Bab 80

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sudah 3 minggu Tengku Fazril dan Angel bergaduh seperti anjing dan kucing. Kedua-duanya tidak ingin mengalah dalam apa jua situasi.

Pagi itu, Tengku Fazril masuk ke dalam bilik lalu matanya terpaku pada sebatang tubuh yang sedang berselubung dalam gebar sambil mulut pula ternganga kecil.

Trauma betul budak kecik ni sampai nak tido macam tu! Getus  Tengku Fazril. Dia menatap lama wajah Angel yang tak dinodai oleh sebarang jerawat mahupun jeragat.

Bersih! Tak lama selepas itu, Tengku Fazril tersenyum suka. Wajah naif Angel benar-benar mencuit hati kelakiannya.

Sejujurnya kemarahan dia telah lama reda dan digantikan dengan perasaan ingin mengusik perempuan itu. Dia ingin menguji sampai bila Angel mampu bertahan perangainya yang agak kerek dan masuk air.

Baru sahaja Tengku Fazril ingin melangkah pergi, tiba-tiba dia terdengar  telefon Angel berbunyi.

Langkah diatur lalu dia membuka kekunci pin telefon Angel tanpa sebarang masalah. Mujur sahaja dia tahu password pada telefon 'isterinya' itu.

Tak lama kemudian, Tengku Fazril membuka notifications Angel dan mendapati bahawa Maisara telah menghantar sebuah gambar di aplikasi whatsapp.

Disebabkan menghormati privasi wanita itu, Tengku Fazril mengabaikan sahaja mesej tersebut. Namun, aktivitinya tak habis di situ sahaja.

Aplikasi galeri dibuka dan dia melihat satu persatu gambar-gambar Angel yang agak mencabar imannya.

Sejurus melihat gambar-gambar tersebut, mulut Tengku Fazril ternganga luas.

Bi..bila masa dia pegi bercuti kat tempat lain? bisik hati ia.

Seterusnya, dia membelek lagi sekeping gambar di sebelah. Ketika itu dia terpaku pada gambar yang menunjukkan Angel berambut pendek.

Sekali lagi, dia dilanda kehairanan. Sejak bila pula dia potong rambut?

Tengku Fazril mengeluh berat. Mungkin gambar-gambar tersebut diambil semasa dia pernah berpisah dengan 'Putri Risha' dulu.

Tengku Fazril kurang berpuas hati meneliti  telefon perempuan itu, malah meneruskan lagi kerjanya.

Semasa membelek, Tengku Fazril terpaku pada sebuah album yang menempatkan beberapa wajahnya.

Tanpa dapat ditahan lagi, gelak Tengku Fazril meletus tanpa dipinta. Tak sangka, Angel telah mengambil gambar-gambarnya tanpa pengetahuan dia sendiri.

Angel benar-benar membuatkan hatinya tercuit nakal.

'Stalker berjaya..'

Tengku Fazril hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya melihat pelbagai aksi dia di dalam simpanan album Angel.

Comel! Ingatkan tak sayang aku,kata hatinya.

Setelah puas memeriksa telefon Angel, Tengku Fazril meletakkan telefon itu di atas meja. Sekali lagi, dia menatap lama wajah naif Angel.

Ketika itu la, akal fikirannya mendapat sebuah idea untuk mengusik perasaan Angel di awal pagi.

Heheheh..siap daddy kejekan mummy.

_____________________________

"Uwarghh!!" Angel menggeliat sedikit badannya sambil menguap panjang. Tak lupa juga untuk menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Beberapa saat kemudian, Angel bangkit daripada katil lalu ingin mengemas katilnya yang agak berselerak.

Semasa melakukan tugas tersebut, mata Angel tertacap pada wajahnya yang agak berlainan daripada sebelum ini.

Asal muka aku dah macam binatang pulak ni?!

Tanpa membuang masa, Angel terus sahaja berlari menuju ke arah meja solek.

Sebaik sahaja melihat dirinya melalui pantulan cermin, mulut Angel ternganga luas.

"Arghhhh!!! Xender!!!" jerit Angel sebal. Mana tak marah kalau muka dah lawa macam Kim Chiu tetiba bertukar jadi kucing.

'Tak guna punya beruk hutan!!' Angel merengus geram lantas masuk ke dalam air untuk membersihkan dirinya.

Tengku Fazril harus diberi pengajaran! Asyik dia je yang kena. Geram!

______________________________

Selesai sahaja membersihkan diri, Angel menuju ke tingkat bawah sambil menghentak-hentak kakinya tanda bengang.

"Xender!! Xender!!!" jerit Angel kuat.

"Errrhhh..Fazril..suara sape tu?" soal Datin Melia yang baru sahaja tiba dengan Tengku Lily.

"Tu suara...."

"Xender!!!" pekik Angel lagi sekaligus membuatkan mereka semua terkejut bukan kepalang.

"Mak aih..dah macam suara jantan," tegur Akim selamba.

"Erhhh, Risha memang macam tu bila ada barang yang hilang," tipu Tengku Fazril tenang. Takkan nak bagitau pulak yang diorang tengah berperang macam budak-budak.

"Ohh ye ke? Tak pernah mama dengar suara dia macam tu," tutur Datin Melia bersama senyuman yang tak lekang daripada bibir.

"Xender!!! " jerit Angel lagi. Kali ini, sampai tercekik Tengku Lily dibuatnya.

"Nenek ok tak?" soal Riley prihatin. Dia memberikan segelas minuman kosong pada neneknya seraya menepuk belakang wanita itu.

"Suara bini Shrek ke apa?" gumam Tengku Lily perlahan. Tengku Fazril pula hanya mampu tersengih lebar.

"Xender! You..." Angel yang baru sahaja tiba di ruang makan, tiba-tiba terdiam. Kini, semua mata memandang ke arah dia dengan riak wajah yang agak janggal.

"You..erh..you..ha! I love you so much!!" selindung Angel lantas mengucup pipi Tengku Fazril. Dalam hatinya, dia sudah berasa malu.

Jangan la diorang dengan suara mak lampir nak beranak. Malu siot!

"Dah lama ke mama dan mummy sampai kat sini?" soal Angel lembut seraya melabuhkan punggung di sebelah Tengku Fazril.

"Baru je sampai," jawab Datin Melia. Beberapa minit kemudian, mereka menyambung semula makanan masing-masing sambil berbual antara satu sama lain.

Di kesempatan itu, Angel membalas dendam dengan mencubit perut Tengku Fazril sehingga lelaki itu tersedak nak mampus.

"Uhuk! Uhuk!!"
"Along ok tak ni? Dah kenapa makan sampai boleh tersedak?" tegur Tengku Lily prihatin.

Angel berpura-pura risau lalu memberikan segelas susu panas pada Tengku Fazril. Tanpa syak wasangka, lelaki itu terus meneguk secara rakus.

Sebaik sahaja susu itu mengalir ke dalam anak tekaknya, Tengku Fazril kembali tersedak. Susu yang diminum tadi tersembur ke arah Riko tanpa sengaja.

Habis kotor kemeja lelaki itu disebabkan susu yang datang daripada mulut Tengku Fazril.

"Woii!! Kau dah nazak ke apa?!" marah Riko geram. Pepagi dah malang.

"Uhuks...so..sorry bro. Ak..aku tak sengaja.." pinta Tengku Fazril tersekat-sekat. Sesaat kemudian, dia menoleh ke arah Angel yang sedang mengetap bibir menahan gelak.

Eish, terkena aku!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro