MHB 38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Apa yang cuba cik Aulia buat sekarang? Huh, kenapa baru sekarang cik Aulia nak buat perangai?" bertubi-tubi soalannya dihambur.

Tubuhku dikuncinya ke dinding. Dapat aku lihat rautnya yang bercampur baur. Ada risau, ada marah dan tak lupa juga takut. Yurp, semua perasaan negatif itu kini menghurung jiwa gadis itu.

Aku memegang tangannya yang mengunci lenganku, lalu aku lepas kasar. Wajahnya aku renung dengan raut tanpa emosi. Sungguh, wajahku menggambarkan emosi ku kini.

Yurp, kosong.

"...tolong ceraikan saya.."

Terkedu Farah dibuatnya saat aku lontarkan permintaanku yang satu itu. Harraz pula sudah berkerut dahinya. Pandangannya berubah hairan melihat tingkahku yang tiba-tiba saja pagi itu.

Tak ada angin, tak ada hujan.. tiba-tiba saja aku mahukan lafaz cerai daripadanya. Hmm, mana tak peliknya kan?

"Apa yang kau merepekkan ni?" soalnya senada. Masih pandangannya tak beralih dari menatapku.

Aku ketap bibir. Gentar. Akhirnya, aku tundukkan kepalaku menekur ke lantai. Perasaan aku. Kenapa ianya begitu pedih?

"Saya tak merepek. Saya nak Tengku cerai kan saya. Itu saja." ulangku untuk kedua kalinya. Tercalit getaran pada keseluruhan ayatku itu.

Hatiku menanggung sebak ketika ini.

Harraz senyap untuk kesekian kalinya. Lama dia belek aku sebelum keluhannya terlepas. Segera dia alihkan pandangannya ke arah Farah.

Tangan gadis itu digenggamnya dan spontan, Farah yang masih terpinga mengucup tangan Harraz lembut. Tanpa mempedulikan aku, Harraz pergi meninggalkan aku terkial-kial seorang diri.

"Aku tahu kau terseksa dengan perkahwinan ni jadi, aku akan terus pegang kau." lafaz lelaki itu sebelum pergi.

Kelu juga lidah aku tatkala mendengar apa yang Harraz katakan itu. Jadi, selama ini.. dia terus pegang aku sebagai isteri sebab dia tahu aku terseksa. Kejam!

Kenapa dia sangat kejam pada aku?

"Saya taknak lagi jadi barang mainan puan dan Tengku. Saya manusia dan saya ada pilihan saya sendiri." pangkasku dengan tegas. Wajahku yang sedikit berpendirian itu, aku tayangkan.

Farah ketap bibir. Dipandangnya aku dengan dahi berkerut sebelum wajahnya berubah tenang. Depan aku, dia berpeluk tubuh.

"Cik Aulia ingat senang untuk saya lepaskan cik macam itu aje? Bila cik Aulia dah terlibat dengan kes saya, cik Aulia kena habiskan juga tak kira apa pun jadi." berkeras, dia masih mahu kekalkan 'permainannya' itu.

Aku sudah berdecit sinis. Sempat jelingan sindir aku bagi. "Puan nak cuba ugut saya?"

"Bukan ugut cuma nak beri peringatan. Harap cik Aulia tak lupa yang duit bayaran untuk job ni, saya dah bank in kan ke akaun bank cik. Saya rasa duit itu pun cik dah gunakan. Betul tak?" tebiknya cuba untuk menjeratku.

Bila melihatkan keyakinannya itu, aku pula disapa rasa lucu. Yakinnya kamu, Farah. Dia fikir aku ni hamak sangat ke dengan duit nya itu.

"Fine. Kalau fasal bayaran, saya boleh pulangkan. Untuk pengetahuan puan, saya masih tak gunakan sesen pun duit puan itu. Jadi, kira deal lah untuk saya keluar daripada permainan yang puan ciptakan ni kan?"

Hah?! Dia fikir dia licik tapi dia tak tahu, aku ni bukannya jenis celah gigi. Kalau dia rasa dia dapat kalahkan aku, lebih baik dia fikir kan perkara itu semula.

Kaku Farah di hadapannya. Matanya terbelalak luas. Muka yang tadi tampak sinis, berubah kendur.

Dan, hal itu sedikit sebanyak membuatkan aku rasa lega. Jelas, kemenangan berpihak pada aku.

Lama gadis itu diam sebelum kembali dia tarik senyum. Mukanya itu jelas akur.

"Pandai cik Aulia main tarik tali dengan saya. Fine, fasal bayaran itu.. cik Aulia menang." tuturnya dalam nada bersahaja.

Aku berkerut dahi. Agak tak senang mendengar rentak nadanya itu. Lain macam bunyinya. "Jadi?"

Dia tarik sengih. Setapak langkahnya maju mendekati aku, sekaligus mendekat kan jurang jarak antara kami berdua. Pandangan yang disuanya pada aku kini tampak lebih sinis.

"Cuma saya nak pesan satu aje. Kalau cik Aulia taknak hilang adik cik Aulia, lebih baik cik Aulia fikirkan semula keputusan cik Aulia itu. Hmm.. jangan salahkan saya kalau ada apa-apa jadi pada adik perempuan cik itu." tenang dia mengugutku.

Buntang mataku saat sebutan adik itu meniti keluar dari mulut gadis itu. Perasaan bimbangku sudah menguasai.

Tak guna! Apalagi helah dia ni?
...
Segala kerjanya jadi haru bila fikirannya langsung tak beri kerjasama. Bila hadap komputer, peristiwa itu akan menghantui.. bila belek fail, lafaz cerai yang dipinta pula bagaikan berulang. Harraz sudah kusut.

"..tolong, ceraikan saya.."

Yurp, barisan ayat itu buatkan Harraz seakan-akan dihantui.

Entah angin apa yang merasuk gadis itu, tiba-tiba saja minta diceraikan. Mana Harraz tak hairan? Sudahlah pagi tadi, mood dia nak bekerja baik saja tapi lepas dengar permintaan gadis itu, langsung moodnya merundum secara mendadak.

"Apalah yang kau nak kisah sangat Raz? Lagipun, kau dengan dia pun tak sehaluan kan? Baik kalau kau lepaskan aje dia." Harraz sudah berbicara sendiri.

Kerusi yang tadi menghadap meja kerja, dipusingkan ke arah jendela. Langit biru yang terbentang di luar, sedikit sebanyak mengubat ketidakkeruannya itu. Yurp, dalam kes meditasi.. rawatan semulajadi terkadang menjadi pengubat yang bagus.

"Aku tahu kau terseksa dengan perkahwinan ni jadi, aku akan terus pegang kau."

Bila teringatkan ayatnya itu, Harraz mampu geleng kepala. Turut dia akui kenyataan yang dia lemparkan pada gadis itu sedikit kejam. Entah kenapa, dia boleh terfikir untuk susun ayat macam itu.

Haih, pasti gadis itu sudah fikir macam- macam. Harraz sudah kepikiran sendiri.

Leka termenung, Harraz alihkan perhatian nya ke arah interkom yang elok terletak atas mejanya. Rasanya, baru tadi dia nampak Aulia di mejanya. Patut ke..

Harraz sudah mencanang idea. Tak selesa. Sungguh, dia tak selesa dengan perasaan nya kini. Seakan bersalah.

Pelik bukan?

"Patut ke aku panggil dia masuk? Erm.. lepas tu? Kau nak buat apa kalau dah panggil dia? Huh, Raz? Nak maki dia pula ke?" berduyun-duyun pertanyaan itu diaju kan pada diri.

Haih, dia sendiri tak ada jawapan untuk persoalannya itu.

Lama Harraz merenung interkom tersebut sebelum keluhannya terlepas. Dengan teragak-agaknya, tangannya cuba meraih gagang interkom tersebut.

Belum sempat dia nak pegang, telinganya menangkap ketukan dari luar pintu pejabatnya. Segera dia tarik tangannya semula lalu dialih menyapu dagunya yang bebas jambang itu. Coverline terbaik setakat ini.

Tanpa pamitan, aku memasuki pejabat. Wajahku yang selamba itu menarik perhatian Harraz. Gelagat yang aku pamerkan itu seperti tiada masalah yang berlaku antara aku dan Harraz.

"Tengku.." seruku sambil menunduk hormat.

Harraz di hadapanku sudah telan liur. Telepati apakah ini? Belum panggil, orang nya sampai. Phuh!

"Apa kau nak masuk pejabat aku ni? Tak bagi salam pula itu." selorohnya sedikit kasar.

Aku ketap bibir. Haih, mamat ni. Tak habis- habis nak marah aku, sebalku dalam hati. Dia fikir aku ni hidup semata nak hadap marah dia itu aje ke?

"Maafkan saya, Tengku. Lain kali, saya cuba betulkan silap saya." ucapku dalam nada akur.

Sedari tadi, langsung mataku tak menatap wajah Harraz. Mata aku ni lebih banyak pandang lantai daripada pandang muka lelaki itu. Hmm.. nak buat macam mana, lantai aje dalam pejabat ini tak buat aku kesal.

Harraz pula yang masih duduk di mejanya pandang aku semacam. Sesekali dialih kan tatapannya ke wajahku. Dia cuba untuk membaca garis wajahku namun tak mampu. Dia bukannya pak nujum yang dapat meramal seseorang.

Dia cuma lelaki biasa.

"Hmm.. bagus. Erm, apa berita yang kau nak sampaikan pada aku ni?" soal lelaki itu dalam nada spontan. Masih ada garang nya di situ.

Aku angguk kecil. Terus, langkahku atur mendekati meja Harraz lalu fail yang sedari tadi berada dalam peganganku, aku letakkan ke atas mejanya.

Harraz yang melihat tingkahku itu terus saja berkerut dahi. Namun, masih tangan nya menyeret fail yang aku berikan itu, lalu dibukanya.

"Setiausaha Encik Luqman baru saja call saya tadi dan dia inform yang Encik Luqman akan batalkan kerjasama untuk projek baru Tengku. Ini semua fail dan dokumen bagi penarikan diri Encik Luqman dari projek itu." cermat, aku sampaikan berita itu kepada Harraz.

Lelaki itu nampak terkejut saat khabar itu sampai ke telinganya. Terus saja dia alih kan perhatiannya pada aku. Dahinya berkerut.

"Dia ada bagitahu punca dia tarik diri?" soal Harraz mahu tahu. Kali ini, rautnya berubah tegang.

Aku sekadar geleng kepala. "Tak, Tengku. Dia tak beritahu puncanya." sahutku masih tak berani pandang Harraz.

Bersembang apalah itu kalau tak pandang mata? Aneh tapi wujud. Akulah buktinya.

Harraz membisu untuk seketika. Fail yang berada dalam tangannya dibelek lalu ditutup. Nafasnya ditarik dalam.

"Minta setiausaha Luqman untuk deal kan meeting tertutup dengan aku. Kalau boleh, dalam minggu ni juga aku nak semua ini selesai. Faham?" pinta Harraz.

Akur. Aku menurut arahan.
...




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro