03 | ▪︎ THREE ▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Setibanya di kafe...

"Hurmm. Explain la cepat." Tak sabar-dabar Zaa nak mengetahui 'hal' sebenar.

"Ish kau ni. Tak reti sabar-sabar." Haykal bersuara. Zara hanya menjeling. Dah la hati tengah panas lagi dengan mamat tu. Siapa lagi kalau bukan si 'dia' la yang bernama Daniel.

"Baik macam ni. Dekat sekolah ni kitorang famous. Semuanya sebab kejelitaan dan ketampanan kami." Deena memulakan bicara.

"Buat la macamtu. Juling betul-betul kang." Daniel menyampuk.

'Ei mamat ni aku teranjang sat gi.' Zara hanya buat tidak endah pada 'suara' tersebut.

Daniel menjegilkan matanya kerana tidak dilayan 'sabar je la aku dengan minah ni'.

"Then, kau tau la kalau famous nanti ramai fans. Diorang tergedik sana tergedik sini tergedik situ. Macam-macam tergedik la. Baik lelaki perempuan semua sama je." Zara tekun mendengar penerangan yang dipersuarakan oleh Deena.

"Jadi, disebabkan kitorang betul-betul malas nak layan kerenah semua ulat bulu tu. Kitorang terpaksa la jadi sombong sikit. Biar la diorang nak menyampah ke apa, yang penting tak merimaskan kami."

"Ooo. Sebab tu lah korang bertiga ni macam asam jeruk basi?" Mereka mengangguk laju.

"Aku ingat ada apa benda korang jadi macam ni." Sambung Zara lagi.

"Itu lah sebabnya." Sampuk Haykal.

Daniel hanya diam membisu dari tadi akibat tersentap tentang kejadian tak layan tadi.

"Jadi kau pon kena sombong juga. Tambah lagi perangai beku heartless nak tembak orang kau tu ok. Baru la nanti tak ada ulat bulu atau babi menyondol." Haykal berkata selamba.

"Ok." balas Zara sepatah.

Kringgg

Zara terus bangun dan berjalan pulang ke kelas meninggalkan rakan-rakannya memandangkan waktu makan tengah hari habis. Daniel dan Deena berpandangan sebelum masing-masing menggeleng.

Bukk

"Adoiiiii. Apesal korang ni ketuk kepala aku." Haykal menggosok kepalanya yang diketuk oleh Daniel dan Deena serentak.

"Kau gila ke Kal?" Haykal menjongketkan kening kerana tidak faham apa yang diperkatakan Deena.

"Gila apanya."

"Kau sedar tak apa yang kau cakap dekat Zara tadi?"

"Apa aku dah buat?" Dia berfikir sejenak dan..

"Ehhh! Apa aku dah buat ni." Bebal betullah si Haikal ni.

"Tapi jangan risau la. Zara kan bijak orangnya. Takkan la dia tak tau beza situasi. Dia gurau je tu. Hehe" Haykal membalas.

"Itu lah kau. Mulut tak reti jaga apasal. Jangan sampai kau yang kena nanti. Mati-mati." Deena menggeleng-gelengkan kepalanya.

Saja nak menakutkan Haykal.

"Kau ni. Cakap main lepas je. Nanti tak pasal ada yang kena bunuh dekat sekolah ni, semua salah kau." Daniel berkata sambil menunjukkan jari ke arah Haykal dan lantas bangun untuk ke kelas.

Diikuti Deena.

Masing-masing melangkah untuk ke kelas bagi menyambung waktu pembelajaran hari ini. Haykal hanya membontoti kedua-dua manusia di hadapannya.

♧♧♧

Zara berjalan tiba-tiba...

Bumm

Ada seseorang yang melanggarnya hingga jatuh terduduk. Rasa sakit nya tak terkata. Cuba korang bayangkan korang tengah jalan then tiba-tiba jatuh terduduk sebab ada 'giant' langgar. Dahla langgar kuat. 'Mak oi sakit. Apa la yang dia makan. Balak betul la'

"Hoi pompuan. Buta ke haa?" Nyaring betul suara dia eiii.

Deena, Daniel dan Haykal berpandangan. Langkah mereka dipercepatkan untuk melihat 'kejadian' tersebut apabila ramai orang yang sedang berkumpul menyaksikan.

"Ei minah. Sekarang ni aku yang patut marah kau tau sebenarnya sebab buta. Senang-senang langgar aku, nak sound-sound pulak. Memang saja nak cari publisiti murahan ke." Sindir Zara sambil nenepuk-nepuk seluarnya yang berdebu.

"What? Apa kau kata?"

"Dah buta pekak pulak. Kesian." jeling Zara. Merah-merah muka balak tu menahan marah.

"Hello. Watch your mouth ok. You ni budak baru kan. You tak kenal lagi siapa I ok. I ni Melissa tau. Everybody know me." terselah kegedikkan disitu.

"So?"

"So you kata? So, you kena la hormat I. You tu budak baru. Selekeh pulak tu. Lagi satu, kenapa you rapat dengan Daniel? Baru masuk sekolah ni dah mengada-ngada dekat dia. You jangan ingat Daniel tu akan pandang pompuan macam you ok. Dia akan pandang I je. So, watch out. Jangan sesekali you rapat dengan dia and kawan-kawan dia. Kalau you buat jugak, tau la I kerjakan you sampai mati. Daniel tu I punya." Melissa berkata sambil menunjal dahi Zara.

"Kau nak buat apa? Bunuh aku? Kalau kau nak bunuh aku bunuh la. Tapi jangan menyesal kalau kau yang aku bunuh dulu. Takut nanti roh tak tenteram sebab mati awal. By the way. Kau tak layak nak suruh aku hormat kau. Dengan adab tak ada memang tak la aku nak hormat kau. So, excuse me. Aku nak masuk kelas ye. Tata."

Pada masa yang sama Daniel, Deena dan Haykal sampai di situ.

"Kau.." Melissa geram dengan kata-kata pedas Zara dan terus menarik tudung Zara sebelum dia sempat melangkah.

"Oi. Apa kau ni nak tarik tudung aku. Lepaslah." Melissa hanya menjeling dan melepaskan dengan kasar.

"Daniel. You tengok dia ni. Dia langgar I lepastu dia marah-marah I. I tak buat apa-apa pun." Melissa berkata dengan suara gediknya.

Deena menjeling Melissa

"Aku rasa kau yang cari pasal dengan dia dulu" kata Haykal

"Diamlah"

Daniel melangkah kedepan dan "Kau jangan nak tergedik-gedik sangat eh Melissa. Kau ingat aku tak tau kau yang langgar dia dulu. Kau fikir aku bodoh?" Daniel menunding jari dan berkata pada Melissa menyebabkan dia sudah gelisah an menahan amarah. Terkantoi.

Zara hanya ber'smirk'. Sotong ni bala betul.

"Kau pompuan. Sedar la diri tu sikit eh. Jangan terhegeh-hegeh sangat dengan orang yang tak pandang kau. Lagi satu butang la baju tu sampai atas. Tak payah la nak tayang aset kau tu. Murah sangat. Last, aku nak pesan. Kau tak kenal aku siapa. Aku boleh buat apa je aku nak dekat kau. Kalau kau taknak benda tu jadi, baik kau jangan ganggu aku. Okay sayang" Panjang lebar Zara berkata lalu menampar perlahan pipi Melissa sebelum melangkah ke kelas.

Pelajar lain hanya memerhati dari jauh. Tak berani mereka hendak masuk campur.

"Kamu semua buat apa berkumpul dekat sini. Masuk kelas sekarang." Cikgu Zam menjerit menyebabkan semua berpusu lari.

"Urghh." Melissa menghentak kaki sebelum melangkah pergi.

"Long time no see, Camila." Deena berkata.






==============================
Selamat hari raya maaf
zahir dan batin!!🎆🥳🙏

Yeay esok raya haha. Sorry chapter ni bosan sebab lia tak ada idea. Otak tengah blank ni. Sorry typo.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro