MHB 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Awal-awal pagi lagi, aku sudah berangkat untuk kembali ke KL semula menaiki kereta Myvi ku. Sempatlah juga aku ajak Dahlia untuk ikut serta denganku namun gadis itu menolak. Katanya, buat sementara waktu ini.. dia mahu bersendirian di rumah ibu.

Aku faham.. dia pasti perlukan ruang untuk bersendiri. Walaupun, Dahlia tak menangis semasa jasad ibu dikebumikan namun aku tahu.. jauh dilubuk hatinya yang paling dalam, pasti dia terkesan dengan kehilangan ibu juga.

Antara kami berdua, dialah yang paling lama bersama ibu. Sudah hampir 19 tahun, dia membesar dengan ibu jadi kehilangan ibu pastinya menjadi tamparan hebat buat adikku yang seorang itu. Yurp, aku akui Dahlia lebih tabah berbanding aku.

Kereta Myvi yang aku pandu, aku parkir kan ke dalam halaman rumah teresku. Keluar saja dari perut kereta, mataku menangkap sosok Hannan yang sudah tercongol di muka pintu.

Mungkin, bunyi bising enjin keretaku membuatkan dia sedar akan kehadiran ku pagi itu.

"Kau pergi mana ni, Lia? Nak dekat dua minggu, kau tak ada kat rumah. Risau aku kau tahu tak? Call tak angkat." leter Hannan sudah bercekak pinggang.

Aku pandang dia dengan perasaan pilu. Tak semena, aku dakap Hannan erat. Semahu nya aku menangis di bahu temanku itu. Aku nak lepaskan segala kekusutan yang berada dalam jiwaku ketika ini.

Yurp, hanya Hannan saja yang faham aku.

"Nan, ibu aku meninggal Nan." luahku diselangi sedu-sedan.

Terpana gadis itu dibuatnya. Sungguh, dia tak menyangka akan berita yang didengari nya itu.

Hannan merupakan kawan aku yang boleh tahan rapat dengan arwah ibu. Kalau aku pergi mana-mana, ibu mesti suruh aku bertemankan Hannan. Kalau bukan Hannan, ibu takkan percaya.

"Innalilahwainnaillahirojiun. Sabar Lia." pujuknya sambil mengurut belakang ku.

Dibiarkan aku terus menangis di dadanya sambil Hannan pula takpun sesekali mengeluh penat untuk cuba menenangkan aku.
...
Bagasi pakaianku yang penuh dengan pakaian, aku bawa berhati-hati menuruni tangga. Di bawah Hannan perhatikan saja aku. Haih, bukannya tolong aku.

Direnung saja aku yang sedang kepayahan membawa beg ke bawah. Hmm..

Jerih juga aku dibuatnya setelah beg tersebut, aku berjaya bawa ke bawah. Sempat aku kerling ke luar rumah, risau kalau lelaki bernama Harraz itu sudah tiba di depan pintu.

Setelah memastikan bayangnya masih tiada, aku atur langkahku menuju ke  sofa. Tubuhku yang keletihan aku hempas manakala Hannan pula masih melirik ke arahku.

"Kau cakap kau nak sambung apa yang kau cerita lepas kemas barang kan? Ceritalah." tutur Hannan mahu tahu.

Aku keluh berat sebelum pandangan ku alihkan memandangnya di hadapan. Wajah sangsi dan ingin tahunya itu jelas kelihatan. Tak boleh nak diselindung.

Pasti dia ingin tahu fasal kisah perkahwinan aku dan Harraz. Yurp, usai saja aku cerita fasal ibu.. aku beritahu Hannan yang aku juga sudahpun berkahwin semalam. Makin gamak terkejut sahabat aku itu.

Huh, nasib baik tak lemah jantung si Hannan itu.

"Tak payahlah. Cukuplah kalau kau tahu yang aku dah berkahwin." beritahuku dengan riak selamba.

Hannan sudah tayang muka cerutnya. Memuncung bibirnya sedepa kerana tak puas hati dengan balasan yang aku beri.

"Kau dah janji dah tadi yang kau nak ceritakan? Now, ceritalah. Aku nak dengar ni." desaknya sudah beralih tempat di sebelahku.

Muka berianya itu buat aku rasa bersalah. Kalau diceritakan, pasti ada saja pertanyaan yang dia akan aju.. tapi kalau tidak diceritakan, mau sampai ke esok mulutnya begitu. Aku sudah berbelah bahagi.

Lama aku berfikiran sebelum keluhanku terlepas. Wajahnya aku pandang. "Isteri dia perangkap aku dengan dia. Dia tak tahu pun fasal ni. Kalau kau nak tahu Farah itu yang minta Harraz ambil aku jadi bini dia." jelasku pendek.

Hannan sudah jongket kening. Dari muka pun, aku dapat baca yang dia dah ada ura-ura nak bertanya.

"Perangkap macam mana itu?" soalnya ingin tahu.

Aku ketap bibir namun masih pandangan ku melekap padanya. Serba salah aku nak ceritakan tentang rancangan busuk Farah itu.

"Fine. Aku cerita tapi kau kena janji. Lepas aje aku jawab soalan kau itu.. kau dah tak boleh tanya soalan lain lagi. Faham?" aku sudah buat perjanjian dengan Hannan.

Laju dia angguk kepala. Bersungguh benar lagaknya itu mahu tahu.

"Yurp, aku janji." ucapnya sambil mengangkat ikrar.

Akur. Aku mula buka cerita. "Farah minta aku untuk masuk bilik hotel dia dengan Harraz. Aku ikut sebab dia cakap dia akan bayar lebih kalau aku buat apa yang dia suruh. Dia cakap cuma dia aje yang akan acah-acah tuduh Harraz curang tapi dia kenakan aku. Dia lapor benda itu pada Jabatan Agama Islam kat sana dan.. dia minta aku kahwin dengan Harraz." penerangan ku buatkan Hannan kelu.

Aku nampak raut kesalnya bertayang. Pasti dia kecewa apabila dengar cerita yang aku sampaikan itu. Aku pun.. kecewa juga dengan apa yang aku buat.

"Kau buat apa dengan duit itu?"

Aku keluh perlahan. Pandanganku sudah menunduk ke bawah. "Aku.. aku ingat nak guna duit itu untuk bayar bil pembedahan ibu aku tapi nampaknya, belum sempat aku nak buat.. ibu aku pergi dulu." jawabku sudah sebak.

Hannan mengeluh lemah. Belakang badanku diurutnya perlahan apabila melihat wajah kusamku sudah bertayang.

"Lia, kau tahukan yang niat tak menghalal kan cara. Mungkin ada hikmah kenapa Tuhan ambil ibu kau dulu. Mungkin Tuhan taknak kau gunakan duit itu untuk sembuh kan ibu kau." ujarnya.

Bila Hannan kata begitu. Spontan air mataku meleleh. Tak mampu aku untuk menidakkan kebenaran itu. Yurp, duit aku itu benar-benar duit yang tak layak untuk aku gunakan sebagai darah daging ibu. Ibu terlalu baik untuk makan duit aku itu.

"Aku rasa bersalah pada ibu aku, Nan. Kalaulah dia masih hidup, mesti dia kecewa aku jadi macam ini." esakku masih menangis.

Hannan hanya mampu diam namun tangannya tak henti-henti mengusap belakangku.  Tak semena, tubuhku ditarik nya untuk berada dalam dakapannya.

"Sudahlah itu, Lia. Aku tahu kau dah sedar apa yang kau buat ni salah. Lepas ini, aku harap kau boleh ambil ikhtibar daripada apa yang jadi ini. Tak elok kalau kau terus menerus sakitkan perasaan orang." pesan Hannan sambil jemarinya mengusap ubun rambutku.

Aku mengangguk perlahan dan masih.. aku teruskan tangisanku.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro