MHB 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lagu 'Stay' yang berkumandang dari corong telefon pintarku, aku tingkatkan lagi kelantangannya. Sesekali aku menari gitu-gitu di hadapan cermin. Saja nak mencari mood malam ini.

Sedang leka aku mengorak rentak tari, sepasang mataku terpandangkan dua keping gambar yang terselit di bawah lampu tidur berdekatan katilku. Tak semena, langkahku atur mendekatinya lalu aku capai.

Birai katilku duduki lalu gambar tersebut aku belek. Senyumanku tanpa sedar melatari bibir tatkala mengingati kebetulan yang berlaku hari.

Betullah pepatah orang tua-tua, bumi ini tidaklah sebesar mana. Hari ini, kau jumpa dia, mungkin esok juga kau akan ditakdir kan untuk bertemu dia.

"Tak sangka hidup dia ni boleh tahan menyedihkan."bisikku sendirian lalu tawaku mengekek kecil.

"Terima kasih, cik Aulia sebab sudi untuk tolong saya. Cik Aulia jangan risau tentang bayaran. Saya akan bayar wangnya ikut kehendak Cik Aulia." bersungguh dia mengucapkan terima kasih kepadaku.

Seakan pertolongan aku ni, adalah suatu keperluan yang dia nantikan. Jelaslah yang Farah ni tak bahagia dengan perkahwinan nya. Hmm.. kalau tahu tak suka, kenapa kahwin juga?!

Haih!

"Kalau boleh saya tahu, berapa bayaran deposit yang saya boleh dapat? Saya harap puan dapat bayar saya setimpal dengan apa yang saya buat. Macam apa yang puan tahu, ini kali pertama saya terlibat dalam hal rumahtangga." ujarku mendatar.

"Cik Aulia jangan risau. Saya tahu itu. Saya akan bayar wang depositnya RM10,000."

Tercengang aku sejenak tatkala mendengar nilai wang yang dinyatakan. Telan liur aku dibuatnya. Selama ini, kebanyakan pelanggan aku membayar deposit  tak lebih daripada RM4,000.

Ini adalah pertama kalinya, aku mendapat bayaran semahal itu.

"Se-sepuluh ribu?" terpalit kejutan dalam nadaku.

Farah di hadapanku sudah angguk kepala. Sempat wajahku dibeleknya sebelum raut resahnya bertayang. "Kenapa cik Aulia? Tak cukup ke?"

Tak cukup? Huh, itu lebih daripada cukup sebenarnya. "Cukup puan. Erm, so.. puan boleh teruskan."

Dia angguk setuju. Beg tangan yang sedari tadi mendarat atas ribanya, diletakkan di atas meja. Tersembul juga biji aku bila lihat jenama beg tangannya itu. Bukannya calang-calang. Jenama Barbara Edisi Terhad kot!

Haih, nampaknya dia memang benar-benar orang kaya.

"Sudah hampir tiga tahun, saya dan suami mendirikan rumah tangga. Dia fikir kami berkahwin kerana cinta tapi dia tak tahu yang keluarga saya paksa saya untuk berkahwin dengannya. Keluarga saya ugut kalau saya tak berkahwin, mereka akan hantar teman lelaki saya ke luar negara." jelasnya dalam nada lirih. Mungkin terkenangkan kisah pahit percintaannya itu.

Aku terangguk-angguk mendengar cerita nya. Sedihlah juga ceritanya. Dah serupa telemovie tv3 aje. Hmm...

Wujud lagi kahwin aturan keluarga ni rupanya? Aku ingat dah lama dah terkubur.

"Suami awak?"

Dia pandang aku dengan senyuman nipis. Tak semena, tangannya menyelongkar beg tangannya lalu dua keping gambar dihulur kannya kepada aku.

Lambat-lambat aku menyambut huluran nya itu. Pandang saja wajah sosok yang berada dalam gambar tersebut, aku terkedu sejenak. Apakah?

Bukankah dia lelaki yang..

"Nama dia Tengku Harraz Naufal, CEO syarikat automotif Audi pasaran Malaysia. Anak kepada Tengku Irfan Hamid. Saya rasa awak kenal ayahnya memandangkan arwah ayah awak dulu bekerja sebagai pemandu nya. Betul kan?" tebaknya sudah pandang aku.

Aku ketap bibir. Agak kaget juga aku sebenar nya bila gadis itu tahu tentang pekerjaan ayahku. Yurp, memang ayah aku pernah bekerja di bawah Tengku Irfan Hamid cuma.. aku tak pernah pun tahu yang dia ada seorang anak lelaki. Ermm..

Nampaknya, Farah terlebih dahulu menyiasat latarbelakangku sebelum bertemu denganku. Entah berapa banyak maklumatlah dia dapat tentang aku agak nya?

"Jadi, puan nak saya goda suami puan dan buatkan dia ceraikan puan? Erm.. why not puan sendiri yang minta cerai dengan dia? Kenapa nak kena tunggu dia ceraikan puan?" soalku mahu tahu.

Itulah yang memelikkan aku sebenarnya. Kalau dah tak suka, kenapa tak jujur saja? Erm.. tapi..

Teringat pula aku kejadian pagi tadi, kejadian di mana tanpa sengaja aku bertemu Harraz Naufal. Yurp, lelaki yang aku langgar keretanya itu.. dialah lelaki yang Farah Nabila gelarkan sebagai suami.

Sungguh, aku tak sangka takdir yang Tuhan tetapkan untuk ketika ini. Kenapa.. aku perlu terus menerus dipertemukan dengan lelaki tersebut?

Siapa dia dalam benang takdir ku?

Gadis itu laju saja mengangguk. "Saya faham cik Aulia mesti pelik tentang perkara itu. Macam apa yang cik Aulia nampak.. keluarga saya punca saya jadi macam ini. Kalau saya yang minta cerai, kemungkinan besar keluarga saya takkan terima saya tapi kalau Harraz yang ceraikan saya, keluarga saya akan nampak saya sebagai mangsa." kata-katanya berjaya buatkan aku tercengang.

Tak terlintas dalam kepalaku, akan bertemu dengan spesies manusia yang berlagak jadi mangsa. Nampaknya, pertemuan aku dan Farah membuka mata aku.

Bukan hanya kaum Adam saja yang culprit, kaum sejenis ku juga tak kalah bezanya. Salah satunya spesies si Farah ni.

Huh!

Kembali gambar tersebut aku belek. Wajah nya aku usik menggunakan jari telunjuk ku. Entah kenapa, aku rasa suka pula bila tatap wajah lelaki itu lama-lama.

Dia memiliki wajah yang sangat rupawan. Kulitnya yang putih bersih, bibirnya yang kemerahan dan tak lupa juga senyuman nya yang sangat mempersona.

Yurp, hanya dalam gambar itu saja.. aku boleh nampak senyumannya sedangkan sepanjang pertemuan tadi.. susah betul aku nak tengok dia senyum.

Kalau senyum pun, sinis semata. Saja nak mengundang sakit hati orang. Huh!

Bip! Bip!
Getaran telefon pintarku menjedakan menunganku serta-merta. Menandakan ada pesanan whatsapp masuk.

Segera, aku mengorak langkah ke arah telefon pintarku yang ketika itu sedang mendendangkan lagu My Heart. Gambar Harraz masih elok dalam pegangan ku.

Terpaku aku sejenak tatkala terlihat kan pesanan itu datang daripada Izwan. Tak menunggu masa yang lama, segera pesanan nya aku baca..

'I hope esok you boleh teman untuk hantar I ke airport. I akan ke Sydney dalam sebulan ni. Please, come see me darling.'-Izwan.

Haih! Aku lupa pula fasal mamat Izwan ni. Kes aku dengan dia pun masih belum selesai lagi. Aku sudah mengeluh sendiri.

Terpaksa.
'Okay, I will see you tomorrow.'-kirim.

'Thanks, darling. Love you.'-Izwan.

Urgh! Aku rasa nak muntah hijau pula kalau selalu dengar dia panggil aku darling. Nasib baik tekak ni baik-baik saja keadaannya.

'Love you too.'-kirim.
...
Keluar saja dari bilik air, anak matanya yang berwarna coklat cair terpandangkan sosok isterinya yang sedang berdiri di beranda. Spontan, senyuman nakalnya terukir. Entah kenapa, terdetik pula idea nakalnya untuk mengusik sang isteri.

Dia yang sekadar mengenakan jubah mandi, perlahan-lahan melangkah mendekati isterinya dari belakang. Dari lagak gadis itu, nampak benar yang dia langsung tak menyedari kehadirannya di situ. Makin lebar senyuman mengusiknya.

"Sayang..!!" terjahnya sambil memeluk tubuh ramping itu dari arah belakang.

Terkejut Farah dibuatnya apabila mendapat sergahan sebegitu. Cepat-cepat dia sembunyikan telefon pintarnya ke dalam poket. Risau juga kalau sang suami nampak dia yang bermesej sakan dengan teman lelakinya, Danial.

"Buat apa itu?" soal Harraz mahu tahu. Kepalanya ditopangkan ke atas bahu Farah sambil bola matanya melihat ke langit malam.

Farah sudah telan liur. Ikutkan hati, mahu saja dia leraikan pelukan Harraz dipinggang nya, namun dia tak mampu. Dia masih tidak mampu untuk menolak kehendak lelaki itu.

"Erm.. I-I tengah tengok view. Cantikkan malam ni?" dia mencipta pembohongan. Laju jarinya dituding ke arah bandar Kuala Lumpur yang tidak jauh dari rumah villa mereka.

Harraz turut sama fokus ke arah yang dituding isterinya. Dia juga turut sama mengakui keindahan yang menghujani ibukota Malaysia tersebut. Kerana itulah, dia beli rumah yang tidak jauh dari bandaraya tersebut kerana  dia mahu menikmati keindahan itu bersama isteri nya, Farah Nabila.

Yurp, ramai gadis yang makan hati bila Harraz ambil keputusan untuk menikahi Farah Nabila di usia muda iaitu 26 tahun. Dia mencintai gadis itu sejak pertama kali mereka bersua mata di suatu majlis keraian.

Pada ketika itu, dia tak berani untuk menegur gadis itu. Dia akui dia menjadi kegilaan ramai gadis ketika itu, namun.. siapa sangka hatinya tak pernah pun terusik dengan mana-mana gadis. Hanya Farah Nabila saja yang berjaya menawan hatinya dalam satu malam.

Kemudian, dia nyatakan hasratnya untuk memperisterikan Farah Nabila dan ayah nya segera menghantar rombongan meminang untuk mempersunting isteri nya itu. Dan, sekarang.. siapa sangka, yang dia benar-benar memiliki gadis itu sepenuh nya.

"Sayang.." sekali lagi gelaran itu meniti dari mulutnya. Harraz guna suara dalamnya.

Telan liur Farah dibuatnya apabila Harraz tiba-tiba saja memusingkan tubuhnya ke belakang. Kali ini, mereka saling berhadapan dan juga bertatapan mata. Seorang pandang dengan rasa cinta dan seorang lagi pandang dia dengan rasa gelisah.

"Esok I cuti, so.. why not kalau kita outing?" cadang Harraz sudah tayang wajah manja nya.

Farah kelu lidah. Terlintas di fikirannya tentang rancangannya untuk keluar berdua dengan Danial. Dia sudah gigit bibir.

"Erm, so-sorry Raz. I can't. Esok I kena jumpa kawan I. Nak discuss fasal baju perkahwinan dia. Sorry." ujar Farah lalu meleraikan pelukan Harraz di pinggang nya.

Hilang senyuman di bibir Harraz apabila melihat reaksi tak mahu isterinya itu. Lirikan matanya mengekori langkah Farah yang berura-ura mahu ke kamar mandi.

"I tak kisah. After you balik pun, kita still boleh hang out together kan?"

Farah sudah geleng kepala. "Sorry Raz. I rasa I take much time with her tomorrow. So, maybe next time. Okay?" balas Farah sebelum menghilangkan jasadnya di balik kamar mandi.

Perlahan, keluhannya terlepas. Lambat- lambat, dia kembali ke wardrobe nya. Entah kenapa, perasaannya dibelengu rasa kecewa.

Sejak kebelakangan ni isterinya itu sering kali menolak pelawaannya untuk keluar berdua. Ada saja alasan yang dicipta nya untuk mengelakkan rancangannya itu daripada menjadi.

Tipulah kalau Harraz rasa tak sedih namun, sebagai suami.. dia tak mahu terlalu mengongkong kehidupan isterinya itu. Harraz mengeluh lagi.

Sedang dia melintasi meja kerjanya, matanya terpandangkan sesuatu yang terdampar atas meja kerjanya. Terdiam dia untuk sejenak.

Segera, kad tersebut dicapainya lalu dibelek. Imbasan wajah gadis yang ditemuinya pagi tadi melakar dalam memorinya.

Tanpa sedar, senyumannya terukir. Bukan senyuman kerana suka tapi senyuman kerana kasihan dan.. sinis.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro