BAB 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aih, balik dengan siapa tadi itu?"
Usikan Hannan berjaya menjedakan tindakan ku yang mahu mengeringkan rambut menggunakan tuala.

Haih, ada-ada ajelah si Hannan ni.

Tak peduli. Aku kembali mengeringkan rambutku di meja solek. Cermin yang memantulkan imej aku dan Hannan aku pandang. Terlihat gadis itu sudah tayang raut kesalnya bila aku diam tak menyahut soalannya.

Tenang langkahnya menapak mendekatiku. Wardrobe ku yang terletak tidak jauh dari meja tenpat aku duduk, disandarinya.

"Boyfriend kau ke?" kali ini soalan yang diajukannya lebih spesifik.

Aku ketap bibir. Terus saja pandangan aku dialihkan ke arahnya. "Nope. Dia belum sesiapa lagi."

"So means.. dia akan jadilah kan? Salah satu mangsa kau, betul tak?"

Pertanyaan Hannan berjaya buatkan aku sedikit tergamam. Yurp, soalannya itu kedengaran sinis dan seakan menyindir aku. Huh!!

"Dia Tengku Harraz and yurp, dia mangsa aku." jawabku bila rasakan aku patut jujur dan buat pengakuan.

Terpempan Hannan sejenak. Membuntang matanya tatkala mendengarkan identiti di sebalik pemilik kereta Audi tersebut.

"K-kau.. keluar dengan dia?"

Aku keluh kecil. Rasa bersalahku menghimpit. Entah kenapa, untuk kes Harraz ini.. aku perlukan seseorang untuk menjadi seorang pendengar. Pendengar yang aku boleh harapkan.

Hannan di hadapan masih dengan perasaan kagetnya. Bila lihat dia masih begitu, aku tarik lengannya untuk menurutiku ke birai katil. Nampaknya, aku perlu jujur dengan Hannan tentang perkar ini.

"Kalau aku cerita ini, aku nak kau janji kau takkan marah, bebel atau ceritakan benda ni pada sesiapa. Boleh?" aku tetapkan syarat untuknya terlebih dahulu.

Berkerut dahi dia bila dengar satu persatu syarat yang aku nyatakan. "Hmm.. tengok pada cerita kaulah. Kalau tak mengundang, aku diam." selamba dia jawab begitu.

Aku buat muka jengkel. "Hannan..!"

"Yalah, yalah. Aku tak buat semua itu. Sudah, cepatlah cerita." sahutnya akur.

Senyumanku terjungkit di bibir tatkala mendengar persetujuannya itu. Untuk seketika aku diam sebelum keluhanku terlepas.

"Kau tahukan yang bini Harraz itu upah aku untuk goda suami dia?" soalku dalam nada yang cuba ditenang-tenangkan.

Berkerut kening Hannan apabila mendengar soalan itu menjengah. Namun setelah itu, raut terkejutnya bertayang. "Maksudnya kau.., kau teruskan juga ke Lia?"

Mahu tak mahu terpaksa aku anggukkan juga kepala. Bibirku ketap rapat. Rasa bersalahku sudah mulai bersarang di hati.

"Tawaran yang dia bagi itu terlalu mahal, Nan. Aku tak boleh nak tolak. Dengan duit itu, aku boleh kembangkan business aku dan dengan duit itu, aku tak payah jadi Miss Heartbreaker untuk seumur hidup aku." jawabku dalam nada kesal.

"Berapa jumlah yang dia bayar kau?"

"RM100,000." jawabku perlahan. Pandangan ku tundukkan ke bawah.

Hannan di hadapanku sudah tercengang. Namun dia menggeleng kesal.

"Jadi, kau buat apa untuk goda Harraz."  soal Hannan mahu tahu lebih dalam.

Aku pandang Hannan sedikit. "Aku.. aku jadi PA dia. Sebab itulah aku dah jarang masuk cafe sekarang. Aku terlalu sibuk jadi PA dia." jawabku resah.

Aku akui perkara itu. Sudah hampir seminggu lebih, aku menjadi PA Harraz. Sepanjang tempoh itu, aku langsung tak datang jenguk Cafe aku itu. Ketika cuti, aku gunakan masa yang ada untuk merehat kan diri.

Hannan geleng kepala untuk kesekian kalinya. Pelipis matanya diurut. "Kau ni Lia, suka sangat ambil risiko. Kau tak kenal Tengku Harraz itu macam mana.. dia itu jenis keras dan tegas. Kalau dia dapat tahu apa yang kau buat ni, huh.. entahlah." ujar nya kecewa.

Aku ketap bibir. Wajah Hannan masih aku tatap. "Kau.. macam kenal aje dia?"

"Aku pernah kerja dekat company itu dua tahun lepas so aku tahulah Tengku Harraz itu macam mana."jawapannya berjaya buatkan aku tercengang.

Aih, kenapa aku tak tahu pun?!
...
Pancuran air yang terpasang dibiarkan membasahi tubuhnya. Entah kenapa, fikirannya tiba-tiba saja terimbau kejadian yang berlaku petang tadi. Kejadian di mana dia.. jadi manusia 'ter'baik kerana membantu seorang gadis.

"Tak apa Tengku. Sa-saya boleh.." terkedu gadis itu sejenak ketika mahu membuka pintu keretanya.

Terkunci.

Hujan sudah renyai-renyai membasahi bumi. Harraz terpaksa berteduhkan belakang tapak tangannya semata-mata nak memujuk gadis itu ikut dengannya.

Sedar juga dia dengan perubahan air muka gadis itu. Cuak semacam. Dia sudah berkerut dahi.

"Apsal?"

Gadis itu pandang dia dengan mata yang masih tak keruan. "Ke-kereta saya terkunci. Tak boleh masuk."

Bila teringat semula tentang kejadian itu, Harraz hanya mampu geleng kepala. Senyumannya tak semena terjungkit. Selama dia hidup hampir 29 tahun ini, inilah kali pertama dia bertemu gadis 'pelik' macam ini.

Yurp, pelik. Terimbau dia detik pegi pertama Aulia berkhidmat menjadi PA nya. Semua benda gadis itu tak tahu tetapi pandai pula berkenan nak isi jawatan itu. Pfft.. dan sekarang, sikap nya yang sambil lewa pula.

Haih, kenapalah Tuhan wujudkan pertemuan antara dia dengan gadis pelik itu?

"Harraz?" laungan suara lunak dari luar kamar mandi, kembalikan fikirannya ke realiti.

Terus pancuran air yang terpasang, dimati kannya lalu tuala yang tergantung disambarnya. Perlahan, langkahnya disusun mendekati pintu sambil sesekali, rambutnya yang basah disauk ke belakang.

Buka saja pintu, Harraz sudah terkedu. Dilihatnya malam itu, isterinya sekadar mengenakan gaun tipis yang menampak kan susuk tubuhnya. Harraz kelu.

"Ke-kenapa sayang?"

Farah sudah berpeluk tubuh. Langsung dia tak menyedari penampilannya berjaya buat kan suaminya jadi tak keruan.

"You lambat balik hari ini? You ada pergi mana-mana ke?" soal Farah mahu tahu.

Sengaja muka sangsinya, ditayang walaupun kenyataannya dia tahu apa yang Harraz lalui hari ini. Yurp, dia lah perancang untuk segala yang terjadi hari ini. Dia buat semua itu untuk memudahkan Aulia menggoda Harraz.

Dialah yang merosakkan enjin Aulia. Syukur nya, rancangan dia berjaya bila nampak Harraz bantu Aulia di tepi jalan. Yurp, suatu permulaan yang baik.

"I teman kawan I melepak. Thats all." bohong Harraz.

Sungguh, dia tak mahu ceritakan perkara yang sebenar. Dia risau kalau Farah berfikiran macam-macam kalau dia berdegil untuk ceritakan perkara itu.

Dalam hati, Farah sudah melompat keriangan. Fasa pertama apabila lelaki curang adalah penipuan dan nampaknya.. Harraz lakukan perkara itu. Perkembangan yang bagus.

"Owh, kalau macam itu. Tak apalah. I cuma risau. Takut apa-apa jadi pada you aje." celah Farah.

Baru saja gadis itu mahu pergi, dirasakan tangan sasa Harraz memaut pinggangnya lalu menariknya. Terkaku Farah sejenak bila kini di sudah berada dalam dakapan Harraz.

Dipandangnya lelaki itu yang kini memberi tatapan menggodanya. Farah sudah telan liur.

Dia cuba untuk menjauhkan diri namun pautan Harraz pada pinggangnya, buat kan dia tak mampu menjauh.

"Ha..rraz.."

"I harap sangat you izinkan I.."

Belum sempat Harraz menghabiskan ayatnya, Farah terus saja menolak kasar dada lelaki itu.

Terpempan Harraz sejenak. Sungguh, dia tak menyangka yang gadis itu akan bertindak sebegitu sekali.

"You?"

"Sorry, Raz. Untuk malam ini, I tak boleh." jawab Farah sebelum bertindak melarikan diri dari bilik tersebut.

Harraz ketap bibir. Wajahnya diraup kasar. Salah ke dia mendekati isterinya ketika ini?
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro