MHB 51

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tuk! Tuk! Tuk!

Ketukan yang bergema di muka pintu mengganggu konsentrasi aku dan Dahlia yang ketika itu sibuk membuat kuih donut sebagai pemanis mulut kami petang itu. Aku yang sedang menggoreng terus saja menelengkan kepalaku ke arah pintu yang masih bergema ketukan.

Dahiku sudah berkerut seribu. Aku toleh ke arah Dahlia sejenak yang ketika itu sedang membentuk kuih donut. Kami saling berpandangan dan masing-masing melemparkan pandangan hairan.

"Ada kawan Dahlia yanh datang ke?" soalku mahu tahu.

Dahlia pula sekadar jongket bahu. Nampaknya, dia pun tidak mengetahui siapakah gerangan manusia yang datang ke rumah kamu waktu-waktu Asar begini.

Tidak berlengah, aku terus saja menutup api dapur lalu bergegas ke hadapan. Masih kedengaran ketukan bertalu itu namun tiada pun suara yang mengiring memberi salam. Risau juga hati aku ni nak membuka.

Takut kalau perompak atau pencuri bersenjata yang datang nak mencari mangsa aje. Hmm.. ada ke perompak yang nak merompak di siang hari?

"Ya, sekejap." sahutku sudahpun menghampiri pintu.

Tubuhku aku sandarkan ke pintu yang masih tertutup sambil telingaku aku tekap kan ke permukaan. Entah kenapa.. perasaan bimbang ku mulai menguasai diri.

"Siapa itu?" aku mengajukan pertanyaan untuk tahu siapakah gerangan yang kini berada di luar rumah.

Lama aku menantikan jawapan sehinggalah kedengaran suara garau seseorang menyahut dari luar. Suara yang sangat tak asing dari halwa pendengaranku. Suara yang spontan sahaja  membuatkan reaksi kagetku bertayang.

"Aulia Arisya..." serunya dalam nada lirih.

Aku sudah terbuntang mata luas. Sebaik sahaja mengenal pasti pemilik suara itu, tanganku secara automatik membuka pintu. Seperti apa yang aku duga, terlihat kelibat Harraz sedang terpacak di muka pintu.

Reaksi sebak dan bersalahnya dipamerkan. Bundar matanya menatap wajahku.

"T-Tengku.." gugup aku menyeru namanya.

Ya Allah, kenapa perasaanku sakit bila bertemu dengannya? Kenapa jiwa aku pedih apabila menatap wajah sedihnya? Huh.. mungkin ke aku sudah mulai tawar hati untuk bertemu dengan Harraz?
...
Selesai sahaja menyimpan kesemua barang yang dibawanya ke dalam bonet, Harraz bingkas menyusun langkah mendapatkan kedua orang tuanya yang masih berdiri memerhatikannya di hadapan rumah.

Dihulurkan tangannya untuk bersalaman sebagai tanda perpisahan buat seketika.

"Kamu jaga diri kamu elok-elok, Raz. Bawa kereta itu hati-hati. Papa tahu kamu tak stabil lagi dengan perasaan kamu itu, jangan layankan sangat ego kamu itu. Faham?" pesan papanya sambil menepuk-nepuk lembut bahu Harraz.

Lemah, Harraz mengangguk mengiakan pesanan yang disampaikan papanya itu. Setelah bersalaman dengan lelaki itu, Harraz beralih pula ke arah mamanya yang setia berdiri di sisi papanya.

Kelihatan raut tanpa emosi dipaparkan Tengku Wana. Mungkin wanita itu masih meneruskan mogoknya untuk tidak bercakap dengan Harraz.

Tangan wanita itu, Harraz raih lembut lalu dikucupnya. Sepanjang detik itu, dia langsung tak mendengarkan sebarang suara yang keluar dari mulut wanita itu. Hmm... nampaknya memang serius mogok Tengku Wana kali ini.

"Ma, Raz pergi dulu." ucap Harraz menatap wajah bersih ibu kandungnya itu.

Baru saja Harraz mahu melepaskan tangan Tengku Wana spontan tangan kiri wanita itu naik mengusap pipi Harraz yang bebas jambang itu. Senyum tipisnya terukir.

"Mama tahu kamu dah besar, Raz. Mama tahu kamu tahu apa yang baik buat kamu dan mana yang tidak. Apa.. yang mama cuma nak pesan, kamu bertindak sebagai seorang suami kepada Aulia. Jangan layan kan sangat ego kamu. Walau apapun, dia tetap isteri kamu dan dia juga tanggung jawab kamu.

Mama harap kamu dapat bawa Aulia ke sini semula. Bawa dia dan jaga dia baik-baik. Mama taknak ada apa-apa jadi pada menantu dan bakal cucu mama. Boleh kamu janji perkara itu dengan mama?" lebar, Tengku Wana menyusun ayatnya.

Mendengarkan kata-kata ibunya itu, Harraz pantas mendakap erat tubuh wanita itu. Dia berasa lebih bersemangat saat mendengar setiap apa yang dikatakan wanita itu. Bagaikan penyuntik semangat, Harraz jadi lebih yakin untuk membawa Aulia pulang ke pangkuannya semula.

Setelah mengucapkan selamat tinggal, Harraz terus saja memandu kereta Audi nya keluar dari perkarangan rumah agam kedua  orang tuanya. Sempat lambaian dia berikan sebelum akhirnya kelibat dia dan kereta nya hilang daripada pandangan.

Sepanjang perjalanan menuju ke kampung halaman Aulia, perasaan risau dan resah Harraz tak henti-henti bertamu. Kadang, dia kalut memikirkan ayat yang sesuai untuk memujuk Aulia. Dia yakin gadis itu pasti masih marahkannya atas apa yang dikatakannya pada malam itu.

Yurp, malam di mana tanpa rasa bersalah nya, dia mengungkit topik mahu mencerai kan Aulia demi terus bersama Farah. Mengingatkan perkara itu semula, Harraz diserbu rasa bersalah.

Suami jenis apalah dia ni sampai sanggup katakan ayat kejam itu pada gadis yang masih bergelar isterinya yang sah?

"Luqman beritahu saya yang awak tahu di mana Aulia berada sekarang. Saya tahu sulit untuk awak beritahu tentang itu dan saya janji saya akan buat apa saja yang awak mahu asalkan saya dapat jumpa isteri saya itu semula." rayu Harraz sudah menggenggam jari jemarinya memohon.

Hannan yang sedang duduk bersilang kaki dipandangnya dengan raut berharap. Sehabis baik dia menunjukkan betapa dia perlukan bantuan gadis itu untuk menemui isterinya semula.

"Bukan Tengku tak suka Aulia ke? Hmm.. kenapa Tengku masih cari dia?" mendatar nada Hannan mengajukan pertanyaan.

Raut tanpa emosinya ditayang. Sesekali jus mangga yang tersedia atas meja disedut nya perlahan. Cukup tenang air mukanya itu.

Harraz ketap bibir. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Dia tahu kali ini pasti dia akan dihentam habis-habisan oleh gadis yang bergelar sahabat baik Aulia itu.

"Saya khilaf dengan apa yang saya buat pada dia. Saya tahu dosa saya pada dia memang tak dapat dia lupakan dengan mudah dan, saya harap awak sudi bantu saya untuk bertemu dengan dia semula. Kalau diberi peluang, saya nak tebus dosa yang saya buat pada dia. Saya akan cuba jadi yang terbaik untuk dia." bersungguh- sungguh Harraz menyatakan hasratnya itu kepada Hannan. Pelbagai kerut wajahnya di main.

Jelas kelihatan tekadnya untuk bertemu dan membahagiakan Aulia semula.

Hannan di hadapan hanya menatap Harraz dengan pandangan menilai. Air muka Harraz itu dipandangnya lama sebelum keluhannya terlepas.

Bingkas, dia membetulkan posisi duduknya  agar kelihatan lebih sopan. Gelas yang sudah berisi separuh air mangga itu ditolak nya tepi supaya tidak menganggu konsentrasi nya sepanjang melakukan perbincangan dengan Harraz.

"Kalau betul, Tengku nak jumpa Aulia. Saya rasa Tengku patut tahu sesuatu tentang Aulia dan macam mana dia boleh wujud dalam hidup Tengku sekarang." penjelasan Hannan buatkan kening Harraz berkerut seribu.

"Maksud awak?"

Hannan tarik senyum. Hampir beberapa saat gadis itu menjedakan diri kemudian nafasnya ditarik dalam.

"Saya harap lepas saya ceritakan semua ini, Tengku dapat buka mata Tengku luas tentang apa yang jadi dalam hidup Tengku. Saya tak bermaksud untuk minta Tengku menuding jari pada sesiapa cuma.. niat saya nak ringankan beban Aulia yang suka diamkan perkara ini." tutur Hannan penuh tertib.

Harraz yang masih tak mengerti menyambutnya dengan anggukan. Perasaannya mulai dijentik rasa ingin tahu tatkala Hannan katakan begitu.

"Baik, saya faham." sahutnya.

Masih senyuman berbelah bahagi Hannan masih kelihatan. Dia yang tadi bersemangat terus saja rasa risau untuk membuka cerita. Aih, kuatkan semangat kau Nan. Kebenaran kau perlu bongkarkan sekarang juga!

Setelah lama Hannan mendiamkan diri, akhirnya keluhan lemahnya terlepas. Kali ini, gelagatnya tampak lebih bersedia daripada tadi. Wajah mahu tahu Harraz dipandangnya tenang.

"Saya kenal Aulia sejak zaman sekolah lagi. Dulu, Aulia tak macam ni. Dia tak pernah ada keyakinan setinggi ni dan dia juga tak secantik seperti sekarang ni. Dulu, Aulia banyak kali kena hina sebab dia berbadan besar. Pernah satu hari itu, dia cuba untuk luahkan perasaan pada crush dia tapi mentah-mentah crush dia reject dia sebab dia berbadan besar.

Lepas saja, saat itu Aulia terus tekad untuk berubah. Dia jaga pemakanan dia, dia jaga kecantikan semata-mata nak balas dendam pada makhluk bernama lelaki. Dari dendam dia, akhirnya dia jadi Miss Heartbreaker. Seorang gadis yang mendapat bayaran untuk menjadi orang ketiga dalam merosakkan percintaan seseorang." ujar Hannan membuka kisah silam Aulia satu persatu.

Di hadapan, Harraz tergamam. Satu persatu perkataan yang digunakan Hannan dicerna kan supaya dapat difahaminya. Dendam? Miss HeartBreaker? Menjadi orang ketiga dalam perhubungan?

Dia mulai menyusun rentetan kehidupan rumahtangganya. Dari awal kemunculan Aulia dalam hidupnya sehinggalah saat ini. Dahinya sudah berkerut.

"Jadi, awak nak beritahu saya yang ada orang hantar Aulia untuk rosakkan rumahtangga saya dengan Farah? Macam itu ke?" gertak Harraz dalam nada lantang.

Langsung dia tak pedulikan para pelanggan yang duduk menikmati hidangan manisan mereka di sekitar. Yurp, rasa amarahnya mulai terbina saat mengetahui identiti sebenar Aulia Arisya.

Mahu tak mahu, terpaksa Hannan mengiakan apa yang Harraz tebak itu. Harraz perlu tahu kebenaran itu.

Giginya sudah dikacip menahan geram. Penumbuknya sudah diketap kuat. Tajam matanya mencerlung Hannan yang masih tenang dihadapannya.

Siapalah yang celaka sangat hantar orang untuk rosakkan rumahtangga nya ini? S*al!! Harraz sudah melempar kata kesat dalam hatinya. Kalaulah dia tahu siapakah gerangan orang itu... hari ini juga dia akan cari orang itu dan bunuhnya dengan tangannya sendiri.

"Bagitahu saya siapa orangnya. Biar saya selesaikan perkara ini dengan dia.!"  sahut Harraz.

Hannan tarik senyum nipis. "Kalau saya beritahu Tengku, pasti Tengku tak percaya dengan orangnya. Kalau Tengku nak bukti, saya ada buktinya."

"Siapa?!"tegas, Harraz mengajukan pertanyaannya.

"Farah. Isteri Tengku sendiri."

Ponnn!!!!

Bunyi bingit hon kereta itu mematikan terus lamunan Harraz. Segera, pandangan nya dikalihkan ke arah lampu isyarat yang sudah bertukar hijau. Kalut, Harraz terus tekan pedal minyak lalu kereta Audi yang dipandunya dipecut menyelusuri jalan raya.

Huh.. Sungguh, dia berasa bodoh. Dia langsung tak menyedari orang yang selama ini dia tulus cintai menghantar orang untuk merosakkan rumahtangga sendiri? Adakah Farah sudah tidak waras?

Orang lain sibuk mahu mempertahankan perkahwinannya namun gadis itu sanggup mempergunakan orang lain untuk mendapatkan lafaz talak dari mulut Harraz. Tak guna!! Harraz rasakan dirinya dibodohkan mentah-mentah oleh gadis yang amat dicintainya.

"S*al kau, Farah!!! Sanggup kau bodohkan aku macam ni? S*al! S*al! S*al!!!!!" bentak Harraz. Tak fasal-fasal stereng keretanya ditampar berkali bagi melampiaskan rasa amarahnya yang sudah bersarang di dalam jiwa.

Air mata jantannya yang cuba ditahan akhirnya gugur membasahi pipi. Sepanjang perjalanan dia menangis. Siapa kata lelaki tidak menangis? Kalau namanya manusia, masih dia berpeluang untuk menangisi segala silap, salah dan juga kekecewaannya.

Harraz turut tidak terkecuali.

Hampir sejam perjalanan, akhirnya Harraz tiba di perkarangan rumah kampung Aulia. Air mata yang sudah kering di kelopak mata disapunya sambil sesekali anak matanya meliar melihat persekitaran rumah tersebut.

Kelihatan pintu rumah kayu itu tertutup rapat malah tiada pun selipar mahupun kasut Aulia kelihatan.

Kerana tidak mahu terus berteka-teki, akhirnya Harraz melangkah keluar dari perut keretanya. Usai mematikan enjin kereta, dia mengatur langkah mendekati pintu utama rumah kayu tersebut.

Berkira-kira dia mahu ketuk pintu. Baru saja nak ketuk, dia sudah tarik tangannya ke belakang. Bibirnya diketap. Sungguh, perasaannya resah mahu bertemu dengan Aulia Arisya.

"Apa yang aku patut cakapkan sekarang? Pujuk dia? Rayu dia?" Harraz sudah buntu. Hampir beberapa minit, dia mundar mandir di hadapan pintu rumah Aulia semata- mata mahu menyusun ayat terbaik untuk memulakan perbincangan dengan gadis itu.

Akhirnya, dia mengalah. Ya atau tidak, dia perlu bersua muka juga dengan isterinya itu. Dia perlu turunkan egonya dan minta maaf dengan salah dan silap yang telah dia lakukan pada gadis itu.

Nafasnya ditarik dalam sebelum dengan berhati-hati, tangan kirinya mengetuk pintu rumah tersebut. Salam langsung tak dihulurnya. Risau kalau Aulia tak sudi nak bukakan pintu bila terdengar suaranya. Hmm..

"Sekejap!"
Mahu tercopot jantungnya saat mendengar suara mendayu Aulia kedengaran. Harraz sudah teguk liur. Dia yang tadi baru saja nak berlagak tenang, berubah gementar.

Ah, sudah!! Mana lari kejantanan kau ni, Raz?

"Siapa itu?" dapat dia tangkap betapa dekatnya suara gadis itu dengannya.

Harraz ketap bibir. Perlahan-lahan tangannya naik memegang permukaan kayu pintu rumah tersebut. Perasaan kesalnya terbit.

"Aulia Arisya.." lemah nama gadis itu diserunya.

Sebaik sahaja dia menyeru nama gadis itu, automatik pintu rumah tersebut terbuka. Kelihatan sosok Aulia Arisya yang berpakaian T-shirt putih memandangnya dengan perasaan kaget.

"T-Tengku?"
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro