MHB 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ikutkan hati, memang aku tidak mahu bertemu dengan pelanggan yang kirim surat padaku semalam namun memikirkan apa yang berlaku pagi tadi, fikiran ku tak semena-mena berubah.

"A-apa dia? RM55,000?" terkejut gamak nya bila aku dengar harga yang dikenakan untuk membaiki bahagian kemek dan calar yang terdapat pada kereta Audi tersebut.

Serta-merta perhatianku alihkan pada tuan pemilik kereta tersebut. Terpempan aku dibuatnya saat melihat tingkah lelaki itu tampak bersahaja. Seakan langsung tak rasa belas pada nasib yang menimpa ku.

"Boleh tak awak bayar?" soalnya sambil menanggalkan kaca mata hitamnya.

Kali ini, kami bertemu mata. Makin tak keruan aku dibuatnya saat melihat matanya yang berwarna coklat cair itu. Sangat cantik dan menawan.

Spontan, aku terdiam sambil mataku tak beralih menatap wajahnya.

"Cik?"kali pertama dia panggil aku, tangan nya digawang-gawang depan mataku. Namun, aku masih leka memerhati wajah nya.

"Cik?"
"Cik?!!" jerkahannya spontan mengejut kan aku.

Teru saja aku tersentak bangun lalu aku lari kan pandangan ku ke tempat lain. Aih, lah mata. Kenapa kau buat hal pula ini? Terus saja sepasang mataku mendapat penangan  ku.

"Erm, sorry encik. Encik tanya apa tadi?"

Dia berdecit sinis sebelum perlahan kepala nya digeleng. Sungguh, menjengkelkan reaksi yang diberikannya itu.

"Tadi cacat penglihatan, sekarang.. cacat pendengaran pula?!" perliannya berjaya buat kan aku terkaku.

Untuk kali pertamanya, aku terus menerus membiarkan seorang lelaki menghina ku. Selalunya, aku tak beri peluang semenjak kes Tengku Harris beberapa tahun yang lalu.

"Encik ni.." belum sempat aku nak memarahinya, dia terlebih dahulu memintas. Seakan tak memberiku peluang untuk membuat serangan balas.

"Kalau cik tak mampu nak bayar, saya takkan teragak-agak untuk bawa cik ke balai. Kita selesaikan masalah ini kat sana." hamburnya tegas. Rautnya nampak tenang namun siapa sangka, raut seperti itu mampu mengeluarkan ugutan yang melemahkan lututku.

Terdiam aku dibuatnya. Kedua mataku menatap wajah bersih tersebut. Berharap agar cara itu adalah cara terakhir untuk mendapat belasnya.. namun, hampa. Langsung dia tak pedulikan muka seposen aku.

"Cik nak ikut ke balai ke?" soalnya sudah jongket kening. Hairan mungkin melihat kan aku ambil masa yang lama untuk memikirkan perkara itu.

Perlahan, keluhan ku terlepas. Tak guna, kalau aku terus mencuba untuk meminta simpatinya.

Dia takkan layan.

Hatinya itu seakan menegaskan bicaranya. Jadi, wajah suci aku ni takkkan berjaya memancing rasa kasihannya itu. Dingin.

"Saya akan bayar tapi buat masa sekarang, saya cuma mampu bayar RM20,000. Baki yang lain saya akan bayar di kemudian hari." lemah nadaku mengotakan kata.

Lelaki itu pandang aku dengan rasa was-was. "Jadi, cik nak bayar by peringkat?"

Aku angguk kepala. "Selagi saya tak lunas kan duit bengkel ini, selagi itu encik boleh pegang IC saya itu sebagai jaminan. Saya janji dalam masa terdekat ni saya akan cuba langsaikan." ujarku.

Makanya, nak dipendekkan cerita, aku terpaksalah datang untuk bertemu pelanggan wanita tersebut. Aku akan pastikan bayarannya itu cukup untuk melangsaikan hutang aku dengan lelaki itu.

"Dah lama tunggu, cik?" sapaan suara lunak itu memalingkan pandangan ku ke belakang.

Terkedu aku dibuatnya tatkala melihat sosok seorang gadis yang sangat anggun sedang melabuh punggung di atas kerusi berhadapanku. Pakaiannya sangat mewah dan mekap yang dikenakannya makin menyerlahkan lagi pesonanya. Sangat cantik dan aku.. akui, lagi cantik daripada aku.

"Cik Aulia?" soalnya dengan suara lembut.

Aku angguk kepala. Masih di hadapan nya, aku tercengang. "Y-ya, saya Aulia. Cik ni mesti.."

"Saya Farah Nabila. Awak panggil saja saya Farah. Gembira bertemu awak cik Aulia. Tak sangka awak lebih cantik daripada apa yang saya bayangkan." ujarnya sambil menghulurkan salam perkenalan.

Teragak-agak aku menyambut hulurannya itu. Agak segan juga sebenarnya bila dia puji aku cantik sedangkan aku tengok dia lah yang paling cantik kat sini.

Haih, hari ni memang hari aku bertemu orang tampan dan cantik ke? Tadi, aku jumpa lelaki tampan tetapi dingin dan.. sekarang, aku jumpa perempuan anggun pula. Ini malapetaka ke nasib baik?

"Gembira jumpa awak juga, Farah." balasku lalu meleraikan salam perkenalan tersebut.

Dia senyum sambil sesekali membelek buku menu yang tersusun rapi atas meja. Seketika, wajah aku dipandang nya. "Awak ada nak pesan apa-apa ke? Saya belanja."

Aku sekadar menggelengkan kepala. "Tak apalah, Farah. Minum air mineral pun dah cukup. Saya baru aje lepas makan tadi." sahutku sambil mengangkat botol mineral yang hanya tinggal separuh airnya.

"Kalau awak dah cakap macam itu, saya tak paksa. Erm.. jadi, bolehlah kita bincang tentang job awakkan?" soalnya tidak mahu berlengah.

Aku tahu memang dari awal dia tak sabar untuk membahaskan perkara tersebut. Cuma, dua terpaksa berbasa basi untuk buat perkenalan ringkas denganku.

Kepalaku anggukkan tanda setuju. "Cik Farah boleh mulakan."

"Saya panggil awak ke sini sebab saya tak tahu macam mana nak selesaikan masalah ini. Saya cintakan lelaki lain tapi saya terpaksa berkahwin dengan lelaki lain." penjelasannya buatkan aku tergamam.

Sudah berkahwin? Dari rupa, aku ingat kan dia bujang. Okay, part itu aku  terkejut besar.

"Awak dah berkahwin?" aku cuba persoal kan hal itu. Risau juga kalau apa yang aku dengar itu, tersalah tafsir dek otak.

Dia angguk kepala. Ada raut sugulnya terserlah. Cukup menggambarkan perasaan nya yang diulit pelbagai emosi.

Jelaslah yang dia tak gembira dengan perkahwinannya itu.

"Saya dah berkahwin dan usia perkahwinan kami hampir saja mencecah usia tiga tahun. Saya ingat lepas berkahwin, saya dapat terima dia tapi saya silap. Sampai sekarang.. saya masih tak boleh terima dia dan tanpa dia tahu, saya masih bercinta dengan teman lelaki saya itu." beritahunya hampir keseluruhan kisah cinta nya.

Terkedu aku dibuatnya saat mendengar kisahnya itu. Aku fikirkan  hanya lelaki saja yang akan selalu menjadi pesalah dalam suatu perhubungan tapi, nampaknya aku silap. Kaum hawa juga boleh melakukan perkara yang sama.

Buktinya, ada depan mata aku ketika ini.

"Jadi, awak nak.."

"Ya, saya nak awak jadi orang ketiga antara saya dan suami saya. Saya nak awak goda dia dan buatkan dia ceraikan saya. Saya percaya awak boleh lakukan ini." bersungguh, dia meminta.

Tanganku yang bertapa atas meja, dicapai nya lalu digenggam penuh berharap.

Aku pula masih kaku di hadapannya. Tak tahu nak buat apa sekarang ini.

Untuk pertama kalinya sepanjang aku menjadi 'Miss. HeartBreaker' , inilah kali pertama ada orang upah aku untuk rosak kan rumah tangganya sendiri. Aku memang buat kerja merosakkan hubungan orang tapi untuk pasangan yang belum berkahwin.. bukannya, yang sudah berkahwin?!

Serta-merta, aku bangun dari dudukku. Wajahku nampak tekad. Tanganku yang digenggamnya, aku tarik.

"Sorry, Puan Farah. Saya memang perosak hubungan orang tapi bukannya rumah tangga orang. Huh, saya minta diri dulu." ucapku lalu berura-ura mahu pergi.

Namun, tangkas saja tangan Farah menyambar lenganku. "Saya akan bayar awak berapa aje yang awak nak asalkan, awak buat apa yang saya suruh. Tolong, saya merayu. Bantu saya,cik Aulia." dia masih mendesak. Lirih nadanya.

Cukup menggambarkan betapa seksa nya dia kerana menanggung perasaan cinta nya yang tak mampu untuk bersama. Tak semena, rasa belasku menjengah bila lihat dia merayu begitu.

Lama aku diam sebelum akhirnya, keluhan ku terlepas. Aku tarik tanganku lembut lalu aku pusingkan tubuhku menghadap nya.

"Saya harap cik Farah boleh bayar wang depositnya terlebih dahulu." ujarku dalam nada bersahaja.

Walaupun, niat aku hanya.. nak membantu.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro