BAB 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MHB 19

Melebar senyumanku bila mendapat pesanan sms daripada adik perempuan ku, Dahlia. Haih, tiba-tiba pula dia rajin nak berbalas pesanan dengan aku. Pfft.. nak lepas rindu ke apa?

"Assalamualaikum."
Kerana malas nak balas panjang-panjang, aku ambil keputusan untuk menghubungi terus adikku.

Huluran salamku disambutnya lembut. "Haih, tak sabar-sabar nak call adik. Rindulah itu kan?"soalnya sengaja nak mengusik.

Aku tersengih. "Bukan akak yang rindu adik, adik itu yang rindu akak. Kan?" dia ingat dia seorang aje tukang sakat? Haha.. ini Aulia Arisyalah.. serba boleh nak mengenakan orang.

Di hujung talian, aku dengar tawanya bergema. Namun, nadanya tampak hambar semacam. Seakan menyimpan sesuatu perasaan. Sedih dan sebak?

"Memang. Adik dengan ibu rindu kat akak. Ibu.. selalu tanya bila akak nak balik. Dia pun rindu akak." di hujung ayatnya, aku rasakan getaran.

Aku tersengih apabila Dahlia katakan begitu. Erm.. sudah lama rasanya aku tak mendengar suara ibu. Kesibukanku melayan karenah si encik dingin itu buat kan aku tak berpeluang untuk menjenguk ibu dan Dahlia di kampung.

"Boleh tak akak nak cakap dengan ibu, Dahlia? Nak gosip-gosip dengan ibu kejap." ujarku.

Dahlia sepi sementara. Aku pula setia menunggu. Berharap agar ibu ada gosip baru untuk dibawangkan dengan aku yang sedang bosan ni.

Yurp, sekarang ni adalah waktu aku berehat . Memandangkan kak Yana dan staff yang lain sudah rehat terlebih dahulu, jadi aku dibiarkan rehat sendirian ketika ini. hmm.. angkara Tengku Harraz itulah.

"Er.. kak, ibu tak ada kat rumah sekarang ni. Nanti kalau ibu balik, Dahlia bagitahu ibu yang akak call dia. Okay, kak?" gugup dia berbicara. Ada nada sebaknya terselit.

Aku sudah berkerut dahi. Sempat jam dinding yang tergantung di dinding kafe pekerja itu aku tilik. Tengahhari? Ibu pergi mana waktu-waktu begini?

"Ibu pergi mana, Dahlia?" soalku mahu tahu. Hairan juga dengan alasan yang Dahlia berikan itu.

"Er.. i-ibu pergi rumah Makcik Senah. Erm.. nak cari rakan bergosip lah kot." sempat dia mengata ibu. Tawanya yang melatar bagaikan dibuat.

Aku mengangguk faham. Haih, ibu ni. Tua- tua pun masih nak membawang lagi dengan makcik Senah, getus hati kecilku. Terasa lucu pula aku mendengar tingkah ibu itu. Tak pernah tak comel.

"Lah.. baru akak nak ajak sembang tadi. Hmm.. tak apalah. Kirim salam pada ibu. Cakap akak sayangkan ibu. Siap mimpi lagi tau, Dahlia." selorohku mengusik.

Pada masa yang sama, senyuman nipisnya terukir. Entah kenapa, berat hatinya untuk memberitahu perkara jujur tentang apa yang berlaku ketika ini.

Sambil melekap telefon ke telinga, matanya dikerling ke arah sosok yang sedang lesu terbaring di atas katil hospital. Sedu-sedannya cuba ditahan. Sungguh, dia berharap kakaknya tak menghidu emosi sebaknya.

"Yalah, kak. Nanti Dahlia call akak balik eiyh. Assalamualaikum." ucapnya.

Seusai salamnya dibalas, segera talian ditamatkan. Barulah tangisannya yang sedari tadi bertakung di birai mata, meleleh membasahi pipi.

Tangan lemah yang berada di sisi jasad, dicapainya lalu dikucup. Masih air matanya mengalir deras.

Setiap kali matanya memandang wajah pucat ibunya, setiap kali itulah tangisannya akan menjengah.

'Saya minta maaf dik. Kami dah cuba sehabis baik untuk membuang tumor yang membengkak dalam otak ibu adik cuma tindakan kami agak terlewat. Tumor itu dah merebak ke sekitar organ pentingnya dan pembedahan segera perlu dibuat. Cuma.. peluang untuk dia sembuh, mungkin tipis.'

Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor yang merawat ibunya beberapa hari lepas. Sungguh, dia tak mahu kehilangan ibunya terlalu awal. Dia sayangkan wanita itu.

Dan, kalau boleh.. biarlah dia yang pergi dulu daripada ibunya. Dia sanggup tercabut roh dari badan daripada merasakan kehilangan insan yang disayanginya untuk seumur hidup.

"Ibu.. kak Lia call adik tadi. Dia kata dia rindu dengan ibu dan dia cakap juga dia nak bercakap dengan ibu tapi adik tak boleh beritahu dia tentang keadaan ibu. Adik takut akak akan risau." ujarnya terketar pada setiap ayat yang dihamburnya.

Untuk kesekian kalinya, tangan wanita itu dikucupnya syahdu sebelum kepala yang dilitup tudung putih itu disapunya.

"Ibu, cepatlah sembuh. Jangan tinggalkan akak dengan adik sendiri. Sembuh demi kami, ibu." rayunya lagi.

Dia mahu mendesak. Namun, sayangnya ajal maut ibunya bukan dalam tangannya. Dia sekadar manusia yang meminta melalui doa dan tawakal.
...
Tiba sahaja di hadapan mejaku, mataku terus saja melekap ke arah surat yang terselit kemas di b salik bakul mini alat tulis ku. Berkerut dahiku sejenak. Perlahan, surat tersebut aku capai.

'Anda dijemput untuk menghadiri percutian syarikat selama dua hari satu malam di Pulau Pangkor. Kehadiran anda bersama meraikan percutian ini amatlah kami hargai. Terima kasih..'

Berkerut dahi aku apabila nama aku tertera dalam kalangan pekerja yang bertuah. Haih, baru seminggu kerja dah dapat bercuti sakan dengan staff yang lain? Aku sudah diterpa rasa hairan.

"Wah, untungnya kau Lia. Pekerja baru tapi dapat peluang bercuti. Dengan company pula itu." celah kak Leha yang mungkin sedari tadi melihat aku kaku memegat kertas itu.

Menoleh aku ke arah wanita yang usianya hampir sebaya dengan kak Yana itu. Senyum kambingku tayang. Tak tahulah nak bagi reaksi apa untuk kata-katanya itu.

"Semua staff dapat kan kak?" soalku mahu tahu.

Takkan lah untuk yang terpilih aje kan.

"Bukan semua orang, Lia.. boleh pergi. Certain-certain aje. Ikut Tengku lah. Kalau dia berkenan nak ajak orang itu, dia ajaklah." celah Encik Bakri yang tempatnya bersebelahan saja dengan Kak Leha.

Aku yang mendengar fakta itu sekadar mengangguk. Kira aku kena banggalah sebab lelaki itu ajak aku? Huh!!

"Tak pelik pun sebenarnya kalau Lia dapat pergi. Dia kan PA Tengku. Kira dialah orang paling kanan Tengku kan?" tambah kak Leha sambil mengurut dagu.

Yurp! Aku setuju dengan pendapat kak Leha itu. Memandangkan aku ni PA Tengku Harraz jadi.. mungkin sebab itulah kot aku dijemput untuk percutian syarikat ni? Hmm.. benda paling logik yang aku fikirkan buat masa sekarang ni.

Kerana tidak mahu terus menerus melayan surat jemputan itu, aku kembali duduk ke tempatku semula. Baru saja terniat nak switch on laptop ku, telefonku sudah bergetar menandakan ada pesanan masuk.

Tak berlengah, aku capai telefon pintarku lalu aku tilik. Terdapat dua pesanan daripada pengirim yang berbeza. Satu pesanan daripada Puan Farah dan satu lagi.. daripada nombor tak dikenali.

Aku buka terlebih dahulu pesanan daripada Farah lalu aku baca.

'Cik Aulia dah dapatkan jemputan itu? Saya yang minta Harraz tambah nama awak dalam list tu. Saya harap cik Aulia boleh gunakan masa ini sebaik mungkin untuk goda Harraz. Saya harap ada progression selepas itu.'-Farah.

Tergamam aku bila terbacakan kiriman Farah itu. Jadi, dialah dalang yang mewujudkan nama aku dalam senarai itu? Pfft! Terdesak sangat perempuan ni nampak gayanya.

Aku sudah keluh sendiri.

Sehingga sekarang, aku masih tak berani nak mulakan apa-apa langkah untuk menggoda Harraz. Setiap kali aku dekat dengan dia, setiap kali itu aku gugup. Dia cukup menakutkan dan dialah lelaki paling dingin yang pernah aku jumpa.

Hmm.. patutlah Farah itu bayar aku mahal. Ada alasan rupanya.

'Puan mesti ada rancangan kan?'-kirim.

'Ada. Lusa, saya harap cik Aulia boleh luangkan masa untuk berjumpa dengan saya.'-Farah.

Akur. Aku ikut perintahnya. Selagi aku dibayar olehnya, selagi itulah aku akan terus menerus menurut jari telunjuknya. Yurp, kisah perit seorang Miss. Heartbreaker.

Setelah membalas pesanan Farah, aku tilik pula pesanan daripada nombor yang tak dikenali pula.

'Assalamualaikum cik Aulia,

Buat masa sekarang, kami tak dapat detect pengirim yang menghantar pesanan itu kepada cik. Nampaknya individu tersebut dah hapuskan nombor itu dan kami tak dapat nak menjejaki dia.

Cik Aulia jangan risau. Pihak kami akan cuba kesan individu tersebut cuma.. bukan dalam masa terdekat ni.'

Kaku aku sejenak. Huh!! Teringat aku pada ugutan bunuh yang dikirimkan padaku itu. Jadi.. orang itu masih.. bebas?
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro