BAB 37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Fail kuning yang berada dalam tangannya, perlahan ditolak ke hadapan. Pantas tangan Luqman menyambut fail tersebut dengan pandangan hairan. Wajah Farah dihadapannya dipandang.

"Apa ni?" soal Luqman masih dengan tatapan hairannya.

Farah tarik senyum. "You bukalah then kalau tak faham, baru minta I explain." bersahaja Farah membalas.

Minuman horlick yang dipesannya dihirup cermat sambil sesekali matanya melirik ke arah Luqman yang sedang meneliti fail tersebut.

Senyumannya timbul saat melihat wajah kaget Luqman terpapar. Terus lelaki itu menutup fail tersebut lalu dihempasnya ke meja.

"Mana you dapat semua ini?" gertak Luqman geram. Pandangan resah dan kesal nya bercampur.

"Mana I dapat benda tu, you jangan tanya. I cuma nak you tanya I, kenapa I buat semua ini pada you."

Kening Luqman sudah bertaut. Sungguh, dia tak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Farah itu.

"You nak apa?"

Meleret senyum Farah. Perlahan, cawan minumannya ditolak tepi lalu tekun mata nya memandang lelaki itu berhadapan.

"I nak you jauhkan diri you daripada Aulia. Kehadiran you hampir merosakkan plan I. Kalau you taknak I sebarkan maklumat itu, I nak you batalkan segala projek you dengan Harraz dan juga jangan sesekali kacau Aulia. Faham?!" jelas Farah tentang kehendaknya.

Tergamam Luqman sejenak. Namun, tak lama lepas itu.. bibirnya mengukir sengih sinis.

"Oh, jadi memang betullah apa yang I fikirkan? You ada rancangkan sesuatu untuk kenakan Harraz, right? But.. kenapa you mesti gunakan Aulia?"

"Simple. She's beautiful and easy to handle." lekas jawapan ringkasnya diberi.

Luqman sekadar mengangguk. Fail yang berada dalam tangannya dipandang.  Namun, kembali dia leret senyum sengetnya.

"Apa kata you tambah I dalam plan you ni. I boleh tolong you ni? I pun boleh jayakan plan ni juga."

Tak semena, tawa sindir Farah terlepas. "Are you kidding me? You tahu tak?!Disebabkan you, rancangan I hampir-hampir terbongkar dan sekarang you minta I hired you dalam plan I ni?"

"Why not? Hmm.. I dah mula ada feeling dengan Aulia itu jadi sayang, kalau I tinggal dia macam itu aje." ujar Luqman masih tidak mahu beralah. Mulutnya dimuncung menagih belas.

Namun, Farah buat tak endah. Muncung lah panjang mana pun, dia tak peduli. Bagi dia, tak ada keuntungannya kalau tambah lelaki itu dalam rancangannya.

Buat lalang saja.

"You ni buat I loya tekaklah, Luqman. I know you very well, dear. You tu tak pernah cukup dengan seorang perempuan and I'm sure you just take Aulia as a spare part for you, right?" hambur Farah spontan.

Luqman sekadar mencebik. Tidak dipeduli kan apa yang dikatakan Farah itu. Lagipun, buat apa dia nak bangkang.. kalau semua yang dinyatakan wanita itu benar belaka.

"Erm.. and one more thing, I just nak inform you yang Aulia itu bukannya single but married." tambah Farah.

Kali ini senyuman kasanova Luqman terpadam. Kaget dibuatnya apabila mendengar berita tersebut. Bukan bujang?

"Maksud you?"
"Dia madu I. Isteri Tengku Harraz."
...
Roti bakar yang terhidang atas pinggan ku, aku capai lalu aku cicipi perlahan. Tangan ku pula sibuk bermain dengan skrin telefon pintarku. Satu persatu berita sensasi yang melatar di laman blog Lobak Merah, aku baca dengan penuh khusyuk.

Sesekali, kepalaku aku gelengkan tatkala terbacakan kisah dan peristiwa yang terkadang tak dapat ditebak oleh akal waras manusia. Dunia zaman kini tersangat lah kejam dan menakutkan. Sesiapa saja boleh jadi pesalahnya. Baik cantik wajah nya ataupun tidak.

Perhatianku kemudiannya beralih ke arah berita sensasi yang membabitkan penceraian para selebriti. Boleh aku katakan kini.. adalah zaman di mana pasangan berkahwin bercerai. Di mana- mana saja aku akan dengar akan perihal ini.

Punca? Hmm.. mungkin hadirnya orang ketiga? Namun di depan media, mereka katakan mereka bercerai secara baik. Pfft.. Pokok tak akan bergoyang, kalau tidak ada anginnya kan?

Bila terbacakan artikel fasal penceraian, aku jadi termangu sendiri. Alih-alih khusyuk membaca, aku terus dibendung lamunan pendek. Entah kenapa, kisah hidupku sebagai isteri ini  mulai melayar bahtera memoriku.

Mungkinkah perkahwinan ku dengan Harraz akan berhujung penceraian juga? Aku sudah kepikiran sendiri. Jika betullah suatu hari nanti, Farah akan tinggalkan Harraz.. adakah aku juga akan turut sama tinggalkan dia?

Yalah, perkahwinan kami ni wujud pun bersebab. Jika Farah sudah bercerai, kontrak aku menjadi isteri Harraz juga akan habis.

Cuma.. sekarang, keadaannya sudah berbeza. Aku taknak lagi bekerja untuk Farah. Aku taknak lagi terbabit dengan kisah cinta mereka. Hmm.. jadi, boleh aje aku keluar dari sini.

Bibirku ketap kejap. Mataku sudah pegun merenung roti bakar yang baru aku cicip separuh. Tiba-tiba pula, selera makanku mati apabila terfikirkan semua tentang Harraz.

Huh! Tapi, kenapa.. berat untuk hati aku tinggalkan Harraz?

Mungkin ke.. hati aku dah pun terpaut padanya? Hati Aulia Arisya yang kononnya kalis cinta akhirnya ditembus oleh sosok lelaki bernama Harraz?

Huh! Aneh.

"Okay sayang, esok I akan cuba kosongkan jadual I. See you babe. Muah!" ucapku dengan nada manja gemersiknya.

Di sebelah, Hannan sudah tayang muka tak berkenannya. Sambil dia buat muka toya nya lalu milo panas yang terisi dalam mug Avengers nya dihirup perlahan. Perhatiannya pula kini sudah teralih ke kaca tv.

Malas nak melayan gedik aku bila bersembang dengan lelaki.

Usai menamatkan panggilan, keluhan malasku terlepas. Telefon pintar yang tadi nya aku genggam, aku campakkan ke sebelah. Muka yang tadi mesra automatik berubah sebal.

"Hisyh! Tak sukalah si Farish ni! Tak sah kalau tiap hari ajak aku keluar. Dia fikir aku ni tak ada masa peribadi ke, hah?!" leterku sendirian.

Rambut panjangku yang lepas, aku ikat sanggul. Panas. Walaupun air-cond di rumah ku terpasang kuat, namun ianya masih tak cukup nak menyejukkan panas hatiku pada insan bernama lelaki.

Hannan di sebelah sekadar mencebik. "Kau yang cari fasal. Berkenan sangat dengan job kau itu. Huh.. salah sendiri." ungkitnya. Mata nya langsung tak pandang aku. Agak selamba.

Aku pula di sisi terus kalihkan pandangan ku ke sebelah. Kesal pula aku bila dengar Hannan kata begitu.

Huh? Cara dia bercakap macam job Miss Heartbreaker aku ni teruk sangat. Hello?! Job aku ni kira mulia tau. Niat aku ni ikhlas nak membantu para wanita yang menjadi mangsa lelaki tak guna kat luar sana.

Bukankah itu murni?

"Kau ni kenapa? Saja cari fasal lagilah itu." tebikku dalam nada sebal.

"Bukan cari fasal. Hmm, aku ni kawan kau. Sebagai kawan, salah kau itu aku kena tegur. Apa yang aku cuma nak pesan kat kau. Dah-dahlah itu dengan watak Miss Heartbreaker kau itu. Tak ada manfaat nya. Bagi aku, kau saja tempah maut aje dengan watak itu." ujar Hannan memberi nasihat.

Tak melekat di jiwa, aku pusingkan bola mata ku kerana tak menyokong. Hannan ni memang dari dulu lagi tak menyokong aku. Bagi dia, apa yang aku buat semua nya tak betul. Huh?! Habis itu, apa aje yang betul?

"Suka hati kaulah Nan. Apa yang aku tahu, apa yang aku niatkan itu betul."

"Niat kau tak betullah. Kau buat semua ni sebab kau dendam dengan si Haris, crush lama kau itu kan? Sebab itulah kau jadi Miss Heartbreaker, sebab dendam kau pada dia masih tak terbalas. Betul tak?" duga Hannan bersahaja.

Tergamam aku dibuatnya saat nama Haris tiba-tiba saja diungkit. Sudah lama rasa nya nama mamat tak guna itu meyapa halwa telingaku. Kali terakhir aku dengar nama dia, masa zaman sekolah dulu.

Itupun lepas aku bangun dari komaku yang panjang dan dengar cerita yang lelaki itu sudah digantung sekolah akibat perbuatan nya kerana membuli aku.

Hmm.. dalam diam, aku tak menafikan tebakan Hannan itu. Semuanya berpunca daripada kisah silamku yang sedikit kelam. Kerana hal itu, aku mulai ragu pada cinta seorang lelaki.

Masih aku ingat lagi bagaimana reaksi para lelaki saat melihat penampilanku yang berubah dari budak gemuk yang hodoh kepada si kurus yang menawan. Semua mata tak beralih malah masing-masing sanggup dekati aku.

Lelaki. Hatinya mahu yang cantik saja. Langsung dia tak sedar, dia itu pun tak adalah berupa mana.

"Dahlah, Nan. Kau ni merepeklah. Lagipun, aku malas nak bergaduh dengan kau. Kalau boleh, aku nak minta kau diam aje. Please. " rayuku beralah. Malaslah nak panjang kan masalah.

Kosong. Perhatianku, aku suakan ke televisyen semula. Filem 'Fast and Furious' yang bertayang aku tonton dengan minat yang terpaksa. Malam ini, tak ada feel lah nak layan movie.

Hanan untuk seketika, dia senyap. Namun, tak sampai seminit, dia kembali bersuara. Kali ini, pandangannya beralih ke sisi wajahku.

"Aku selalu tertanya satu benda. Kau ni.. tak pernah ke ada feel dengan mangsa kau sendiri? Ke.. memang hati Miss Heartbreaker kau itu dah memang tercipta kalis cinta?"

Tidak.

Aku sudah geleng kepala. Pelipis kepalaku, aku urut perlahan sambil mataku pejam rapat. Tak. Hati aku yang kononnya utuh, kini sudah dibedil kerana seorang lelaki. Dan, lelaki itu kini sudah menjadi suamiku.

Berat. Namun terpaksa aku akui semua itu. Sehebat manapun aku menidakkan hakikat itu, aku tak boleh tipu perasaan aku. Ya, aku cintakan dia. Aku cintakan Tengku Harraz Naufal.

Aku cemburu bila lihat dia bermesra dengan Farah. Hati aku terluka bila mulut nya terbuka untuk terus menghina dan mencela aku dan sungguh, hati aku berbunga bila lihat dia dekat dengan aku dan layan aku dengan baik.

Cukupkah untuk aku labelkan semua itu hadir kerana cinta?

"I.."

Kerana terlalu leka melayan perasaan sendiri, aku langsung tak sedar kelibat Farah dan Harraz menuruni tangga. Harraz yang segak mengenakan kemeja kerja nya aku pandang sejenak.

Lirih. Mataku sempat merakam detik di mana Farah merangkul lengan Harraz namun cepat saja gadis itu alihkan tatkala melihat aku ada di meja makan. Dia berubah tak keruan.

Pandanganku yang tadi segar, terus saja layu. Perlahan, aku tatap wajah Harraz. Tanpa aku sedari, mata Harraz bersatu dengan mataku.

Kami saling berpandangan. Dia juga bagai kan terkunci memandang aku.

"Tengku.." seruku.

Dia tak menyahut. Bibirnya diketap.

Farah disebelah Harraz sudah pasang telinga. Dahinya berkerut menantikan ayatku yang seterusnya.

"..tolong ceraikan saya.."
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro