BAB 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tuk! Tuk! Tuk!!

Zaharil menjeling ke arah pintu pejabatnya sebelum pandangannya dijatuhkan pada dokumen dalam tangannya. Sekali lagi, ketukan pada pintu biliknya bergema membuatkan tumpuan Zaharil jadi tak fokus.

"Masuklah. Pintu tak kunci pun.." laung Zaharil dalam nada tegas. Matanya masih ralit membelek dokumen mengenai syarikat yang dipegangnya.

Tanpa salam, Hana terus meredah masuk ke dalam pejabat Zaharil. Wajahnya tampak serius. Langkah nya diatur laju mendapatkan Zaharil yang masih membelek dokumen kerjanya itu.

"Zaharil, I think we should discuss something."nadanya sudah serius. Mata Hana tajam menikam wajah Zaharil.

Tak semena-mena dahi Zaharil berkerut. Akhirnya, matanya didalih kan pada wajah bersih milik Hana. Yurp, kalau Hana serius.. benda itu memang penting.

"Apa dia?" soal Zaharil.

Dokumen yang berada dalam tangan nya ditutup. Wajah seriusnya memandang Hana. Yurp, dia rasa ingin tahu dengan perkara yang Hana mahu bincangkan itu. It's that really important.

Hana terus melabuhkan punggung nya di atas kerusi pejabat yang disediakan berhadapan Zaharil. Fail yang dipegangnya sedari tadi diletak kan di atas meja.

"Tiga hari lepas, I datang nak jumpa Yeen then, your pak guard said that Aqishah or whatever her name.. em.. that girl bring Yeen to the taman. And, you izinkan?" soal Hana dalam nada tak percaya.

Kali ini kerutan dahi Zaharil makin mendalam. "Yurp. I izinkan dia cuma dengan syarat tak payah jauh dari kawasan perumahan I. Why? That she bring Yeen to far from our home?" soal Zaharil sudah bernada risau.

Terus Hana menggelengkan kepala.
Tebakan Zaharil tak kena langsung. Yurp.

Zaharil sudah angkat kening. "So.. then, why?"

Hana ketap bibir. "Bila I sampai kat taman, I nampak perempuan itu dengan Yeen. And, tak lama lepas itu.. I nampak Yeen bersembang dengan seorang lelaki. I don't know his name but I think have met him before. And, I hear that man call Aqishah with the silly name.. sayang." jelas Hana dalam nada mengadu. Segala apa yang buruk, dibongkarkan.

Walaupun sebenarnya dengan mata kepalanya sendiri.. dia lihat Aqishah tolak kasar tubuh lelaki itu dan pergi dengan rasa marah. Yurp, benda itu perlu disimpan agar Zaharil salah faham. Tak boleh.. perempuan lain tak boleh rapat dalam hidup Zaharil!

Jelas riak tergamam pada wajah Zaharil. Namun, tak semena dia alih kan pandangannya ke tempat lain. Pandangannya ditundukkan. Kecewa, pelik?.. yurp, pelik!

"So, bukan penting pun lelaki itu. Hmm.. he doesn't touch my life anymore." balas Zaharil namun terdengar nadanya sedikit kendur. Pelik? Kenapa dia jadi terfikirkan perkara itu pula?

Hana sudah ketap bibir. Haih, susah kalau berurusan dengan Zaharil ni. Semua benda tak kisah tapi masalah nya sekarang.. Hana ambil kisah! Zaharil perlu jadi miliknya dan cara terbaik adalah singkirkan semua perempuan dari hidup Zaharil. Termasuklah si pengasuh... itu.

"And, there's another one that you don't know about your son's babysitter. Kan, Zaharil?" kali ini kata-kata Hana berjaya buatkan Zaharil termangu.

Lelaki itu sudah berkerut dahi. Wajah Hana dia pandang dengan penuh persoalan. "What do you mean?"

Hana menarik senyum nipis. Fail itu dibuka lalu dokumen mengenai Aqishah diberikannya pada Zaharil. Zaharil yang masih blurr terus mencapai dokumen tersebut, dengan teliti.. dokumen peribadi Aqishah dibeleknya.

Tergamam Zaharil bila bacanya buat kali kedua. A-anak Encik Jaafar? Pandangannya dialihkan kepada Hana. Dokumen itu diangkat lalu diserahkan kepada Hana semula. Wajah ingin tahunya disembunyikan di balik topeng tanpa perasaannya.

"Macam mana you boleh dapat dokumen tentang perempuan itu?" soal Zaharil dalam nada mendatar. Bunyi macam tak kisah.

Hana agak stress bila lihat wajah Zaharil yang tanpa perasaan itu. Yurp, susah nak buat lelaki itu marah. Selalu muka dinginnya yang ditayangkan...

"You tak terkejut?" soal Hana. Soalan Zaharil tidak dibalasnya.

Zaharil tidak angguk, tidak geleng. Dokumen kerjanya dicapai semula lalu dibelek. Satu hembusan halus dilepaskan.

"That's her life not me. Since, she want the job and she did it well.. so, it's not a big problem for me, anymore." spontan jawapan Zaharil mengundang rasa tak puas hati bagi pihak Hana.

Hana kacip gigi menahan geram. Yurp, bukan ini yang dia mahukan. Dia nak lihat Zaharil marah. Dia nak lihat Zaharil halau perempuan itu tapi Zaharil still tunjuk perangai tak kisah nya.

"Erm, I think I should go." ujar Hana tidak betah berlama menghadap Zaharil. Dia perlukan masa untuk tenangkan diri.

Apabila kelibat Hana meninggalkan pejabatnya, Zaharil lepaskan keluhan lemah. Dokumen peribadi milik Aqishah itu masih tak lepas dari fikirannya. Dia ingat setiap peribadi yang ada dalam dokumen itu.

'NAMA: Lauren Aqishah binti Jaafar Ibrahim.
UMUR: 24 Tahun. (Anak bongsu)
ADIK BERADIK: Seorang Kakak yang kini berada di luar negara.
PENDIDIKAN: Pelajar lepasan ijazah dalam Seni Lukis Kepujian di Universiti Manchester, Manchester, UK.
PEKERJAAN TERKINI: Penganggur namun dia bakal diwariskan syarikat bapanya ketika berumur 25 Tahun.'

Kenapa perempuan itu nak sembunyikan identitinya? Dan.. yang paling tak relevan. Kenapa perlu seorang pengasuh?!
...
Zaheen yang sudah tidur di atas sofa aku perhatikan. Selepas itu, jam dinding aku belek. Hanya tinggal 30 minit sahaja lagi, Zaharil akan balik dan aku dapat pulang ke rumah untuk tidur..

Kerana kebosanan, aku capai remote control. Satu persatu rancangan televisyen  yang bersiar aku tukar. Karton.. tukar, drama.. tukar, berita.. tukar.. Erghhh!! Boring nya!!! Aku sudah menarik nafas dalam. Akhir nya, televisyen aku matikan.

Aku terus mengeluh kebosanan. Mataku meliar ke sekeliling sehingga akhirnya, pandanganku terhenti ke arah beberapa kertas A4 putih dan pensil box milik Zaheen di atas meja kopi. Tergamam aku seketika.

Yurp, rasanya dah lama tangan aku ni tak melukis. Aku terlalu sibuk jadi seorang pengasuh sampai terlupa siapa aku sebenarnya. Nampaknya si _Ren sudah lama berehat dari mencurah kreativiti nya.

Perlahan-lahan aku capai 2 helai kerts A4 dan juga tiga batang pen; pen merah, biru dan hitam. Yurp, bagi menghilangkan kebosanan.. aku mulakan sesi melukis ku.

Apa yang terlintas dalam fikiran ku, aku muntahkan dalam lukisan ku. Matanya, hidungnya, wajahnya malah senyum dinginnya dan tak lupa juga alis matanya yang paling aku minati..bibirku mengukir senyuman. Selesai sahaja lukisan itu, aku terus tolaknya ke tepi.

Lukisan yang kedua pula sudah mulai aku potretkan. Alis matany yang pendek, matanya yang bundar, dan juga senyumannya yang tak ubah seperti senyuman milik gadis bernama Diandra. Memiliki lesung pipit di kedua-dua belah wajahnya. Aku ukir senyum nipis. Setelah hampir 15 minit, akhirnya aku siap.

Lukisan wajah Zaharil dan juga Zaheen aku letakkan secara bersebelahan. Nampaknya, bakat aku masih belum luntur. Aku puas hati. Bila belek banyak kali, baru aku nampak kesamaan anak beranak itu. Senyuman dan juga pandangan nya.. nampak sama.

"Assalamualaikum!" ucapan dari suara garau itu berjaya buatkan aku kelam kabut.

Terus aku sembunyikan potret itu di bawah timbunan kertas A4 kosong. Segera aku berdiri memandang ke arah Zaharil yang sudah merapati aku. Matanya menjeling ke arah Zaheen sejenak sebelum dialihkan pada aku pula.

"Kau boleh balik, sekarang." dingin suaranya memberi arahan.

Aku sekadar anggukkan kepala. Beg silang ku aku capai lalu perlahan-lahan langkahku aku aturkan menuju ke pintu yang masih terbuka.

"Aqishah.." seru lelaki itu menyebut nama aku.

Tergamam aku bila dengar mulut itu menyebut nama aku. Ya, sangat pelik bagi aku. Selama ini, dia tak pernah sebut nama aku tapi hari ni.. hmm?

Aku matikan langkahku lalu aku menoleh ke belakang. Terlihat kelibat Zaharil sudah berdiri memandang ku. Wajahnya seperti serba-serbi namun tak semena-mena pandangan yang tadi menatap aku terus dialihkan memandang Zaheen di sisinya.

"Erm, baliklah." ujarnya lalu terus berdiri membelakangi aku.

Aku sudah kerut dahi. Pelik. Yurp, lelaki itu seperti mahu tanyakan soalan padaku tapi nampak macam tak dapat diluahkan. Ke.. perasaan aku aje sebenarnya?

Tak semena-mena aku melangkah pergi.

Bila terdengar pintu rumah ditutup, Zaharil terus menoleh ke belakang. Dilihatnya kelibat Aqishah sudah tiada di situ. Akhirnya, satu keluhan berat dia lepaskan. Tadi, dia ingat nak tanya soalan fasal keluarga  Aqishah tapi tak terluah.

Nanti perempuan itu cakap aku ni sibuk hal kain dia? Pfft.. rosak imej dingin aku kalau kena perli macam itu. Jadi, Zaharil sekadar pendam.

Zaheen yang masih tidur ditatapnya. Hmm, macam hari-hari lain.. Zaheen masih sihat dan okay. Nampaknya Aqishah jalankan tugasnya dengan baik jadi.. patut ke Zaharil lupakan fasal Aqishah adalah anak Encik Jaafar itu?

Sedang leka Zaharil termenung, tak semena-mena pandangannya teralih ke arah kertas A4 yang terjatuh ke lantai. Perlahan-lahan Zaharil merapati lukisan itu lalu diambilnya. Dia diam tatkala melihat potret wajahnya dengan Zaheen digambarkan pada kedua-dua kertas A4 tersebut.

Yurp, dia tahu itu adalah lukisan milik Aqishah. Budak lepasan seni lukis lah katakan.. Lukisan mesti nampak real! Zaharil turut puji dalam hati.

Sedang dia ralit membelek lukisan itu, matanya terpandangkan senyuman yang terukir di birai bibir potret milik Zaheen. Senyuman itu.. Zaheen ketap bibir. Senyuman itu terlihat sama dengan senyuman Diandra.

Kelu lidah Zaharil bila belek lukisan potret Zaheen buat kali kedua. Senyuman itu sama seperi potret gadis yang ditutup matanya dengan kain merah.

Sama seperti, lukisan milik _Ren.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro