M I A - 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Haiser menolak selamba pintu itu sehingga membuatkan insan di dalam sana menoleh terkejut apabila menerima kedatangan mengejut daripadanya . Haiser senyum nipis . Silap dia kerana datang ke pejabat wanita itu tanpa memberitahu terlebih dahulu .

" Kenapa datang sini ? " soal Nadine gugup . Maklumlah , sudah dua minggu lelaki itu menghilang tanpa khabar berita . Hari ini tiba-tiba sahaja terpacak di hadapan bilik dia .

Haiser berjalan perlahan . Dia melabuh punggung di kerusi yang disediakan di hadapan meja kerja Nadine . Membuatkan perempuan itu makin rasa hairan . Pen ditangan dimainkan oleh Nadine .

" Mr Haiser ? " dia petik jari di hadapan lelaki itu .

Haiser tersentak . Dia mengeleng kepala perlahan . Boleh pula berangan di hadapan Nadine . Rasa malu ditutup dengan deheman singkat . " Erm ... can we talk ? " tanya dia perlahan .

Ada hal dia perlu bincangkan bersama Nadine . Dia harap , segala rancangan yang telah diatur olehnya bakal berjaya . Ini semua permintaan dari daddy-nya . Ingin berjumpa cucu perempuannya dan melepaskan rindu pada Isabelle . Tuan Ramson meminta dia untuk dipertemukan cucunya sendiri .

" Okay . Kat sana lebih senang ... " Nadine menunjuk ke arah ruangan sofa di sudut biliknya . Haiser turut mengangguk setuju .

Haiser sudah pun melabuh punggung di sofa . Dia memerhati Nadine yang bercakap sesuatu di telefon . Pasti berbual dengan pembantunya di luar sana . Nadine tersenyum selepas meletakkan gagang telefon .

" Encik Haiser nak bincang pasal apa ? " soal Nadine sambil membetulkan pakaian dia sebelum duduk . Hari ini dia tidak terlalu sibuk kerana mereka sedang fokus untuk acara amal nanti .

Butik Nadine terpilih untuk mendekorasi sebuah hotel untuk acara amal itu . Tema islamik menjadi pilihan penyumbang dana dalam acara itu . Nadine sendiri belum tahu siapa penyumbang tersebut .

Belum sempat Haiser mahu membuka bicara , pintu bilik Nadine diketuk oleh seseorang . Muncul seorang gadis manis bertudung menatang dulang berisi beberapa kuih muih dan dua cawan kopi panas .

" Terima kasih . Jamuan kat luar dah habis belum ? " soal Nadine pada pembantunya .

" Dah cik Nadine . Ni ada sikit kuih lebihan jadi saya bawa ke sini . Jemput makan cik dan tuan " sopan dia berkata , kemudian dia meninggalkan Nadine bersama lelaki itu .

" Maaf ni je ada ... " Nadine senyum kekok .

Haiser mengangguk saja . " Tak perlu formal . Just panggil aku macam biasa . Lagi pun aku nak bincangkan mengenai Bella ... " tutur Haiser tegas .

Nadine terus terdiam . Dia mengedip mata beberapa kali . Betulkah ? " Kenapa dengan dia ? Awak nak bawa dia balik ke sana ke ? " soal Nadine perlahan .

" Bukan . Aku bukan nak bawa dia balik ke sana . Selagi dia belum buat keputusan untuk ke sana ... aku tak akan bawa dia . Aku nak kau aturkan sesuatu untuk aku dan Bella ... " .

Nadina akhirnya melepaskan keluhan lega . Tidak rela dia berjauhan dengan Mia . Sudah dianggap gadis itu seperti anak dia sendiri . Untuk lepaskan Mia balik ke keluarganya membuatkan Nadine berasa berat yang amat untuk melepaskan gadis itu .

" Awak nak saya buat apa ? " .

Haiser senyum . Dia akan pastikan segala rancangan ini akan berjalan dengan lancar . Dia mahu melihat kebahagian di wajah Tuan Ramson . Malah lelaki tua itu tidak seperti dulu lagi . Tuan Ramson sudah banyak berubah semenjak pemergian anak kesayangan dia .

Tuan Ramson banyak menghabiskan masa di rumah . Sudah tiga tahun Tuan Ramson masuk Islam . Itu semua demi Isabelle . Dia belajar cara-cara Islam dan kehidupan orang Islam bersama seorang ustaz di sana .

Semua itu dalam pengetahuan Haiser . Lelaki itu turut masuk Islam setahun yang lalu . Biarpun terlambat , tetapi Haiser tidak menyesal . Malah dia suka . Bagi dia , agama Islam indah .

Nadine terangguk-angguk mendengar perancangan dari Haiser . Dia sendiri menjadi teruja . Bagaimana agaknya reaksi Mia apabila bertemu datuknya ? Pasti gembira .

" Kau boleh bawa budak-budak tu sekali . Daddy aku nak kenal  kamu semua ... " .

Nadine angguk yakin . " Baik . Saya akan uruskan semuanya . Awak tinggal bawa Tuan Ramson saja . Saya akan aturkan tempat , segala bendanya nanti . Apa-apa awak boleh call saya terus if you change your plan lah " .

" Terima kasih Nadine " . Haiser berasa berbesar hati dengan penawaran dari Nadine . Malah wanita itu sikit pun tidak membantah segala atur rancangan dia .

Setia mendengar malah sanggup menolongnya . Membuatkan hati Haiser rasa ingin memiliki wanita itu . Malah dia juga tahu bahawa Nadine seorang janda . Segala hal mengenai Nadine , sudah ada dalam genggaman dia .

Sempat juga dia menyumpah bekas suami Nadine kerana telah menceraikan wanita sebaik Nadine itu . Haiser tidak kisah , malah Tuan Ramson sendiri berbesar hati menerima Nadine masuk ke dalam keluarganya .

《 ¤ 》

" Mia ... " Linda merangkul bahu Mia yang berjalan di sebelah dia . Juga bersama mereka Alfred , Rain dan Tiger . Tiga lelaki itu rancak berbual di belakang mereka .

Jam sudah pukul 6 petang . Hari ini Mia dan Linda terpaksa pulang lewat kerana menemani tiga jejaka itu . Mia dan Linda akur lagipun kalau di rumah mereka belum tentu lagi ada aktiviti untuk dilakukan .

Jadi lebih baik mereka menemani tiga jejaka itu menjalani latihan bola sepak di sekolah . Ada juga aktiviti nak buat . Mencuci mata melihat pemain bola sekolah mereka .

" Aku dengar kau belasah budak Intan tu " tegur Rain tiba-tiba . Mereka sekarang berada di luas sekolah .

Menunggu pemandu mereka mengambil mereka . Linda yang mendengar pertanyaan Rain sudah bersiul-siul kecil . Mia pula mengetap gigi . Tapi wajah dia biasa saja .

" Mana kau tahu ? " soal Mia balik . Dia bermain dengan telefonnya .

Rain tertawa kecil di tepinya . " Mana aku tahu , kau jangan risau . Kalau aku tak tahu ... ada juga orang bagitahu . Jadi betul lah ? " kening dijungkit tinggi .

" Bukan aku mulakan dulu ... " balas Mia dalam nada malas . Kalau boleh wajah Intan pun dia nak hilangkan terus dari bayangan fikiran dia .

" Dia buat apa ? " Tiger pula mencelah . Lelaki selamba saja menukar pakaian di hentian bas .

Tidak sedarkah ada beberapa pelajar perempuan lain disitu . Sengaja betul nak tayang body dia yang boleh dikatan hot jugaklah walaupun tidak nampak sangat ketulan abs dia tu . Tapi ada juga lah bayangnya .

" Ish kau ni ! Nak tukar baju pun agak-agaklah ... " marah Linda seraya mencubit geram perut Tiger . Berkerut dahi lelaki itu menahan sakit akibat jari berbisa Linda .

" Sakit lah bodoh ! " selamba kepala Linda ditolak kasar oleh Tiger .

" Perempuan tu cakap aku kacau hak dia ... " sambung Mia tanpa mempedulikan pencakaran antara Linda dan Tiger .

" Hak apa ? " .

" Ratu cantik " .

Balasan daripada Linda membuatkan tiga lelaki itu meledakkan tawa mereka . Mia pula menjungkit bahu . Sebab dia tak rasa benda tu kelakar pun . Linda turut tertawa sama .

" Bodoh betul perempuan tu ... " kata Alfred sambil bersandar pada tiang . Dia masih ketawa lagi .

" Muka macam katak , ada hati nak jadi ratu cantik . Berangan gila sial " kutuk Rain dalam tawa tiada hentinya .

Terbayang wajah Intan bersama dua sahabat dia itu . Diva sekolah . Macam badut sarkas pun ada . Hari itu dah kena reject dengan Rain sebab confess perasaan dia . Bahananya , dia dipermalukan depan rakan sekelas Rain .

" Bodoh sial ! Aku tak tahu lah perempuan tu ... letak muka kat bawah tapak kaki kot ... dah kena reject dengan kau pun ada hati nak cari pasal dengan Mia " sambung Tiger pula .

Mia yang memasang telinga turut senyum sama . Asyik mereka tertawa , sebuah Vellpire hitam berhenti di hadapan mereka berlima . Mia terus masuk ke dalam diikuti yang lain . Tetapi tawa mereka berempat masih tersisa lagi .

" Seronok betul kamu gelak . Pasai apa pula ni ? " tegur pemandu mereka , Abang Rudi .

Anak mak Oti . Lelaki itu memang kerja dia mengambil dan menghantar mereka ke sekolah jika Nadine sibuk .

" Pasal perempuan katak ... dia ni kan ... " Tiger mula bercerita . Disebabkan dia duduk di sebelah Abang Rudi jadi dia lah jadi tukang ceritanya .

Tidak lama itu tawa abang Rudi turut meledak sama seperti keempat remaja itu . Hanya Mia saja tidak memberi reaksi . Dia asyik melihat ke luar tingkap .

" Kalau abang macam mana ? Kalau abang jadi dia lah ... " .

Abang Rudi tersenyum . " Kalau abang lah kan ... dah tukar sekolah dah . Malu kot . Abang pun tak tahu nak cakap camne dah " diakhiri dengan hilaian tawa mereka yang lain .

" Bang , nanti berhenti Mc'd tau ... " pesan Mia sebelum memejam mata .

" Drive thru or makan sana ? " .

" Makan sana lah bang ... " sampuk Alfred yang asyik bermain game di telefon .

Abang Rudi mengangguk . " Kat bandar lah . Sebab abang nak bank in duit kat isteri abang . Abang drop korang kat sana , dah selesai call je abang . Nanti abang ambil korang ... " .

Mereka yang lain angguk saja . Lagi pun abang Rudi selalu mengikut kemahuan mereka . Nak pergi mana-mana pun , abang Rudi sudi hantar mereka .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro