M I A - 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Mia , kau ada dengar cerita tak pasal cikgu Affan kita tu ? " . Linda mengoncangkan lengan Mia yang asyik membaca artikel di papan berita di lobi sekolah .

Mendengar nama guru itu , membuatkan Mia teringatkan peristiwa semalam . Di bawah pondok , di sebelah kolam ikan koi . Mia melepaskan keluhan lemah . Kalau boleh , dia tidak mahu terikat dengan mana-mana lelaki sekalipun .

" Pasal apa ? " soal Mia malas . Kalau mengenai guru muda itu , Mia kalau boleh dia nak elakkan .

Mia kini tidak lagi berulang alik ke bilik disiplin . Dia banyak menghabiskan masa di perpustkaan ataupun di pondok tempat lepak mereka di belakang sekolah . Mia tidak mahu bertembung dengan guru lelaki itu .

" Laa , kau tak tahu lagi ke ? " Linda menjatuhkan bahu . Wajah yang ceria terus berubah cemberut . Rasa teruja hilang begitu sahaja .

Tidak jadi mahu bergosip bersama Mia . " Tau apa ? Kau ni , kalau pasal cikgu tu laju je kan ... " komen Mia lalu meneruskan perjalanan dia .

Malas mahu melayan perangai gedik Linda . Ada saja benda nak digosip . Tidak kira tempat atau dimana pun mereka berada . Yang jadi mangsanya ialah Mia . Dia perlu menadah telinga mendengar celoteh gadis itu .

" Mesti lah . Kau tahu tak , cikgu Affan tu akan bertunang bulan depan ! Gila ! Aku ingatkan dia tu single . Baru aku nak cucuk jarum " jerit Linda kuat .

Membuatkan beberapa pelajar yang berkumpul di sekitar koridor menoleh ke arah mereka berdua . Mia menguling mata ke atas . Bertunang ? Mia ucapkan tahniah .

" Kau jangan perasan boleh tak . Kau tu bukan lawa mana pun ... " kutuk Mia semasa dia menaiki tangga .

Lif memang disediakan . Tetapi Mia tidak mahu berebut-rebut dengan pelajar lain . Nanti jadi macam sardin . Dengan bau peluh sorang-sorang pula tu . Jadi , Mia memilih laluan tangga sahaja . Tidak perlu bersesak dengan pelajar lain .

" Eii jahat nya kau ... " bahu Mia ditampar kuat . Mia mengerut wajah . Boleh tahan jugak tangan minah ni . Desis Mia di dalam hati .

" Aku bukan nak suruh cikgu tu sukakan aku . Pandang aku pun dah cukup hehe ... " Linda tersengih gedik . Kedua tangan dibawa ke pipi .

Mia mencebik bibir . Kenapa lah dia perlu melayan kerenah gedik seorang Linda ni . Aih , nasib badan . Mia masuk ke dalam kelas diikuti Linda dari belakang . Dilihat sudah separuh rakan sekelas mereka berada di dalam kelas .

Walaupun ada 20 minit lagi sebelum waktu rehat tamat . Mia duduk ditempatnya manakala Linda pula masuk ke dalam kelompok pelajar perempuan di meja depan . Nak bergosip lah tu .

" Tunang ?! " jerit kelompok pelajar perempuan itu .

" Haah weh . Aku ada dengar jugak pasal ni , memang betul lah yang cikgu kacak kita ni bakal jadi tunang orang " sampuk seorang pelajar perempuan lain .

Mia menjuling mata ke atas . Apalah nasib dapat sekelas dengan geng kaki gosip . Belum apa-apa mereka satu kelas dah mengetahui tentang hal tersebut sebelum diumumkan secara sahih . Hebat betul pelajar perempuan kelas dia .

" Kau kenal ke tunang cikgu Affan tu ? " mereka mula bercakap-cakap .

Linda turut terkinja-kinja di sana . Mia menguap besar , malas mahu melayan . Sekumpulan pelajar lelaki di belakang kelas mencebik bibir . Mereka mengendahkan jeritan pelajar perempuan di meja depan sana . Kembali menyambung nyanyian mereka secara perlahan .

" Model tu ke ?! "

" Omaigad ! " .

Jeritan mereka membingitkan kelas . Masing-masing menampar sesama sendiri . Mia mengerut dahi . Ada yang makan kaki dia nanti . Tapi Mia masih mampu bersabar lagi .

" Korang ni , diam boleh tak . Aku nak nyanyi pun susah tau " jerit seorang pelajar lelaki di belakang sana .

" Eh kau . Sibuk je . Nak nyanyi tu ... nyanyi jelah . Macam aku kisah pulak " marah seorang pelajar perempuan mewakili kumpulan mereka .

" Dah . Jangan layan minah-minah tu ... " tegah si kawan . Menenangkan si rakan yang sudah merah muka itu .

BAM ! Bunyi hempasan pintu kelas menyentakkan mereka . Masing-masing memandang si gelaran yang telah hampir memusnahkan pintu kelas mereka . Masing-masing membuat wajah menyampah setelah mengenali si pelaku itu .

" Minah diva ni rupanya ... " Linda menjuih bibir pada seorang pelajar perempuan itu .

" Puteri kesayangan sekolah rupanya . Mengapa tuanku datang ke kelas kami ? Patik sangat gembira kerana tuanku sanggup mencemar duli ke kelas kami ... " ejek seorang pelajar lelaki .

Disambut tawa mereka semua . Membuatkan wajah pelajar perempuan itu bertukar merah . Mungkin bengang . Itu lah , datang lagi ke kelas orang dengan cara kurang ajar macam tu . Kan dah kena !

" Aku nak jumpa Mia ... " tuturnya sambil mengulung rambut panjangnya dengan jari .

Memang terserlah gaya diva nya itu . Linda membuat muka jijik dia . " Buat apa nak jumpa Mia ? Nak cari pasal ? " sindir Linda padu .

Bukan dia tidak tahu tujuan kedatangan pelajar perempuan itu .

" Tu Mia ... " seorang rakannya menunding jari pada Mia yang terlena di meja tidak jauh dari mereka .

" Eh langau ! Suka hati kau je masuk kelas aku kan ! Ada aku izinkan ke ? " sindir Taufiq si ketua kelas .

" Kau diam lah Taufiq . Intan nak jumpa Mia bukan kau ... " lawan rakan Intan berani .

Mereka melemparkan senyuman mengejek pada Taufiq . Tetapi lelaki itu buat bodoh je .

" Oii Mia ! " dengan berani Intan menarik rambut Mia yang terlena itu .

Rakan sekelas Mia memandang saja . Situasi begini dah biasa bagi mereka . Kerana , mereka tetap kalah . Mia akan jadi pemenangnya . Taufiq pula kembali berbual bersama rakan dia yang lain .

" Aih , oii Fiq ! Macam mana sotong ni boleh terlepas ? " sindir Mia . Gigi diketap kuat . Geram apabila ada saja orang menganggu masa tidur dia .

Taufiq menjungkit bahu . " Biasalah tu Mia . Dah lama tak rasa penangan kau tu . Rindu ... " lalu Taufiq dan yang lain menghamburkan tawa mereka .

Begini lah mereka satu kelas . Satu kepala . Sama-sama masuk air . Mia turut tertawa sama . Paling kuat sekali semestinya Linda dan kumpulan gosip dia . Intan dan dua rakan dia mengetap gigi kuat . Rasa tercabar .

BAM ! Tubuh Mia ditolak kasar oleh Intan menghentam almari kelas di sudut belakang . Mia mendengus apabila belakang badan dia terasa sakit .

" Shit ! Kau memang tak puas kan ?! " ujar Mia dengan suara di celah gigi .

Intan tertawa kuat . " Memang ! Memang aku tak puas hati dengan kau ! Disebabkan kau ... takhta aku sebagai perempuan paling cantik dalam sekolah jatuh tahu tak ! " jerit Intan tidak puas hati .

Linda dan Taufiq bertindak mengawal pintu kelas mereka yang makin digerumuni pelajar lain yang mula mampir mahu melihat ke pergaduhan dua pelajar perempuan itu .

" Tch ... sedarlah diri kau tu memang dah buruk ! Macam kain buruk ! Ada hati nak lawan kecantikkan aku ni ... " Mia menyebak rambutnya .

Intan mengepal penumbuk tangan kanan dia . Baru saja dia ingin menghentam wajah Mia , penumbuk dia terlebih dahulu ditahan oleh Mia . Mia tersenyum sinis lalu dia memulas tangan kanan Intan ke belakang .

" Arghhh ... " Intan mengelupur kesakitan . Tulang bahu dia terasa sakit yang amat . Mia mengilas tangan kanan dia terlalu kuat .

" Bodoh ! Lemah tu buat cara lemah . Ada hati nak lawan aku ... " ejek Mia lalu menendang kuat perut Intan menggunakan lututnya .

Intan terduduk kesakitan . Mia meniup anak rambut dia yang jatuh ke dahi . Dia memandang pelajar lelaki kelas dia . " Heret minat tiga ni . Menyemak je ... " dengus dia lalu kembali duduk .

Sekumpulan pelajar lelaki tadi tersenyum sinis . Lalu dengan cara kasar , mereka menarik rambut tiga gadis itu lalu menyeret mereka keluar dari kelas . Taufiq dan Linda awal-awal lagi membuka lebar pintu kelas mereka .

" Bye-bye bangkai ... " lambai Linda dan Taufiq dengan senyuman mengejek mereka .

Intan bersama geng dia dihumban di hadapan tong sampah yang sudah penuh . Mereka tertawa bahagia apabila melihat keadaan Intan dan geng dia .

" Busuk ! Sesuai untuk kau bangkai ... " ejek Linda seraya menjelir lidah pada tiga pelajar perempuan tadi .

Intan menjerit kuat . Kini mereka bertiga pula yang terkena . Bukan Mia ! Musuh mereka itu ! BAM ! Taufiq menutup kasar pintu kelas mereka .

" Maaf bangkai terlepas masuk . Erm ... kita sambung balik " balas Taufiq selamba . Seakan tidak apa-apa berlaku .

Mia tersenyum riang . Sebab itu dia sayangkan rakan sekelas dia . Sama-sama buat jahat . Sama-sama menutup mulut . Sama-sama kena denda .

《 ¤ 》

Puan Laili termenung sambil memandang kepekatan malam . Dia mula berasa sunyi sejak akhir-akhir ini . Malah , anak dan cucu dia masing-masing sibuk dengan kerjaya mereka . Puan Laili merenung lama air kolam di hadapan dia . Jauh di sudut hati , dia sangat merindui seseorang .

" Laili ... " panggil seseorang . Puan Laili laju mengesat airmatanya yang jatuh tanpa sedar .

Dia tersenyum melihat Encik Jalil berjalan tidak jauh darinya . Lelaki tua itu masih berbaju melayu dan berkain pelikat . Pastu baru saja selesai menunaikan solat isyak . Puan Laili duduk di satu kerusi di tidak jauh dari kolam renang itu .

" Termenung apa ? Sejak akhir-akhir ni abang perasan Laili banyak termenung ... " tutur Encik Jalil sebaik saja dia duduk di hadapan isterinya .

" Tak ada apalah bang ... biasalah bosan-bosan termenung jelah " dalih Puan Laili .

Encik Jalil mengenggam erat kedua tangan isterinya . Dia tahu , hati isterinya tidak tenang sejak akhir-akhirnya ini . " Awak rindukan cucu kita ke ? " .

Akhirnya , tangisan yang dipendam selama ini oleh Puan Laili terhambur jua . Dia menangis teresak-esak .

" Sa-saya rindukan Bella bang ... rindu sangat-sangat " ujar Puna Laili dalam esak tangisannya .

Sungguh , dia begitu merindukan cucu bongsunya . Si gadis yang cukup membuatkan harinya ceria waktu dahulu . Tetapi sejak peristiwa itu , tawa itu makin menghilang . Puan Laili hanya dibayangi cucunya seorang itu .

" Kalau lah Bella ada , mesti dia suka usik saja . Kacau saya sampaikan saya naik angin . Suka buat saya pening kepala sebab layan kerenah nakal dia tu bang ... tapi ... semua tu dah hilang bang ... " .

Encik Jalik bertindak memeluk si isteri . Allah , hati tua dia juga luluh mendengar luahan si isteri . Dia tidak pernah pun mengorek isi hati Puan Laili selama ini . Pasti isterinya sudah lama memendam rasa rindu itu .

" Saya rindukan Bella bang ... " tutur Puan Laili sekali lagi . Aimata dia jatuh bak air terjun .

Encik Jalil mengusap belakang isterinya .

" Nenek ... atuk ... " .

Ameer yang ingin memanggil nenek dan atuknya terus terbantut niatnya . Dada dia diasak rasa sebak melihat neneknya menangis di dakapan si atuk . Ameer perlahan mendekati pasangan tua itu .

" Nenek ... " panggil Ameer perlahan . Ini pertama kali dia melihat si nenek menjatuhkan airmata .

Ameer dihurung rasa sebak . Dia mengenggam tangan Puan Laili , lalu dibawa ke pipinya . Kemudian , tangan tua itu dikucup penuh rasa sayang .

" Farhan ... " lalu tubuh cucu lelakinya dipeluk pula . Puan Laili makin berada sedih melihat wajah sendu Ameer .

Encik Jalik melempar senyuman nipis .

" Shh~ Farhan ada dengan nenek . Nenek jangan nangis lagi tau ... " tangan dia naik menyapu airmata di wajah tua Puan Laili .

Ameer cuba mengukir senyuman walaupun senyuman dia nampak kaku di mata Puan Laili . Ameer lebih menderita daripanya . Ameer bahkan sanggup mengupah penyiasat persendirian untuk menjejak Mia Bella di usia masih muda dengan menggunakan duit tabungnya .

Malah Puan Laili mengingat lagi , bagaimana gigihnya Ameer belajar selama ini untuk bergelar doktor bedah pada usia yang begitu muda . Ameer tidak sikit pun mengharapkan duit Encik Rashid . Dia berjaya diatas usahanya sendiri .

" Nenek rindukan adik ke ? " soal Ameer lembut .

Puan Laili mengangguk laju . Dia menekup pipi cucunya yang satu itu . " Bila Farhan nak bawa adik jumpa nenek ? " .

Ameer tersenyum nipis . Kejadian di mall pada hari itu membuatkan Ameer rasa semuanya akan sia-sia . Mia tidak langsung mahu melihat wajahnya .

" Fa-Farhan akan bawa adik jumpa nenek . Farhan janji ... " mereka berpelukan .

Encik Jalil tersenyum nipis . Mia Bella . Dia tidak jauh pun , ada saja disekitar mereka . Malah semasa di sekolah , Encik Jalil sanggup mengambil gambar cucunya secara senyap-senyap . Untuk melepaskan rindu .

Dia membuka galeri di telefonnya . Dia rasa ini adalah masa yang sepatutnya untuk diberitahu pada Puan Laili dan Ameer . Encik Jalil mengambil nafas dalam-dalam .

" Laili ... Farhan ... " .

Mereka menoleh ke arah Encik Jalil . Kemudian , pandangan mereka jatuh pada skrin telefon Encik Jalil . Gambar seorang gadis berpakaian sekolah yang begitu banyak . Hampir 1000+ untuk gambar gadis itu sahaja .

" Mia Bella ... cucu kita ... " ujarnya lirih . Gambar itu ditunjukkan pada si isteri .

" Ya Allah bang ... cucu kita bang ... " Puan Laili memeluk telefon itu ke dadanya . Didakap erat umpama dia sedang mendakap Mia Bella .

Ameer memandang Encik Jalil dengan riak tidak percaya . " Ja-jadi selama ni ... atuk tahu ? " dia menyoal tidak percaya .

Encik Jalil angguk . " Tahu . Tapi dia bukan Mia Bella yang dulu ... dia Mia Bella yang cukup kental . Kuat . Dia dah ada keluarga dia sendiri ... " .

Ameer tersentak . Keluarga sendiri ?

" Saya nak jumpa Bella bang ... " rayu Puan Laili pada Encik Jalil . Sekali pun jadilah . Dia ingin meleraikan rindu yang sudah lama terpendam .

" Abang akan usahakan . Laili dan Farhan sabar ya ... tak lama lagi ... kita akan jumpa adik balik " .

Ameer memeluk Encik Jalil dan Puan Laili erat-erat . Dia tekad , selepas ini keluarga mereka akan menjadi seperti dulu . Bahagia bersama-sama .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro