MHB 32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bunyi pekikan burung yang berkicauan pagi itu sedikit sebanyak mengganggu lenaku untuk berterusan. Ditambah lagi dengan samar-samar cahaya yang menerobos melalui jendela kamar, pejam- celik- pejam- celik mataku dibuatnya.

Buka sahaja mata, terus saja wajah Harraz menjadi tatapan. Tak semena, senyuman ku terukir nipis tatkala membayangkan apa yang berlaku semalam. Yurp, layanan Harraz semalam berjaya buatkan aku berasa dihargai oleh lelaki itu.

Jarak kami yang sangat dekat membuatkan aku bisa dengar jelas dengkuran halusnya meniti di celah bibirnya yang terbuka. Jelas keterlenaannya di situ. Comel aje cara tidur nya itu.

Memandangkan matanya masih terpejam, aku gunakan saat itu untuk membelek wajahnya. Wajah yang dalam masa singkat berjaya mencuri hati aku sepenuhnya.

Siapa kata cinta itu mengambil masa berbulan untuk bercambah? Cinta itu sukar untuk ditafsirkan. Kehadirannya juga tak mengikut tempoh yang ditetapkan. Yurp, cinta suatu keajaiban yang semua manusia akan alami. Dan.. aku rasa keajaiban itu kini menyelinap di balik pintu hati aku.

..untuk dia, Harraz.

Aku beranikan tanganku untuk mengusap wajahnya. Dengan berhati-hati, aku sentuh ubunnya dan kemudian pipinya. Kelihatan, Harraz bergerak-gerak sedikit apabila aku buat begitu kepadanya.

Namun, masih aku berdegil untuk menyentuh wajahnya. Entah kenapa, aku boleh seberani itu untuk memegangnya. Salah ke kalau aku nak memegamg wajah suami aku sendiri.

Sedang leka aku mengusap pipi Harraz, aku langsung tak menyedari lelaki itu sudah kecil mencelik matanya. Namun, apabila menyedari wajahku yang kini leka memandangnya, tak semena.. dia menjarakkan diri secara drastik.

Sungguh, perbuatannya itu berjaya buatkan aku terkilan. Berkerut wajahnya memandang aku seakan tak mengetahui punca aku berada di sisinya.

"K-kau.. buat apa kat sini?" soalnya kebingungan. Nadanya sedikit membentak.

Aku bangun dari tubuhku namun mataku masih tak lepas memandangnya. Hairan apabila lihat wajahnya yang tak keruan pagi itu.

"Sa-saya.."

Belum aku menghabiskan bicaraku, aku dengar dengusan kasarnya. Diraup wajahnya kasar. Ada rentak kekesalan pada hembusan nafasnya.

"Bodohnya aku!!! Apa yang aku dah buat ni!!!" naik seoktaf nadanya kerana geram dan marah yang saling bertamu.

Aku yang memerhatinya terhinjut bahu kerana suara besarnya itu. Perasaan takut ku menjelma apabila melihat wajah Harraz yang sudah menyinga.

Dia kelihatan sangat kusut. Gelagatnya seakan dia sudahpun membuat dosa paling besar dalam hidupnya. Mungkin ke.. aku jadi punca dia begitu?

"A-bang, Li-Lia..." baru saja aku mahu memanjangkan tangan, untuk menyentuh bahunya. Harraz terlebih dahulu menepis tanganku. Kasar.

Berkerut wajahnya pandang aku. Tajam tatapannya diusungkan ke arahku.

"Huh! Aku.. taknak.. kau.. panggil.. aku.. dengan.. sebutan.. itu!!! Faham!" satu persatu ayatnya ditekan membuatkan aku jelas terkesima.

Tanpa menunggu balasanku, Harraz terlebih dahulu meninggalkan aku di atas katil. Kamar mandi ditujunya. Sepanjang perjalanan, aku dengar dengusan kekesalan nya.

Aku perhatikan tingkahnya sehingga akhirnya jasad dia menghilang di sebalik pintu. Tak semena, air mata yang sedari tadi aku tahan deras berderai.

Tipulah, kalau aku katakan yang aku tak terluka dengan apa yang dibuatnya tadi. Dia buat reaksi sebalnya seakan bersama denganku adalah suatu kekesalan dan dosa.

"Kenapa..??"
"Kenapa dia buat aku macam itu?"
Berulang kali ayat itu meniti di bibirku. Makin gamak aku menangis apabila kembali terbayangkan reaksi jijiknya itu.

Huh, tak layak ke aku untuk dia sehingga dia buat  aku sampai begitu sekali?
...
Seusai membersihkan diri, aku hayunkan langkah ku menuju ke ruang makan. Di sana, aku terlihat jasad yang lain sudah berkumpul. Namun, gugupku mulai bertandang tatkala terpandangkan wajah dingin Harraz yang sedang menikmati makanan.

"Aulia..!!" sorakan Tengku Wana tatkala melihatku yang mendekati mereka menarik perhatian suaminya juga tapi bukan Harraz.

Baru saja, aku mahu mengambil tempat di sebelahnya, lelaki itu sudah terlebih dulu bangun dari duduknya. Pinggannya yang masih bersisa nasi goreng, dibawanya sekali menuju ke dapur.

Apabila dia buat begitu, tak semena senyumanku yang tadinya meniti terus saja pudar.

Sungguh, apa yang dia lakukan itu berjaya meninggalkan luka dalam hati aku.

Bukan hanya aku saja yang menyedari tingkahnya itu, Tengku Wana juga perasan. Matanya turut sama melirik ke arah jasad anak tunggalnya yang sudah menghilang ke dapur sebelum pandangannya dialih kan ke arahku.

"Kamu bergaduh dengan Raz ke, Lia?" soalan yang diajunya berjaya buatkan aku terkedu.

Laju saja pandanganku lirikkan ke arah wanita itu. Agak terkejut juga apabila Tengku Wana dapat baca suasana tegang antara kami berdua.

Namun, aku pilih untuk menipu. Gelengan kecil aku berikan sambil senyuman nampak gigiku pamerkan. "Tak adalah. Lia okay je dengan Raz. Kenapa ma? Raz.. ada cerita apa-apa ke?" sengaja aku selitkan soalan itu untuk mengetahui apa yang Harraz ceritakan.

Manalah tahukan.

Tengku Wana sekadar menggelengkan kepala. "Itu yang mama pelik itu. Selalunya, pagi inilah dia akan bercerita sakan dengan mama tapi tadi.. mama tanya pun, dia jawab sepatah. Macam tak ada mood je." ujar wanita itu.

Aku yang mendengar hanya mampu mengetap bibir. Kembali perhatianku alihkan ke arah dapur di mana Harraz jejaki. Perasaan serba salahku mulai mencengkam hati walaupun.. aku tak tahu apa salah yang aku buat sehingga dia berubah begitu sekali.

"Mungkin si Raz itu stress dengan kerjalah tu. Wana bukannya tak tahu. Cuma kerja aje yang buatkan si Raz jadi stress sampai macam itu." celah Tengku Irfan bersahaja. Sarapannya dinikmati.

Aku langsung tak mengangguk dan tak menggeleng mendengar alasannya itu. Kerana aku tahu, bukan kerja yang buat Harraz jadi begitu tetapi aku.. aku yang buat kan Harraz menjadi seorang pendiam.

Mungkin ke.. dia marahkan aku tentang hal semalam?
...
"Selamat pagi, Cik.. Han-nan.."
Hilang ucapan kemesraan dari mulut Ameer tatkala terpandangkan wajah duka yang bertayang di wajah milik gadis itu.

Selama hampir dua minggu, dia bekerja di bawah Hannan.. inilah kali pertama dia lihat raut gadis itu yang tak gembira. Selalu nya, Hannan akan tayangkan senyuman mesranya pada semua orang termasuklah Ameer.

"Erm, Ameer.. terima kasih." ucap Hannan dengan nada tak ikhlas.

Bukannya mahu melihat sekitar cafe, gadis itu terus saja melangkah ke bilik pejabatnya. Ameer dan pekerja yang lain sudah kehairan. Tak pernah-pernah mereka nampak wajah bos baru mereka sesedih itu.

Yurp, tanpa alasan yang kukuh yang mereka tidak ketahui, Cafe Manis Coklat bertukar tangan buat sementara waktu dari Aulia Arisya kepada Hannan. Namun, jujur mereka akui yang mereka lebih selesa bekerjasama dengan bos baru mereka itu memandangkan Hannan banyak memberi kan idea baru untuk resepi yang mereka jual di kafe ini.

"Meer, cubalah tengok cik Hannan itu. Risau aku tengok dia macam itu." keluh Aizat, salah seorang pekerja cafe tersebut. Disenggol-senggol bahu Ameer untuk menuruti cadangannya itu.

"Betul itu, Meer. Kau pergilah. Kaukan orang kanan cafe ni." sahut Atiqah pula, selaku juruwang cafe tersebut.

Setelah beberapa kali didesak, akhirnya Ameer akur.

Langkahnya disusun merapati daun pintu pejabat yang tertutup. Ketukannya menyinggah. Lama dia menunggu sebelum mendapat jawapan masuk dari orang dalam.

Ameer sudah kencang degupannya. Sesekali dia menjeling ke arah pekerja lain. Nampaknya, mereka semua masih mendesaknya untuk menjadi orang tengah untuk mengetahui situasi yang melanda bos baru mereka itu.

"Selamat pagi, cik Hannan?" tersekat-sekat dia mengucap kalimat itu mesra seusai melangkah masuk ke dalam pejabat.

Terkedu dia sejenak tatkala terlihat mata sembab gadis itu melatari. Seakan baru lepas menangis.

Kelihatan gadis itu memaksa bibirnya untuk senyum. Wajah pekerjanya itu dipandang. "Ya, Ameer. Ada apa?"

"Erm.. tak ada apapun, cik Hannan. Erm, cuma nak pastikan keadaan cik Hannan." ujarnya serba salah.

Hannan hanya diam sebelum dia tarik senyumannya lebih lebar. Dia fikir itu dapat selindungkan kedukaannya namun Ameer lebih pantas membaca senyumannya itu. Kelihatan pahit.

"Saya okay aje, Meer. Awak jangan risau. Awak dengan yang lain pergilah sambung kerja. Saya nak berehat kejap." pinta Hannan lembut.

Patuh. Ameer terus meminta izin untuk keluar dari pejabat dan meninggalkan Hannan sendirian.

Setelah melihat pekerjanya itu keluar, keluhan berat Hannan terlepas. Kerana tak dapat sembunyikan ngilu di hati, kembali air matanya membanjiri pipinya lebat. Pesanan yang dikirim Alif, teman lelakinya dibaca.

'Sorry, Nan. I tak dapat teruskan hubungan ni. I rasa I tak jujur cintakan you dan I harap you boleh maafkan I. Maybe, ada lelaki yang lebih baik untuk you berbanding I.'-Alif.

Kejam! Kenapalah lelaki itu perlu pergi dari hidupnya di saat hatinya sudah mencintai lelaki itu sepenuhnya?!

Yurp, cinta itu memang kejam!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro