BAB 68

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kakinya diatur keluar dari perut kereta BMW yang dipandunya. Dari jauh, Zaharil lihat Honda Civic milik Aqishah terparkir. Dua kilometer ke hadapan, dia lihat sebuah rumah agam yang sudah lama ditinggalkan. Perasaan Zaharil sudah mulai diserbu rasa resah dan gelisah. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, tak semena-mena ada seseorang yang menghalangnya.

Zaharil tergamam. Dilihatnya dua orang lelaki bertubuh lebih sasa daripadanya. Salah seorang daripada mereka mempunyai parut di wajah. Yang pasti, kedua-duanya memang muka penyangak.

"Nampaknya apa yang cik Hana katakan, betul belaka. Si Hero akan datang selamatkan heroin nya.." perli salah seorang daripada mereka dan yang seorang lagi ketawa mengejek.

"Mana anak aku?!! Mana Aqishah?!!" gertak Zaharil dalam marah.

"Diorang berdua bukannya urusan kami. Ahaha.. itu urusan cik Hana. Urusan kami adalah penceroboh kawasan ini. Awak, Encik Megat." ujar lelaki berkepala botak itu sudah mulai merapati Zaharil.

Zaharil sudah mulai mengundurkan dirinya ke belakang setapak demi setapak. Namun, tak semena-mena salah seorang daripada mereka terus menahan tubuh Zaharil daripada belakang sekaligus mengehadkan langkah yang dicari oleh Zaharil. Beberapa kali Zaharil meronta minta dilepaskan namun kedua-dua lelaki itu tidak mempedulikan rayuannya.

"Woi, tak guna!! Lepaskan akulah, si*l!!!" gertak Zaharil sudah cuba untuk mencari peluang membuat serangan balas.

Lelaki botak yang semakin maju ke hadapan itu hanya ketawa mengekek. Yurp, orang hebat seperti Megat Naufal Zaharil dengan mudah tumpas ke dalam tangan dua penyangak gred C?? Pfft... sekarang, apa hebatnya Megat Naufal Zaharil ni?

"Kau merayu dulu kalau nak aku lepaskan kau. Merayu.. melutut.." spontan permintaan itu dia hamburkan. Memandangkan sekarang dia berkuasa maka, sebarang permintaannya mungkin boleh ditunaikan oleh seorang 'Megat'?

Kali ini, Zaharil mengalihkan pandangannya menatap wajah penyangak di hadapannya itu. Sengihan penuh sinis dia berikan pada penyangak tersebut. Tak terlihat langsung riak gentar mahupun kecut bermain di wajahnya.

"Layak ke orang macam kau dapat rayuan? Pfft..kalau air ludah aku, aku boleh bagi."selamba Zaharil menghamburkan ayat cacinya itu. Bukan setakat itu, dia juga turut meludah ke arah kasut hitam yang dipakai oleh penyangak di hadapannya itu.

 Terkedu penyangak tersebut bila dihina begitu. "Si*l punya orang kaya!! Kau fikir kasut aku ni murah ke, si*l!!!!"gertaknya geram.

Wajah bengisnya berganti. Tak semena-mena, perut Zaharil menerima penangan tumbukan padunya. Terus, tubuh Zaharil jatuh menyembah bumi. Perut yang terasa senak ditekannya. Perit. Namun, Zaharil cuba kuatkan diri untuk bertahan.

Perlahan-lahan dia membangkitkan tubuhnya. Tumbukannya dihalakan ke penyangak yang berada di hadapannya itu. Sebuah tumbukannya tepat mengena ke arah pipi lelaki itu namun sayangnya, tubuh lelaki itu tidak tersungkur. Hanya wajahnya saja yang berkalih arah.

"Tak guna punya orang kaya!!!"herdik lelaki itu dalam nada bengang. Pipinya yang sudah memerah sakit dipegangnya dengan hati yang panas.

Yurp, memalukan bila dipukul oleh mangsa sendiri. Mana letaknya harga diri dia sebagai seorang penyangak kalau tidak membalas?

Berkali-kali tumbukan dia berikan kepada Zaharil namun Zaharil berjaya menepis sehinggalah akhirnya sepakan yang dia berikan tepat ke arah pinggang kanan Zaharil sehingga Zaharil tersungkur ke lantai tanah.

Perit yang dirasakan pada tubuhnya kini teramat pedih. Zaharil cuba untuk bangun namun dadanya disepak kasar oleh seorang lagi penyangak. Tak semena-mena mulutnya memuntah kan darah merah. Mata Zaharil sudah terasa kabur namun dia cuba pertahankan diri untuk tidak pengsan.

"Inilah hari terakhir kau, Encik Megat." kata-kata lelaki itu menyapa halwa telinganya.

Dalam samar-samar, dia lihat lelaki botak itu menarik kolar baju T-Shirt yang dipakainya. Penumbuk sudah dinaikkan setingginya. Mungkin penumbuk yang bakal menamatkan riwayat Megat Naufal Zaharil.

"Berhenti! Jangan bergerak,kami polis!"

Senyuman sinis Zaharil terukir apabila matanya cuba dicelikkan dan dia lihat kelibat pegawai polis yang sudah tiba. Terus dia kerling ke arah penyangak yang sudah mulai tunjuk wajah kecut bila pegawai polis sudah menghalakan pistol ke arah mereka berdua.

"Go to the jail, jerk!"perli Zaharil dalam nada mengejek.

Penyangak itu mengetap gigi menahan geram. Terus dia tolak kasar tubuh Zaharil lalu terus pecut melarikan dirinya daripada menjadi tangkapan polis. Beberapa orang pegawai polis mengejar mereka berdua yang belum lagi menjauh. Pfft.. kata tak kecut?

Salah seorang dari pegawai polis terus menghulurkan tangan mahu membantu Zaharil. Perlahan-lahan Zaharil bangkit. Sakit dan pedih yang membelah tubuhnya ketika ini cuba ditahannya. Sempat senyuman penuh kesakitan dia berikan pada polis itu.

"Arghhhhh!!!" raungan seseorang dari dalam rumah itu berjaya mengalihkan perhatian semua.

"Aqishah!!!!!"nama gadis itu disebutnya.

Tak semena-mena Zaharil berlari pantas menuju masuk ke dalam rumah itu. Rasa sakit dan perit yang mencucuk tubuhnya ditahan. Yurp, rasa sakit itu tak setanding dengan rasa kasihnya pada Aqishah. Gadis yang sudah mendidik hatinya untuk mencintai dan menerima orang lain selain Diandra. Beberapa orang pegawai polis menurutinya daripada belakang.

Masuk sahaja ke dalam rumah itu, Zaharil terus berlari menuju ke arah dapur apabila dia mendengarkan suara seseorang di situ. Tiba sahaja di dapur, dia lihat Hana sudah pun mahu berjalan merapati Aqishah yang sudah terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai.

"Hana!!" jerkah Zaharil lalu menolak tubuh Hana ke tepi menjauhi jasad Aqishah yang tidak sedarkan diri.

Tergamam Hana tatkala melihat Zaharil di situ. "Megat.. a-aku.." terketar-ketar dia mahu menyebut kan alasannya. Yurp, alasan yang mungkin takkan dapat membela nasibnya kali ini.

Zaharil terus mengalihkan pandangannya ke arah Aqishah. Sebak dadanya tatkala melihat kesan luka yang tercoret pada tubuh bersih gadis itu. Terus Zaharil berlari mendapatkan jasad Aqishah.

Hana yang baru sahaja mahu bangun tak semena-mena ditahan oleh dua orang pegawai polis yang ada. Melaung-laung Hana memanggil nama Zaharil namun Zaharil langsung tak pedulikan.

Untuk pertama kalinya, air mata Zaharil jatuh kerana seorang perempuan. Kepala Aqishah yang berlumuran darah dipangkunya. Sebak dadanya tatkala melihat wajah pucat Aqishah.

"Aqishah, tolonglah bangun.. aku sayang kau! Tolong jangan tinggal kan aku! Tolong, please..." rayu Zaharil sambil air matanya gugur membasahi pipi.

Zaheen yang berada dalam pimpinan pegawai polis terus melarikan diri mendapatkan papanya. Wajahnya yang comot terus berubah sedih tatkala melihat wajah pucat milik Aqishah.

"P-papa.. mama Aqishah..." sebut Zaheen yang sudah menghambur kan air mata.

Terus Zaheen duduk berlutut di sebelah kepala Aqishah. Berkali-kali bahu Aqishah digoyangnya namun tiada respons yang gadis itu berikan. Makin lebat air mata Zaheen gugur.

"Mama jangan tinggalkan Yeen, ma!! Mama Aqishah.. jangan pergi!!" raung Zaheen sudah menyandarkan kepalanya pada tubuh Aqishah.

Zaharil ketap bibir apabila melihat kesedihan Zaheen. Jelaslah tahap kasih yang Zaheen curahkan pada gadis bernama Lauren Aqishah ni. Dia pun.. sayangkan gadis itu.

"Tolonglah bangun, Aqishah. Janggan tinggalkan aku.. jrangan tinggalkan Yeen.." rayu Zaharil untuk kesekian kalinya.

Tak semena-mena bibir pucat milik Aqishah terkumat-kamit menyebut sesuatu.

"A-abang." sebut Aqishah perlahan. Perlahan-lahan matanya dibuka.

"Aqishah!!"
"Mama!"

Serentak Zaharil dan Zaheen memeluk tubuh Aqishah yang masih lemah. Air mata masing-masing sudah banjir. Tadi, banjir kerana tak mahu kehilangan tapi kali ini banjir kerana rasa bersyukur Tuhan berikan peluang kepada Lauren Aqishah untuk terus bernafas.

"Lain kali jangan berani buat benda yang aku tak suka!"jerkah Zaharil sudah mengesat air mata jantannya. Yurp, malu bila ada gadis nampak dia menangis.

Senyumanku terukir. Dengan lemah, aku memegang pipi Zaharil.

"Saya dengar apa yang abang cakap tadi. Semuanya." sempat pula aku bawa bergurau dalam situasi genting ni.

Zaharil sudah buat muka terkejut. Terus dia alihkan pandangannya ke tempat lain. Yurp, akhirnya.. Encik Megat kita ni kalah dalam tangan aku, Lauren Aqishah..
...
Surat khabar pagi ini masih lagi tak lari dengan tajuk sensasi berkaitan Hana. Yurp, walaupun kes itu sudah seminggu berlalu namun kes penculikan yang dilakukan oleh Hana mendapat perhatian oleh masyarakat setempat dan tak terkecuali juga negara jiran.

'Kerana Dengki, nyawa manusia menjadi galang gantinya'.

Aku sudah menarik nafas lega. Yurp, akhirnya semuanya sudah selesai. Akhirnya, Hana berada di tempat yang sepatutnya dia berada. Bukti pembunuhan Diandra selama ini aku kumpul nampaknya memberikan hasil yang sangat lumayan. One mark for Lauren Aqishah! Huhu!!

Aizad sanggup menjadi saksi bagi kes itu dibicarakan, rakaman suara yang aku rakam serta surat yang Diandra tulis juga turut mengukuh kan lagi bahawa Hana adalah pesalah yang sebenar. Pfft.. siapa kata kawan baik tak boleh tikam belakang, huh?

"Tangan kamu dah okey, Aqishah?" soal papa yang sudah melangkah masuk ke dalam rumah.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Sempat aku kerling ke arah jasad yang berada di sebelah papa. Hmm.. tak pernah tak tampan di mata aku, Encik Megat aku ni. Masih mengancam!

"Okey, pa. Masih boleh lagi ni nak peluk tangan bakal suami." amboi, kau Aqishah.. Gatal nau!! Ahahah..

Sempat mataku melirik ke arah Zaharil yang sudah toleh ke tempat lain. Pfft.. baru Encik Megat tahu siapa Lauren Aqishah. Di sebalik topeng sopan santunnya, tersirat muka nak mengayat bakal suami.

"Siapa nak jadikan Aqish bakal isteri ni, hmm?? Sembuh pun belum lagi." celah ibu yang datang dari dapur. Minuman dihidangnya depan kami bertiga setelah itu ibu duduk mengisi kekosongan di sebelahku.

"Ehem lah, ibu." balasku sudah melirik menggatal ke arah si empunya 'ehem'.

Zaharil tak semena-mena menarik sengih bila dengar ehem itu. Dia fahamlah itu siapa. Kalau tak faham, tak reti pula aku nak jelaskan siapa orangnya.

"Abang ke?" dia sudah perasan.

Ibu dan abah sudah tersengih sumbing bila lihat gelagat antara aku dengan Zaharil. Nak manja tapi tak reti. Itulah ibarat kami berdua.

"Abang rasa?" aku sudah main tarik tali.

Zaharil menyembunyikan senyum nya yang makin melebar. Dia meneruskan permainan tarik tali yang aku mulakan. Yurp, Encik Megat ni reti main tarik tali.

"Me?"
Aku sudah angkat bahu. Selama ni, dia yang berdegil taknak ngaku yang dia sayang aku kan? Biar sekarang, aku pula take turn buat benda yang sama. Heheh..

"Nope."
"Then, who?" soalnya sudah berkerut dahi.

Haha!! Kelakr bila tengok muka frust dia. Siapa suruh jual mahal? Kan.. cik Ren dah berubah hati?

"Encik Megat, papa Yeen. Saya tak minat abang. Saya minat Encik Megat." spontan kata-kataku mengundang tawa yang lain.

Zaharil yang tadi berwajah ketat juga turut sama geli hati. Segaris senyuman nampak gigi dia berikan. Suka. Akhirnya, senyuman dia terukir dan punca dia senyum adalah aku. Nampaknya, Misi Lauren Aqishah untuk memikat Encik hati dingin sudah berjaya.

Hmm.. tapi, misi memburu suami?
...
p/s>>

Hye and good nights all reader.. Nampaknya saya dah kotakan janji saya untuk update malam ni. Harap bab ni dapat buat tidur anda makin lena. Yurp, lena.. kerana akhirnya, cerita bikin suspens (Yeke?) ni akan sampai ke penghujungnya. Sedih tak? Pfft.. i think so.

Secara jujurnya, saya rasa terharu akhirnya cerita saya dibaca dan bacaannya mencapai 70 k++.. Saya fikirkan citer ni takkan laku since ia nya orang dapat predict dan saya expect jalan citernya mungkin membosankan anda. But, when i get comment that always want more from me.. wou! saya rasa macam saya seronok menulis. Thanks to you guys!!

Selama ni saya tulis story hanya untuk bacaan diri sendiri dan sekarang.. saya tak sangka apa yang saya tulis akan dibaca oleh orang. Thanks guys! Thanks sebab read, komen dan vote..

Bab seterusnya akan menyusul nanti. Bye, selamat malam. Mimpikan author ye.. Ahaha😘😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro