BAB 67

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Simple. Aku nak kau putus dengan Megat dan lepas itu.. aku akan lepaskan Zaheen. Kau putus dan kau berambus dari hidup dia. Buat atau ada nyawa yang akan melayang."-Hana.

Perbualan antara aku dengan Hana itu masih terngiang-ngiang dalam kepalaku. Yurp, hanya dua pilihan yang dia berikan pada aku. Putus atau aku dan Zaharil akan kehilangan.. huh, Zaheen.

Entah kenapa, aku rasakan Hana memang sudah benar-benar gila. Yurp, kerana cinta dia sanggup bunuh Diandra. Kerana cinta juga, dia sanggup jadikan Zaheen sebagai mangsa. Nampaknya, cinta itu benar- benar membutakan sampai tidak sanggup membezakan hati manusia di antara baik dan buruk nya.

"Kenapa Aqish nak jumpa ni?" soal Zaharil dari arah belakang sekaligus mematikan lamunan sementara ku.

Terus aku pusingkan kepala ku memandang ke arah Zaharil. Wajah nya yang masih terselit riak sedih itu bertayang depan mataku. Ya Allah, kuat ke aku untuk kehilangan Zaharil nanti?

"Abang duduklah." pelawaku lembut.

Tidak membantah, Zaharil menuruti pelawaan ku itu. Tempat kosong di sebelahku didudukinya. Tak semena-mena, aku dan dia duduk menghadap tasik yang terbentang luas di depan mata. Sangat indah bila dinikmati ketika waktu petang mahu menjelma.

"Saya tak sangka yang saya akan dapat duduk menghadap tasik bersama orang yang paling bermakna dalam hidup saya." luah ku sedikit sebak. Haih, berhabuk pul mata ni.

Zaharil sudah berkerut dahi. Wajah aku dikerlingnya. Pelik bila dengar bicara sebak dari seorang gadis bernama Lauren Aqishah.

"Kenapa kau cakap macam itu?" soal Zaharil dalam nada pelik.

Aku turut sama mengalihkan pandanganku pada Zaharil. Mata kami bertembung dan untuk pertama kalinya, Zaharil tidak mengalihkan matanya daripada memandang anak mataku. Senyumanku terukir di birai bibir merah ku.

"Saya cuma nak abang tahu.. saya buat semua ni ada sebab. Saya tak nak abang salah faham. Cuma apa yang saya nak abang tahu.. saya sayangkan abang.. sangat-sangat sayangkan abang." luahku. Akhirnya, aku berjaya sebutkan perkataan itu. Yurp, perkataan sayang yang sudah lama terbuku di dalam hati aku.

Kali ini, reaksi tergamam Zaharil berikan. Dia masih keliru dengan apa yang aku lakukan ketika ini.

"Kenapa tiba-tiba ni? Semua ni ada kaitan dengan Hana ke? Huh.. Hana jumpa Aqish ke?" soal Zaharil bertubi-tubi.

Soalannya itu aku balas dengan senyuman pendek. Birai mata yang sudah panas akhirnya banjir dengan air mata. Huh!! Tak.. aku memang tak boleh nak lepaskan dia. Tapi, Zaheen? Kalau aku tak buat semua ni.. Zaheen akan kena penangannya. Huh.. Aku tak boleh pentingkan diri.

Cincin yang terselit di jari manisku terus aku tanggalkan lalu tanganku yang lagi satu menggenggam erat tangan Zaharil. Tak semena-mena, cincin itu aku letakkan ke dalam tangannya. Zaharil sudah semakin buntu. Cincin yang ada dalam tangannya dipandang dengan rasa keliru.

Wajah aku dipandangnya semula. "Semua ini ada kaitan dengan Hana ke, Aqishah? Ini ke apa yang dia suruh buat?" lirih Zaharil bertanya.

Aku ketap bibir. Soalannya aku tak sambut. Terasa panas birai mataku menakung air mata. Terus aku alihkan mataku dari menatap wajah Zaharil.

"Saya pergi dulu." seraya itu aku pergi meninggalkan Zaharil.  Air mata yang sedari bertakung akhirnya bah membasahi pipi. Yurp,aku tak kuat untuk tinggalkan Zaharil tapi demi selamatkan Zaheen aku sanggup.

Tak apa.. mungkin ini yang Tuhan telah tetapkan untuk aku. Mungkin tiada jodoh antara Lauren Aqishah dan juga Megat Naufal Zaharil. Yurp.. aku perlu terima ini. Perlu..

Sepasang mata Zaharil melirik menuruti sosok tubuh Aqishah sehingga akhirnya gadis itu hilang daripada pandangan. Yurp, dia yakin. Semuanya ada kaitan dengan Hana. Sebak juga dadanya bila Lauren Aqishah sanggup mengungkapkan kata putus itu.

Tak semena-mena, Zaharil bangun lalu menuruti langkah Aqishah yang tidak menjauh. Dia lihat kelibat gadis itu sedang memasuki kereta Honda Civic nya. Zaharil juga terus berlari laju mendapatkan keretanya yang terletak tidak jauh dari kereta Aqishah diletakkan.

Mungkin, ini adalah satu-satunya cara..untuk dia selamatkan Zaheen dan juga Aqishah..

...

Rumah agam lama yang terhidang depan mataku aku pandang. Suasananya yang sedikit menyeramkan sedikit sebanyak mampu buatkan bulu romaku menegak berdiri. Namun bila memikirkan nyawa Zaheen sedang terancam, aku buang rasa takutku dan cuba tanamkan rasa berani dalam jiwaku. Hmm, Zaheen perlu selamat walau dengan cara apa sekalipun.

Satu persatu langkah aku aturkan menuju ke rumah usang itu. Suasana yang sedikit gelap itu menyukarkan pandangan aku untuk berjalan menuju ke rumah itu. Ditambah semak-samun yang meninggi, sedikit sebanyak.. ia menimbulkan rasa risau dalam jiwaku.

"Demi Zaheen, Aqishah. Demi Zaheen."berkali-kali aku sebut ayat itu sebagai pendorong semangat untuk aku terus maju.

Tiba sahaja di hadapan rumah itu, aku terus pulas tombol pintunya yang sudah berkarat. Mujurlah, pintunya tak berkunci jadi aku buka lalu aku memasuki rumah itu perlahan-lahan. Suasana gelap menyelubungi ruang tamu rumah itu, ruang yang bercahaya hanyalah dapur dan ruang makan dalam rumah itu. Di situ aku lihat terdapat dua buah bilik. Salah satunya tertutup rapat.

Terus aku berlari anak menuju ke arah pintu yang tertutup itu. Tombol pintunya aku pulas dan tak semena-mena, pintu bilik itu aku ketuk perlahan sambil nama Zaheen aku seru berkali.

"Mama Aqishah!!" sayup-sayup aku dengar suara budak kecil menyahut panggilanku dari dalam. Pintu juga diketuk-ketuk oleh Zaheen.

Terus air mataku mengalir deras. Syukur, Zaheen tak apa-apa. "Kejap Yeen, mama Aqish cuba bukakan pintu ni." sorakku sudah menghentak-hentak tubuhku untuk memecahkan pintu kayu itu namun kudrat ku tak sekuat mana.

Berkali-kali aku cuba namun ianya hanya menyakitkan tubuhku sahaja. Cubaan kali terakhir aku buat namun ianya masih tak berjaya. Baru sahaja aku mahu menoleh ke tepi, tak semena-mena bahu kananku terasa dipukul oleh sesuatu yang sangat kuat. Serta-merta, tubuhku jatuh menyembah bumi.

Aku meraung kesakitan tatkala merasakan bahuku sudah mulai kebas. Kepalaku mendongak memandang atas dan aku lihat kelibat seseorang sudah tersengih menyeringai memandang aku. Dia suka bila lihat aku sakit. Yurp, sengihannya itu jelas membuktikan apa yang dia rasa ketika ini.

Kayu tebal yang dipegangnya tadi terus dilemparkan ke sisi dan dengan langkah perlahan, Hana mendekatiku dengan senyuman sinis menghiasi bibir. Dengan kudrat yang masih ada, aku mengundurkan tubuhku ke belakang. Semakin Hana mendekat, semakin itu jugalah aku mengesotkan tubuhku jauh darinya sehinggalah akhirnya belakang badankuku dihadang oleh dinding.

"Kau dah tak dapat lari ke mana-mana lagi, Aqishah!" suaranya lembut namun nadanya mengugut.

Perlahan-lahan aku bangkit. Tatapan mataku aku beranikan menatap wajah Hana. Yurp, pandangan penuh benci sehingga menghilangkan rasa takut dalam diriku.

"Aku dah buat apa yang kau nak! Sekarang, kau lepaskan Zaheen. Lepaskan dia sekarang!!!" gertakku sudah mencabarnya.

Namun, tawa Hana yang bergema seperti mengejek apa yang aku katakan tadi. "Memang aku akan lepaskan dia tapi.." kata-katanya tergantung sebelum tangannya mengeluarkan sebilah pisau lipat kecil.

Tergamam aku dibuatnya. Hana yang ada di hadapan aku ini memang sudah tidak waras. Pisau yang digenggamnya dilambai-lambaikan depan mataku. Tawa jahatnya juga turut bergema. Aku sudah telan liur.

"Apa kau nak buat ni, Hana?!!"

"Aku akan lepaskan Zaheen lepas aku bunuh kau!!!" jerkahnya dan terus pisau itu dilayangkan ke  dadaku.

Namun, aku terus menangkis. Hana cuba lagi untuk menusukkan bilah pisau itu ke dalam tubuhku. Aku dapat lihat wajahnya yang penuh tekad untuk membunuhku.

"Kau kena mati, Aqishah!! Kau mesti mati!!!" jerkahnya berkali.

Tanpa aku sempat mengelak, pisau itu terus menoreh tangan kananku sehingga membuat lenganku  mulai memuntahkan darah merah. Aku tergamam. Tawa Hana pula sudah mulai menjengah. Dia suka bila lihat aku begitu.

"Hana tolonglah! Jangan buat macam ni.."rayuku cuba mengelak daripada tusukannya. Namun, rayuan ku bagai menyapa cuping telinganya saja, langsung tak menyapa akal warasnya.

"Aku takkan biarkan kau hidup!"gertaknya masih meneruskan perbuatan kejamnya tadi.

Entah mana silapku, sedang leka aku mengelak.. tak semena-mena, aku tersungkur ke belakang dan kepalaku  menghentak sesuatu sehingga aku rasakan belakang kepalaku terasa basah. Kepalaku sudah mulai berpinar. Pandanganku juga terasa kabur. Dalam samar-samar aku lihat jasad Hana mendekati dan selepas itu.. aku langsung tidak sedarkan diri.

...

p/s>>

Hye and Assalamualaikum guys. First of all, sis nak minta maaf sebab tak update semalam. Sorry sangat-sangat. Sis punya phone buat hal semalam, sis kalau update lebih feeling pakai phone compare dengan laptop. Sis akan make sure citer ni akan habis dalam minggu ni tapi tak sure masa puasa ke sebelum puasa. Hope before hari ahad lah. Sorry anget-anget..

Sekarang ni, sis update pakai laptop aje. Nanti kalau phone dah okay, sis update pakai phone. So, for this chapter macam sad story pula kan. Haha.. hoping korang tak merajuk lah eirk? Ahaha..

Ada kawan sis dalam wattpads ni masuk bertanding dalam @WhiteArlyz and genre  yang dia pertandingkan itu romantic genre, tajuk :Usah Pergi. Nama dia Dellanasha

InsyaAllah malam ni, sis akan update chapter seterusnya. Stay tuned. ^^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro