Epilog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aku terima nikahnya Lauren Aqishah binti Jaafar Ibrahim dengan mas kahwin sebanyak RM600 ringgit dibayar tunai."

Hanya dengan sekali lafaz, Zaharil mengungkapkan ayat keramat itu. Bila saksi menjawab sah, akhirnya malam itu malam terisytiharnya aku, Lauren Aqishah sah menjadi isteri kepada Megat Naufal Zaharil. Senyuman ku sedari tadi, tak henti-henti menjungkit gembira. Yurp, sangat gembira!!

Perlahan-lahan, Zaharil datang merapatiku. Senyumannya makin mekar bila melihat aku yang anggun berselendang dan berkebaya putih. Dia pula segak mengenakan baju melayu berwarna putih sekaligus menyerlahkan lagi ketampanannya. Tak sangka, akhirnya dia sah menjadi suami aku.

Selesai sahaja majlis menyarungkan cincin, aku dan Zaharil saling berpandangan. Makin meleret senyuman aku dibuatnya.Tangannya aku kucup dan Zaharil balas dengan mengucup ubun dahiku. Sangat hangat bila bibirnya menyentuh dahiku sekaligus menambahkan lagi rentak degupan jantung di dadaku.

Yurp, hanya Encik Megat saja yang mampu buat Lauren Aqishah rasa begitu. Tak ada yang lain.

Engku Dahlia dan juga Puan Nurin yang sedari tadi melihat gelagat kami berdua hanya menarik sengih panjang. Sawit tapi tak reti nak ungkapkan macam mana. Itulah ibarat nya kami.

Zaheen yang berada dalam pelukan Engku Dahlia terus berlari-lari anak untuk masuk ke dalam pelukanku. Tingkah comel nya itu berjaya menambat hati orang yang melihat. Aku terus memeluk Zaheen yang sudah duduk di atas ribaku.

"Ye-Yeah!!!! Yeen dah ada mama! Ada mama!!!" seronoknya dia tidak terkata.

Zaharil yang masih duduk berlutut di hadapan ku juga sekadar menarik sengih nipis. Suka betul dia bila tengok Zaheen seronok macam itu. Lagaknya seperti dapat hadiah mahal aje.

"Tengoklah anak Aqish itu, seronok dapat Aqish. Lepas ni mesti Yeen tak sayang papa kan?" adegan merajuk minta kaki sudah dimainkan oleh Zaharil.

Zaheen terus menoleh ke arah papanya yang sudah merajuk sakan. Haha.. acah-acah aje tu. Tak semena-mena, Zaheen menarik Zaharil untuk dekat dengannya sekaligus merapatkan lagi jarak antara aku dan Zaharil.

Jarak kami sangat rapat sampaikan aku dapat hidu minyak wangi Prada yang dipakainya malam ini. Bauan yang sangat menyenangkan dan mendamaikan.

"Yeen pun sayangkan papa. Kalau tak sayang, mesti sekarang Yeen tak layan papa kan?" amboi bijak betul mulut comelnya itu membalas.

Serentak itu telatah Zaheen itu berjaya mencuit hati kami semua yang berada di atas pentas akad nikah. Tetamu yang hadir juga tidak terkecuali. Yurp, sekarang.. aku rasa kan hidup aku tersangatlah bahagia nya. Sangat-sangat bahagia!

Zaharil terus melamar aku untuk berkahwin setelah tiga bulan kami bertunang. Bukannya suatu tempoh yang lama untuk saling mengenali. Memandangkan aku dah kenal sangat siapa Encik Megat ni.. jadi, dengan rasa senang hatinya aku terima dia sebagai suami. Lagipun, memang dari awal aku nakkan dia tapi kerana sikap dingin dia itu, buat kan aku rasa perjalanan untuk mendapatkan hati dia merupakan perjalanan yang makin sukar.

Beberapa minit kami disandingkan di atas pentas pelamin itu, aku dan Zaharil sama-sama turun untuk bertemu rakan dan juga keluarga terdekat. Aku fikir kawan Zaharil jenis yang muka dingin macam dia tapi tak sangka pula kebanyakan daripada kawannya suka menyakat aku. Malu terus pipi aku. Huh!!! Nasib baik aku pandai cover. Pfft.. Ahaha..

"Aqishah!" sorak seseorang dari belakang tatkala aku sedang leka berborak sakan dengan Wani dan Faizul.

Zaharil pula sudah mulai hanyut dengan teman seangkatannya. Biasalah, lelaki lah katakan..

Aku lihat kelibat kak Ara menghampiri aku. Terus senyuman ku mekar lalu aku terus memeluk tubuhnya. Sudah tiga bulan kak Ara tidak ada di rumah keluarga. Kata nya, kak Ara mahu hidup berdisiplin. Dia masih datang mengunjungi kami tapi..tak lah selalu.

Lagipun, sejak abah menurunkan egonya dan membenarkan kami mencebur diri dalam bidang lukisan ni.. kak Ara terus buat kata putus untuk menghasilkan komik. Dan, tak sampai dua bulan.. komik yang Kak Ara terbitkan berjaya mendapat tempat di hati pembaca. Baguslah, kak Ara ni.

"Tahniah, akhirnya Aqishah dapat juga pikat hati beku itu kan?" ucap kak Ara meleraikan pelukannya denganku.

Aku menarik senyum pendek. " Kalau akak tak tolong Aqish mungkin, Aqish takkan dapat buat yang sekarang ni. Thanks kak sebab bantu Aqish." ucapku dalam nada lirih.

Kak Ara menarik senyum nipis. Sesekali dia mengerling ke arah kelibat ibu dan abah yang sedang leka berborak dengan tetamu yang hadir.

"Lepas ni, akak akan pindah ke Pahang jadi mungkin akak takkan dapat nak menjenguk korang di Kuala Lumpur. Akak ada kerja sikit kat sana." ujar Ara mengalihkan pandangannya pada aku kembali.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Yurp, aku faham situasi kak Ara sekarang ni. Dia seorang pengusaha business abah dan dalam pada masa yang sama.. dia juga seorang pelukis komik. Sangat sibuk dengan kerjaya nya.
...
Enam bulan kemudian..

Kertas kanvas putih yang terhidang depan mataku sudah separuh aku catkan dengan warna. Akhirnya, lukisan aku yang ke-20 bakal dijaja dan akan dilelong untuk pembeli yang setia menantikan hasil kerja ku kali ini.

Sebuah lukisan pemandangan yang dilangitnya terlihat dua orang berbeza jantina saling bertatapan antara satu sama lain. Senyuman ku makin terukir lebar. Yurp, dalam kepala aku ketika ini hanya ada aku dan juga Zaharil.

"Lamanya tunggu sayang siapkan lukisan? Beruban abang tunggu dalam bilik itu." ujar Zaharil yang menyapa dari arah belakangku.

Belum sempat aku menoleh, Zaharil sudah erat memeluk pinggangku dan membelit perutku yang sudah mulai buncit. Happy news!!!! Aku kini sedang mengandung anak sulung kami dan usianya kini hampir mencecah enam bulan. Hurm.. tak sangka dah jadi seorang ibu pula aku lepas ni kan?

Aku masih meneruskan pekerjaan ku. Kalau bersembang, harapannya sampai ke minggu depan aku takkan dapat siapkan kerja aku ni. Bersembang dengan Zaharil akan berleretan mungkin sampai ke pagi, belum tambah dia menyakat aku lagi. Ya, encik dingin ni sebenarnya suka menyakat orang and boleh tahan cair jugalah bila dengar dia buat pick up line. Dag dig dug gitu!!

"Lagi sikit aje ni. Hmm.. nanti kalau dah siap Aqish masuk bilik. Okey?" aku sudah menabur janji manis.

Zaharil menarik senyum. Tak semena-mena bangku kosong yang berada di sebelahku didudukinya. Spontan, dia mencuri berus warna yang aku pegang dan tangannya mulai mengacah-acah sesuatu di atas kertas kanvas di mana lukisan aku berada.

"Abang buat apa tu?" soalku sudah mulai angkat kening.

Aku sempat menilik tingkahnya itu.  Dia mahu menambah kontra pada laut yang aku warnakan sebentar tadi. And.. senyuman aku terukir. Tak sangka Zaharil juga ada bakat dalam seni cat lukisan ni.

Dia terus menoleh ke arahku sambil buat muka poyonya itu. Aku menyungging sengih. Isy, berlagak nya Encik Megat ni.

"Siapa kata abang tak pandai mewarna, hmm?" dia sudah bersuara mengusik.

Aku pula sekadar mencebik. "Bukan Aqish yang kata, okey. Mama yang cakap." aku membela diri.

Tak semena-mena Zaharil mengekek ketawa. Seraya itu, berus lukisan yang berada dalam tangannya diletakkan di atas meja di mana cat lukisan ku berada. Terus dia tarik tangan aku untuk menurutinya.

"Jom, kita tidur." ajaknya masih erat menggenggam tanganku.

Aku menuruti Zaharil daripada belakang. Tak semena-mena lengan sasanya aku peluk erat sambil tangan yang lagi satu, aku biarkan untuk dia genggam.

"Tapi, lukisan itu belum siap lagi. Lusa, Aqish dah nak kena hantar lukisan itu." aku masih bersuara namun nadanya sedikit manja.

"Kan, abang dah siapkan tu. Nanti, kalau dah jual. 50% bagi kat abang." sakatnya sekaligus membuat aku ketawa.

"Hmm.. kalau macam itu, 50% ajelah hati Aqish untuk abang. Boleh?" aku sudah mulai melayan loya buruknya itu.

Sekali lagi, tawa Zaharil berdekah. "Taknaklah 50%, 100% full tak boleh ke?" soal Zaharil.

Aku tertawa mendengar balasannya itu. Terus aku menyandarkan kepalaku pada bahunya. Pelukan pada lengan sasanya aku cuba perkemaskan.

"Saya bahagia sekarang bila dengan abang." ucapku dengan senyuman nipis meniti di birai bibir.

Zaharil menarik senyum. Terus langkahnya dimatikan lalu dia menghadapkan tubuhku berdepan dengan tubuhnya. Pipi aku Zaharil pegang lalu tak semena-mena bibirnya lembut mengucup dahiku. Aku sekadar membiarkan itu. Yurp, aku selesa diperlakukan begitu. Terasa.. dimanjakan.

"Abang pun bahagia bila dengan Aqishah. Hmm.. satu-satunya perempuan yang berjaya buatkan abang buka peluang kedua untuk hati abang. I love you.." ucap Zaharil terus menarik aku dalam pelukannya lembut.

Tak semena-mena aku membalas. "Love you too, Encik dingin." ucapku perlahan.

"Apa dia?"
"Tak ada apa-apa."

See? Siapa kata hati dingin tak mampu dicairkan? Aku, Lauren Aqishah sudah membuktikan yang cinta itu memang menghangatkan sampai hati Encik Duda yang sudah lama membeku untuk bercinta akhir nya luhur dengan keikhlasan hati aku. Uhukss!!

Semua orang ada kisah cinta mereka masing-masing cuma jalan cinta kita saja yang berbeza. Ada yang senang untuk dapatkan.. ada yang susah untuk dicari namun kalau kebahagiaan itu pasti, maka.. akhir nya jalan cinta itu ada milik kita.

Teruskan usaha untuk kejar pemilik hatimu dan yakin suatu hari nanti, dia bakal menjadi milikmu. Seperti kisah aku. Awalnya, tak kenal.. dengan tekad, aku mulai merapati nya dan akhirnya dia menjadi milik aku.

Hmm, sayang awak Megat Naufal Zaharil..
...
p/s>>

Assalamualaikum and hye guys, so kita dah sampai ke penghujung cerita. Okay, first of all saya nak ucapkan terima kasih sebab sanggup tunggu, komen lepas itu vote citer ni. Tak sangka tak sampai sebulan, citer ni dah dapat 80k++.. sangat terharu. And, ini adalah rekod baru saya kerana dapat published story tak sampai satu bulan. Ahaha.. mana taknya, dalam satu hari sampai empat lima bab saya published.

Boleh saya katakan story ni banyak mengalami perubahan daripada idea asal. Tapi, saya puas hati juga sebab akhirnya ianya dah siap. Yeah!!! Finally, saya dah published 5 story under Choco_Lyn.. Yeah🎉🎉.. Thanks yang komen itu, sebab andalah saya trus semangat nak update. Most thanks.. hearteu!!

InsyaAllah, saya akan published the next story 'Bila Hati Bisik Cinta', masih dalam proses.. Kalau saya rajin masa puasa ni, saya akan teruskan. Yurp, azam saya tahun ni nak published lima story. Since saya dah published tiga story sekarang so.. tinggal lagi dua story aje. Lepas habis 'Bila Hati Bisik Cinta' ni saya akan proceed ke story seterusnya iaitu 'Jangan Tinggalkan Aku..'.. Dua2 tu romantic genre.. Pfft, otak jiwang memang cenggini.

Hmm, btw.. insyaAllah, tahun 2020 nanti.. saya akan published citer 'Ara:Shadow of the sun'.. ini bukan sechuale kedua Misi Memburu Suami but its full story about Ara. Adalah sikit selit fasal hidup Aqish dengan Zaharil tapi tak banyak. Since, watak Ara ni penting.. so, saya tak nak abaikan dia.

Okey, bye!!
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang Mulia. Annyeong!!!😢😢

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro