BAB 42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Petang yang cukup tenang itu aku isi dengan teman Zaheen ke taman. Yurp, rutin satu kali seminggu yang aku suka buat bila bersama-sama Zaheen. Memandangkan Zaharil jenis yang protective, jadi dia tak izin kan Zaheen keluar rumah selalu. Hmm..

Bibirku mengukir senyum nipis tatkala melihat kelibat Zaheen yang sedang asyik bermain dengan papan gelongsor. Termasuk kali ini, sudah lebih 10 kali, kanak-kanak berusia 7 tahun itu bermain gelongsor. Baru main gelongsor aje, belum main buaian lagi, jongkang-jongket lagi.. Ahaha!!

"Kak Aqisha..!!" seru Zaheen yang sudah berlari-lari anak mendapatkan aku yang sedang duduk di bangku berdekatan kawasan gelongsor itu.

Aku sekadar mengangguk kepala. "Kenapa Yeen?"

"Kak Aqishah, jom teman Yeen main buaian itu. Ada kosong." balasnya sambil menuding ke arah buaian yang terlihat sepi.

Tadi ramai aje yang main buaian itu sampai Zaheen terpaksa mengalah dan ambil keputusan untuk bermain gelongsor. Aku hanya menuruti. Biarlah, petang ni Zaheen berseronok sakan. Yurp, budak seusia Zaheen sepatutnya diberikan kebebasan untuk bermain. Selagi masih di usia kanak-kanak ni, lebih baik beri dia masa untuk menikmati semuanya.

Ketika aku mahu berjalan menuju ke arah buaian, tak semena-mena tubuh ku dilanggar seseorang dari arah hadapan. Sakitnya bukan kepalang bila aku mendapat hentaman besi dari bahu seorang lelaki.

Lelaki itu terus mematikan langkah nya lalu terus menoleh ke arahku. Anak mata kami berlaga dan cepat-cepat aku alihkan pandangan aku daripadanya. Urghh, kenapa perlu sekali lagi?

"Wou, nampaknya kita memang ditakdirkan untuk berjodoh lah sayang." suara garau itu menyapa gegendang telinga aku.

Jijik! Yurp, itu apa yang aku rasakan. Tangan Zaheen aku genggam erat seperti mengharapkan agar Zaheen dapat menjadi semangat aku untuk sementara waktu.

"Diamlah, Haris. I told you. Jangan ulang benda yang aku tak nak dengar." balasku dalam nada geram.

Haris sekadar tersengih sumbing. "I nak you terbiasa dengan panggilan itu. Nanti lepas kita kahwin, tak ada lah rasa macam awkward sangat kan, sayang?!" sakat lelaki itu dengan nada jengkel.

Aku ketap bibir bila Haris katakan begitu. Huh, kalau boleh.. aku nak aje tutup mulut dia itu dengan stapler. Biar sakit, biar pedih.. supaya dia tak payah panggil aku dengan panggilan menjijikkan itu.

"Kak Aqishah, siapa ni?" soal Zaheen yang sedari tadi asyik memerhati perbualan kami berdua.

Pandangan aku dan Haris sama-sama teralih kepada Zaheen yang sudah berselindung di belakang ku. Aku sudah risau manakala Haris pula menyungging senyum sinis.

"Bila masa pula you ada adik ni?" soal Haris masih tak beralih menatap Zaheen.

Aku berkerut dahi geram. "Ini bukan urusan you. So, please go away." gertakku marah.

Namun, marah aku tu tak berjaya menjentik rasa gentar dalam hati Haris. Malah, dia semakin merapati aku. "Ke, budak ini sebab you keluar dari rumah parents you, Aqish? You.." belum sempat Haris mahu menyambung ayatnya.

Aku terus menolak dada Haris kasar agar dia tidak terlalu rapat dariku. Tanpa banyak bicara, aku mendukung tubuh Zaheen lalu aku bawa dia pergi dari situ. Aku tak mahu Zaheen saksikan muka lelaki paling tak guna itu.

Haris tersengih sinis. Dadanya yang tadi dipegang Aqishah dipegang lalu dihidunya. Wangi seperti selalu. Senyuman sinis Haris makin menyeringai.

Rupa paras Zaheen masih terbayang dalam fikirannya. Tak semena-mena, senyumannya pudar.

Siapa budak itu?
...
Selesai membaringkan tubuh Zaheen di atas katil, Zaharil terus menarik selimut menutupi tubuh badan Zaheen sampai ke dada. Satu kucupan hangat dia berikan pada Zaheen di dahi.

Guruh yang saling berbunyi diselangi bunyi hujan yang menyimbah bumi sedikit sebanyak menyejukkan suasana bilik yang sudah sedia sejuk. Zaharil terus capai remote penghawa dingin lalu dinaikkan suhu supaya menjadi lebih selesa buat anaknya untuk tidur.

Selesai itu, Zaharil keluar dari bilik tidur Zaheen dan menutup pintu. Langkahnya di atur menuju ke bilik tidurnya namun tak semena-mena langkahnya mati. Kepala Zaheen terus menoleh ke tingkat bawah.

Hujan? That's mean perempuan itu masih ada kat bawah. Zaharil sudah ketap bibir. Langkah yang tadi mahu diatur ke bilik tidur terus dibawa menuruni tangga. Satu persatu langkah disusunnya.

Dengkuran halus yang menyapa halwa telinganya buatkan Zaharil yakin yang Aqishah masih tidak pulang lagi. Seperti apa yang Zaharil sangka, gadis itu sudahpun terbaring di atas sofa dalam posisi mengiring. Makin jelas dengkuran halusnya menyapa halwa telinga Zaharil.

Tanpa sedar, senyuman Zaharil terukir pendek. Perlahan-lahan tubuh Aqishah didekatinya lalu wajah gadis itu makin jelas pada pandangannya. Phuh, nikmat betul si Aqishah ni tidur! Maklumlah, hujan kat luar itu.. siapa aje yang tak terbongkang kalau macam itu.

"Macam mana Aqishah tu boleh jadi pengasuh Yeen?" soal Engku Dahlia sambil matanya curi-curi pandang ke arah Aqishah yang sedang sibuk memasak di dapur.

Zaharil yang ketika itu sedang leka bermain telefon turut sama mengalih kan pandangannya ke arah Aqishah namun hanya sejenak. Wajahnya nampak tak berminat pada topik yang mamanya itu bukakan.

"Dia yang minta sendiri kat Mak Uda. And then, Yeen pun sukakan dia. So, Megat pun ambillah dia." ujar Zaharil dalam nada malas.

Engku Dahlia menganggukkan kepala. Bila belek dua tiga kali, dia lihat Aqishah ni memang sangat cantik orangnya, nampak seperti dari orang yang berpendidikan tapi ambil kerja sebagai pengasuh?

"Dia kerja apa sebelum ni?" soalan lain pula dia hamburkan.

"Megat pun tak tahu, ma. Apa yang Megat tahu dia buat kerja dia." ujar Zaharil sambil keluhan ringan dia lepas kan.

Engku Dahlia tak puas hati dengan jawapan Zaharil. Terus lengan sasa anaknya itu dipukul, Zaharil sudah mengaduh sakit. "Apa ni, ma? Sakitlah.." rengeknya. Manja depan mama tak apa.

"Kamu ni. Semua benda tak tahu lepas itu terus hired orang jadi babysitter. Kalau dia menyamar macam mana? Keluarga kamu yng dapat susah." tebik Engku Dahlia sudah berfikiran kolot.

Tak semena-mena Zaharil tersengih sumbing. Wajah Aqishah ditatapnya lalu tanpa dia sedar senyumannya menyinggah. Engku Dahlia yang turut sama lihat senyuman itu sudah fikir lain.

"Hmm.. Megat pun fikir macam itu juga dulu tapi, biarlah. Selama dia bekerja ni pun, tak ada pula kes barang hilang ke apa. Yeen pun suka bila perempuan itu yang jaga dia." beritahu Zaharil sambil matanya membelek telefon pintarnya semula. Candy Crush sedang menanti.

"Yeen dah suka, kamu itu bila lagi?"

Bila teringat balik perbualan dia dengan Engku Dahlia itu, Zaharil mulai diterpa rasa serba-serbi. Yurp, soalan cipumas mamanya itu berjaya buatkan dia asyik terfikirkan.

"Yeen, jangan main kat situ..." suara halus Aqishah menyapa halwa telinganya. Gadis itu mengigau.

Zaharil angkat kening pandang gadis yang masih diulit mimpi. Hmm.. dalam mimpi pun masih terfikirkan Zaheen? Zaharil tersengih perli.

Selimut yang dilipat kemas di atas rak, dicapainya lalu Zaharil bentang kan di atas tubuh Aqishah. Yurp, sejuk. Zaharil pun dapat rasakan.

Zaharil pandang wajah Aqishah dengan senyuman pendek. "Thanks sebab care pasal Zaheen." ucap Zaharil dan terus berlalu meninggal kan Aqishah sendirian di ruan tamu.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro