MHB 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seusai membantu Tengku Wana di dapur, aku menyusun langkah menuju ke bilik aku dan Harraz yang berada di tingkat dua. Sambil berjalan itu, sempat aku lirikkan mataku ke sekita rumah itu.

Sungguh, aku tak sangka yang aku akan menjejakkan kaki ke dalam rumah mewah ini. Dekorasinya tampak mahal dan juga ekskusif. Paling buatkan aku suka itu apabila melihat ruang tamunya yang berkonsepkan temporari tapi tak begitu serabut dengan perabot. Nampak minimal. I like it!

Menapak saja kakiku ke tingkat dua, sekali lagi aku terpegun. Nak-nak lagi apabila mataku menangkap gambar keluarga Hareaz yang tersusun di suatu ruang. Hampir kesemuanya adalah gambar Harraz dan ibu bapanya.

Sempat aku menjengah ruang itu. Satu persatu gambar yang tergantung aku belek. Senyumanku meniti tatkala mataku ini berpeluang melihat gambar Harraz semasa kecil. Comel saja dengan mata bulatnya itu.

Kemudian, pandanganku beralih pula ke arah gambar Harraz ketika remaja. Yurp, kali ini aku ambil tiga kali belek untuk tatap gambar nya. Sejak zaman sekolah lagi, kekacakannya itu sudah terserlah.

Ada iras-iras playboy juga gayanya itu. Rambut tebalnya itu yang paling memikat hati. Haih.. aum!

Setelah itu, perhatianku beralih ke arah gambar nya semasa graduate. Okay, kali ini kekacakannya berlipat-lipat kali ganda. Senyumannya yang terukir di gambar cukup buatkan mata aku menumpu ke bibirnya.

Cuma.. apa yang aku perasan di sini. Tak ada satu pun gambar Farah yang tergantung. Gambar perkahwinan Farah dan Harraz juga tiada. Aku sudah berteka-teki sendiri.

Mungkin benarlah kata Tengku Wana.. dia tak suka Farah berkahwin dengan Harraz. Jadi, mungkin kerana itu, dia tak mengabadikan gambar perkahwinan Harraz dan Farah sebagai kenangan untuk keluarga nya.

Kerana tidak mahu terus diulit jawapan yang tidak pasti, aku bergegas saja ke bilik kami. Risau juga aku kalau Harraz perasan aku belek gambarnya itu lama-lama. Nanti, entah apalah yang difikirnya.

Masuk saja ke dalam bilik tidur kami, mataku sekali lagi terpesona dengan kemewahan dekorasi bilik tidur Harraz. Berbeza seperti di ruang tamu utama, bilik Harraz konsepnya lebih kepada moden. Hampir keseluruhan dinding dan perabot nya berwarna kelabu. Lawa.

Sedang leka aku meralit ruang tesebut, mataku terus saja melirik ke arah sosok yang sedang terbaring lena di atas katil. Memandangkan dia baring dengan wajah ku, jadi aku tahu dia memang menikmati tidur petangnya.

Tanpa aku sedar, senyuman nipisku terukir apabila mendapati kecomelannya semasa tidur. Semasa pejam mata pun, ketampanan nya langsung tak pudar, pujiku hanya mampu dalam hati.

Setelah itu perhatianku beralih ke arah bagasiku yang sudah disusun atas wardrobe nya. Nampaknya, semasa aku tolong Tengku Wana di dapur, Harraz kemas barang aku.

Erk?!
Kemas barang aku? Senyuman ku terus saja mati.

Kelu lidah aku sejenak. Barang itu termasuk lah.. erm, pakaian dalam aku kan?

Terus saja, aku memanjangkan langkah menuju ke wardrobenya. Satu persatu pintunya aku buka sehinggalah aku menemui pakaianku yang sudah tergantung dan tersusun kemas.

Kemudian,aku tarik laci almarit tersebut dan aku lihat pakaian dalamku juga tersusun. Sekilas, rasa seganku menyapa. Pipiku juga terasa membahang apabila terbayangkan detik Harraz menyusun pakaian ku itu.

Aih!!
Malunya!!!, ingin saja aku bersorak kuat- kuat ketika itu kerana tak tahan menanggung segan.

Tak semena, aku memusingkan kepalaku ke arah Harraz yang masih diulit mimpi. Aku senyum pendek melihatnya.

"Terima kasihlah, Tengku Harraz.." ucapku ikhlas.

Hanya ketika waktu tidurnya saja aku boleh ucapkan perkataan itu. Walaupun tak dapat jawapan, aku tak kisah.
...
Air pancuran aku biarkan terpasang sambil aku sibuk membersihkan wajahku. Entah kenapa, fikiranku terimbau tentang perbualan Harraz dengan papanya malam tadi.

"Keluarga Farah tahu tidak fasal kamu berkahwin lagi ni?" soal lelaki itu mahu tahu. Berkerut sahaja wajahnya menunjuk kan kesudiannya untuk ambil tahu.

Harraz pandang bawah. Walaupun jarak kami jauh, namun aku dapat rasakan kekesalannya ketika itu.

"Family Farah tak tahu lagi fasal ni. Raz yakin yang family dia akan marah kalau dapat tahu Raz kahwin dengan perempuan lain. Itu.. yang Raz risaukan sekarang ni, pa."  kalut nada lelaki kedengaran.

"Kamu nak risau apanya. Kamu sendiri yang beritahu kami yang Farah izinkan kamu kahwin lagi. Jadi, semua ini bukan salah kamu." ujar lelaki tua itu mahu menegakkan kebenaran.

Harraz seakan tak menyokong pendapat nya. Aku juga sama. Hanya kami berdua saja yang tahu punca kami disatukan. Kalau perkara itu dibeberkan pada parent Harraz , pasti mereka berdua juga akan membenci ku.

Walaupun aku mangsa namun kenyataan nya, di mata semua.. akulah dalang yang memerangkap Harraz. Aku tahu Harraz juga pasti akan kepikiran tentang hal itu.

Kerana tidak mahu terus kepikiran, aku segera membersihkan diriku. Berapa banyak kali pun aku mempersalahkan diri ku, perkara sudahpun terjadi. Jadi, aku tak perlu nak terus bersalah untuk perkara yang sudah terjadi.

Seusai membersihkan diri, aku menyarung kan jubah mandi ke tubuhku. Rambutku yang basah, aku biarkan terlepas dan mengurai. Suka benar aku dengan bau syampu yang aku pinjam dari bilik mandi Harraz ini. Harum.

Dengan penuh yakin dirinya, aku melangkah keluar dari kamar mandi. Namun, disebabkan kakiku yang ketika itu licin.. aku hampir-hampir saja mahu terjatuh. Nak-nak lagi bila ketika itu, Harraz juga turut melintasi di hadapanku.

Baru saja nak jatuh, Harraz terus saja menyambut tubuhku namun disebabkan efek yang agak kuat mendorong kami sama-sama jatuh ke lantai.

Terasa sakit dadaku tatkala berlaga dengan tubuh Harraz. Namun, kesakitan itu hilang serta-merta apabila aku menyedari yang kini tubuhku menindih tubuh Harraz. Makin tak keruan aku apabila jarak wajah kami sangat dekat sampai buatkan hidung kami berlaga.

Aku dan Harraz sama-sama terdiam namun pandanganku masih bertaut.

Aku cuba untuk bangun namun akalku seakan menghalang aku untuk berbuat demikian. Makin memarahkan keadaan apabila perasaan berdebarku langsung tak berikan kerjasama. Masa-masa beginilah dia nak berdagdigdug bagai.

Kencang pula itu. Kalau diubah ke kuasa elektrik, mungkin degupan ku ini mampu menghidupkan sebuah kereta hybrid kot?!

"A-abang.."gugup aku seru panggilannya. Lirih dan perlahan.

Harraz tak menyahut. Masih matanya meliar ke sekitar wajahku. Seakan perhatian nya sudah tergoda melihatku.

Perlahan, aku dapat rasakan tangan kanannya meliar memaut pinggangku sambil tangan kirinya pula naik menyentuh ubun rambutku yang masih basah. Sesekali, diciumnya rambutku yang harum.

"Kau.. pakai syampu aku eiyh?" lembut dia bertanya. Nadanya cukup buatkan aku tak keruan. Ditambah lagi pandangan tajam nya itu.

Huh!! Kenapa kau tak boleh nak mengelak ni Aulia?!

"Y-ya.. A-abang marah?" soalku sedikit resah.

Dia tarik senyum sengetnya. Untuk kesekian kalinya, rambut aku diciumnya lalu tangannya spontan naik meraba pipi ku yang sudah merah membahang.

"Tak.. Aku suka bau ni. Wangi."

Aku dapat rasakan tangan kanannya yang memaut pinggangku sudah mulai nakal menanggalkan bathrobe ku. Dan, yang pelik nya langsung aku tak menghalang.

Aku hanya membiarkan dia buat begitu. Aku biarkan dia sentuh wajah aku, sentuh bibir aku dan kucup.

Malam itu, tanpa sengaja.. aku buatkan Tengku Harraz tersungkur dan memungkiri janjinya untuk tidak menyentuhku.
...





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro