Bab 81

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Amboi, dari tadi aku perhatikan minah ni. Syok bebenor tido masa hujan ye. Tadi bukan kemain nak balas dendam kat aku. Sekarang pulak, dah tumbang!

Ceh, tahu cakap besar je,bisik hati Tengku Fazril. Semenjak ini, dia gemar merenung lama wajah comel Angel ketika perempuan itu sedang terbuai lena.

Cantik! desis hatinya lagi. Sesaat kemudian, dia perlahan-lahan mendekatkan bibirnya pada bibir 'Putri Risha.'

Baru sahaja bibir mereka ingin bertemu,tiba-tiba Angel mengigau di luar kesedarannya.

"Jan..jangan..ganggu aku..jangan.." Tengku Fazril tergamam. Lagi-lagi ayat yang sama dia terdengar hampir setiap malam.

Pasti perempuan itu, akan mengigau sesuatu dan bangun dalam keadaan yang berpeluh.

"Jangan!! To...tolong..."

"Risha, bangun," kata Tengku Fazril lembut. Tangannya menepuk perlahan pipi Angel agar perempuan itu segera terjaga.

"Risha, bangun. Hei, buka mata tu." Bersama ayat tersebut, Tengku Fazril menggoyang-goyangkan tangan Angel.

Tak lama kemudian, akhirnya Angel terbangun seraya  tercungap-cungap mencari oksigen.

"Ehem!" Tengku Fazril berdehem seketika.

Angel menoleh Tengku Fazril sekilas lalu turut berdehem janggal. Bukan apa, sudah berulang kali mimpi serta sebuah lagu yang sama mengganggu lenanya tanpa dipinta.

Sehingga sampai ke satu tahap, Angel berasa takut untuk memejamkan matanya.

Teringat semula pada kata-kata Rosilia agar mencari kepingan-kepingan yang telah hilang. Persoalannya, apakah kepingan-kepingan tersebut?

"Jangan fikir sangat dengan mimpi buruk tu. Dah, tido," pesan Tengku Fazril lantas tidur berbaring.

"You tak perlu risau dengan keadaan I. I tahu jaga diri sendiri," bidas Angel mendatar.

"Kau ingat aku kemaruk sangat nak kesah pasal kau? Ceh, kau tu yang  bising masa aku nak tido. Dah macam lalat!" ejek Tengku Fazril selamba.

Angel hanya mampu merengus geram. Dia turut berbaring membelakangkan Tengku Fazril lalu menyambung semula tidurnya.

Selepas memastikan Angel benar-benar terlelap, Tengku Fazril memusingkan tubuhnya menghadap tubuh Angel.

Tanpa disangka, Tengku Fazril memajukan tubuhnya ke hadapan lantas pinggang Angel dipeluk daripada arah belakang.

"Goodnight.." Dan dia mengucup pipi Angel sekilas.

Hastag sape yang tak sayang bini oii?

_____________________________

"Mama! Mama!" panggil Riley dan Roland hampir serentak. Melihat pada pakaian Angel, mereka dapat menganggak bahawa mama mereka baru sahaja keluar entah ke mana.

"Ye, sayang?" sahut Angel lembut. Sejurus itu, dahi Double R dikucup penuh kasih sayang lalu dia melontarkan pandangan pada mereka yang lain.

"Mama, baru balik dari mana?" soal Riley ceria. Angel pula sudah tersenyum tawar.

"Mama baru balik dari rumah kawan mama," tipu dia walhal dia baru sahaja balik daripada markas The King Of Evil.

"Mama, jom main badminton!" ajak Roland. Dia ingin sekali melihat perempuan itu bermain seperti aksi ketika Angel mengalahkan Alex bermain bola tampar pada tempoh hari.

"Tapi, mama penat la sayang. Mama rasa..."

"Cakap je la kalau noob," sampuk seseorang sambil menanggalkan kaca mata hitamnya.

Melihat gerangan yang bersuara itu membuatkan Angel berdecit malas. Lagi-lagi si parasit hidup ni!

Dari atas ke bawah, mereka melihat tubuh Tengku Fazril masih elok mengenaikan kemeja putihnya. Pasti lelaki itu baru pulang daripada pejabat.

"Erhhh...Riley, along..apa kata kalau kamu berdua main dulu dengan Uncle Haikal. Nanti mama dan papa menyusul ye," ucap Angel lembut.

Niatnya yang sebenar agar Double R tidak melihat mereka semasa berperang mulut. Tak elok la kalau anak-anak tengok.

"Apa? Nak cari pasal?" ujar Angel sombong. Dia mencerlung tajam ke arah Tengku Fazril dengan perasaan geram.

"So?" Tengku Fazril menjongketkan keningnya apabila melihat Angel sedang mengepalkan penumbuk tanda menahan geram.

"Ha, nak tumbuk ke? Ha, tumbuk!" cabar Tengku Fazril sengaja ingin mengusik perasaan 'isterinya.'

"Eeeeee!!!" Dengan rasa bengang, Angel cuba melayangkan penumbuknya ke arah wajah Tengku Fazril. Namun, lelaki itu pantas sahaja mengelak.

Disebabkan perbuatannya, Angel hilang keseimbangan lalu tanpa sengaja kakinya terkehel semasa cuba mengawal postur badan.

"Arghhh!!" jerit Angel terkejut. Mujur sahaja Tengku Fazril tangkas merangkul erat pinggang Angel ke dalam pelukannya.

Kini, kedua-dua mata mereka bertembung lama. Jantung masing-masing berdegup kencang tak berirama.

Gulp! Janggal! Ya, itu lah yang dirasai oleh Angel. Dia segera menolak tubuh Tengku Fazril tetapi hampir terjatuh semula disebabkan kakinya yang berasa sakit.

"Tu sebabnya derhaka dengan suami!" Sejurus itu, Tengku Fazril menjentik dahi Angel.

"Arh! Sakit la!" marah Angel. Sekali lagi, dia cuba berdiri tanpa pertolongan lelaki itu.

Namun, semuanya hanya sia-sia apabila dia berasa kakinya semakin sakit.

"Arghh! Damn it!" gumam dia perlahan. Tak nak la Tengku Fazril terdengar pula.

Melihat keadaan Angel membuatkan hati Tengku Fazril diserang rasa bersalah. Ye la. Salah dia juga kerana telah mencabar si kecik itu.

Tengku Fazril menghela nafas. Sesaat dua saat kemudian, Tengku Fazril duduk mencangkung di hadapan Angel.

"You dah kenapa? Sewel?" ujar Angel selamba.

"Nak tolong kau la . Takkan tengah berak pulak," sindir Tengku Fazril. Giliran Angel pula menjongketkan keningnya.

"Kenapa I perlu naik di atas badan you?" Angel seolah-olah bertarik tali.

" Sebab badan aku ni hot. Kau ingat aku nak sangat tolong kau? Dah, naik! Jangan susahkan aku! Aku malas nak jawap soalan yang lain nanti," nafi Tengku Fazril tenang.

Angel berfikir panjang. Ada betul juga cakap mamat kerek ni. Nak tak nak, Angel terpaksa naik di atas belakang tubuh Tengku Fazril.

"Jangan ingat kau tu ringan!" usik Tengku Fazril. Dalam hatinya, dia sudah tergelak jahat.

"I memang ringan!" bentak Angel sedikit malu lalu melontarkan pandangan ke arah lain.

Aku berat ke?

"Lain kali jangan cuba nak berlagak tinggi. Sedar diri tu pendek," ejek Tengku Fazril sambil mengorak langkah ke dalam rumah.

"Eh eh. Salahkan I pulak. You yang tinggi nak mampus! Masa kecik terlalu sangat minum susu mummy! Ceh," balas Angel semula.

Dia menjuihkan bibirnya tanda malas ingin mendengar kata-kata Tengku Fazril.

"Habistu, kau apa? Kurang minum susu mama? Hahahah!!" gelak Tengku Fazril jahat.

Angel terdiam. Lagi dilayan perangai badak sumbu ni, lagi panas hatinya.

Ergh, geram!

Vote and Comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro