MHB 44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sinar mentari yang melalui belahan langsir yang terbuka sedikit sebanyak menganggu lenanya. Berkerut-kerut matanya sebelum lambat-lambat dicelikkan matanya. Pandangan yang kabur berubah cerah. Buka sahaja mata, siling putih itu yang menyapa halwa penglihatannya.

Bertaut alis kening Harraz dibuatnya. Siling putih? Huh, ini.. bukan bilik dia. Terus saja Harraz bangun dari baringnya. Sekeliling bilik itu diralitnya dengan perasaan gusar. Huh!! Di manakah dia sekarang ni?

Baru saja dia mahu menuruni katil, kakinya berasa lenguh. Merengek sakit Harraz sejenak. Bawah lututnya yang terasa perih memaksa Harraz untuk menyelak selimut putih yang menutupi kakinya.

Tergamam dia sejenak tatkala melihat kaki belah kanannya berbalut. Harraz ketap bibir.

Ingatannya yang tadi samar-samar mulai mereka sebuah cerita sebelum dia tersedar dari lenanya tadi. Teringat malam di mana dia bertengkar hebat dengan Farah. Dia jatuh dan akhirnya dia tidak sedarkan diri.

"Farah!" meluncur lancar nama gadis itu apabila sosok gadis itu menggodek ingatannya.

Sedaya upaya, Harraz mahu menggerakkan kakinya. Tujuannya kini, hanya mahu bertemu dengan isterinya itu namun rintihannya berulang kali mematahkan semangatnya.

Jeritannya itu spontan membawa masuk seorang jururawat wanita melawatnya. Kelihatan gusar jururawat tersebut menerpa ke arahnya.

"Encik dah sedar?" soalnya berkerut dahi.

Harraz mendengus. Tajam matanya mencerlung ke arah wanita itu. Tidak terkecuali raut peritnya terpalit. "Macam mana saya boleh ada kat sini?" keras suaranya bertanyakan soalan.

Jururawat tersebut sedikit kelu mendengar suara Harraz yang keras itu. Namun, pengalamannya sepanjang melayan orang sakit buatkan dia teguh dengan keprofessionalannya.

"Isteri encik yang bawa encik ke sini." jururawat itu menjawab. Raut takutnya diubah menjadi lebih tenang.

Harraz sudah terangkat kening. Isteri? "Farah?" serunya.

Wanita itu sekadar menggelengkan kepala. "Erm, bukan encik. Puan Aulia yang bawa encik ke sini. Dia isteri encik kan?" soal jururawat tersebut seakan mahu kesahihan nya.

Tergamam. Harraz terdiam. Fikirannya mulai kosong tatkala mendengar jawapan yang disampaikan jururawat wanita itu kepadanya.

Aulia?

Pandangannya sudah menekur ke bawah. Ligat fikirannya memanggil semula memori yang terpahat pada malam itu. Tanpa rasa bersalah, dia nyatakan hasratnya untuk bercerai dengan Aulia asalkan dia dapat bersama dengan Farah Nabila.

Yurp, dia tak mahu kehilangan gadis itu. Dia cintakan gadis itu namun.. entah kenapa, layanan kejam ini yang gadis itu balas.

Sungguh, dia tak faham.

Apabila melihat Harraz membisu, jururawat itu meminta untuk berundur. Langkahnya disusun meninggalkan Harraz yang kini dalam penyesalan.

Hening. Kini, Harraz hanya sendiri. Memikir kan semula kesalahan demi kesalahan yang telah dia lakukan.

Huh?!

Kenapa jalan cerita rumahtangganya tak semudah orang lain?
...
"Auntie Hannan, boleh tak kalau Rinah nak yang itu?" pinta kanak-kanak kecil itu sambil jarinya menuding ke arah kek berperisa coklat yang terhidang di atas display untuk dipamerkan.

Hannan yang ketika itu sedang berbual dengan salah seorang pekerjanya menarik senyum. Seketika, dia meminta pekerja nya untuk pergi supaya dia dapat meluangkan lebih banyak masa melayan karenah anak kecil itu.

Kek coklat yang terhidang itu dipandang nya lalu disua semula pandangannya ke arah Rinah yang sedang buat seposennya. Nampak polos. Comel aje.

"Boleh aje, Rinah. Apa aje untuk Rinah." sahut Hannan lembut.

Bukan main gamak terujanya anak kecil itu apabila permintaannya itu mendapat green light daripada Hannan. Hannan yang melihat telatah gadis itu sudah tersengih sendiri.

Semenjak ibu Arinah meninggal dunia, Hannan benarkan Ameer membawa anaknya ke tempat kerja. Dia tahu Ameer pasti sulit untuk membahagikan masa kerja dan masa bersama Arinah jadi Hannan permudahkan segala urusan Ameer.

Lagipun, dia senang untuk bermain dengan Hannan. Hilang tekanannya apabila melihat telatah manja Arinah itu. Walaupun mengada sedikit tapi Hannan tak kisah. Kini, dia sudah ibaratkan Arinah itu seperti adiknya sendiri.

Jadi, sebagai seorang kakak.. dia perlulah bersabar melayan karenah si Arinah. Kan?

"Jangan layankan sangat si Rinah tu, cik Hannan. Hmm.. saya pula rasa bersalah bila dia minta macam-macam pada cik." celah Ameer yang sedari tadi melirik gelagat Hannan dan Arinah itu.

Hannan yang kaget terus saja melirik ke arah Ameer yang sudah terpacak di hadapannya. Senyumannya terukir lalu ubun kepala Arinah diusapnya.

"Saya tak kisah pun, Meer. Bukannya habis pun kek itu kalau dia minta satu. Lagi saya suka kalau tengok Rinah gembira." balas Hannan sudah berdiri di pihak Arinah.

Tersenyum lebar Arinah dibuatnya saat mendengar apa yang Hannan katakan itu. Wajah monyoknya terus pudar dan kini berganti riang.

"Terima kasih, auntie Hannan. Rinah sayang auntie." ucap Arinah sambil memeluk pinggang Hannan erat.

Ameer yang melihat telatah Arinah itu sekadar menggeleng kepala. Sempat dia menjengilkan matanya ke arah anaknya itu sebagai amaran untuk tidak banyak membuat kerenah namun Arinah buat tak tahu.

Hannan yang melihat telatah dua beranak itu sekadar menggelengkan kepala. Haihlah, si bapaknya. Perangai pun dua kali lima aje dengan anaknya, getusnya sendirian.

"Erm, Rinah. Tinggal dengan papa dulu. Auntie nak pergi dapur kejap." pinta Hannan sambil meleraikan pegangannya di tangan Arinah.

Memuncung, Arinah akur. Tak bersuara, dia pantas mendekati gerangan bapanya.

"Jangan lama-lama tau, auntie." peringatan comel itu diberinya.

"Rinah, jangan nak mengada." Ameer pula mencelah apabila merasakan kelakuan anaknya itu tak kena masa.

Hannan tarik sengih melihat telatah garang si Ameer itu. Sebenarnya, dalam diam.. dia suka cara Ameer mendidik anaknya. Perkara itu sedikit sebanyak buatkan Hannan makin selesa untuk rapat dengan Ameer.

Tak berlengah, Hannan menyusun langkah kemas menuju ke arah dapur. Entah mana silapnya, tak semena kasut tumit tinggi nya tergelincir menyebabkan dia jatuh terduduk di atas lantai.

Rintihan sakitnya kedengaran. Kuat sehinggakan para pelanggan yang tadinya leka menjamu selera turut berpaling ke arah sosoknya yang sudah mengurut punggung.

Ameer yang melihat terus saja berlari mendapatkan Hannan. Dipautnya bahu gadis itu untuk membantu Hannan bangkit. Dengan berhati-hati, Hannan cuba untuk berdiri.

Air matanya sudah tumpah. Fikirannya tiba-tiba saja teringatkan gerangan Aulia Arisya, teman rapatnya itu.

"Cik Hannan tak apa-apa ke?" soal Ameer apabila merasakan tubuh gadis itu sudah sepenuhnya berdiri.

Arinah yang turut membantu memaut pinggang Hannan juga turut memaparkan raut cuaknya. "Auntie?" resah dia bersuara.

Hannan ketap bibir. Masih fikirannya tak lepas dari mengingati Aulia. Perasaannya sudah tidak sedap.

"Aulia.." perlahan, nama gadis itu meniti di bibirnya.
...
Tasik yang luas terbentang di hadapan mataku, aku tatap kosong. Sama kosong seperti perasaan ku kini. Huh!

Buat masa sekarang ini, aku perlukan masa untuk bersendirian. Masa untuk mengubat hati aku yang berulang kali terkena tempias dek watak yang aku ciptakan sendiri. Watak Miss Heartbreaker yang bagaikan menghancur seluruh takdir hidupku sebagai seorang perempuan.

Akhirnya, pandanganku tunduk ke lantai tanah. Birai mata yang terasa panas buat kan hatiku yang remuk, makin hancur.

Masih terngiang-ngiang kata-kata Harraz dua hari lepas. Kata-kata di mana dengan mudahnya dia mahu melepaskan aku demi kekal bersama Farah.

Kalaulah aku ada keberanian, di situ juga aku mahu bocorkan tentang siapa Farah sebenarnya namun aku takut. Entah kenapa, aku boleh jadi seorang pengecut dan terlalu memberi muka pada Farah. Huh, coward!

Bunyi deringan telefon pintarku menjedakan menungan ku sejenak. Terus, trlefon pintar yang kini berada dalam tanganku, aku belek. Panggilan daripada pihak hospital.

Segar terus mata aku bila lihat panggilan itu. Pastinya itu adalah panggilan tentang keadaan Harraz. Sungguh, aku berharap dia sudah sedar dari koma pendeknya itu.

"Assalamualaikum, puan Aulia. Saya Doktor  Aiza, orang yang bertanggunjawab merawat suami encik, Tengku Harraz." ujar wanita itu hemah.

Aku sahut salamnya. Gusar perasaanku untuk aku mengetahui isi perbualan yang doktor muda itu mahu beritahu ku. Antara baik ataupun buruk..

"Ada apa, doktor? Keadaan suami saya baik- baik saja kan?" soalku terus menerjah nya dengan bertubi-tubi soalan.

Risau punya fasal.

"Keadaan suami puan baik-baik aje. Pagi tadi, suami puan dah sedarkan diri cuma kakinya saja yang tak beri tanda-tanda untuk pulih." beritahu wanita itu di hujung talian.

Alhamdullilah, dalam hati aku mengucap syukur. Lega perasaan aku dibuatnya bila dengar keadaan kesihatan Harraz yang semakin membaik.

"Berapa lama tempoh rawatan kaki yang dia perlu ambil?" soalku mahu tahu.

"Erm, lama jugalah puan. Mungkin dalam dua ke tiga bulan. Erm, puan taknak datang melawat suami puan ke, hari ini?"

Senyumanku yang tadi lebar terukir terus saja kendur. Soalan doktor tersebut sedikit sebanyak menyedarkan aku ke realiti.

Sungguh, aku mahu bertemu dengan lelaki itu namun.. selepas apa yang jadi malam itu. Aku rasa takut. Aku takut kalau perasaan aku akan terus menerus dilukai oleh gerangan disebut suami itu.

"Erm, InsyaAllah. Saya akan datang lawat dia. Doktor tolong usahakan ya untuk sembuhkan dia." pintaku dalam nada berharap.

"Baik, puan. Saya akan cuba semampu saya." ujar doktor tersebut.

Setelah hampir beberapa minit kami berbual, aku meminta diri untuk menamatkan panggilan. Seusai talian ditamatkan, aku segera bangun dari dudukku untuk bergegas pulang.

Sudah dua hari, aku menetap di rumah Hannan. Keputusan itu aku ambil selepas saja menghantar Harraz ke hospital. Buat masa sekarang, lebih baik kiranya kalau aku dan Harraz berjauhan.

Kalau betul..suatu hari nanti Harraz akan menceraikan aku jadi tak adalah sukar sangat untuk aku melepaskan dia. Yurp, turut aku akui yang kini aku mulai terbuka hati untuknya namun aku tahu perasaanku itu tak ada maknanya.

Mahu ataupun tidak, lelaki itu takkan pernah menerima aku sebagai isterinya. Dan aku.. perlu berserah untuk menerima hakikat itu.

Kereta ku yang terparkir sedikit jauh, aku rapati. Sesekali, telefon pintarku belek sekejap. Cara sementara untuk menghilang kan kebosanan yang melanda.

Ckling!
Mati langkahku untuk mara apabila mataku menangkap pesanan masuk. Pesanan daripada nombor tak dikenali.

Aku sudah ketap bibir. Sejenak, aku terdiam. Berkira sama ada mahu membaca pesanan itu atau tidak. Aku yakin pasti itu orang yang sama yang sudah banyak kali mahu mengugutku.

Setelah lama berdiam, akhirnya aku beranikan diri untuk membuka pesanan itu. Isinya aku baca.

Terbelalak mata aku kerana kaget. Segera, mataku meliar ke sekitarku tak terkecuali juga belakangku. Apakah?

Adakah gerangan ini sedang mengekori aku?

'Lawa betul you pakai blouse merah jambu itu. Warna yang paling buat you nampak daring setiap kali you pakai.'
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro