CHAPTER 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Masuk sekarang!Daddy kata masuk,masuklah.Kenapa Lisa ni degil sangat hah!" Kesabaran Mr.Leo mula tercabar dengan sikap keras kepala Lisa.Hari ni,dia betul betul kecewa dengan anak gadis itu.JYP Entertainment telah menfailkan saman pada Lisa disebabkan perbuatannya tadi.Setakat perlu bayar duit saman itu Mr.Leo tidak kesah,tetapi paling yang buat dia sakit hati apabila Lisa dimalukan ramai.Bererti,maruah keluarganya sudah tercemar.Mana dia nak letak muka nanti.

"Lisa dah tak apa apa sekarang.Jung Kook dah tinggalkan Lisa sebab muka hodoh Lisa ni!" Tidak henti henti Lisa menangis sambil merintih memanggil nama Jung Kook.Sememangnya,obsesi Lisa pada Jung Kook sangat kuat.

Semakin stess Mr.Leo jadinya.Satu persatu masalah yang ditumbulkan oleh Lisa.

"Daddy tak tahu macam mana Lisa cintakan Jung Kook.Lisa nak Jung Kook balik.Lisa tak boleh hidup tanpa dia.Lebih baik Lisa mati." Lisa pula melawan.Panas baran Mr.Leo mula menguasai diri.Dia bertindak agresif.Dileraikan tali pinggangnya pada seluar.Dia melibas tali pinggang tersebut pada tubuh Lisa berkali kali.Lisa meraung kesakitan.Habis tubuhnya berbirat merah.Libasan yang kuat menyebabkan kulitnya terkoyak menampakkan isi putih.Sangat pedih.

Ahjumma Seo yang mendengar raungan Lisa di ruang tamu bergegas gegas pergi mendapatkan gadis itu.Dia terkejut apabila melihat Lisa sudah terbaring lemah di atas lantai.Tajam pandangannya menikam wajah serabut Mr.Leo.

"Apa yang Tuan buat ni?Tuan dah gila ke?Tuan dah cederakan anak Tuan sendiri." marah Ahjumma Seo.

Mr.Leo seperti orang hilang kewarasan.Tali pinggang tadi dilempar jauh jauh dan dia mendekati Lisa.

"Leo tak boleh kawal perasaan Leo.Ahjumma tahu kan yang Leo hilang kawalan bila marah!" Dipeluk tubuh Lisa erat dengan tangisan penuh penyesalan.

"Dah.Tinggalkan Lisa di sini.Pergi makan ubat.Ahjumma perasan yang dah lama kamu tak ambil ubat penenang." Faham benar Ahjumma Seo dengan masalah mental yang dihadapi oleh majikannya itu.Menurut doktor pakar psikologi yang merawat Mr.Leo,dia tidak boleh mengelami tekanan yang melampau.Inilah akibatnya.Dia tak nak kejadian hitam 3 tahun lepas berulang kembali di mana Mr.Leo membunuh isterinya sendiri disebabkan satu pertengkaran.

Mr.Leo bangun dan bergerak pergi ke dapur.Lisa pula dipapah oleh Ahjumma Seo masuk ke dalam biliknya.

Mata itu masih memerhati setiap gerak geri penghuni penghuni rumah tersebut.Fokusnya pada Lisa.Bila dendam Lisa membara....semakin kuat tenaganya.Bila terlampau inginkan kecantikkan, Seri akan menjelma....datang menunaikan segala permintaan insan yang menyeru namanya.

*    *    *    *

Setelah selesai menyapu ubat dan membalut luka pada tubuh Lisa,Ahjumma Seo membawa semangkuk bubur nasi dan susu panas untuknya.

"Jom makan.Ahjumma suapkan Lisa ok!"Ahjumma Seo cuba memujuk.Lisa menggelengkan kepala tanda tidak mahu.Buat masa sekarang,dia takde selera untuk makan.

"Janganlah macam ni.Nanti Lisa sakit." Dia cuba memujuk lagi.

"Biar Lisa sakit sampai mati terus.Orang yang Lisa sayang dah pergi dari hidup Lisa dan benci Lisa.So,buat apa Lisa hidup lagi."balas Lisa.Ahjumma mengusap lembut umbu umbu kepalanya.Walaupun keadaan Lisa sebegitu,dia tidak pernah berasa jijik untuk dekati Lisa.Dia berasa kasihan atas apa yang terpaksa Lisa lalui sekarang.

"Siapa kata dah takde orang sayang Lisa.Untuk pengetahuan Lisa,Ahjumma akan selalu ada di sisi Lisa.Ahjumma sayang kamu." Sayangnya Ahjumma Seo pada Lisa seperti anak sendiri.Mana tidak....dari kecil lagi Lisa membesar di bawah jagaannya.

"Tipu.Dulu pun Jung Kook pernah janji takan tinggalkan Lisa....tapi dia tipu.Lisa akan pastikan Jung Kook merana buat Lisa macam ni.Lisa akan balas dendam." Bila disebut perkataan dendam itu,seperti muncul satu semangat baru dalam diri Lisa yang mendorongnya untuk kembali bangkit.

"Oklah.Ahjumma tak nak paksa kamu.Kalau Lisa lapar,Lisa makan ye.Ohh,Ahjumma lupa yang tadi kawan Lisa datang!"Keras kepala Lisa memang payah dilembutkan.Mengalah jelah lagi bagus.Dia tak nak memaksa.

"Kawan?"Lisa pelik.Siapa 'kawan' yang dimaksudkan oleh Ahjumma Seo itu.Takanlah Jenny,Ji Soo dan Rose.

"Nae!Tapi Ahjumma belum pernah jumpa dia.Kawan baru kamu ke.Katanya dia nak jumpa kamu!"

"Ahjumma tahu tak apa nama dia?"

"Seri.Sebelum dia pergi,dia ada tinggalkan pesanan suruh Ahjumma bagi hadiah ni pada kamu!"Ahjumma Seo memberikan kotak hadiah itu pada Lisa.Kotak hadiah bertukar tangan.Lama Lisa mengamati kotak bersegi empat tepat bersaiz agak besar itu.Seri?Dia pernah dengar nama tu.

" Ahjumma keluar dulu ye.Ada kerja yang perlu disiapkan di dapur."Ahjumma Seo meminta diri untuk keluar.Lisa mengiyakan.Wajah Seri,wanita yang dia jumpa dua hari lepas kembali terimbas di mindanya.

Dan dia juga masih ingat lagi akan kata kata Seri........

*    *    *    *

Pembalut berwarna merah yang menutupi bahagian luar hadiah itu dikoyak.Kotaknya pula dibuka.Terdapat sebuah cermin antik di dalamnya.Lisa mengambil cermin itu.Dia begitu terpegun dengan ukiran ukiran halus bunga bunga kecil di sekeliling bingkai cermin bulat itu.Kalau dulu....benda alah seperti cermin ini selalu dibawa ke mana mana sahaja dia pergi.Tabiatnya suka sangat melihat wajah sendiri pada cermin.Tapi sekarang,nak tengok cermin pun dia takut.Takut dengan muka sendiri.

"Seri,datanglah.Ku seru namamu!"

Lisa seperti dipukau.Melihat cermin itu,mengingatkannya pada Seri.Tentu ada sebab kenapa Seri memberikan cermin itu padanya.Sebaik sahaja nama Seri diseru,cermin itu bergerak dengan sendiri.Lisa mula gabra.Dilempar cermin itu jauh jauh.

Lampu terpadam tanpa sebab.Suasana menjadi gelap gelita.Lisa cuba mengawal perasaan takutnya.Cermin tersebut terangkat naik ke udara dan menuju ke arah Lisa.Asap asap hitam berkepul kepul keluar darinya dan membentuk satu figura tubuh manusia.

Dengan sekelip mata,muncullah Seri betul betul di hadapannya.

"Aku sedia membantu kau.Aku tahu kau perlukan aku." Seri melutut di kaki Lisa seperti seorang hamba sedang menghadap raja.Lisa masih bingun.

"Adakah kau Seri?" soalnya.

Seri mengangguk.Lisa tersenyum.Terus hilang rasa takutnya.

"Tolong aku Seri.Pulihkan balik wajah aku seperti dulu.Aku nak cantik.Aku tak nak jadi hodoh macam ni." Lisa meluahkan segala hasratnya.Tidak tertanggung lagi segala derita apabila dia sering saja dihina disebabkan wajahnya yang hodoh!

"Senang je.Apa saja yang kau minta,akan aku tunaikannya.Tapi ingat setiap permintaan yang kau minta,perlulah dibayar terlebih dahulu."Sememangnya setan bernama Seri itu penuh dengan  muslihat jahat.Manusia lemah dan bodoh seperti Lisalah yang sering dipergunakan.

Pasal bayaran bukan menjadi masalah bagi Lisa.Berkepuk duitnya di dalam bank.Mintak saja berapa,dia sanggup bayar.

"Cakaplah berapa yang kau nak.Aku akan bayar."

"Aku tak nak duit.Aku cuma mahukan darah manusia.Dan ini bererti....kau perlu bunuh manusia.Kau sanggup?" Soalan yang agak susah bagi Lisa untuk memberi jawapannya.Agak lama dia membuat keputusan.

"Jadi,apa keputusannya.Ingat Lisa,nak cantik bukannya mudah.Sekurang kurang kita perlu berkorban atau orang lain yang berkorban untuk kita. Kecantikan itu kesakitan."Sangat pandai Seri bermain dengan kata katanya

" Ok.Aku terima.Asalkan aku jadi cantik balik!"balas Lisa.Seri meraih tangannya.Jari hantu Lisa dimasukkan ke dalam mulutnya dan digigit sehingga luka.Darah yang keluar itu dilumurkan pada permukaan cermin tersebut sebagai tanda termeterai perjanjian di antara mereka.

Vote and comment.Harap korang faham apa yang author type ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro