BAB 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lagu bergenre romantik 'Bukan Cinta' dendangan Amilia berkumandang di corong radio. Yurp, agak janggal apabila lagu itu mulai terpasang dan mengisi ruang sepi antara kami berdua.

Sudah hampir lima belas minit perjalanan, dan.. kami masing-masing tak bersuara. Harraz di tempat pemandu pilih untuk membisu dan aku di tempat penumpang hadapan juga membisu. Kerana hal itu, aku pilih untuk menikmati suasana luar jendela.

Kurang sedikit rasa kejanggalan ku apabila tak memandang wajah lelaki itu. Lagipun, aku yakin.. dia juga tak mahu hadap wajah aku.

Apa yang dia katakan semalam sewaktu di bilik aku juga menjadi punca untuk aku terus berdiam diri. Dia cukup membuktikan pada aku bahawa perkahwinan ini bukan nya tiket untuk aku merapat dengannya.

Jadi, aku sebagai seorang perempuan yang tidak disukainya itu perlu belajar untuk terima hakikat itu.

"Nanti kalau dah sampai rumah parents aku, kau tunjuk perangai elok sikit. Kurang kan sikit perangai gedik manja kau dengan aku." sapaan suaranya itu berjaya menarik perhatianku untuk memandangnya.

Rumah parents dia? Aku sudah kerut dahi. Setahu aku, semalam dia beritahu aku yang dia nak bawa aku pulang ke rumah dia dan Farah tapi hari ini, tukar plans tiba-tiba ni kenapa?

"Kenapa rumah parent Tengku pula? Bukan semalam Tengku.." ayat aku tergantung, apabila dia memangkas.

Tanpa memandang aku di sisi, dia mencelah. "Parents aku tahu yang aku nikah dengan kau semalam. Diorang nak jumpa kau." tegas dia berbicara.

Meremang bulu roma aku bila Harraz kata kedua ibubapanya mahu bertemu aku. Hmm.. apa agaknya sebab yang buatkan parent lelaki itu mahu bertemu dengan aku?

Mungkin ke.. dia nak tahu muka perempuan yang dah berjaya buatkan anaknya terperangkap, hatiku menduga.

Seketika, aku diam. Pandanganku tundukkan ke bawah sambil otakku aku kerah untuk menyusun ayat seterusnya.

"Jadi, parent Tengku tahulah yang Tengku dengan saya.." sekali lagi, dia mencelah. Seakan tahu satu persatu soalan yang bakal aku aju.

"Diorang tak tahu fasal itu. Aku beritahu diorang yang aku kahwin dengan kau sebab Farah yang izinkan. Ini semua atas permintaan Farah sendiri sebab dia taknak burukkan nama kau depan parent aku." di hujung ayatnya kedengaran lirih.

Aku ketap bibir. Sempat aku lihat, raut kesalnya bertayang. Mungkin dia sedih kerana isterinya masih meragui kesetiaan nya.

Yurp, bagi aku Farah memang seorang perempuan yang bodoh. Untuk pertama kalinya, aku mengenali lelaki yang setia. Seberapa hebat pun aku menggoda dia, aku tahu hatinya tetap memilih perempuan itu. Huh, kenapa Farah tak nampak semua itu?

Kalau akulah yang berada di tempat Farah, aku akan hargai Harraz. Aku jamin yang kebahagiaan rumahtangga kami akan berkekalan namun.. sayangnya, aku bukan Farah. Bagi Harraz, aku tak ubah seperti bencana dalam rumahtangganya dengan gadis itu.

"Dekat rumah parents aku nanti, panggil aku abang.. jangan Tengku." pesannya setelah keheningan mengisi ruang kami sejenak.

Akur. Aku angguk tanda mengerti pada perintahnya.

Abang?
...
Perkarangan rumah villa tiga tingkat itu berjaya dimasuki oleh kereta Audi yang dipandu Harraz. Aku yang memerhati rumah mewah itu sudah tercengang kerana teruja.

Mana tidaknya, dari jauh lagi aku nampak rumah bak istana itu dan sungguh aku tak sangka, rumah itu adalah rumah kepunyaan keluarga Harraz. Huh, nampak nya kekayaan dia bukannya kekayaan yang biasa-biasa.

Apabila Harraz mematikan enjin keretanya, aku lihat di muka pintu rumah tersebut. Terlihat sosok seorang wanita yang menanti dengan senyuman. Seakan, kehadiran kamilah yang dinantinya.

Agak kekok. Aku melangkah juga keluar dari perut kereta Harraz tapi bukan terus ke arah wanita itu melainkan menuruti Harraz yang bergerak ke bonet kereta. Harraz yang mengerti apa yang aku rasakan, sekadar membiar aku di sisinya.

Bagasiku yang berisi pakaian dikeluarnya lalu dibawa. Sempatlah juga aku bertelagah kecil dengannya tentang siapa yang sepatut nya bawa beg itu.

Beralah. Aku membiarkan Harraz yang bawa beg aku lalu perlahan, dibawanya aku mendekati sosok wanita itu. Aku akui wanita itu memang sangat cantik dan manis. Senyumannya itu yang menawan.. serupa benar dengan senyuman Harraz.

"Kamu mesti Aulia Arisya kan?!" terujanya sudah menyambar lenganku seusai aku berhenti di hadapannya. Nampak ikhlas keterujaannya itu.

Harraz disebelahku ukir sengih pendek. Sempat dikerlingnya aku untuk memberi amaran agar tidak terlalu kekok dengan mamanya itu.

"Cantik betullah dia ni, Raz. Lagi lawa daripada Farah." puji wanita itu sudah mulai membandingkan aku dengan Farah.

Tergamam aku bila wanita itu dengan beraninya membezakan aku dengan Farah di hadapan Harraz. Wanita ini tak tahu ke yang anak terunanya itu cinta mati pada menantu pertamanya itu?

"Erm..y-ya ma. Erm, papa mana?" soal Harraz apabila merasakan tidak selesa untuk membahaskan perkara perbandingan itu.

"Dia ada hal katanya. Mungkin malam ini, baru ada kat rumah. Bagus juga kamu dengan Aulia datang ni, bolehlah teman mama." seloroh wanita itu masih leka memegang lenganku.

Dia kelihatan suka benar pandang aku. Senyumannya tak henti-henti meleret menunjukkan betapa terujanya dia berkenalan denganku.

"Ha, Lia. Jom masuk. Kita sembang- sembang kat dalam ya." pinta wanita itu.

Tanpa menunggu keputusanku terlebih dahulu, langsung saja wanita itu menarik lenganku. Teranjak langkahku menuruti wanita itu.

Harraz yang melihat tingkah aku dan mama nya sekadar menggeleng kepala.
...
"Dah berapa lama kamu kenal dengan Raz, Lia?" soal Tengku Wana mahu tahu. Tangan nya sibuk membasuh sayur hijau namun mood membawangnya masih on.

Aku yang ketika itu membantunya membasuh perkakas dapur sekadar tarik sengih. Senang hati aku apabila mengetahui Tengku Wana baik dengan ku. Aku ingatkan dia akan tidak menyukai ku memandangkan semalam, dia tidak hadir ke majlis pernikahan aku dan Harraz.

Namun, sangkaan aku itu meleset sama sekali. Dia ada beritahu aku yang dia tak dapat hadir ke majlis kami semalam kerana dia berada hampir seminggu di Pulau Pinang dan malam semalam baru pulang. Jadi, tak ada apa yang perlu aku ambil hati.

"Erm, baru aje auntie." sahutku.

Wanita itu terus saja menampar lenganku lembut seusai aku membalas begitu. Merengeklah juga aku dengan tingkah nya itu.

"Janganlah auntie. Panggillah mama. Kamu ni pun, Aulia.." seloroh wanita itu.

Aku hanya mampu tersengih bila dia kata begitu. Boleh tahan lucu juga perangai Tengku Wana ni.

"Maaf, ma." ucapku masih menyeringai di bibir.

"Tak apa. Lia kena biasakan panggil mama. Kamu kan isteri Raz, jadi kiranya kamu itu anak mama."ujar wanita itu.

Bila Tengku Wana kata begitu, spontan rasa terharuku terbit. Agak sebaknya apabila mengenangkan masih ada lagi manusia yang bersifat baik seperti Tengku Wana.

Akur aku mengangguk. Kembali, aku menyambung kerjaku semula.

Namun tak lama selepas itu, aku terdengar keluhan wanita itu meniti. Jelas berat rentaknya.

"Dah lama rasanya Raz pulang ke rumah sejak dia berkahwin dengan Farah. Kalau balik pun tak boleh lama."luahan Tengku Wana itu berjaya mengalih perhatianku kepadanya.

Berkerut dahi aku apabila wanita itu katakan begitu.

"Kenapa.. mama cakap macam itu?"

Dia lirik aku dengan senyum tipisnya. "Mama sebenarnya tak suka bila Raz buat keputusan ambil Farah jadi isteri dia sebab mama tahu yang Farah tak ikhlas cintakan Raz. Tiga tahun, mama biarkan diorang bersama dan sampai sekarang kami langsung tak menimang cucu daripada Raz."

Kata-kata Tengku Wana berjaya buatkan aku kelu lidah. Wanita itu tak suka Harraz bersama Farah? Aku sudah kerut dahi.

Sedang leka aku melayan perasaan, aku merasakan tangan Tengku Wana erat menggenggam pergelangan tanganku. Seakan tidak mahu lepaskan.

"Mama harap sangat kamu dan Raz segera berikan kami cucu. Raz perlukan keturunan untuk menyambung legasinya untuk pimpin syarikat itu." ujar wanita itu dalam berharap.

Aku hanya mampu diam. Nak membantah tak boleh, nak mengiakan pun aku tak berani.

Layak ke aku nak mengandungkan anak Harraz untuk memimpin syarikat itu? Huh, nak tidur sekatil pun dia tak mahu.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro