CHAPTER 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seminggu dia terpaksa terperuk di hospital dan hari ini dia dibenarkan pulang.

Hospital.

Tempat yang paling membosankan.

Kebetulan hari tersebut merupakan hari lahir Lisa. Lisa ingin cepat cepat pulang ke rumahnya.Selalunya,Mr.Leo akan adakan parti happy birthday besar besaran untuknya.Teringkatkan janji Jung Kook dua hari yang lepas bahawa lelaki itu akan hadir pada hari jadinya,membuatkan Lisa semakin tidak sabar sabar.Tentu Jung Kook sedang menunggunya di rumah.Biarpun...party kali ini tidak akan semeriah party party sebelumnya,yang penting kehadiran Jung Kook sudah cukup membuatkan Lisa gembira.

Dia rindu Jung Kook.Sudah dua hari dia tidak berjumpa dengan kekasihnya itu.

"Daddy,boleh tak cepat sikit!" arah Lisa.Mr.Leo menaikkan lagi kelajuan kereta audinya.Jelas dari cermin pandang belakang dia melihat anak gadisnya itu sedang tersenyum lebar.

"Asyik senyum je Lisa ni!"tegurnya.

"Mestilah.Daddy,mesti Jung Kook ada kat rumah tengah tunggu Lisa kan,tak sabarnya Lisa nak sambut birthday Lisa dengan dia." Balasan Lisa itu membuatkan Mr.Leo bisu.Hilang kata katanya bila nama Jung Kook itu diungkap.Sebenarnya,
dah banyak kali jugak dia cuba menelefon Jung Kook untuk memberitahu lelaki itu bahawa Lisa sudah keluar dari hospital.Namun,satu pun panggilannya tidak dijawab.Jung Kook seperti mengelak untuk berjumpa dengan Lisa.Mr.Leo semakin risau sekiranya Jung Kook akan melukakan perasaan anak gadisnya itu nanti.Tambahan pula,gossip mengenai Jung Kook ada scandle dengan seorang model baru iaitu Eun Ha menjadi bualan hangat.Nasib baik berita itu belum sampai ke pengetahuan Lisa.

* * * *

Sebaik saja kereta memasukki kawasan perkarangan rumah,Lisa bergegas keluar dari perut kereta.Di muka pintu,kelihatan pembantu rumah keluarganya,Ahjumma Seo menyambut kepulangan Lisa dengan senyuman.Wanita dalam lingkungan 40-an itu sedikit terkejut melihat wajah Lisa.

Buruk.

"Cik Lisa dah balik!"
sapanya,cuba untuk beramah mesra.Namun Lisa langsung tidak menghiraukan Ahjumma Seo.Selamba saja dimelawati wanita itu dan masuk ke dalam rumah.

Ruang tamu dihiasi dengan belon dan reben berwarna warni.Di atas meja pula terhidang beberapa jenis juadah dan sebiji kek coklat.

"Happy Birthday,my beloved daughter!"Mr.Leo memeluk Lisa dari belakang.Lisa berasa begitu teruja.Terkebil kebil dia ke sana ke mari mencari kelibat Jung Kook.Dia pasti,Jung Kook sedang bersembunyi.Suprise katakan.

" Jung Kook!Keluarlah,I dah balik ni.I dah tak sabar nak celebrate my birthday with you."Meliar matanya cuba mengesan kehadiran Jung Kook.Habis seluruh ceruk rumah digeledah semata mata untuk mencari Jung Kook.

"Daddy,mana Jung Kook.Dia dah sampai ke belum?!" Soalan yang agak susah untuk Mr.Leo berikan jawapannya.Dia tidak memberi respon.

"Ahjumma,masa Lisa belum balik tadi Jung Kook ada datang sini kan?Tolonglah bagitahu di mana dia menyorok.Lisa tahu dia nak suprisekan Lisa."

Sama juga.Ahjumma Seo turut tidak memberi jawapan.Kedua dua mereka hanya menunduk memandang lantai.

Lisa sudah mula hilang arah bila dia mendapati Jung Kook tiada.Mundar mandir dia di sana sini sambil mengusutkan rambutnya kasar sehingga kulit kepalanya luka dan berdarah.

"Jung Kook janji nak datang jumpa Lisa.Jung Kook dah janji.Tapi kenapa dia tipu Lisa!"

Mr.Leo cuba menghentikkan Lisa dengan bantuan Ahjumma Seo.Lisa meronta ronta.Appanya memegang tangan Lisa seerat yang mampu.Kalau dibiarkan,boleh luka teruk kepala Lisa nanti dikerjakan.

"Tak.Jung Kook sayang Lisa.Daddy tak nak Lisa cederakan diri Lisa macam ni."

"Daddy tipu.Disebabkan muka Lisa mcam ni,Jung Kook tak nak jumpa Lisa.Jung Kook dah benci Lisa!" Mukanya pula dicakar. Langsung dia tidak berasa sakit apabila mencederakan dirinya sendiri.Ahjumma Seo pula bergenang air mata melihat keadaan Lisa.

"Lisa nak pergi jumpa Jung Kook."

"Sabarlah.Nanti daddy bawakannya!"

"Tak nak.Lisa nak pergi sekarang jugak!" Belum sempat Mr.Leo berbuat apa apa,Lisa menuju ke pintu masuk dan keluar dari rumah.Gadis itu menarik pintu kereta dan mula menghidupkan enjin.Tidak lama kemudian kereta itu meluru pergi dengan laju sekali.Tidak sempat Mr.Leo untuk mengejar Lisa.

"Ahjumma Seo jaga rumah ok.Saya akan ekori Lisa!"pesannya.

Ahjumma Seo mengangguk.Sejak masalah ini menimpa Lisa,hidup Mr.Leo sudah tidak terurus.Majikannya itu mula susut berat badannya.Mukanya cekung dengan mata yg membengkak seperti tidak cukup tidur.

* * * *

JYP Intertainment,

Sebaik saja kereta itu diletakkan di tempat parking,tanpa teragak agak dia terus melangkah masuk ke dalam bangunan JYP Intertainment.Semua pekerja mahupun idol yang melihat Lisa ketakutan dan menjauhkan diri daripadanya.Mereka berasa sangat jijik dengan muka Lisa yang menggulupas teruk,berlumuran darah dan nanah serta mengeluarkan bau busuk.Hampir saja termuntah segala isi perut dibuatnya.

" Mana Jung Kook?"Seorang cleaner yang sedang mengemop lantai diterjah oleh Lisa.Cleaner itu takut takut untuk menjawab,menyebabkan Lisa naik marah dan menolak tubuh itu ke lantai.Dia mengambil baldi yang berisi air sabun itu dan disimbah ke arah cleaner tersebut.

"Aku cakap mana Jung Kook!" Tengkingnya.

"Jung Kook ada kat studio.Dia sedang training dengan Eun Ha!"Tak nak dicederakan lagi....cleaner itu memberi jawapan.Lisa terus berlalu pergi menuju ke bilik studio.Wartawan yang kebetulannya berada di situ mula menggerumi Lisa.Berita Lisa serang JYP Entertainment ni perlu jadi tajuk utama dan muka depan akhbar dan majalah serta bakal disiarkan di kaca televisyen nanti.Hangat ni.

* * * *


Ditarik kasar daun pintu bilik studio itu.Memang betul,di dalamnya ada Jung Kook dan Eun Ha.Mereka berdua bukan setakat sedang berlatih.....malah siap beramah mesra lagi.Semakin membuak buak amarah Lisa apabila mata dan kepalanya melihat Jung Kook sedang berpelukan dengan Eun Ha.

" Jeon Jung Kook!"Lisa menjerit.Agak kuat sehingga ruang bilik studio itu bergema dengan suaranya.Jung Kook yang mula mengesan kehadiran Lisa di situ segera meleraikan pelukan pada tubuh Eun Ha.Kedua dua mereka terpinga pinga.Terkejut dengan kehadiran gadis itu secara tiba tiba.

Lisa datang menghampiri mereka.Penumbuk tangan kanan digenggam erat.Tanpa banyak soal,lantas ditumbuk pipi kanan Eun Ha sehingga jatuh terlentang di atas lantai.Serangan lebih hebat dimulakan.Lisa naik di atas tubuh Eun Ha.Rambut Eun Ha ditarik.Mukanya berkali kali ditampar.Habis ulas bibirnya pecah.Keadaan menjadi tidak terkawal.Eun Ha sudah nyawa nyawa ikan dikerjakan oleh Lisa.

Beberapa orang pengawal keselamatan dipanggil.Lisa diberkas oleh mereka.

"Lepaskan akulah sial!" Dia meronta ronta cuba melepaskan diri.Dua orang pengawal sedang memegang tangan kiri dan kananya menyebabkan dia tidak boleh bergerak.

"You ni memang binatang,Lisa!"suara Jung Kook.Dia memangku tubuh Eun Ha yang sudah lemah.Di dalam pelukan Jung Kook,Eun Ha merintih kesakitan.Sakit telinga Lisa mendengar lakonan minah sial tu.

"I cintakan you Jung Kook.You tahu tak yang I sayang you separuh mati.You tak sedar ke yang betina sundal ni dah rampas you dari I."balas Lisa,cuba meraih simpati daripada Jung Kook.

"Pleaselah Lisa.I dah muak dengan perangai you.Mulai sekarang,kita putus.There nothing between us."Hancur berkecai hati Lisa mendengar kata putus yang dibuat oleh Jung Kook.Dia tidak kisah jika popularitinya hilang....tapi dia tak nak hilang Jung Kook.Dia sayang Jung Kook.Sayang sangat sangat.

"Sanggup you buat I macam ni.You lelaki tak guna.Dulu,time muka I cantik....bukan main lagi you gilakan I.Tapi bila I dah jadi hodoh,you buat I macam sampah.You buang I macam tu je." Tidak henti henti Lisa merayu pada Jung Kook.Kalau disuruh cium kaki Jung Kook...dia sanggup.Asalkan Jung Kook jangan tinggalkannya.Nampaknya Jung Kook telah berubah hati.Dan hati lelaki itu sekarang telah dipaut oleh Eun Ha.

"Aku cintakan Eun Ha.Not you.I love her!Kau lupakan jelah aku.Anggap aku tak pernah wujud!"

"Kalau aku tak dapat kau,beerti orang lain pun takan sesekalipun memiliki kau Jung Kook.Ingat,aku sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan kau balik,termasuklah bunuh orang yang kau cinta!" Lisa memberi ugutan.Jung Kook langsung tidak terkesan.Selamba saja dia melangkah keluar dari bilik studio tanpa sesekalipun menoleh pada Lisa.

"Halau dia keluar dari sini!"

Kim Jung In,manager Lisa menyuruh pengawal pengawal itu mengheret Lisa keluar.Kehadiran Lisa menganggu ketenteraman pekerja pekerja di sini.Memandangkan Lisa merupakan anak buahnya....kemungkinan besar dia akan disaman nanti oleh Eun Ha atas pada yang Lisa lakukan tadi.Habislah!

"Ni payment kau untuk bulan ni.Bermula dari sekarang....kontrak kau dengan aku dah tamat ok.Aku dah tak perlukan kau sebagai model!" Dilemparkan sejumlah wang pada wajah Lisa.Begitu teruk sekali Lisa dihina.

"What's this!Our contrat belum tamat lagi."

"Comeonlah Lisa.Balik rumah nanti.Tilik cermin elok elok.Kau tu dah hodoh.Gila ke apa kalau aku still nak ambil kau sebagai model.For your information...kat luar sana tu,berlambak lagi model model yang lebih cantik daripada kau untuk aku ambil."Pedas sekali sindiran Managernya itu.Maruahnya dipijak pijak sesuka hati oleh orang lain.Seperti yang diarahkan tadi,Lisa diheret keluar dari situ.

* * * *

Atas bawah Ahjumma Seo memandang gadis berbaju putih itu.Pelik cara pemakaiannya.

" Anak ni siapa?"soalnya.

"Saya Seri.Kawan Lisa.Lisa ada tak?Saya datang nak jumpa dia!"balas gadis itu.

"Mian....Lisa baru saja keluar!"

Seri memandang sekejap ke tanah.Air mukanya bertukar hampa.Seketika kemudian,matanya kembali terarah pada Ahjumma Seo.Sebuah kotak hadiah dihulurkan pada wanita tua itu.

"Tolong bagi hadiah ni pada Lisa!" pesannya.Ahjumma Seo mengambil hadiah tersebut.Belum sempat dia berkata apa apa.....Seri tiba tiba sahaja hilang dari pandangan.Tercari cari Ahjumma Seo akan kelibat Seri.Namun tiada.Entah mengapa,seluruh tubuhnya berasa seram sejuk.Bulu romanya berdiri.Seriau dibuatnya apabila kedengaran nyaring lolorangan anjing yang datang dari rumah jiran sebelah.
Memandangkan waktu sudah senja,cepat cepat Ahjumma Seo masuk ke dalam rumah.

Vote and comment.Hope enjoy!








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro