaan mereka .

" You remind me with someone that I miss to much ... " .

Haiser melepaskan cubitan dia di pipi Mia . Wajah dia bertukar muram . Mia jadi panarasan . Ingin tahu . Dia segera mengubah gaya duduk . Dari melunjur dia bersila . Menghadap Haiser .

" Siapa ? Encik rindukan siapa ? " nada Mia ingin tahu . Lembut . Sopan .

Entah kenapa , dengan Haiser Mia tiada niat mahu berkasar .

" My lil sis ... she gone after she married that man ... " ujar Haiser keruh .

Adik dia pergi setelah dihalau oleh daddy mereka . Kerana daddy mereka tidak bersetuju si adik memilih lelaki melayu menjadi suami . Perihal agama daddy dia tidak kisah . Daddy dia hanya nakkan yang terbaik .

" Mesti adik encik cantik kan . Boleh Mia kenal dengan dia ? " pinta Mia tanpa segan .

Dia tahu Haiser boleh berbahasa Melayu . Kerana semalam Haiser nampak rancak melayan Alfred , Rain dan Tiger berbual . Malah lelaki itu turut menawarkan diri menghantar mereka pulang .

Haiser menjadi teruja . Iphone X dikeluarkan . Dia mula mencari foto milik adik dia dahulu . Yang sempat diambil dari telefon lama sebelum telefon itu hancur ke dinding .

" Ni ... " satu gambar ditunjukkan pada Mia . Wajah yang sedang tersenyum ceria .

Mia terkedu apabila iris biru dia menatap wajah itu . Dia cukup kenal wajah itu walaupun dia dapat pastikan usia gadis itu dalam belasan tahun semasa gambar itu diambil . Mia segera menghulurkan telefon itu kembali kepada Haiser . Tidak sanggup untuk dia terus menatap wajah itu .

Hati dia jadi galau . Rindu . Emosi dia kembali bermain .

" Isabelle Elyes Ramson ... " sebut Haiser dalam nada bergetar .

" You know her right ? " dia memandang Mia penuh berharap .

Mia melepaskan keluhan lemah . Tiada jalan ingin mengelak diri . Mia tahu , lelaki itu pasti akan mengetahui juga dari Nadine . Malah wajah Mia dan gadis itu saling tak tumpah . Sama . Hanya warna rambut yang membezakan mereka .

Mia berambut hitam pekat .

Gadis itu berambut coklat keperangan .

" She ... she my mom ... " perlahan Mia menutup tetapi cukup didengari di telinga Haiser .

Haiser tersentak . " Dia-dia kat di mana ? A-saya nak jumpa dia sangat-sangat ... " Haiser menjadi teruja yang amat .

Usaha dia selama berbelas tahun ini berbaloi . Dia bukan sahaja akan berjumpa dengan si adik , tetapi juga anak saudara dia . Haiser jadi teruja yang amat . Jika daddy dia tahu , pasti lelaki itu turut teruja sama .

" Dia- dah pergi ... " ujar Mia dengan wajah kosong .

Haiser jadi terkelu lidah . Pergi ? Dia berada berdebar . Mia menarik senyuman sinis .

" I kill her . She was died ... " .

Haiser terbangun . Mata dia terbelalak tidak percaya . Tidak ... tidak ! Adik dia belum mati lagi . Mia memaling wajah ke arah lain . Airmata laju menuruni pipinya .

" I kill her ... my own mother . Funny right ? " putus Mia lalu dia memusing badan ke arah bertentangan .

Haiser mencengkam kuat kedua tangan dia ke sisi . Setiap kata-kata Mia cukup mencengkam hati dia . Rasa sakit yang amat .

" She did not ... " celah seseorang . Haiser memaling wajah .

Alfred berdiri sambil memeluk tubuh . Dia telah berdiri selama lima belas minit di muka pintu tanpa disedari dua manusia itu . Alfred menghembus nafas lemah . Pulang saja dari sekolah dia terus bergegas ke hospital untuk melawat Mia .

Tiger , Rain dan Linda tidak ikut kerana mereka ingin pulang . Merehatkan badan setelah dikerah tenaga membersihkan kawasan dewan besar sekolah kerana akan ada majlis anugerah kecemerlangan tidak lama lagi . Mereka bertiga terlibat , begitu juga Alfred dan Mia .

Alfred pergi ke hospital kerana ingin mengkhabarkan berita gembira itu . Sebaliknya pula berlaku . Satu rahsia lagi mengenai Mia .

" Apa maksud kau ? " Haiser bertanya serius .

Alfre senyum nipis . " Bukan Mia yang bunuh adik kau . Isabelle meninggal disebabkan kemalangan untuk menyelamatkan nyawa Mia . Kalau kau percayalah " Alfred tidak kalah sinis .

Mia mengongoi menangis di birai katil . Hati dia cukup sakit apabila telinga dia mendengar perkataan pembunuh berulang kali . Hati dia sakit yang amat .

Haiser terdiam . Dia memandang Alfred penuh berharap . Akhirnya , Alfred menceritakan semua sekali . Haiser yang mendengar cerita tersebut berasa tidak percaya . Tergamak seorang bapa berbuat demikian terhadap darah daging sendiri . Haiser menjadi kasihan pada nasib Mia .

Haiser berjalan mendekati Mia . Lalu tubuh kecil Mia didakap erat . Terhambur tangisan Mia di dada Haiser . Jaket Haiser digenggam erat .

Alfred tersenyum nipis .

' Ibu ... ayah ... damai lah disana ... anakmu ini hanya mampu kiriman doa buat ibu dan ayah ... Fred rindukan ibu dan ayah ... terima kasih kerana lahirkan Fred di dunia ini walaupun tidak sempat menatap ibu dan ayah buat kali terakhir . Terima kasih ..." .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro