MHB 52

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hampir lima belas minit, dia menghadap telefon pintarnya. Beberapa kali dia cuba untuk menghubungi gerangan orang yang dicintainya namun masih.. tak mendapat jawapan. Pasrah. Akhirnya, Farah yang sudah geram terus saja mencampakkan telefon pintarnya ke sisi sofa.

"Ih, mana Danial ni!! Kata malam ni nak ajak aku makan malam tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung!" monolog Farah sendirian.

Dia yang sudahpun berpakaian serba anggun dengan mengenakan gaun putih paras betis itu sudah memuncung. Rancangan kartun Mickey Mouse yang bertayang di kaca tv langsung tak menarik minatnya. Huh!

Sudah sejam awal dia bersiap semata-mata mahu memberikan kejutan buat teman lelakinya itu akan penampilannya malam ini. Namun, perkara lain pula yang jadi.

Setelah hampir sepuluh minit menenangkan diri, Farah kembali mencapai telefon pintarnya. Untuk percubaan kali terakhir, nombor telefon milik Danial dihubunginya. Sungguh, dia berharap panggilannya itu mendapat jawapan.

Beberapa kali bunyi beep-beep kedengaran sehinggalah akhirnya panggilannya mendapat jawapan daripada pihak yang dia hubungi. Baru sahaja Farah mahu menguntum senyum teruja, telinganya menangkap bunyi hilai tawa seorang wanita di hujung talian.

Automatik, senyumannya kendur. Perasaan nya sudah tidak enak.

"Dan? You kat mana ni?" soal Farah cuba untuk meredakan gemuruh yang sudah mulai menguasai jiwanya.

"Heheh... you. Kenapa nakal-nakal dengan I ni. Come to me.. here with me.." sahut Danial seakan-akan sedang berbicara dengan seseorang. Setelah itu, telinga Farah menangkap tawa gemersik seorang wanita.

Hanya kedengaran bunyi tawa seorang wanita saja. Mungkin ke? Farah sudah buntang mata sambil mulutnya ditekup seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

"You.. you kata you ada makan malam kan dengan girlfriend you. Dia tak marah ke kalau you lambat sebab layan I kat sini?" pertanyaan gadis itu makin membuatkan jiwa Farah bagaikan dicarik-carik.

Jadi, benarlah tebakannya tadi. Danial sekarang sedang berdua-duaan dengan perempuan lain di tempat yang terpencil. Jelas sekali dalam talian, hanya kedengaran bunyi tawa seorang gadis dan suara garau Danial.

Tak semena, air tangisan Farah mengalir lebat. Walaupun, hatinya berdarah namun masih dia gagahkan telinganya untuk mendengar perbualan Danial dengan gadis perampas itu.

"Tak apa. Dia bukan tahu pun kalau I dengan you. Esok I balik rumah, I pujuklah dia. I know dia sayangkan I and dengan mudah, dia akan maafkan I.."

Mendengarkan butir bicara Danial itu, Farah terus menamatkan panggilan. Sejurus itu, telefon pintar jenama Iphone yang digenggamnya dicampak ke arah dinding sehingga berkecai. Yurp, berkecai sama seperti hatinya yang sekarang ini.

Sedu-sedannya menyelangi tangisannya. Segala keperitan yang ditanggung diluah kan sehabis-habisnya dalam tangisannya. Tak guna!!! Tak guna kau, Danial! Kau fikir aku ni apa hah?!

Kenapa mudah sangat kau jerat aku dalam cinta kau ni, Danial?!!!!

Masih, Farah menangis. Cuba dipujuk hatinya yang sedang lara walaupun hakikat nya, luka di hati pastinya akan meninggal kan parut yang dalam buatnya.
...
Di celahan tingkap yang terbuka, mataku sempat mengintai ke arah kereta Audi milik Harraz yang masih terparkir elok di hadapan rumahku. Memandangkan tingkap kereta Harraz berwarna gelap jadi sukar untuk aku memastikan keberadaan lelaki itu di dalam keretanya.

Lama, aku bertindak sebegitu sebelum keluhan lemahku terlepas.

"Haih, nampaknya dia masih berdegil duduk sini. Hmm.." ujarku sendirian.

Kejadian petang tadi kembali menggodek ruang fikiranku. Yurp, kejadian di mana Harraz tanpa sebarang tanda datang ke rumah semata-mata mahu bertemu dengan ku.

Entah kenapa, aku rasakan perkara itu bagaikan mimpi belaka.

Harraz sanggup turunkan ego semata-mata mahu bertemu denganku? Si gadis yang dia katakan tak layak menjadi isterinya ini?

"T-Tengku?"
Gagap aku menyeru namanya tatkala kini jasadnya terpacak berdiri di hadapanku.

Pandangan kami saling berlaga. Masing- masing tak mahu kalah untuk merenung satu sama lain. Lama keadaan itu berlarutan sehingga akhirnya senyuman Harraz menggugat ketenangan ku. Terus saja aku melarikan anak mataku ke tempat lain.

Haih, tak kuat betul iman kau ni Lia!

"Buat apa Tengku datang sini? Huh.. saya ingat Tengku dah taknak datang jumpa saya." sinis, aku berbicara. Kali ini, wajah nya langsung aku tak pandang.

Aku dapat dengar keluhan Harraz meniti. Dapat aku rasakan tatapannya yang kini menjilat seluruh wajahku yang nampak acuh tidak acuh.

"Aku datang sini sebab nak jumpa kau, Lia. Aku nak minta maaf dengan apa yang aku dah buat pada kau."

Apabila mendengar bicaranya itu, spontan sengihanku terbit. Dengan berani, aku lagakan mataku kepada matanya. Cukup menggambarkan betapa tawarnya hati aku untuk menerima permintaan maafnya.

"Tengku tak pernah pun buat salah pada saya. Saya aje yang banyak buat salah pada Tengku. Lagipun, saya rasa saya tak berhak kot nak berjumpa dengan Tengku. Macam apa yang Tengku cakap.. saya ni cuma pengganggu rumahtangga Tengku. Tak layak nak jadi isteri Tengku pun kan?" sakit namun entah kenapa lidah aku berani untuk menyampaikan ayat itu.

Walaupun kenyataannya, jiwaku kini sedang sarat merindukan dia. Hampir setiap malam aku berdoa pada Tuhan agar diberi peluang untuk bertemunya namun bila ego lebih tinggi daripada bisikan jiwa, aku tak dapat untuk luahkan apa yang terpendam dalam hati aku kini.

Huh.. lagipun, aku memang sedang mahu menjauhkan diri daripada Tengku Harraz Naufal. Kalau benar ayat ini dapat buatkan dia benci kepada aku, lebih baik aku terus kan. Aku pernah mendengar pepatah orang tua, kalau benar cinta.. tak semestinya terus berada di sisinya adalah yang terbaik. Kadang meninggalkannya juga menanda kan betapa besarnya bukti cinta aku kepada dia.

Kalau betul, dia sayangkan Farah. Aku akan lepaskan dia pada gadis itu. Hmm.. sepatut nya aku perlu sedar bahawa tempat aku tak layak di sisinya sebagai seorang isteri.

Harraz keluh perlahan. Pandangannya ditundukkan ke bawah. Ada riak kesalnya bertayang.

"Aku tahu kau marahkan aku sebab itulah kau cakap macam ni dengan aku kan? Fine. Aku tak akan menghukum kau kalau kau cakap macam itu pada aku. Aku takkan larang kau benci aku kalau semua itu dapat tebus kesalahan aku pada kau selama ini." lemah, dia membalas.

Terdiam aku sejenak mendengar bicaranya itu.  Masih, wajah garangku aku suakan.

"Huh! Walau apapun yang Tengku nak cakapkan, saya tak kisah. Buat masa sekarang, saya nak bersendiri. Saya tak nak jumpa sesiap termasuklah Tengku." berani aku melemparkan ayat itu sebelum pintu yang terbuka, kembali aku tutup rapat.

Apabila mengenangkan ayat biadap yang aku lemparkan petang tadi, perasaanku terus saja diulit rasa bersalah. Walaupun Harraz melayan aku dengan kasar namun masih... lelaki itu adalah suami aku. Tak sepatutnya aku meninggikan suara apabila berbicara dengannya.

Akhirnya aku termenung sendiri sambil sesekali aku mengintip ke arah kereta Harraz yang tampak gelap di dalamnya. Pasti, lelaki itu sedang tidur di dalam kereta.

"Akak masih tak tidur lagi?" teguran suara lunak Dahlia mematikan lamunanku.

Kalut, aku memusingkan kepalaku ke arahnya. Gelagat yang kononnya mahu menutup jendela, aku lakukan. Harap nya coverline itu menjadilah.

Dahlia yang berpakaian kemeja tidur datang mendekatiku. Kelihatan adik bongsu aku itu sedang mengikat rambutnya paras bahu itu.

"Erm, nak tidurlah ni. Akak keluar ni pun sebab nak pastikan pintu dengan tingkap rumah dah tutup ke belum." dalihku sudah menyeringai senyum nampak gigi.

Tersenyum Dahlia mendengar bicaraku itu. Jelaslah, temberang aku itu dah pecah. Mungkin, dia dapat hidu perbuatanku yang sedang menghendap Harraz di luar.

"Akak risau kan Abang Harraz eiyh?" sakatnya sudah tersengih mengusik padaku.

Teguk liur aku dibuatnya apabila disakat begitu oleh Dahlia. Aih, sejak bila pula adik aku ni reti nak menyakat orang. Hmm...!!

"Tak ada maknanya akak nak risaukan dia. Betullah apa yang akak cakap tadi. Akak cuma nak periksa tingkap dengan pintu aje. Dah kunci ke belum." aku masih berdegil untuk menegakkan tujuan palsu aku itu.

Dahlia sudah geleng kepala. Sesekali matanya dilarikan ke arah jendela yang tertutup rapat di belakangku. Senyuman tipisnya terukir.

"Akak tak kesian ke dengan Abang Harraz itu. Dia kan suami akak. Lagipun tak elok kalau akak biarkan abang Harraz itu tidur kat dalam kereta kat tempat macam ini. Tak takut ke kalau ada apa-apa jadi pada suami akak itu?" soal Dahlia.

Aku ketap bibir. Dalam diam, aku mengiakan kenyataan yang Dahlia lemparkan itu. Gila tak risau? Akhir zaman ni macam-macam boleh berlaku. Kes rompaklah, kes pecah rumahlah. Haih!! Nak- nak lagi bila Harraz ni tergolong dalam kalangan orang berkemampuan, mau tak dijadikan target oleh penjenayah di luar sana. Haih!! Aku sudah berbelah bahagi.

Namun, rautku masih aku kentalkan agar tidak jelas kerisauanku itu. Ego.

"Hmm.. dahlah Dahlia. Dahlia pergi tidur. Akak tahu sangat dengan perangai suami akak itu. Akak yakin dia takkan tahan tidur kat luar itu. Nanti, dia baliklah itu rumah dia." balasku dalam nada acuh tak acuh. Kononnya tak peduli.

Baru saja Dahlia mahu bersuara, aku terlebih dahulu menarik adik aku itu untuk kembali semula ke dalam bilik tidurnya. Haih, malaslah nak dengar bebelan adik aku itu panjang-panjang.

Sentap jiwa.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro