04 | ▪︎ FOUR ▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zara menikmati keindahan alam sekitar dan menghirup udara segar yang sayup-sayup pada pagi itu. Hari ini merupakan hari minggu. Jadi, adalah masa untuk dia berehat-rehat. 'Indahnya ciptaan Allah'.

Ting

Bunyi telefon yang menandakan pesanan masuk itu memecahkan lamunan Zara.

Deena🤍

Beb. Jalan-jalan jom. Aku bosan la duduk rumah. Mummy dengan daddy aku oustation. Kesian sahabatmu ini tinggal berseorangan. Lagipun dah lama tak keluar dengan kau. Plisss🥺🙏

Yela wahai sahabatku. Dekat mana?

Yeay
Nnti aku send location dekat kau ok. Bye love you😙❤

Okay💫

"Haish. Baru ingat nak lepak dalam bilik je hari ni." Zara menuju ke walk-in closet nya dan bersiap untuk keluar.

Penampilannya sangat simple. Hanya kemaja biru yang berjalur dan seluar jean hitam. Dipadankan dengan tudung shawl blueblack serta slingbag hitam. Simple but nice.

Zara melangkah kehadapan apabila melihat kelibat Deena di sebuah bangku. Tiba-tiba idea jahat datang menerpa.

"Baaa"

"Oi mak kau motor vroom vroom. Eish kau nihhh" marah Deena.

"HAHAHAHAHAHA." "Sejak bila mama aku merempit ni. Moto vroom vroom eh" Zara menyapu air mata yang keluar dan ketawa berdekah-dekah sambil memegang perut.

Deena menjeling.

"Sorry-sorry. Jom kita pegi shopping. Tadi bukan kemain ajak aku." Mereka mula melangkah untuk 'mencuci mata' di dalam mall itu.

Setelah 30 minit berjalan, mereka mengambil keputusan untuk duduk minum di sebuah cafe.

"Zara. Kau perasan tak?"

"Ha? Perasan ape." Zara menghirup air yang di hantar oleh pelayan.

"Belakang aku. Kau nampak tak ade lelaki?"

Zara memanjangkan tengkuknya untuk melihat 'lelaki' dibelakang yang dimaksudkan Deena.

"Hurmm. Kenapa dengan dia."

"Lelaki tu, dari mula dari kita jalan tadi dia ikut. Aku ingat perasaan aku je. Rupanya tak" Balas Deena.

"Biasa la tu. Kalau kau keluar dengan aku, benda-benda macam ni kau kena la biasakan." tenang Zara bersuara. Bukannya dia tak perasan lelaki tersebut mengekori mereka tetapi benda macam ni dah biasa berlaku dekat dia.

"Serious la wey. Kau rasa, anak buah siapa yang tengah 'skodeng' kita sekarang ni?" Bisik Deena. Yela, kang dengar pulang orang belakang tu. Terkantoi nanti.

"Kalau dekat Malaysia, siapa lagi kalau bukan anak buah orang tua tu." Haish. Dah tua-tua pon tak sedar diri.

"Betul jugak tu an. Kau tak kesah ke. Kan dekat Malaysia. Lagi senanglah dia nak buat masalah dengan kita."

"Tak payah risau la. Setakat dengan orang tua tu buat ape nak takut. Dah la jom bla. Menyampah aku tengok dia tak habis-hanis usya. Nampak sangat tak pandai berlakon." Mereka ketawa dan melangkah keluar dari cafe tersebut untuk pulang ke rumah.

"Boss. Dia dah balik Malaysia. Saya baru je ikut dia tadi dekat mall."

"Baik boss"

♧♧♧

"Buat ape tu malam-malam dekat sini." Sapa Tengku Danish Fent kepada adiknya itu. Dia melabuhkan punggung di sebelah adiknya.

"Buat apanya?" Balas Daniel.

"Yela. Malam-malam duduk dekat sini rendam kaki dalam kolam. Sorang-sorang pulak tu. Termenung bukan main jauh."

"Mana ada aku termenung. Merepeklah kau ni bang." Nafi Daniel.

"Dani... aku bukan baru kenal kau semalam. Dari kau kecik ketot lagi aku kenal kau. Aku sure yang kau ada fikir somethingkan. Cer citer sikit apa yang kau fikir tu dekat abang kau yang tersayang ni. Manatau aku boleh la tolong ke nasihatkan kau ke." Pujuk Danish. Dia memang tahu, adik dia sorang ni ada sorokkan sesuatu daripada dia.

"Tak ada apalah."

"Walaupun aku tau kau tipu aku tak kesah. Tapi aku nak kau tau kalau ada apa-apa kau cerita je dekat aku ok." Daniel hanya mengangguk dan mereka sama-sama menikmati pandangan bulan dan bintang pada malam itu seketika.

"Emm... Dani."

"Ye."

"Kau tau kan Zara dah balik sini. Dia pindah Malaysia terus."

"Tau. Dah 2 minggu dah dia sekolah dengan aku." Kakinya masih menggocak-gocak air di dalam kolam itu.

"Laa yeke. So, apa kau rasa"

Daniel menjongketkan kening nya tanda 'maksud kau?'.

"Tengku Daniel Frey. Macamlah aku tak tau kau suka dengan si Zara tu. Walaupun korang tu frenemy sejati dan kau pon selalu cari pasal dengan dia. Sebenarnya tu semua cara kau nak rapat dengan dia kan." Sengihan terukir di bibir.

"Kau ni terhantuk dekat mana? Dari tadi asyik merepek je. Dah la aku masuk rumah dulu. Buang masa je layan kau. Abang pon baik pegi masuk bilik. Kesian Kak Erin sorang-sorang. Kesian ibu mengandung tu." Daniel mengangkat punggung lantas berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan abangnya keseorangan.

'Haih la Daniel. Kau boleh tipu aku. Tapi kau tak boleh tipu hati kau' kata Danish di dalam hati sambil menggeleng.

Daniel melangkah keluar dari bilik air dan teus baring di atas katilnya yang empuk.

"Betul ke kau suka dia Daniel? Memang betul, waktu dia pergi belajar dekat New York dulu kau rindu dia sangat-sangat..." Daniel memejamkan matanya. " Tak kot, maybe tu just perasaan kau sebagai kawan dia je. Kalau kau suka dia pon. Mesti dia tak terima kau Daniel. Yela, kau kan selalu cari pasal dengan dia. Buat dia marah. Haihhh." Monolog Daniel.

Tanpa sedar dia sudah melelapkan mata dan mengembara pergi ke alam mimpi.










==============================
So ni new chapter. Sorry if story ni tak memuaskan hati korang. Lia nak kata tq kepada semua reader yang membaca story author ni.

Tqsm❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro