SPY - 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tengku!"

Dua orang lelaki berlari mendapatkan Raiq yang tersandar di belakang sebuah kereta orang awam. Memegang bahu kirinya yang terluka terkena tembakan dari salah seorang tiga lelaki tidak jauh darinya.

Raiq mengetap gigi. Dia terlupa membawa pistolnya. Tidak sangka, dia diserang di tempat pakir awam dan bunyi tembakan itu membuatkan orang awam bertempiaran lari menyelamatkan diri.

"I am okay! Kau kejar tiga jantan keparat tu!" Ucap Raiq tegas. Berdiri sambil sebelah tangan menekan kesan luka di bahunya.

"Baik Tengku!"

Dua bodyguardnya berlari mengejar tiga lelaki bersenjata yang telah menyerang bos mereka. Raiq dipapah oleh Dean; ketua bodyguard dan orang yang dipercayai oleh Raiq. Tidak lama itu, datang sebuah kereta dan keluar tiga orang lelaki berseragam hitam.

"Settle kan masalah ini! Pastikan pihak media tak tahu mengenai tembakan yang berlaku di kawasan pakir ini! Kalau ada pihak media yang sebarkan, you must know what you are going to do!" Dean memberi arahan tegas kepada anak buahnya.

"Copy that, Chief!" Ucap mereka bertiga dan segera meleraikan orang awam yang masih ketakutan. Mereka pasti, berita ini akan sampai ke pihak media tidak lama lagi.

Raiq dibawa masuk ke dalam kereta. Dean segera beralih ke tempat memandu. Mereka perlu keluar dari tempat ini sebelum pihak media tiba. Dean terus memecut laju meninggalkan perkarangan pakir itu.

Seperti dijangka, terlihat dua buah van pihak media berselisih dengan kereta yang dipandu Dean. Raiq bersandar sambil mendongakkan kepalanya. Dean memandu laju dan memotong kereta-kereta di hadapannya.

Raiq perlu dibawa ke hospital dengan segera. Dean terlambat menyelamatkan bosnya. Tidak sangka, pihak musuh sudah berani menyerang di tempat awam. Makin berani memperlihatkan diri.

Dean tersentak apabila telefon miliknya bergetar. Mata dia mengerling nama si pemanggil. Wajah Dean berubah apabila melihat nama Tengku Qaisar.

"Tengku. Ayahanda Tengku call saya. Nak saya angkat atau tidak?" Dean bertanya perlahan.

Raiq mengerut dahi. Dia yakin perkara ini akan sampai ke telinga ayahanda dia juga. Raiq memandang Dean. Mata mereka bertembung di cermin pandang belakang.

"Tak perlu..." balas Raiq perlahan.

Renik-renik peluh mula kelihatan di dahi dan pelipisnya. Raiq mengetap gigi kuat. Tangan kuat menekan kain yang menekan kesan luka tembakan. Dean yang melihat wajah bosnya berubah pucat segera bergerak laju.

Tidak lama itu, mereka sampai di sebuah hospital swasta. Dean keluar dan memapah Raiq yang dalam kesakitan. Tiga orang staf hospital sudah bersiap sedia. Mereka mendudukan Raiq di atas kerusi roda.

"Do not tell ayahanda about this, Dean!" Pesan Raiq tegas. Dia tidak mahu Tengku Qaisar risaukan dirinya.

"Okay Tengku!"


















Tengku Qaisar menatap tajam wajah anaknya yang terbaring di atas katil hospital. Memeluk tubuh dengan riak kosongnya. Raiq mengetap gigi dan mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Tidak ingin memandang wajah ayahandanya.

"I told you, ayah. Jangan masuk campur urusan Hatta!" Tegas Raiq. Dia tidak ingin musuhnya berubah target dan menjadikan ayahandanya sebagai sasaran kedua.

Tengku Qaisar melepas nafas kasar. Susah betul bercakap dengan anak bongsunya. Lebih keras kepala. Suka melawan cakapnya. Berbalik dengan perangai anak sulungnya dan anak keduanya. Yang lebih banyak menurut dan selalu membuat dia tersenyum senang.

"Habis tu, nak Hatta koma atau mati dulu baru ayah bertindak! Macam tu ke!" Suara Tengku Qaisar meninggi. Sakit hati mengenangkan sikap keras kepala Raiq.

Dean diam di hujung sudut. Dia sendiri terkejut dengan kedatangan Tengku Qaisar secara tiba-tiba. Bahkan, Dean tidak sedari bahawa ada anak buah Tengku Qaisar yang melihat Raiq dihantar ke hospital ini.

"Hatta taknak bergaduh dengan ayah..." suara Raiq mulai bertukar perlahan. Memandang wajah ayahandanya.

"Hatta taknak lepas ni mereka target ayahanda, bonda dan keluarga kita yang lain. Cukup lah Hatta sorang je. Hatta taknak hilang orang yang Hatta sayang untuk kali kedua..."

Kedengaran satu keluhan dari Tengku Qaisar. Kaki mulai mendekati katil anaknya. Memandang wajah Raiq yang mulai bertukar keruh. Tengku Qaisar mengusap kepala anaknya cukup lembut.

"Ayah tahu nak jaga diri ayah, Hatta. Kamu satu-satunya yang jauh dari pandangan ayah. Abang dan kakak kamu ada depan mata ayah, jadi ayah boleh kawal mereka. Tapi kamu, ayah tak boleh selalu kawal. Kamu selalu buat ayah dan bonda susah hati..."

Raiq mulai dihurung rasa bersalah. Salahkah dia? Raiq menarik tangan kanan Tengku Qaisar. Digenggam kemas dan dibawa ke atas dadanya.

"Hatta tahu jaga diri, ayah. Ayah jangan risau. Bonda tak tahu kan pasal ni?"

Tengku Qaisar mengeleng kepala. "Bonda kamu tak tahu. Ayah tahu macam mana nak alih perhatian bonda kamu. Ingat Hatta, jangan terluka lagi. Kalau tidak, ayah akan suruh kamu tinggal bersama ayah!" Tegas Tengku Qaisar.

Raiq mengangguk kecil. Dia tidak janji tetapi dia cuba untuk elakkan perkara itu tidak berulang lagi. Raiq sudah lali terkena luka tembakan, goresan pisau dan pukulan. Badan dia sudah imun dengan semua itu.

Raiq bukan lah tidak pandai berlawan. Cuma, Raiq tidak mahu membawa masalah yang besar. Jika pihak media, akhbar dan pemberita tahu masalah akan jadi rumit. Kerana, satu Malaysia kenal dia. Wajah dia sering muncul di kaca TV dan majalah busines.

"Jaga diri Hatta...kamu Dean!"

Dean segera menegakkan badannya. Terkejut mendengar Tengku Qaisar memanggilnya dalam nada tegas begitu.

"Jaga bos kamu baik-baik!"

Dean mengangguk laju. "Perintah diterima, Tengku!"

Tengku Qaisar keluar dari wad itu. Dia diiringi dua orang bodyguard nya. Masing-masing memiliki senjata. Sejurus Tengku Qaisar keluar, Raiq melompat turun dari katil.

"Bos nak gerak sekarang ke?"

Raiq mengangguk. Dia membuka baju hospitap dan dicampak ke atas katil. Dia menyambut huluran kemeja yang diberikan oleh Dean. Mujurlah dia sudah lengkap berseluar slack. Cuma kedatangan Tengku Qaisar sedikit menganggu rancangannya.

"Kita kena pergi. Mereka akan datang cari aku dekat sini!"

Dean mengangguk. Dia menghulurkan snow cap dan mask hitam kepada Raiq. Long coat hitam disarung ke tubuh dan Raiq bersedia sedia melarikan diri. Ini bukanlah kali pertama. Dia sering diburu kerana musuhnya menginginkan dia mati.

"Clear Tengku!"

Dean mendudukan Raiq di atas kerusi roda. Ditolak Raiq keluar tanpa sesiapa pun sedari. Data maklumat Raiq yang menerima rawatan di situ telah dipadam oleh Dean dan anak buahnya. Mereka menjaga Raiq begitu ketat.

Raiq menundukkan wajahnya apabila mereka bertembung dengan dua orang lelaki berbangsa asing. Raiq tahu, dua orang lelaki itu mencarinya. Terlihat raut wajah bengang mereka apabila mendapati nama Raiq tiada dalam senarai pesakit di hospital itu.

"He was fast, Tengku. Kita kena hati-hati lepas ni..."





















Seorang gadis sedang memukul kuat punch bag yang tergantung itu. Ditumbuk bertubi-tubi tanpa henti. Singlet hitam yang tersarung di tubuh langsingnya sudah dibasahi peluh. Dia sengaja menghabiskan masa di ruang itu berbanding melepak di rumah dan tidak melakukan apa-apa.

"Ice!"

Seorang lelaki berotot besar menyapa mesra gadis itu. Ice berhenti dari menumbuk punch bag itu. Sarung tangan dibuka dan diletakkan di atas bangku berhampiran. Dia duduk dan mendongak memandang lelaki itu.

"Kau nak apa?"

Lelaki itu tertawa kecil. "Kenapa dengan kau? Macam nak marah je..."

Ice diam. Dia malas melayan lelaki itu. Air di dalam botol warna hitam disedut perlahan-lahan. Hampir lima jam dia menghabiskan masa menumbuk punch bag tanpa henti. Ice memang sebegitu jika dia tidak berada dalam keadaan baik.

"Is something wrong?"

Ice geleng kepala. Dia mengambil hoodie di dalam beg galasnya. Disarung ke tubuh. Seluar trek suit dipakai bagi melindungi kaki dia yang terdedah yang hanya memakai legging pendek paras peha.

"Aku blah dulu!"

Lelaki itu terkocoh-kocoh mengikuti gadis itu dari belakang. Sempat dia melambai tangan kepada rakan-rakan dia yang lain. Ice pula memasang earpod di kedua telinganya.

"I know, you must hide something with me. C'mon Ice, we are friend right? Aku tak suka tengok kau macam ni" bahu kecil Ice dirangkulnya.

Ice menghempus nafas lemah. "You know, tomorrow birthday mummy...a...aku...ak...aku tak sedia lagi ba...balik ss...sana" balas Ice gagap. Langkah dia berhenti di tepian kaki lima.

Lelaki itu turut berhenti sama. Seketika, mata dia membulat besar. Esok, 12 Ogos di mana hari lahir arwah ibu Ice. Bermakna, Ice akan pulang ke Malaysia setelah kian lama menetap di New York.

"Aku dah 22 tahun. Jadi, aku kena pulang ke Malaysia atas arahan Jeneral Rizal"

Ice bersandar di dinding sebuah kedai. Memandang lampu-lampu jalan di hadapannya. Lelaki itu memandang Ice dengan wajah seakan tidak ingin melepaskan gadis itu pergi. Mereka membesar bersama. Berlatih di bawah orang yang sama.

Di usia 10 tahun, mereka dihantar ke New York dan tinggal bersama seorang lelaki yang melatih mereka seni mempertahankan diri, penggunaan senjata dan cara melepaskan diri dari perangkap. Lelaki itu merupakan Elias Scott, seorang Leftenan.

"Jadi kau akan tinggalkan aku?" Suara lelaki itu berubah sedih. Sungguh, dia belum bersedia berpisah dengan Ice.

"You are not alone here, Javis. You have Elias with you" ucap Ice dengan senyuman di bibirnya. Hingga menampakkan lesung pipit dia kedua belah pipinya. Sangat manis.

Javis terdiam. Tanpa berkata apa-apa tubuh Ice dipeluknya erat. Javis tidak sanggup berjauhan dengan gadis itu. Mereka umpama adik beradik yang dibesarkan oleh Jeneral Rizal dan Leftenan Elias.

"I will miss you"

Ice membalas pelukkan Javis. Dia menepuk belakang Javis beberapa kali. Mengusap perlahan, berbisik lembut dan berkata; "I'm always with you, Teddy. In your deep heart"

Javis tersenyum. Mengelipkan matanya beberapa kali. Dia tidak mahu menangis di hadapan gadis itu. Tujuh keturunan Ice akan mengejeknya. Javis harus nampak kental dan kuat. Bibir dia mengukir senyuman lebar.

Teddy.

Panggilan manja Ice untuknya. Kerana dulu Javis memiliki bentuk badan yang gemuk. Dia obesiti. Kerana latihan dari Leftenan Elias, Javis berjaya menjadi kurus dan memiliki tubuh badan ideal bagi seorang lelaki.

Ice sering memanggilnya Teddy dan akan memeluk dirinya. Ice sangat menyayangi Javis yang suka melindungi dirinya dari dibuli. Kerana Ice memiliki keistimewaan dalam dirinya yang tiada sesiapa tahu.

"You can follow me if you want..." ajak Ice dan meleraikan pelukkan mereka.

Javis mengeleng laju. "Aku tak boleh. Aku ada mission yang belum selesai lagi. Dua hari lagi aku kena pergi Afganistan. Ada misi dekat sana..."

Ice diam. Nampaknya, pelukkan mereka tadi adalah pelukkan kali terakhir. Javis akan menjalakan misi. Yang Ice yakin misinya tidak semudah.

"Don't worry about me, Ice. I know to protect myself. Kau perlu kuat dan tak nangis lagi macam dulu-dulu"

"Aku cannot cry anymore after that incident. You know right?"

Javis tersenyum nipis. Dia sangat-sangat mengingatkan kejadian itu. Kejadian yang dia tidak akan lupakan. Kerana, Javis menjadi saksi kejadian itu.

"I gotta go, Teddy..."

"Come, aku teman kau. Jangan tolak!" Tegas Javis. Ice hanya tertawa dan merangkul mesra lengan Javis.

Orang yang telah melindungi dia selama ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro