MHB 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aduhai, dah lambat! Dah lambat!!!

Segera aku sambar pakaian apa aje yang terlintas depan mata. Inilah akibatnya kalau berkaraoke dengan si Hannan sampai pukul 3 pagi. Entah mandrum apa yang si Hannan itu kena sampai aku pun terikut sekali nak berkaraoke dengan dia di ruang tamu. Melalaklah kami sampai ke pagi.

Selesai saja berpakaian dan memastikan penampilan aku baik-baik saja, segera aku capai beg tanganku yang tersusun di atas meja lalu langkahku hayun sebesar mungkin menuruni anak tangga.

Langsung aku tak hiraukan bau nasi goreng yang terhidang atas meja tapi adalah juga mencabar selera. Nampak sangat nasi goreng itu baru saja dimasak melihatkan wap-wapnya yang berkepul-kepul.

"Nak pergi mana itu? Sarapan lah dulu!" laung Hannan apabila melihat aku yang sudah tergopoh-gopoh berjalan ke luar rumah.

Tak aku hiraukan ajakan Hannan itu. Segera punggungku labuhkan di lantai pintu lalu aku capai kasut tumit tinggiku.

"Aku dah lambat lah, aku baru aje janji dengan pekerja aku nak belanja diorang pagi ini tapi sekarang.. haih!" aku sudah mengeluh tatkala terpandangkan jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 11 pagi.

Aku dah dapat bayang dah muka kecewa para pekerja aku bila tahu aku jenis sembang kosong. Aku ni dahlah pantang kalau kecewakan orang. Kalau lelaki itu.. pandailah.

Hannan sudah bercekak pinggang mendekati ku. "Kalau ya pun, makanlah dulu. Penat tau aku masakkan sarapan untuk kau. Tu.. siapa yang nak makan kalau kau pergi?" soal gadis itu sambil menjuih kan bibirnya ke arah nasi goreng yang sudah terhidang atas meja.

"Hmm.. kau ajelah yang makan." sahutku lalu bergegas ke arah kereta Myvi yang terparkir di perkarangan rumah teres kami.

Hannan yang memerhati sudah geleng kepala. Mungkin sebal barangkali kerana aku pergi tanpa menikmati juadah sarapan yang dia hidangkan itu. Heheh.. maap!

Kereta yang aku pandu, ku pecutkan sehabis boleh. Tangan kananku kemas menggenggam stereng sambil tangan kiri ku menyumbat kan earphone di telinga. Nombor telefon Ameer, aku hubungi.

Lekas saja panggilan ku mendapat jawapan. Bagus si Ameer ni!

"Ya, cik Lia?"

"Awak dengan pekerja yang lain, dah makan ke? Ke.. korang belum makan lagi?" soalku dalam nada masih cuak.

"Dah makan dah cik Lia. Saya tolong cover kan cik Lia tadi. Saya cakap makanan itu duit cik Lia yang bagi." penjelasan Ameer cukup buatkan aku terharu.

Tak sangka ada juga lelaki yang baik macam dia. Kalaulah dia bujang, dah lama aku pilih dia untuk jadi suami aku.. tapi itulah, dia dah kahwin. Ada dua anak lagi itu. Hurm..

"Terima kasih, Meer. Awak betul-betul membantu saya. Kalau macam itu, awak cakap dengan yang lain.. petang ni saya belanja makan. Awak pastikan kafe tutup sekitar lima petang. Boleh?" arahku lembut dan tertib.

Patuh, Ameer mengiakan arahanku itu. Setelah itu, talian bersamanya aku tamatkan.

Hilang sedikit gusar yang membelengu jiwa aku bila si Ameer kata begitu. Sekurang- kurangnya imej aku sebagai majikan yang terbaik tidak tercalar kan?

Kembali, aku fokus ke pemanduanku menuju ke arah kafe.

Ketika aku mahu masuk ke persimpangan, secara tak sengaja kereta aku melanggar sisi kereta yang ketika itu juga mahu masuk ke laluan ku. Kereta aku dan juga kereta jenama Audi tersebut sama-sama berhenti.

Aku di tempat pemandu sudah melopong. Terbelalak mataku kerana terlampau terkejut. Yalah,kereta Audi kot yang aku langgar!! Edisi terhad pula itu!!!

Habislah..

Tak sampai seminit usai pelanggaran tersebut, sepasang mataku terlihat sosok pemandunya ke luar dari kereta. Segak sosok tersebut mengenakan sut kemeja unggu nya. Terlihat wajahnya terhias dengan aksesori kaca mata hitam. Sekali pandang, terus buat aku tercengang.

Handsome sangat!!
Lelaki paling kacak yang aku pernah jumpa di Malaysia lah kiranya.

Tuk! Tuk! Tuk!

Ketukan yang menyinggah jendela keretaku mematikan keterujaanku. Toleh saja ke sisi, aku tergamam bila lihat wajahnya di sua. Makin dekat muka, makin menawan aku tengok.

Aum!

"Cik boleh keluar tak?" suara garaunya samar-samar menyapa halwa telinga ku.

Tak membantah, aku perlahan keluar dari keretaku. Sesekali, aku cari peluang untuk betulkan penampilan ku. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.. orang kata?!

Aku sudah tersengih-sengih penuh makna tatkala mataku menatap matanya yang terhalang kaca mata hitamnya itu. Terkadang, aku elus rambutku yang aku biarkan mengurai. Nampaklah, gedik miang nya itu.

"Ya, encik? Ada apa?" soalku dengan nada lembut.

Saja cari nahas sebenarnya soalan aku itu. Dah tahu kereta aku langgar kereta dia, masih lagi bertanya soalan tak bermas itu?!

Lelaki itu sudah jongket kening pandang aku. Ada raut hairannya bertapa. "Cik tanya.. ada apa?"

Aku angguk sambil lenggok gedikku aku buat. Haih, tak faham kenapa aku boleh gedik begitu!

"Cik langgar kereta saya dan cik boleh tanya soalan bijak itu? Huh?! Cik ni tak cacat penglihatan kan?" dia sudah bertanya soalan sakit jiwa.

Tergamam aku mendengar pertanyaan nya itu. Hilang terus kacaknya itu bila dia lempar soalan pedas begitu pada aku.

Heiyh! Tak nampak ke mata cantik aku ni?

"Kenapa tiba-tiba encik tanya soalan begitu? Tak.. saya tak buta." pintasku cuba membetulkan salah fahamnya itu.

"Habis itu? Kenapa tanya soalan bodoh, kalau benda boleh nampak depan mata?!" jerkahnya sambil sesekali tangannya diarah pada bahagian keretanya yang kemek.

Aku ketap bibir bila terlihatkan kesan tersebut. Telan liur juga aku sebenarnya. Baru tersedar dari realiti bila nampak kesalahan yang aku dah buat pada kereta mahal tersebut.

Gulp!

"Erm, sa-saya akan bayar ganti rugi. Be-berapa harganya encik?" datang terus gagap aku bila hal bersangkut duit aku bincangkan.

Dia sudah jongket kening. "Cik yakin nak bayar?" soalnya seakan ragu.

Perlahan, aku mengangguk kepala. Hmm.. tak bergajilah pekerja aku bulan ni, fikiran ku sudah mulai jauh terhanyut.

"Bagi kad pengenalan cik dan ikut saya ke bengkel." ujarnya sambil menadah tangan mahukan kad pengenalan.

Berkerut dahiku dibuatnya bila lelaki asing tersebut kata begitu. Selamba dia aje minta kad pengenalan aku. Dia ingat dia siapa.. Perdana menteri ke?!

"Untuk apa, encik nak ambil IC saya?" soal ku masih berdegil menurut arahannya.

Hilang terus ketampanannya bila aku tengok perangai dia ni. Baru kenal, dah tunjuk perangai sebenar. Siap minta IC orang bagai. Pfft..

"Sebagai jaminan. Saya akan pulangkan IC cik, kalau cik dah bayar duit untuk betul kan kereta saya." ujar lelaki itu mendatar.

Aku tergamam. Tak gunanya. Dia fikir aku ni jenis suka lepas tangan ke apa? Nak jaminan bagai?!

"Kalau saya taknak bagi?"

"Saya bawa cik pergi balai. Cik akan kena saman dan dalam pada masa yang sama, cik juga kena bayar duit untuk baiki kereta saya." tenang dia memeras ugutku.

Terkedu aku sejenak. Tak sangka, aku jumpa manusia seperti lelaki ini. Disebab kan kereta sanggup dia aniaya orang lemah seperti aku?

Huh?!
...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro