MHB 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selesai membersihkan diri, Farah menyusun langkah kemas keluar dari kamar mandi. Sempat dia mengikat elok jubah mandinya sebelum matanya meliar ke sekeliling bilik hotel yang samar-samar diterangi cahaya mentari.

Senyumannya terulit tatkala melihatkan sosok Danial di birai katil. Lelaki itu membelakanginya sambil menekur memandang lantai. Semacam auranya. Lekas, Farah merapati Danial yang sekadar mengenakan singlet dan seluar pendek di tubuhnya.

Leher Danial dirangkulnya dari belakang dan tanpa rasa segan, badannya duduk merapat di sisi Danial. Kepalanya dilentok manja.

"Kenapa ni you?" lunak suaranya bertanya. Manja.

Danial yang tadinya membelek telefon pintar sekadar menarik sengih pendek. Pandangannya dikerling sejenak pada Farah sebelum ditunduknya ke skrin telefon semula.

"I sedih sekarang ni, sayang." sahut Danial dalam nada pasrah.

Berkerut dahi Farah dibuatnya. Perlahan, dilonggarkan pelukannya ke leher Danial lalu lelaki itu direnungnya. Ada raut tak fahamnya terpamer.

"Sedih? Kenapa ni you? You sakit ke?" soal Farah diulit perasaan bimbang.

Danial mengeluh lemah. Terus telefon pintarnya yang tadi digenggam diberinya kepada Farah disebelah. Masih pandangan nya menunduk menekur lantai.

Farah yang masih kehairanan, menyambut juga huluran teman lelakinya itu. Sejenak, pesanan whatsapp itu dibeleknya. Tergamam dia tatkala membaca isinya. Segera dia mengalih matanya ke arah Danial semula.

"Dua minggu lagi you nak kena duduk LA?" nada tak percayanya terselit.

Lemah, Danial mengiakan soalan Farah itu. Redup pandangannya dipaling ke arah gadis yang kini menjadi teman wanitanya itu.

"Nampaknya, lepas ni kita tak boleh bersama lagi, sayang. I kena stay kat sana untuk dua tahun. I rasa kita patut end up semua ni. Sama macam apa yang kita buat sebelum you kahwin dengan Harraz." ujar Danial.

Terpempan Farah dibuatnya saat mendengar apa yang dihamburkan lelaki kesayangannya itu. Matanya terbuntang luas. Sungguh, dia tak dapat untuk menerima hakikat lelaki itu mentah-mentah.

"Tak. I taknak you tinggalkan I lagi, Danial. I cintakan you. I nak ikut you. I nak ikut you ke mana pun you pergi, Dan." berkeras Farah membantah. Lengan sasa Danial dipautnya.

Wajah berharapnya dipamer.

Danial sembunyi senyum. Nampaknya, tak lah begitu mudah untuk menjerat tikus. Pandangan sebaknya yang konon itu ditayang.

"Tapi you kan masih isteri Harraz? Takkan you nak tinggalkan dia macam itu aje? I taknak orang fikir macam-macam kalau bawa you ikut sekali." ujar Danial dalam nada bersalahnya.

Farah ketap bibir. Dalam diam, dia akui apa yang Danial katakan itu betul belaka. Dia masih isteri  Harraz. Takkanlah semudah itu dia mahu pergi dari hidup Harraz nanti apa pula ahli keluarganya kata.

Niat nak jadi mangsanya nanti pasti menjadi sia-sia. Yurp, penceraian itu perlu berlaku dan orang perlu salahkan Harraz, bukannya dia.

"Fine. I akan uruskan itu but I nak you tahu. I akan ikut you." tekad, Farah membalas. Pipi cekung Danial ditekap menghadapnya.

Yurp, dia tak mahu Danial tinggalkannya lagi.

By hook or by crook, dia perlu dapatkan kebahagiaannya semula. Kebahagiaan untuk bersama Danial. Itu impiannya.
...
"Papa I dah tahu yang you kahwin lain. Dia marah sangat dan dia minta untuk you ceraikan I."

Kata-kata Farah itu membuatkan aku dan Harraz sama-sama tercengang. Mana tidaknya, tak ada angin dan ribut.. tup-tup gadis itu menyatakan alasan itu.

Betul ke ayah dia suruh cerai? Atau, mungkin.. ini helah dia untuk melepaskan diri.

Di hadapan Farah, Harraz masih tak hilang kagetnya. Pegangan yang mulai longgar pada lengan isterinya itu, dipaut erat semula.

"Papa you dah tahu? Y-you ceritakan semuanya ke, sayang?" soal Harraz menduga.

Farah sudah pamer raut sedihnya. Sempat matanya beralih padaku sebelum kembali disuakan pandangannya pada Harraz semula. "I pun kalau boleh nak tutup perkara ini daripada family I tapi I tak mampu Harraz. Lambat-laun, family I akan tahu juga fasal benda ni." beritahu Farah dalam nada kesalnya.

Aku yang berdiri di belakang Harraz hanya membisu. Bukan hak aku, untuk ikut serta masalah mereka berdua. Lagipun, aku sudah tahu niat awal Farah itu sebelum aku berkahwin dengan Harraz cuma, aku tak sangka dia akan gunakan alasan keluarga untuk menjauhkan diri.

Pengecut!

Harraz hanya ketap bibir. Pandangan bundarnya dipamer untuk menunjukkan pada Farah betapa ketagihnya dia pada gadis itu. Tak. Dia tak mahu kehilangan gadis itu. Dia masih sayangkan Farah.

Mana mungkin, dia dapat lepaskan Farah semudah itu?

Lama Harraz berdiam diri sebelum keluhan nya terlepas. Sempat kepalanya dipusingkan ke belakang. Tepat anak matanya memanah mataku. Melihatkan pandangannya itu, aku jadi tergamam.

Pandangan itu bagai menggambarkan kesulitannya kini. Seakan dia sedang berkira-kira.

Setelah itu, aku dengar keluhannya meniti. Wajah Farah di hadapannya dipandang. "Kalau betul keluarga you tak dapat terima Aulia jadi isteri I, I akan lepaskan dia. I masih sayangkan you. I taknak you jauh daripada I, Farah." keluh Harraz meminta.

Terpempan aku mendengar pernyataan yang dilempar Harraz itu. Tergamak! Tergamak dia nyatakan niatnya itu depan aku?! Huh!! Aku tak faham.

Hati aku benar-benar hancur apabila kata-katanya itu menyapa halwa telinga ku. Runtun hati aku. Bagaikan deraian kaca pecah, pahit untuk aku terima apa yang aku dengar itu.

Kenapa begitu mudah untuk dia tuturkan kata cerai itu depan aku.

Walaupun dia tak dapat untuk terima aku sebagai isteri, sekurang-kurangnya jaga hati aku sebagai perempuan. Aku ni masih manusia. Aku masih ada perasaan. Huh, kenapa dia bertindak melayan aku ibarat aku tak ada hati untuk kecewa?

Tak bersuara, aku melangkah laju keluar dari bilik tersebut. Aku lintasi Harraz dan Farah dengan pandangan yang menekur lantai. Air mata yang sedari tadi bertakung akhirnya pecah apabila jasadku keluar dari bilik tersebut.

Dada yang sudah remuk, aku pegang. Ya Allah, kenapa begitu berat dugaan yang Kau berikan pada aku? Apakah benar aku tidak layak untuk bahagia?!

Kenapa aku biarkan diri dan jiwa aku terus menerus ditindas oleh seorang lelaki?

"Raz? Apa yang you dah buat ni?" gertak Farah sedikit kaget. Langkah Aulia yang menjauh buatkan dia diterpa rasa geram.

Yurp, geram! Dia geram kerana sampai saat ini hati suaminya itu masih sayangkan dia dan bukannya Aulia Arisya.

Harraz yang tayang raut wajah tak bersalah sekadar menarik nafas dalam. Sempat ekor matanya melirik ke arah jasad Aulia yang sudahpun hilang dari sudut pandangan nya.

"I cuma nak selamatkan perkahwinan kita. I taknak kehilangan you." ujar Harraz senada.

Farah kacip gigi. Direnungnya Harraz dengan pandangan geram. Entah kenapa, hatinya diulit rasa sebal.

"I tak kisah dengan keputusan you. Malam ini I akan keluar dari rumah ini. Huh, I malas nak tengok muka you. You memang jenis lelaki yang tak bertanggungjawab, Raz. Lepas you dah 'buat' Aulia, you lepaskan tanggungjawab you macam itu aje? Selfish!" bentak Farah sudah berura-ura mahu meninggalkan Harraz dibelakang.

Namun, langkahnya tertunda tatkala tangan sasa Harraz mencengkam lengannya. Mati kakinya untuk maju. Kepalanya dipaling ke arah Harraz di belakang yang sudah tayang muka singa nya.

"Apa yang you nak sebenarnya, Farah? Salah ke I nak pertahankan rumahtangga kita ni? I cuma nak you. Takkan itupun you tak faham?" Harraz sudah berkasar bicara. Tajam matanya mencerlung anak mata Farah.

Ditahan amarahnya, agar dia tak terbawa emosi. Dia risau kalau sabarnya terbatas dan tangannya naik melukakan gadis kesayangannya itu. Yurp, dia taknak melukakan gadis itu.

Farah mendengus. Kasar, dia meleraikan pegangan Harraz di lengannya. Senyum sinisnya dipamer.

"I cuma nak you ceraikan I aje, Raz. That's all." tutur Farah masih menayangkan muka singanya.

Harraz ketap bibir. Masih pandangannya diberi pada Farah tanda tidak mengerti.

Diam Harraz memberi peluang untuk Farah meloloskan diri. Sungguh, Farah tidak betah berlama-lama menghadap suaminya itu. Dia jadi muak. Yurp, muak.

Beberapa kali Harraz cuba menyeru nama Farah namun gadis itu buat tak endah. Laju kakinya membuntuti gadis itu yang sudah jauh menuruni tangga rumah.

Entah di mana silapnya dia, Harraz jatuh terguling menuruni tangga. Hampir saja kepalanya mahu menghentam jubin lantai, pantas kepalanya ditarik. Syukur kepalanya masih elok namun kakinya terasa kebas dan perit. Mulut nya sudah meniti rintihan sakit.

Namun, masih tak lepas nama Farah dipanggilnya. Cuma, sayang.. gadis itu seakan-akan tidak menghiraukan apa yang terjadi padanya.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro